You are on page 1of 17

AKTA ORANG KURANG UPAYA

( AKTA OKU 2008)


Diperkenalkan berasaskan kepada
konsep hak asasi manusia untuk
memastikan hak orang kurang upaya
seperti masalah fizikal, penglihatan,
pendengaran, percakapan dan
masalah pembelajaran turut sama
mempunyai hak seperti mana orang
normal.
MATLAMAT AKTA OKU 2008
Akta OKU 2008 digubal untuk melindungi
hak-hak orang kurang upaya. Undang-
undang ini dengan jelas menyatakan orang
kurang upaya mempunyai hak yang sama
dengan orang lain.

Akta ini turut memberikan peluang kualiti


kehidupan yang lebih baik dengan
menyediakan beberapa kemudahan akses.
Tempat dan
perkhidmatan
Pertolongan
Pengangkutan
Ketika
awam
Kescemasan

Perlindungan
kepada Orang
Pendidikan
Kurang Upaya
Yang Serius

KEMUDAHAN
UNTUK OKU

Kesihatan Pekerjaan

Komputer,
Habilitasi Dan
Maklumat dan
Rehabilitasi
Teknologi

Kehidupan
Berbudaya
TEMPAT DAN PERKHIDMATAN

OKU harus mempunyai hak untuk akses dan


menggunakan kemudahan awam, amenity,
perkhidmatan dan pembangunan awam yang
sama dengan orang normal.

Kerajaan perlu mempastikan kesemua


kemudahan awam, ameniti, perkhidmatan
dan bangunan direka bentuk mengikut
kesesuaian atau mesra pengguna dengan
OKU
PENGANGKUTAN AWAM

OKU harus mempunyai hak untuk akses


kepada pengangkutan awam dengan mudah.
kerajaan harus mempastikan rekabentuk
pengangkutan awam yang bersesuaian
dengan semua orang.
PENDIDIKAN
OKU tidak boleh dikecualikan daripada
sistem pendidikan umum atas tidak
keupayaan dan kanak-kanak kurang upaya
tidak boleh dikecualikan dari pendidikan pra
sekolah, rendah, menengah dan tinggi
termasuk latihan vokasional serta
pembelajaran sepanjang hayat.
Kerajaan dan institusi pendidikan hendaklah
menyediakan material sokongan pengajaran
seperti bahasa isyarat dan Braille.
PEKERJAAN

OKU hendaklah mempunyai hak untuk


mendapat pekerjaan dengan peluang yang
saksama.

Majikan hendaklah melindungi hak OKU dengan


memberikan kesetaraan dengan orang upaya
termasuk peluang yang sama dan pembayaran
untuk kerja yang sama nilai dengan orang biasa,
keadaan kerja yang selamat dan sihat, daripada
gangguan dan memulihkan ketidakpuashatian
hati
KOMPUTER, MAKLUMAT DAN
TEKNOLOGI
Memastikan OKU mempunyai hak untuk akses
kepada TMK atas asas kesetaraan dengan orang
upaya.
Menyediakan maklumat, komunikasi dan
teknologi yang boleh diakses, bersesuaian
dengan pelbagai jenis ketidakupayaan mengikut
cara yang sesuai dan tanpa kos tambahan.
Kerajaan dan sektor swasta hendaklah
memudahkan kaedah dan format komunikasi
untuk urusan rasmi.
KEHIDUPAN BERBUDAYA

Mesti mempunyai hak untuk akses kepada


kehidupan berbudaya atas asas kesetaraan
dengan orang upaya.

Mempunyai hak untuk mengetahui budaya


dan bahasa sendiri, menikmati cara
kehidupan seperti orang biasa, menikmati
program televisyen, filem, teater, muzium,
perpustakaan dan pelancongan.
HABILITASI DAN REHABILITASI

Penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan


swasta dan pertubuhan bukan kerajaan
hendaklah mengambil langkah yang
berkesan dan sesuai untuk membolehkan
orang kurang upaya mencapai dan
mengekalkan keupayaan berdikari yang
maksimum, keupayaan fizikal, mental, sosial
dan vokasional sepenuhnya serta penglibatan
dan penyertaan sepenuhnya dalam semua
spek kehidupan.
KESIHATAN

Mengambil langkah yang sesuai untuk


memastikan OKU mendapat akses kepada
perkhidmatan kesihatan, termasuk rehabiltasi
berkaitan kesihatan.

Menyediakan pakar terapi pengucapan,


fisioterapi dan terapi pekerjaan.

Mencegah dari berlakunya kurang upaya


selanjutnya, imunisasi, nutrisi dan genetik
kaunseling.
PERLINDUNGAN KEPADA OKU YANG
SERIUS

Menyediakan perlindungan dan sokongan


untuk memastikan orang yang
mempunyai kurang upaya teruk
mendapat kualiti kehidupan yang baik
selepas kematian penjaganya.
PERTOLONGAN KETIKA
KECEMASAN

OKU mempunyai hak untuk dibantu setara


dengan orang upaya dalam situasi
kecemasan dan berisiko demi
kemanusiaan, termasuklah ketika perang
atau kemusnahan semulajadi.
MAJLIS KEBANGSAAN ORANG
KURANG UPAYA.
Majlis akan bekerjasama dengan kerajaan,
organisasi dan syarikat untuk melaksanakan
pelan.
Majlis akan memberikan cadangan dan
nasihat kepada kerajaan untuk memajukan
meningkatkan sokongan kepada OKU.
Membantu orang ramai mengetahui lebih
tentang OKU.
Membantu orang ramai mengetahui lebih
tentang OKU.

Meningkatkan sistem pendidikan.

Memperbanyakkan peluang pekerjaan dan


latihan kemahiran untuk OKU.
RUMUSAN

Orang Kurang Upaya adalah sebahagian


daripada masyarakat kita. Mereka berhak
untuk menikmati pembangunan negara kita
dalam semua aspek seperti pendidikan,
perhubungan TMK, perkhidmatan, kesihatan,
kemudahan awam, keselamatan dan lain-
lain.

You might also like