You are on page 1of 25

KAUNSELING KONVENSIONAL DAN KAUNSELING ISLAM: KAJIAN

PERBANDINGAN

Oleh:
Profesor Emeritus Dato Dr. Amir bin Awang, K.B.,P.A.
Felo Akademik Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
Kuala Ketil, Kedah Darul Aman

Norazlina Binti Zakaria


Pensyarah Kulliyyah Usuluddin
Kolej Universiti Insaniah (KUIN)

Abstract

This article is written to portray the differences between the conventional counseling and
Islamic counseling. The objective of the comparison is to highlight the fortes of Islamic
counseling. The results of the analysis demonstrate that there are significant differences
between the two streams regarding the sourse or theory, personality development, obligation
and the counselings objectives. There are a few additional exclusive aspects pertaining the
function of Islamic counseling, counselors criteria and skill. This article also highlighted a few
unique aspects in Islamic counseling that present in the concept of Gods gratification (redho),
total dependence on God (tawakkal), empowerment and absolute certitude (yaqin) towards
Allahs promises and decrees in the Quran concerning fate and relief.

Keywords: Islamic counseling, comparative counseling, religious counseling, creed.

1.0 Pendahuluan
Kaunselor profesional tentunya mengenali Freud, Adler, Jung, Sullivan, Ellis,
Perls,Skinner, Bandura, Glasser, Berne, Victor Frankl dan lain-lain dengan teori-teori mereka
yang beraneka jenis. Mereka juga biasanya kenal dengan Frank Parsons, Anne Roe, Kuder,
Strong, Williamson, Rogers, Ginzberg dan rakan-rakannya, John Holland, Bordin, Tiedemen,
Donald E.Super dan lain-lain. Malah, terapis-terapis berikut juga mereka kenali: Milton Erikson,
Gregory Bateson, Ackerman, Virginia Satir, Bowen, de Shazer, Salvador Minuchin, Jay Haley
dan lain-lain. Mereka semua telah menggubalkan berbagai-bagai teori masing-masing yang

1
merangkumi Teori Personaliti dan Psikoterapi, Teori Perkembangan dan Pemilihan Kerjaya serta
Teori Kaunseling Keluarga, Perkahwinan dan Pasangan.

Walaubagaimanapun, tidak ramai kaunselor profesional Muslim yang boleh


memperkatakan tentang Kaunseling Islam atau membahaskan pandangan al-Ghazali dan Ibn
Qayyim al-Jawziyah berkaitan personaliti, atau teori perkembangan yang diutarakan oleh Ibn
Miskawayh, atau dapatan-dapatan al-Tabari dan Ibn Sina berkaitan psikoterapi, atau pandangan
al-Balkhi tentang pemusatan klien (lama sebelum Rogers memperkatakannya). Namun, setelah
disergah Malik Badri dalam karyanya Ulam al-Nafs al-Muslimn Fi hujr Al-dhab (Psikologis
Muslim Dalam Lubang Biawak)1 ramai kaunselor Muslim terjaga dan mula bangkit mengkaji
tentang asas-asas kaunseling dalam al-Quran dan al-Sunnah serta karya-karya ulama Islam.

Kaunseling Islam hanya mula diperkatakan sekitar tahun 80an di Malaysia. Antara tokoh
kaunseling Malaysia yang awal yang memperkatakan tentang kewajaran memperkenalkan modul
kaunseling Islam di Malaysia adalah Hasan Langgulung, Halim Othman, Amir Awang dan Kamal
Abdul Manaf. Kemudian, muncul tokoh-tokoh seperti Wan Hussein @ Wan Azmi Wan Abdul
Kadir, Aziz Salleh, dan Amaluddin Abdul Rahman yang menulis buku-buku berkaitan
pengenalan ilmu kaunseling Islam2. Kebanyakan penulisan ini memfokuskan kepada
pembentukan falsafah dan matlamat kaunseling Islam serta etika kaunselor Muslim berpandukan
nas al-Quran dan al-Sunnah, dan tidak banyak yang menjurus kepada kritikan terhadap teori
kaunseling Barat.

Justeru, artikel ini ditulis bagi mengenengahkan hasil analisa penulis dalam membandingkan
Kaunseling Konvensional dengan Kaunseling Islam. Disebabkan penulis adalah seorang Muslim,
dan beriman bahawa segala dasar hidup yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah itulah yang
terbaik untuk manusia, maka perbandingan ini dibuat bukanlah untuk menilai konsep kaunseling
manakah yang lebih unggul, sebaliknya tujuan perbandingan adalah untuk mengenengahkan
keistimewaan Kaunseling Islam berbanding Kaunseling Konvensional. Perbandingan telah
dilakukan dalam aspek-aspek berikut: sumber atau asas teori, komponen kaunseling,
perkembangan personaliti, fungsi kaunseling, obligasi kaunseling, elemen penting dalam

1
Badri, M. (1398H), Ulam al-Nafs al-Muslimn Fi hujr Al-dhab, Majallah Al-Muslim Al-Mashir.
2
Rizal Abu Bakar, Kaunseling Daripada Perspektif Islam : Apa, Siapa, Kenapa Dan Bagaimana (Counselling From
The Islamic Perspective : What, Who, Why And How).

2
hubungan, kemahiran kaunseling, matlamat kaunseling dan ciri-ciri kaunselor. Seterusnya,
penulis juga akan menonjolkan beberapa aspek yang menjadi nilai tambah kepada kaunseling
Islam.

