You are on page 1of 2

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Mata pelajaran Sains mempunyai struktur dan kandungan yang tersusun secara hieraki.
Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), seorang pelajar perlu memahami dan
menguasai asasnya sebelum menguasai pengetahuan yang berikut. Ramai pelajar tidak
mengetahui bahawa konsep sains biasanya berkaitan antara satu dengan lain, dimana
sesuatu konsep digunakan dalam banyak bab. Kertas Kerja Seminar SPM Sains (Al Mumin,
1995)

Kajian bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam tajuk cara pembiakan
tumbuhan melalui peta konsep. Dalam kajian lepas (Pankratius, 1990: Hazel & Prosser,
1991: Normah, 1996) mendapati penggunaan peta konsep berjaya meningkatkan
pencapaian murid dalam peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut. Memandangkan tajuk
ini memerlukan contoh-contoh yang banyak, maka pengajaran secara pasif adalah tidak
sesuai dengan itu kaedah peta konsep merupakan salah satu cara yang berkesan untuk
menarik minat murid untuk mengingati apa yang mereka perlu fahami dalam topik tersebut.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam tempoh praktikum, penyelidik ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran


Sains. Selama tempoh praktikum tersebut, saya telah menghadapi pelbagai masalah dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah yang ketara sekali dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Sains ialah pelajar sukar untuk mengingati konsep dalam jangka masa
panjang, seperti cara pembiakan tumbuhan. Penyelidik telah mendapati kebanyakan pelajar
telah menjawab kuiz berkaitan contoh dengan cara tumbuhan membiak dengan jawapan
yang salah. Selain itu, penyelidik juga membuat tinjauan awal dengan bertanyakan kepada
beberapa orang guru sains mengenai situasi kelas 3 Bestari. Dengan jumlah pelajar yang
seramai 24 orang, 9 orang daripadanya telah gagal dalam ujian. Keputusan ini telah
menyebabkan penyelidik menyoal semula mereka, murid tidak dapat mendapat menjawab
dengan tepat. Terutama apabila pelajar diminta untuk menyertakan contoh-contoh yang
berkaitan dengan cara tumbuhan membiak.

3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN PENYELIDIKAN

3.1 Objektif Penyelidikan

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut


a) Meningkatkan pencapaian murid di dalam tajuk cara pembiakan tumbuhan melalui
penggunaan peta konsep
b) Meninjau persepsi murid terhadap penggunaan peta konsep di dalam tajuk cara
pembiakan tumbuhan

3.2 Persoalan Penyelidikan

a) Adakah kaedah peta konsep dapat meningkatkan pencapaian murid di dalam tajuk cara
pembiakan tumbuhan?
b) Apakah persepsi murid terhadap penggunaan peta konsep di dalam pengajaran dan
pembelajaran?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Responden terdiri daripada 21 orang murid Tahun Tiga. Responden merupakan murid-murid
di salah sebuah sekolah di daerah Pontian, Johor.

You might also like