You are on page 1of 12

KERTAS KERJA

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-51


PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2008

1.0 Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Program Rancangan Integrasi Murid


Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah
dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. KPM memandang berat tentang
pentingnya dijalin hubungan rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya
wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka . Berkonsepkan penglibatan
masyarakat setempat , para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-
kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan peralatan , penggemblengan
tenaga dan kepakaran.
Bertemakan Perpaduan Teras Kejayaan yang membawa maksud rakyat perlu
bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan , memajukan Negara serta
kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai
kejayaan dalam perpaduan.
Justeru, kita sebagai warga yang bertanggungjawab perlu memikirkan apakah
pengisian terbaik yang wajib dilaksanakan ke arah memastikan negara kita Malaysia akan
sentiasa berdiri gah di mata dunia . Apakah cara dan perlakuan yang perlu dilakukan setiap
warganya dalam usaha memastikan Malaysia bukan sahaja maju daripada segi fizikalnya
tetapi juga maju daripada segi pemikiran, bertatasusila serta bertamadun tinggi yang
terkandung warganegaranya yang bersahsiah, berpendidikan kelas dunia, saling
menghormati pelbagai kaum dan sebagainya lagi.

2.0 Rasional
Sambutan Malaysia Merdeka 51 Tahun disambut pada 31 Ogos 1957 setelah
mendapat kemerdekaan daripada penjajah British pada 31 Ogos 1957. Sambutan ini
bukan hanya diadakan pada hari tersebut tetapi juga sepanjang tahun. Semenanjung
Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957. Sementara Sabah dan Sarawak merdeka
melalui Malaysia pada 16 September 1963. Namun 31 Ogos 1957 dikira sebagai tarikh
rasmi negara Malaysia merdeka.
Laungan keramat Merdeka ! Merdeka ! Merdeka! oleh Tunku Abdul Rahman
sememangnya memberi semangat yang mendalam kepada seluruh rakyat ketika itu.
Namun setelah 51 tahun negara merdeka, sambutan yang diadakan semakin jauh
terpesong .
Sajian hiburan dan keseronokan yang keterlaluan jelas sekali bertentangan
dengan matlamat. Banyak wang yang dibazirkan dan kesannya mungkin lebih
merosakkan sahsiah generasi muda hari ini. Apakah dengan menyediakan hiburan demi
hiburan kepada generasi muda hari ini, jiwa mereka itu terdidik ke arah kebaikan
termasuk mencintai negara?
Ingatlah, ada negara yang lebih lama menikmati kemerdekaan daripada Malaysia,
akhirnya dijajah semula dan hancur akibat kelalaian serta kealpaan rakyat dan
pemimpin. Seperkara lagi, dalam memahami erti perjuangan menuntut kemerdekaan,
saban tahun kita hanya dipaparkan dengan nama-nama seperti Tunku Abdul Rahman,
Tun Razak serta lain-lain tokoh yang seangkatan dengannya. Apakah kita melupai
perjuangan Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Tok Janggut,
Abdul Rahman Limbong serta ramai lagi pahlawan Melayu terdahulu?
Berdasarkan kepada pernyataan di atas, maka usaha pihak sekolah menganjurkan
program ini adalah amat tepat sekali sebagai salah satu cara untuk menarik minat golongan
pelajar ke arah mengenali seterusnya menghayati nilai-nilai yang sepatutnya diamalkan bagi
bangsa yang merdeka. Program ini diyakini sekurang-kurangnya dapat memberi pendedahan
awal kepada para pelajar bagaimana cara yang betul dan yang benar untuk menyambut
seterusnya menghayati Hari Kemerdekaan negara kita tanpa melakukan banyak perkara
yang tidak sepatutnya dilakukan.

3.0 Objektif & Matlamat

Sambutan Bulan Kemerdekaan yang setiap tahun diadakan di sekolah merupakan


salah satu daripada pengisian wajar bagi mengenang dan menghargai negara Malaysia.
Di samping itu juga, sambutan ini bermatlamat untuk;

a. Mewujudkan sikap bekerjasama , tolong menolong dan mewujudkan


suasana muhibbah secara sedar dan terancang
b. Menanamkan sikap bertanggungjawab dan semangat cintakan negara
pelajar kepada negara Malaysia

c. Menyemai perasaan hormat-menghormati antara semua kaum yang menjadi


warga negara Malaysia
d. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa penting hidup dalam keadaan
aman damai
e. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa beruntungnya kita menjadi
warganegara Malaysia

4.0 Tarikh, Tempat & Masa

Tarikh Tentatif : 4 Ogos 2008 hingga 16 September 2008


Masa : Sepanjang tempoh sebulan program
Tempat : SK Bunut Payong

5.0 Sasaran Program : Semua Murid SK Bunut Payong

6.0 Jawatankuasa Induk :

Pengerusi : Pn. Sharifah Rahayah bt Syed Ahmad (Guru Besar)