Istilah kaunseling konvensional yang dimaksudkan dalam artikel ini adalah kaunseling
sekular atau kaunseling arus awam (mainstream) atau yang berasaskan teori tokoh-tokoh dari
Barat yang disebutkan sebelum ini. Kaunseling spiritual tidak penulis masukkan dalam kategori
kaunseling konvensional dalam artikel ini.

2.0 Sumber atau Asas Teori Kaunseling Konvensional versus Kaunseling Islam
Semua teori kaunseling konvensional adalah berdasarkan pemikiran manusia atau man
made dan berasaskan dapatan-dapatan duniawi sahaja. Konsep akhirat tak pernah wujud dalam
kajian kaunseling konvensional.
Kaunseling Islam tidak berasaskan sesuatu teori seperti teori barat, kerana teori bukanlah
sesuatu yang mutlak(absolute) bahkan boleh dipertikaikan atau dibatalkan oleh bukti-bukti
empirikal yang terkemudian.Sebaliknya, asas utama kaunseling Islam adalah al-Quran dan hadis-
hadis sahih ( )atau hasan()yang merupakan sumber yang mutlak dan tidak boleh
dipertikai oleh seorang yang mengaku Muslim. Selain al-Quran dan al-Sunnah, dasar-dasar
Kaunseling Islam juga dibentuk oleh sumber-sumber lain yang dinyatakan oleh ulama-ulama
seperti ijmak)(, qias)(, istihsan)(, istishab)( dan masalihul
mursalah)( . Di samping itu, terdapat teori-teori para sarjana Islam berkaitan psikologi
dan aspek-aspek kaunseling yang lain yang ditulis dalam karya-karya besar mereka seawal kurun
kelapan masehi. Walaubagaimanapun, teori yang dihasilkan mereka masih terikat dengan
kesimpulan (istinbat - )mereka terhadap pemahaman nas al-Quran dan al-Sunnah. Tidak
seperti pemikir Barat yang sekular, pemikiran sarjana Islam ini diikat dengan batas akidah dan
syariat. Namun, dalam kerangka perundangan Islam (usul fiqh - ) , teori mereka masih
dikategorikan sebagai tidak mutlak atau dzanni) (dan boleh diperbahaskan.Teori-teori ini
hanya menjadi asas sekunder kepada Kaunseling Islam. Bahkan, mana-mana teori yang
bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah adalah tertolak.

3
3.0 Perkembangan Personaliti Kaunseling Konvensional versus Kaunseling Islam
Semua teori Kaunseling Konvensional, mengambil kira hanya tiga alam/domain sahaja
ketika menghuraikan tentang personaliti/sahsiah seseorang insan serta masalah manusia. Domain
tersebut adalah kognitif (akal), psikomotor (jasad) dan afektif (emosi). Perkaitan hubungan antara
domain ini ditunjukkan dalam Rajah 1:

Rajah 1: Hubungan antara komponen personaliti manusia

KOGNITIF
(Akal)

PSIKOMOTOR AFEKTIF
(Jasad) (Emosi)

manakala dalam Kaunseling Islam, personaliti seseorang insan itu terdiri daripada sekurang-
kurangnya enam elemen iaitu:jasad, roh, akal, qalb )(, nafs )(, dan emosi seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.

Rajah 2: Enam elemen personaliti manusia menurut Kaunseling Islam

JASAD

EMOSI AKAL

RUH QALB

NAFS

Elemen-elemen tersebut dinyatakan Allah swt dalam al-Quran. Komponen jasad dan roh manusia
disebut dalam Surah Shad ayat 72 :

Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya (manusia), serta Aku tiupkan


padanya roh dari (ciptaan-Ku)

Ulama-ulama Islam berbeza pendapat dalam membuat perkaitan antara keenam-enam


elemen tersebut (jasad, roh, akal, qalb, nafs, dan emosi). Imam al-Ghazali3 telah membezakan di
antara roh dengan jasad. Roh adalah nyawa yang menghidupkan manusia, haiwan dan tumbuh-
tumbuhan. Ia adalah entiti yang boleh wujud tanpa bergantung kepada elemen lain. Jasad pula
adalah entiti yang bergantung kepada roh untuk hidup. Roh yang ada pada manusia kekal dan
abadi di syurga atau di neraka kelak, manakala roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan musnah.
Berbanding dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan, roh manusia mempunyai elemen hati (al-
Qalb - ), nafsu(al-Nafs - )dan akal (al-Aql - ).

Qalb dikonotasikan dengan istilah hati oleh orang Melayu sedangkan orang Arab
menggelar hati sebagai kibd )(. Qalb dalam Bahasa Arab adalah jantung. Allah berfirman
tentang qalb )(dalam al-Quran seperti berikut:
Firman Allah swt4:





























Maksudnya: Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi
supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang
yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang
dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun

3
Ihya Ulumuddin. Thaqiq Abdul Rahim bin al-Husin al-Iraqi. Kaherah: Dar al-Taqwa li al-Turath, 2000.
4
Al-Quran: Surah al-Hajj, ayat 46.

5
tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang
buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

Ayat ini mencirikan qalb - (hati) sebagai satu entiti yang boleh berfikir dan ia terletak di dalam
dada. Qalb ) (sangat penting dalam domain personaliti manusia, kerana menurut hadis, ia
adalah raja yang mengawal keseluruhan domain lain. Sabda Nabi Muhammad saw5:

Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia terdapat segumpal daging.


Jika ia baik, seluruh tubuh baik. Jika ia rosak, seluruh tubuh juga rosak. Ketahuilah
(segumpal daging) itu ialah hati.

Perkataan nafs - ( jiwa) dalam Al-Quran membawa pelbagai makna antaranya diri
(jasad beserta roh)6,kecenderungan atau syahwat7, serta kehendak (rughbah - )dan
sanubari (dhamir - )8, dan jenis-jenis jiwa9.Perkataan nafs dalam hadis juga membawa
makna yang sama seperti yang terdapat dalam al-Quran, cuma terdapat satu penambahan makna
nafs yang membawa makna emosi dan perasaan contohnya dalam hadis10 berikut:
Sesuatu yang baik itu adalah yang membuat perasaan (nafs) tenteram dan
hati tenang. Sebaliknya, dosa itu adalah yang membuat perasaan tidak tenang
dan hati gelisah sekalipun orang banyak memberikan fatwa.

Jiwa atau al-nafs ini pula telah diciptakan Allah dengan satu kualiti yang disebut
fitrah)(, iaitu sifat-sifat manusia yang terbaik yang dihendaki oleh Allah swt, termasuklah
potensi dan kecenderungan manusiawi, termasuklah kecenderungannya untuk beragama dan
melakukan kebaikan. Firman Allah swt11:

5
Hadis riwayat Muslim.

6
As-Sajadah[11]: 13.
7
QS. Al-Maidah: 30.
8
Lihat, Al-Quran: Surah Ar-Rad[13]: 11 dan Qaf[50]: 16.
9
Lihat Al-Quran: Surah Al-Qiyamah[75]: 2, Yusuf[12]: 53, Al-Fajr[89]: 27-28 dan An-Naziat[79]: 40.
10
Hadis riwayat Ahmad
11
Al-Quran: Surah al-Rum, ayat 30.

6




Maksudnya Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu,
wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus)
agama Allah, iaitu agama yang Allah memfitrahkan manusia (dengan keadaan
bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang
perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui
Fitrah yang suci ini akan menjadi naluri atau intuisi (instinct) yang akan memandu manusia untuk
membuat pilihan hidup yang benar. Diriwayatkan bahawa Muslim bin Musykam berkata bahawa
dia mendengar al-Khusyani berkata: saya pernah bertanya kepada Rasulullah saw, beri
tahukanlah kepada saya bagaimana caranya mengetahui bahwa sesuatu itu dihalalkan atau
diharamkan bagi saya. Rasulullah saw. kemudian berdiri. Setelah meluruskan pandangannya
beliau bersabda12:
Sesuatu yang baik itu adalah yang membuat perasaan (nafs) tenteram dan hati
tenang. Sebaliknya, dosa itu adalah yang membuat perasaan(nafs) tidak tenang
dan hati gelisah sekalipun orang banyak memberikan fatwa.

Ulama turut berbeza pandangan tentang akal manusia. Salah satu takrif Ibn Manzur13
terhadap aql ialah cahaya dalam roh yang Allah sinarkan ke dalam hati (qalb) dan otak. Imam
Nasafi14mendefinisikan aql atau akal sebagai satu daya yang dimiliki oleh jiwa (nafs). Daya ini
mengupayakan manusia untuk berfikir dan mencerap maklumat daripada pancaindera. Daya ini
berbeza kekuatannya mengikut umur manusia dan proses penajamannya yang boleh diusahakan
oleh manusia dari semasa ke semasa. Walaubagaimanapun, menurut ulama Islam, bukan sahaja
akal, tetapi qalb turut berfungsi sebagai elemen kognitif. Takrifan ulama Islam terhadap akal
berbeza dengan takrifan sarjana Barat kerana ulama Islam sentiasa mengaitkan fungsi aql ini
dengan roh, nafs dan qalb, tiga elemen yang tiada dalam domain Kaunseling Konvensional.

12
Hadis riwayat Ahmad
13
Ibn Manzuur, J.M. (1300H), Lisan al-Arab, Vol.13, Cairo: Daar al-Misriyyah.
14
Al-Nasafi, al-Aqaid al-Nasafiyyah, m.s 46-61.

7
Justeru, apabila dibandingkan, konsep personaliti manusia antara kaunseling
Konvensional dan Kaunseling Islam, daripada segi kuantiti dan kualiti komponen, kita dapati
personaliti kaunseling Islam melebihi kuantiti dan kualiti teori Kaunseling Konvensional. Dari
segi kuantiti, terdapat enam domain Kaunseling Islam berbanding tiga domain dalam Kaunseling
Konvensional. Hasil perbandingan daripada segi kualiti pula, Kaunseling Konvensional hanya
ada dua dimensi iaitu ada yang tangible jasad, dan ada yang tidak tangible kognitif dan
afektif manakala dalam Kaunseling Islam, ada tiga dimensi iaitu yang tangible jasad, yang
tidak tangible kognitif(aqal) dan afektif(emosi), serta ada yang ghaib ruh, nafs dan qalb.
Kewujudan elemen ruh, nafs dan qalb yang dalam konsep personaliti manusia ini menyebabkan
penambahan dalam pendekatan Kaunseling Islam kepada fungsi tazkiyah ) (yang akan
dibincangkan selepas ini. Di samping itu, perberbezaan pentakrifan akal oleh ulama Islam
berbanding sarjana Barat turut membezakan pendekatan pengembangan kognitif dalam
Kaunseling Islam yang akan turut melibatkan fungsi tazkiyah. Demikian juga, jika ditinjau dari
perspektif Islam, pengembangan kecerdasan emosi juga sebenarnya lebih menjurus kepada proses
pembersihan hati dan jiwa15.