Naib Pengerusi : Pn. Siti Ruhanah Harun (Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi I : En. Chandran A/L Karppaya (Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi II : En. Wan Roslan Wan Hassan (Penolong Kanan Ko


Kurikulum)

Setiausaha : Pn. Yusnee Yusoff

Bendahari : Pn. Shazatul Azuarina Yusof (Pembantu Tadbir)

Ahli Jawatankuasa :

1. En. Tan Anuar Tan Abdullah


2. Hjh Tuan Rahimah Tuan Hussin
3. Pn. Azizah Daud
4. Pn. Hjh Zahimah Ali
5. Pn. Aryati Abdullah
6. Pn. Rosmarina Che Othman
7. Pn. Hjh Noraini Abdul Rahman

7.0 Jawatankuasa Kerja Terlibat

BIL AJK KERJA TUGAS-TUGAS CATATAN

1.0 Backdrop/Banting/Bendera/ Menyiapkan backdrop. Tarikh Menampal


Persiapan Tempat Banting kecil dipasang pada kawasanBackdrop:
En. Chandran A/L Karppaya tapak perhimpunan atau di kawasan10 Ogos 2008
En. Wan Roslan Wan Hassan
sekolah yang difikir sesuai
En. Mohamad Din Salleh
Bendera Malaysia dikibarkan diTarikh
En. Omar Kalang
tempat-tempat yang strategik diMenggantung
En. Abdul Ghani Awang
seluruh kawasan sekolah Banting/Bendera:
Persiapan tempat bagi setiap majlis10 Ogos 2008
yang akan diadakan.

2.0 Persembahan Murid Membuat persiapan / latihanSambutan Bulan


sewajarnya. Kemerdekaan
1. En. Wan Roslan Memastikan kehadiran pelajar pada28 Ogos 2008
Wan Hassan
(Dikir Barat) hari persembahan.

2. Pn. Yusnee binti Yusoff Bekerjasama dengan AJK Hadiah dan


(Tarian Tradisional)
serahkan anggaran perbelanjaan
sebelum atau pada 10 September 2008.
Berhubung dengan AJK Siaraya
tentang peralatan

3.0 Ceramah Kemerdekaan Tayangan filem yang berkaitan denganTempoh


semangat patriotik atau kemerdekaanPelaksanaan:
1. En. Mohamad Din Salleh Negara 4 Ogos 2008
2. En.Mashrin Mohamed Ceramah kemerdekaan . hingga
Noor
16 Sept 2008

4.0 Hadiah Berhubung dengan AJK yang terlibatMajlis Penutupan:


AJK : dengan pertandingan dan dapatkan16 Sept 2008
1. Pn. Azizah Daud anggaran perbelanjaan (Mengendalikan
2. Cik Sarina Razali
Menguruskan pembelian hadiahpenyampaian
3. Pn. Shazatul Azuarina
/cenderahati hadiah)
Yusof
Sediakan anggaran perbelanjaan
4. Pn. Rohawiyah Razali
5. Pn. Noriza Abdullah Anggaran perbelanjaan
dibincangkan dengan Guru Besar

5.0 Siaraya Menyediakan alat-alat siaraya yang


diperlukan oleh AJK Persembahan dan Sepanjang Tempoh
AJK : AJK Pertandingan Bulan Kemerdekaan
1. En. Tan Anuar Memastikan alat siaraya berfungsi
Tan Abdullah
2. En. Mashrin dengan baik
Mohamed Noor
Menyediakan siaraya untuk Hari
Pelancaran 14 Ogos 2008, Sambutan
28 Ogos 2008 dan Majlis Penutup 16
September 2008
Menyimpan semua alatan selepas
majlis selesai

6.0 PROGRAM RIMUP Membentuk AJK Pelaksanaan Sepanjang tempoh


Pertandingan Mewarna Program RIMUP sebulan
Jalur Gemilang Tahap 1
Pn. Kamsidah Hashim Menyediakan aktiviti yang boleh Bulan Kemerdekaan
Cik Azuri Irawati Ab.Aziz
melibatkan semua pelajar (komposisi
Pertandingan Melukis Jalur kaum)
Gemilang Tahap 2
En. Ahmad Jailani
Ab. Rahman
Pn. Salma Yusoff

Pertandingan Basikal
Berhias Jalur Gemilang
En. Wan Roslan Wan Hassan
En. Mohamad Nazeri Hussin