Analisa seterusnya, personaliti dalam teori konvensional, tidak ada hirarki untuk meningkat.
Kejayaan Kaunseling Konvensional didasarkan kepada konsep fully functioning person
manakala personaliti dalam Kaunseling Islam, ada hirarki dan ada pula manifestasi setiap nafs
(Lihat Rajah 3). Maka, konsep fully functioning dalam Kaunseling Islam adalah pemilikan
sekurang-kurangnya jiwa mutmainnah ) (. Kewujudan hirarki jiwa ini memudahkan proses
memulih klien atau mengembangkan potensinya dan membimbing perubahan daripada nafs
ammarah ) ( hingga ke nafs rodhiyah )( kerana manifestasi setiap nafs itu
menjadi pengukurnya.

Rajah 3: Hirarki Nafs

15
Siti Sarawati Johar & Ishak B. Mad Shah, Kecerdasan Emosi Ketua Dalam Elemen Tadbir Urus Insan Dari
Perspektif Model Kerohanian Imam Al-Ghazali, International Management Conference (IMaC2011) (hlm. 01-20).
Kuala Terengganu: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2011.

8
KAMILAH

MARDZIYYAH

RODHIYAH

MUTMAINNAH

MULHAMAH

LAWWAMAH

AMMARAH

Ciri-ciri dan manifestasi nafs adalah seperti berikut16:


Nafs Ammarah ) ( :
Hati tergoda oleh nafsu dan syaitan
Sentiasa gemar melakukan kejahatan, dosa dan tidak menyesal.
Sebaliknya berasa puas dan gembira
Allah SWT berfirman dalam al-Quran17:





















Maksudnya : "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu
manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang
telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu).
Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Nafs Lawwaaamah)( :
Selalu mengkritik diri sendiri bila melakukan kejahatan/dosa
Segera beristighfar kepada ALLAH swt bila melakukan masiat
Allah SWT berfirman dalam al-Quran18:

16
Al-Jailani, Abd al-Qadir, Futuh al-Ghayb, Al-Baz Publishing, 1992.
17
Al-Quran: Surah Yusuf, ayat 53.
18
Al-Quran: Surah Al-Qiyamah, ayat 2.

9
Maksudnya: Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (bahawa kamu
akan dibangkitkan sesudah mati)!

Nafs Mulhamah )( :
Menjelma apabila individu dapat menewaskan dorongan nafsu ammarah dan
lawwaamah
Tidak sayangkan harta berlebihan, selalu bersyukur (buat apa yang disuruh, tinggal
apa yang dilarang), tawadduk, sabar, redha, dan selalu bertaubat
Allah SWT berfirman dalam al-Quran19:






















Maksudnya: Demi jiwa (manusia) dan yang menjadikannya (Allah) lalu
diilhamkan Allah kepadanya mana yg buruk dan mana yg baik, sesungguhnya
dapat kemenanganlah orang yang menyucikan hatinya dan rugilah (celakalah)
orang yang mengotorkannya.
Nafs Mutmainnah )( :
Nafsu yang agak bersih dan suci tapi belum jernih
Murah hati, suka bersedekah, tawadduk, arif dan bijaksana, kuat beribadah,
bersyukur, redha dan bertaqwa
Allah SWT berfirman dalam al-Quran20:



















Maksudnya: Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap
dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan

19
Al-Quran: Surah As-Syam, ayat 8-10.
20
Al-Quran: Surah Al-Fajr, ayat 27-28.

10
keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai
(di sisi Tuhanmu) ! -
Nafs Rodhiyah )( :
Nafs maqam wali
Mencapai kejernihan hati
Zuhud, ikhlas dan wara
Tinggalkan perkara-perkara yang bukan tugasnya
Tunai dan tepatkan hukum-hukum ALLAH swt
Nafs Mardziyyah )( :
Nafs yang lebih tinggi tahapnya. Segala perlakuan mereka diredhai ALLAH swt
Mempunyai budi pekerti yang elok dan terpuji
Lemah lembut dalam percakapan
Sentiasa selesa berdampingan dengan ALLAH swt
Selalu berfikir tentang kebesaran ALLAH swt
Redha dengan segala ketentuan ALLAH swt
Nafs Kamilah )( :
Nafsu ini telah melalui semua peringkat nafsu dari nafsu ammarah
Maqam para Nabi dan Rasul

4.0 Fungsi Kaunseling Konvensional versus Kaunseling Islam (Fungsi 5M versus Tazkiyah)
Fungsi kaunseling konvensional terhad kepada 5M sahaja, iaitu:
Mencegah/preventive
Mengembang/developmental
Memulih/remedial
Melerai krisis/crisis intervention
Mengendalikan perundingan/ consultation

Fungsi kaunseling Islam bukan sahaja merangkumi 5M, malah ditambah dengan fungsi
tazkiyah. Bagi meningkatkan tahap nafs\ klien kepada tahap nafs yang lebih tinggi, klien
hendaklah dibimbing untuk melalui proses tazkiyah. Tazkiyah bermaksud pembersihan atau

11
penjernihan. Proses tazkiyah ini adalah proses membuang (stamping out) apa yang buruk
(takhalli), dan digantikan (stamping in) dengan perkara yang baik(tahalli) dan ia melalui 5 proses:
1) Muhasabah diri. Ia adalah proses introspeksi atau merenung ke dalam diri.
2) Bertaubat: iaitu dengan mengaku kesalahan yang telah dilakukan serta memohon
keampunan daripada Allah SWT, sungguh-sungguh menyesal dan berazam untuk
tidak mengulanginya.
3) Sabar: untuk menghapuskan ciri-ciri buruk, dan untuk beristiqamah dengan ciri-ciri
baru
4) Khauf: mesti ada rasa takut kalau-kalau Allah tidak menerima taubat kita
5) Roja:sentiasa berharap akan berjaya

Dalam kerangka pelaksanaan fungsi 5M pula, kaunselor yang melaksanakan Kaunseling


Islam akan melaksanakan fungsi-fungsi khusus yang Islamik iaitu membantu klien membuat
pilihan yang benar berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah, membantu memberi kefahaman dan
celik aqal (bashiirah) bagi membolehkan berlaku perubahan tingkahlaku ke arah mencapai
kesejahteraan dunia dan akhirat, membantu klien agar sentiasa mempunyai hubungan yang baik
dengan Allah, manusia dan semua makhluk (hablun minallah wa hablun minannaas), membantu
klien yang terlibat dalam maksiat atau perbuatan keji untuk mematuhi syariat, membantu
mengubah cara hidup klien ke arah yang diredhai Allah.

5.0 Obligasi Kaunseling Konvensional versus Kaunseling Islam

Daripada segi obligasi, Kaunseling Konvensional berobligasi hanya kepada klien sahaja,
manakala dalam Kaunseling Islam, kaunselor amat terikat dengan obligasi dan kewajipan-
kewajipan kepada Allah swt menerusi niat yang ikhlas serta kepatuhan terhadap syariat Islam.
Kaunseling dalam Islam ditegakkan atas prinsip bahawa agama itu merupakan keperluan asas
manusia juga kepercayaan kepada kewujudan tuhan sebagai pencipta, pemilik setiap individu,
penentu takdir, penentu dan pengatur tugasan serta hukum-hakam dalam kehidupan di dunia.
Keimanan kepada tuhan harus diyakini menjadi faktor utama kepada ketenteraman jiwa,
kebahagiaan dan segala kebaikan dalam hidup manusia. Keimanan kepada tuhan juga perlu
dianggap sebagai faktor penting untuk kejayaan kaunseling. Bahkan terapi utama yang patut

12
diusahakan oleh kaunselor Muslim ke atas kliennya adalah membina iman yang utuh dan
menggunakan ayat-ayat al-Quran.

Demikian juga di pihak kaunselor Muslim, keimanan adalah tunggak kepada gerak
kerjanya, dan segala proses kaunseling dan bantuannya kepada klien hendaklah dilakukan ikhlas
semata-mata mencari redha Allah SWT21. Redha Allah dan kebahagiaan di akhirat pula menjadi
matlamat utama dalam kaunseling Islam. Keimanan ini juga menjadikan kaunselor dan klien
percaya bahawa Allah adalah tempat yang paling unggul untuk mengadu sebarang masalah atau
memohon untuk menghilangkan kesedihan serta memperolehi ketenangan hati. Ia sejajar dengan
apa yang dinyatakan oleh Nabi Yaakob dalam dalam Surah Yusuf, ayat 84-87, yang bermaksud :

"Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku


kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah,
apa yang kamu tidak mengetahuinya. Wahai anak-anakku! Pergilah dan
intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin) dan
janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.
Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu
melainkan kaum yang kafir".

6.0 Elemen penting dalam hubungan Kaunseling Konvensional versus Kaunseling Islam

Kaunseling Konvensional menekankan rapport secara mendatar (horizontal) dengan


klien sahaja seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.

Rajah 4: Hubungan dalam kaunseling konvensional

KAUNSELOR RAPPORT KLIEN

manakala kaunseling Islam pula menekankan hubungan horizontal bukan sahaja dengan klien
bahkan dengan semua manuasia (hablum minannaas - ) dan makhluk lain. Selain itu
Kaunseling Islam juga berteraskan hubungan vertikal dengan ALLAH swt (hablum min Allah
- ) , sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 5.

21
Lihat Ahmad Raba, Abdul halim Othman (1998), Toward Islamization of Guidance and Counselling, Jurnal
PERKAMA, Bil.7, Sabah: Persatuan Kaunseling Malaysia, m.s. 127-135.

13
Rajah 5: Hubungan dalam Kaunseling Islam

Firman Allah swt22:






















Maksudnya: Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala urusan) di mana sahaja
mereka berada, kecuali dengan adanya tali (hubungan) dengan Allah dan adanya
tali (hubungan) dengan manusia.

Justeru, dalam proses pencegahan, pemulihan atau pengembangan, klien akan dibimbing untuk
mendahulukan hak Allah swt yang perlu dimanifestasikan dalam bentuk pematuhan terhadap
syariat Islam di samping memastikan hubungan yang baik dengan ibu bapa, sahabat, jiran
tetangga dan persekitarannya.

Carl Rogers23 menekankan tiga elemen penting dalam hubungan kaunselor-klien, iaitu:
Genuineness
Unconditional Acceptance/Positive Regard
Emphatic Understanding

22
Al-Quran: Surah Ali Imran ayat 112.
23
Rogers, C. (1986). Client-centered therapy. In I.L Kutash and A. Wolf (Eds).Psychotherapists casebook:
Therapy and Technique in Practice (pp 197-208). San Francisco: Jossey Bass.