Pertandingan Membuat
Bendera
Pn. Norhayati Harun
Pn. Zakiah Muhamad Menyediakan aktiviti yang
berlangsung sepanjang Bulan
Pertandingan Kelas Patriotik
Pn. Aryati Abdullah Kemerdekaan
Pn. Wan Maziah Wan Ahmad
Menyediakan anggaran perbelanjaan
Pertandingan Buku Skrap
Berkaitan Sejarah yang diperlukan sepanjang aktiviti
Kemerdekaan Malaysia
En. Chandran A/L Karppaya
Pn. Hjh Noraini Abd. Rahman
Pn.Rosmarina Che Othman

Persembahan Pakaian
Rakyat Malaysia Pelbagai
Kaum
En. Mohamad Din Salleh
Cik Mashitah Hussin
Cik Farha Alwana Mahmood

7.0 Bacaan Doa Membaca doa khas pada Hari Hari Pelancaran:
Pelancaran , Di Ambang Merdeka dan 14 Ogos 2008
Encik Ahmad Jailani Penutup Bulan Kemerdekaan Di Ambang
Abd. Rahman
Kerjasama dari En.Ahmad Jailani Merdeka:
Abd. Rahman / Pn. Kamsidah Hashim 28 Ogos 2008
untuk menyediakan teks bacaan doa. Penutup :
16 Sept. 2008

8.0 Dokumentasi/Fotografi Merakam gambar bagi setiap aktiviti Tempoh


Rakaman Video/Pamplet yang dijalankan sepanjang Sambutan Pelaksanaan:
Bulan Kemerdekaan Hari Pelancaran:
Pn. Yusnee Yusoff Menyediakan dokumentasi dan segala 14 Ogos 2008
Pn. Azizah Daud Di Ambang
kertas kerja program sambutan
kemerdekaan Kali Ke-51 Merdeka:
28 Ogos 2008

Menyediakan pamplet / buku program Penutup :

Menyediakan VCD Sambutan. 16 Sept. 2008

9.0 Pengacara Majlis Menyediakan teks yang bersesuaian Sepanjang tempoh


Pn. Azizah Daud bagi setiap majlis Bulan Kemerdekaan

10.0 Bendera Malaysia Menyediakan bendera kecil untuk Tempoh


dikibarkan semasa nyanyian Lagu-lagu Pelaksanaan:
Pn. Hjh Zahimah Ali Patriotik
Hari Pelancaran:
Pn Norhayati Mansor 14 Ogos 2008
Pn. Rohaya Awang Teh Menyediakan anggaran perbelanjaan
Di Ambang
yang diperlukan sepanjang aktiviti
Merdeka:
28 Ogos 2008
Penutup :
16 Sept. 2008
8.0 Anggaran Perbelanjaan & Sumber
Tidak dapat dinafikan bahawa untuk menjayakan sesuatu program, yang paling penting
ialah sumber kewangan. Tanpa peruntukan yang disediakan agak mustahil untuk sesiapa
sahaja melaksanakan program yang dirancang itu akan berjalan lancar.
(SILA LIHAT LAMPIRAN KEWANGAN)
9.0 Kesimpulan & Harapan

Langkah pihak sekolah untuk mengadakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-
51 merupakan satu langkah amat positif dan perlu ke arah mewujudkan situasi kemerdekaan
di samping mendedahkan para pelajar tentang bagaimana sepatutnya kemerdekaan negara
kita
diraikan dan juga untuk merealisasikan Program RIMUP bersesuaian dengan KPM yang
telah melancarkan program tersebut sejak tahun 1986.
Kemerdekaan yang telah dikecapi oleh negara kita selama 51 tahun bukanlah
datang secara percuma. Pengorbanan, semangat kental dan iltizam mereka yang
terdahulu dan atas titik tolak perundingan yang telah diketuai Tunku Abdul Rahman,
untuk membebaskan tanah air kita daripada belenggu penjajahan selama lebih 4
abad menjadi pencetus dan pemangkin kepada kemerdekaan ini.
Kepada seluruh warga SK Bunut Payong, diharapkan kita semua dapat turut serta
dalam program-program yang telah diatur oleh pihak Jawatankuasa Sambutan Bulan
Kemerdekaan, dengan harapan akan menyemarakkan rasa kecintaan dan apresiasi
kita kepada negara tercinta. Usah dibangkitkan bebanan tugas yang terpaksa dipikul
secara individu malah lakukanlah ia secara bijaksana, cemerlang dan yang penting
biarlah ikhlas. Sama-samalah kita mengibarkan Jalur gemilang sebagai memperingati
Hari Kemerdekaan Negara dan menyedarkan kita sebagai rakyat Malaysia tentang
hakikat sebenar kemerdekaan.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-51 !
Disediakan Oleh,

YUSNEE BINTI YUSOFF


Setiausaha ,
Sambutan Bulan Kemerdekaan 2008,
SK Bunut Payong

Edit this page (if you have permission) |


Google Docs -- Web word processing, presentations and spreadsheets.

You might also like