14
Kaunseling Islam pula bukan sahaja menekankan ketiga-tiga elemen ini, bahkan amat mementing
dan menekankan:
Niat yang ikhlas tujuan perlakuan kita hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah swt
Nabi Muhammad saw bersabda24:

Dari Umar radhiyallahu anhu, bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wa


sallam bersabda, Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada
niat. Dan (dikira) bagi setiap individu itu apa yang telah dia niatkan. Maka
barangsiapa hijrahnya karena Allah dan rasulNya Maka hijrahnya untuk
Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya karena urusan dunia atau
wanita untuk dinikahi maka hijrahnya untuk apa (niat) yang dihijrahinya.
Perbuatan yang ikhlas apa yang kita lakukan adalah dilakukan kerana Allah swt
semata-mata tanpa mengharapkan timbal balas. Firman Allah swt25:














Maksudnya: Katakanlah lagi (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku
diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala
ibadat kepadaNya
Ihsan apa yang kita lakukan kita mesti rasa bahawa Allah swt sentiasa
melihatnya. Rasulullah menerangkan mengenai ihsan ketika menjawab pertanyaan
Malaikat Jibril tentang ihsan di mana jawapan tersebut dibenarkan oleh Jibril, dengan
mengatakan26:

24
Hadith Riwayat Bukhari, Muslim.
25
Al-Quran: Surah al-Zumar, ayat 11.
26
Hadith Riwayat Muslim.

15

Engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihatNya, dan apabila


engkau tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Justeru itu, apa yang pengamal Kaunseling Islam lakukan adalah lebih tulen dan lebih berintegriti.

7.0 Kemahiran Kaunseling Konvensional versus Kaunseling Islam

Kemahiran-kemahiran yang dilatih dan perlu ada pada Kaunselor Konvensional adalah
menyoal, memparafrasa, membina hubungan, merumus, merefleksi, mengkonfrontasi, minimal
encourager, senyap, eye contact, body language/movement, modelling, mengeko dan lain-lain.
Semua kemahiran dalam Kaunseling Konvensional boleh kita terapkan ke dalam Kaunseling
Islam secara lock, stock and barrel ditambah dengan kemahiran-kemahiran tambahan seperti
berikut:
Menyampai dan menjelaskan ilmu dan amalan, serta mendidik dan berdakwah secara
berhikmah
Kemahiran membaca ayat-ayat suci al-Quran dan mengaitkannya dengan isu klien
Kemahiran membaca berzikir, syahadah, salawat, dan doa yang sesuai dengan kondisi
serta isu klien
Kemahiran mendemonstrasi ibadat, khususnya berwudhuk, solat fardhu, solat hajat dan
solat istikharah.
Kemahiran pengkisahan al-Quran dan Sirah Nabi yang berkaitan isu klien.
Kemahiran pemantauan berterusan (regular monitoring)

Selain itu, adab-adab mengikut syariat Islam dalam proses Kaunseling Islam juga amat
ditekankan. Antaranya:
Berpakaian menutup aurat dan berpersonaliti Islamik
Memulakan proses kaunseling dengan bismillah. Nabi saw bersabda27:
. :

27
Hadis riwayat Ibnu Hibban.

16
Maksudnya: Setiap perkara (kehidupan) yang tidak dimulai dengan
bismillaahir-rahmaanir-rahiim, maka dia akan terputus. Artinya adalah kurang
barakahnya
Berdoa pada awal dan akhir sesi
Klien dilayan sebagai tetamu
Menghindari fitnah
Mematuhi syariat berkaitan pengendalian klien berlainan jantina

8.0 Matlamat Kaunseling Konvensional versus Kaunseling Islam

Kaunseling konvensional menekankan kesejahteraan kognitif, tingkahlaku atau afektif,


sebagai matlamat kaunseling. Kaunseling Islam pla amat menekankan kesejahteraan jasad, akal,
qalb, nafs dan roh. Lebih daripada itu, Kaunseling Islam turut memberi tumpuan khas kepada
merealisasikan tujuan hidup seorang manusia diciptakan Allah iaitu sebagai Abd ( - hamba)
yang diperintahkan untuk menjadi khalifah di bumi. Matlamat hidup manusia adalah untuk
mencapai redha Allah SWT dan mengecapi kebahagiaan hakiki di akhirat28. Selain matlamat-
matlamat ini, kaunseling dalam Islam mestilah bertujuan membimbing dan menunjuk klien ke
arah jalan Allah ( ) dengan menjunjung prinsip menyuruh berbuat baik dan
menghalang daripada kemungkaran (al-amr bi al maruf wa an-nahy an al-munkar)29, serta
menolong klien untuk30 :-
menerima takdir tuhan secara positif
mengambil keputusan yang tidak bertentangan dengan syariat Islam
meletakkan matlamat diri yang tidak bertentangan dengan syariat
mengambil keputusan yang boleh mendatangkan manfaat di dunia dan akhirat.

9.0 Ciri-ciri Kaunselor Konvensional versus Kaunseling Islam

28
Lihat Zulkifli Yusuf (1992), Bimbingan Kaunseling di Malaysia Satu Tinjauan, Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn.
Bhd., m.s.140-141
29
Lihat Nor Anisah Abdul Malek (1992), Konsep manusia Menurut Pandangan Islam: Satu Pemikiran Ke Arah
Pembentukan Teori Kaunseling Islam, Kuala Lumpur : Arena Ilmu, m.s.95-97.
30
Zulkifli Yusuf, op.cit.

17
Bagi mencapai kejayaan dalam kaunseling Islam, pengendalinya mestilah seseorang
kaunselor profesional yang mempunyai ciri-ciri tambahan berikut:
Beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT
Mengakui dan menerima Rasulullah sebagai kaunselor terbaik
Siddiq
Amanah
Tabligh
Fatonah
Berani dan adil
Sabar dan tenang
Sentiasa menambah ilmu dan kemahiran
Tawadduk dan altruistik
Bertolak ansur dan bertoleransi

10.0 Nilai Tambah Kaunseling Islam

Dalam Kaunseling Islam terdapat beberapa konsep penting bagi menjamin ketenangan dan
kesentosaan jiwa yang tidak terdapat dalam Kaunseling Konvensional. Konsep-konsep Islamik
tersebut adalah:

Redha akan taqdir Allah yang akan mendorong wujudnya sabar. Firman Allah swt31.







































Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan
takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-

31
Al-Quran: Surah Al-Baqarah, ayat 155-157.

18
orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka
berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah
jualah kami kembali.

Tawakkal. Firman Allah swt32:


Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tidak ada
Tuhan (yang berhak disembah) selain daripadaNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakal, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar

Empowerment Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum, sehinggalah
kaum itu sendiri yang mengubahnya. Firman Allah swt33:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum


sehinggalah mereka mengubah diri mereka sendiri

Yaqin, iaitu:
Yaqin bahawa apabila ALLAH swt mengambil sesuatu daripada kita, ALLAH
swt pasti akan menggantikannya dengan yang lebih baik. Rasulullah SAW
bersabda :

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda :


32
Al-Quran: Surah at-Taubah, ayat 129.
33
Al-Quran: Surah Arrad, ayat 11.

19
Sesungguhnya tidaklah engkau meninggalkan sesuatu karena Allah
Azza wa Jalla, kecuali Allah akan menggantikannya bagimu dengan
yang lebih baik bagimu (HR Ahmad no 23074)
Yakin bahawa ujian musibah itu tanda peningkatan iman. Firman Allah
SWT34:


Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula
kamu berdukacita (bersedih hati terhadap apa yang akan menimpa kamu),
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya (mengatasi
musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang
(sungguh-sungguh) beriman.
Yaqin bahawa setiap kesusahan/ujian Allah swt ke atas kita, akan
disusuli dengan kesenangan, jika kita redha dan sabar. Firman Allah
SWT35:


Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap
kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan) bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disudahi dengan kemudahan.
Yaqin bahawa segala taqdir Allah itu adalah yang terbaik untuk kita.
Firman Allah swt36:

Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan
boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan
(ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak
mengetahuinya.

34
Al-Quran: Surah Ali Imran, ayat 139.
35
Al-Quran: Surah al-Insyirah ayat 5-6.

36
Al-Quran: Surah al-Baqarah, ayat 216.

20
Yaqin bahawa segala yang Allah timpakan kepada kita adalah sesuatu yang
kita mampu untuk tanggung. Firman Allah swt37:



Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.
Yaqin yang semua doa akan ALLAH swt qabulkan mengikut ketentuan
ALLAH swt. Firman Allah swt38:

Maksudnya Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku,


niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang
yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina dina".

Yaqin bahawa solat adalah sebaik-baik kaedah memohon pertolongan. Firman


Allah SWT39:



Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar
dan mengerjakan solat; Dan sesungguhnya solat itu amat berat
kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.
Yaqin dengan berzikir (yakni, mengingati ALLAH swt) hati menjadi
tenang.Firman Allah swt40:

Ertinya : "orang-orang mu'min hatinya tenteram karena mengingat allah,


ingatlah allah, karena dengan mengingat allah hati menjadi tenteram"

37
Al-Quran: Surah al-Baqarah, ayat 286.
38
Al-Quran: Surah Surah Al-Mumin, yat 60.
39
Al-Quran: Surah al-Baqarah, ayat 45.
40
Al-Quran: Surah Ar Ra'd, ayat 28.

21
Yaqin bahawa dengan beristighfar dan membaca AL-QURAN, Allah swt akan
memudahkan setiap usaha kita.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang senantiasa


beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap
kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (HR. Abu
Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Yaqin yang al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit. Firman Allah
swt41:




Dan Kami turunkan dari Al-Qur`an suatu yang menjadi
penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-
Qur`an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang dzalim
selain kerugian.
Yaqin bahawa bagi setiap penyakit, ada baginya ubat, kecuali mati. Nabi s.a.w
bersabda:

"Berubatlah, sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan


(kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya
(penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat
baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? (penyakit yang
tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)"
Yaqin bahawa Allah akan menolong hamba-Nya yang gigih mematuhi
perintahNya. Firman Allah swt42:

Maksudnya: Dan orang-orang yang berusaha dengan


bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami,
sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami

41
Al-Quran: Surah Al-Isra`, ayat 82.
42
Al-Quran: Surah al-Ankabut, ayat 69.

22
(yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan)
dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah
berserta orang-orang yang berusaha melakukan kebaikan
(membaiki amalannya).

Tidak berputus asa dengan rahmat ALLAH swt dalam apa keadaan sekalipun.
Firman Allah SWT43:




dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta
pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari
rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.
Bahkan apa yang paling istimewa kepada pengamal (kaunselor) Kaunseling Islam ialah
kerjaya atau praktis sebagai kaunselor merupakan suatu amal soleh yang akan diganjari oleh Allah
swt serta menjadi bekalan untuknya di akhirat kelak. Itu janji Allah swt, dan Dia tidak akan
memungkiri janji sebagaimana firman-Nya44:




Maksudnya: Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan
kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah
Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak
menyalahi janji.

11.0 Penutup

Hasil analisa terhadap perbandingan antara Kaunseling Islam dan Kaunseling


Konvensional ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa perbezaan yang sangat ketara di antara
dua aliran ini, terutamanya yang melibatkan aspek persoalan teori atau dasar, teori atau konsep
personaliti, obligasi dan matlamat kaunseling. Terdapat beberapa aspek tambahan yang eksklusif
berkaitan fungsi kaunseling serta ciri-ciri dan kemahiran kaunselor dalam Kaunseling Islam.
Seterusnya, terdapat beberapa aspek yang unik dan istimewa dalam Kaunseling Islam yang tidak

43
Al-Quran: Surah Yusuf, ayat 87.
44
Al-Quran: Surah Ali Imran, ayat 194.

23
ada dalam Kaunseling Konvensional iaitu konsep redha, tawakkal, empowerment serta yakin
kepada Allah SWT yang Maha Mencipta (al-Khaliq- )manusia, isu atau masalah, Maha
Mentaqdirkan (al-Qadir- )segala yang berlaku, yang juga menjadi tempat pergantungan
manusia untuk mengadu segala sesuatu dan memohon pertolongan (al-Somad- ).

Perbezaan-perbezaan tersebut menjadi sebahagian justifikasi bahawa Kaunseling Islam


adalah satu aliran kaunseling yang khusus serta genuine, dan bukannya sekadar tempelan kepada
Kaunseling Konvensional. Tidak cukup dalam mengislamisasikan Kaunseling Konvesional,
hanya dengan mengubah pengendalinya kepada oleh seorang kaunselor Muslim. Sebaliknya
terdapat beberapa struktur dan elemen dalam Kaunseling Konvensional itu sendiri yang perlu
diubah atau ditambah untuk menjadikannya Islamik.

Sebagai lanjutan kepada analisis ini, penulis mencadangkan agar beberapa kajian yang
lebih terperinci dilakukan untuk menyaring beberapa teori Kaunseling Konvesional untuk menilai
elemen-elemen yang patuh syariah atau sebaliknya. Semoga para sarjana terus melakukan
penyelidikan berkaitan Kaunseling Islam agar ia dapat dipersadakan di Malaysia khusunya dan
di dunia Islam amnya.

12.0 Rujukan

Al-Quran al-Karim.

Al-Jailani, Abd al-Qadir (1992). Futuh al-Ghayb, Al-Baz Publishing.

Siti Sarawati Johar & Ishak B. Mad Shah (2011). Kecerdasan Emosi Ketua Dalam Elemen Tadbir
Urus Insan Dari Perspektif Model Kerohanian Imam Al-Ghazali, International Management
Conference (hlm. 01-20). Kuala Terengganu: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Muslim, Abi Hussain Hajjaj Qusyairy (2001). Sahih Muslim, Beirut Lebanon: Dar al-
Kotob al-Ilmiyah

Abu Bakar, Rizal (2009). Kaunseling daripada perspektif Islam : Apa, siapa, kenapa dan
bagaimana, Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors.

Ahmad B. Hanbal (t.t.) , Al-Musnad li Imaam Ahmad B. Muhammad B. Hanbal, Kuala Lumpur:
Pustaka Azzam.

Ahmad Raba, Abdul halim Othman (1998), Toward Islamization of Guidance and Counselling,
Jurnal PERKAMA, Bil.7, Sabah: Persatuan Kaunseling Malaysia.

24
Al-Bukhari, M.I. (1997). Sahih Bukhari. Translated by Muhammad Muhsin Khan. Riyadh:
Darussalam.

Al-Ghazali, (2000). Ihya Ulumuddin. Thaqiq Abdul Rahim bin al-Husin al-Iraqi. Kaherah: Dar
al-Taqwa li al-Turath.

Al-Tuftazani, (2009). Syarh al-Aqaid al-Nasafiyya, Karachi: Maktabah al-Madaniyyah.

Badri, M. (1398H), Ulam al-Nafs al-Muslimn Fi hujr Al-dhab, Majallah Al-Muslim Al-
Mashir.

Ibn Hibban (t.t.), Shahih Ibnu Hibban, Tahqiq: Syu'aib al-Arnauth, Kuala Lumpur: Pustaka
Azzam.

Ibn Manzuur, J.M. (1300H), Lisan al-Arab, Vol.13, Cairo: Daar al-Misriyyah.

Nor Anisah Abdul Malek (1992), Konsep manusia Menurut Pandangan Islam: Satu Pemikiran
Ke Arah Pembentukan Teori Kaunseling Islam, Kuala Lumpur : Arena Ilmu.

Rogers, C. (1986). Client-centered therapy. In I.L Kutash and A. Wolf (Eds).Psychotherapists


casebook:Therapy and Technique in Practice, San Francisco: Jossey Bass.

Zulkifli Yusuf (1992), Bimbingan Kaunseling di Malaysia Satu Tinjauan, Kuala Lumpur: Arena
Ilmu Sdn. Bhd.

25

You might also like