You are on page 1of 12

Jurnal Psikologi Malaysia 33 (3) (2019): 67-78 ISSN-2289-8174 67

Kesan Perceraian Ke Atas Kanak-Kanak: Perspektif Pekerja Sosial


(Effect of Divorce on Children: Social Workers’ Perspective)

Nuraimirah Zainun1
Norulhuda Sarnon @ Kusenin
Nur Saadah Mohamad Aun

1
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor

1
Corresponding e-mail:[ p77878@siswa.ukm.edu.my]

Statistic shows that many divorce cases occur within the first five years of marriage that
involved both spouses and children. These give a negative impact on the collapse of the
family institution in Malaysia. Hence, this study is conducted to examine the psychosocial
effects among children in divorced families. This study used qualitative approach and
phenomenological design which involved ten social workers as informants. The results were
obtained from the social workers’ perspective only by using purposive sampling. Data of this
study were analyzed using thematic analysis and Atlas.ti version 8 computer software.
Results showed that there are three main effects which are (i) psychological; (ii) change in
behavior and (iii) lack of financial resources. Changes from core family structure to single-
parent family have led to these changes. These findings are expected to contribute for a better
intervention among social workers to ensure the well-being of children and families in the
future.

Keywords: psychosocial, children, emotion, financial, love

Keretakan sesebuah keluarga mangsa keganasan rumah tangga, pesalah


sememangnya boleh memberi kesan muda, komuniti rentan dan mangsa
kepada wanita dan juga anak-anak. pemerdagangan orang. Terdapat dua jenis
Selepas perceraian berlaku, bapa tidak bantuan yang disediakan oleh JKM kepada
bertanggungjawab terhadap anak-anak lagi golongan sasaran iaitu bantuan berbentuk
(Roslina, Nurhidayah & Mohd Na`im, material dan bukan material. JKM
2017). Rentetan itu, keluarga yang bercerai menyediakan bantuan material berbentuk
ini akan menghadapi masalah kewangan kewangan contohnya memberikan
disebabkan pencari nafkah utama tidak bantuan kanak-kanak kepada golongan ibu
tinggal bersama-sama. Oleh itu, Jabatan tunggal bagi menyara anak-anak.
Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan Manakala bantuan bukan material pula
salah satu badan organisasi yang seperti memberikan sokongan sosial dan
menyediakan perkhidmatan kebajikan perkhidmatan kaunseling kepada kanak-
sosial (social welfare) kepada golongan kanak dan ibu tunggal yang memerlukan.
yang memerlukan bantuan. Antara .
golongan sasarannya ialah golongan Selain itu, JKM juga menyediakan
kanak-kanak, warga emas, orang kurang Program Geran Pelancaran dan Program 1
upaya (OKU), keluarga (termasuklah ibu Azam bagi meningkatkan sumber
tunggal), orang papa, mangsa bencana, pendapatan bagi individu yang terlibat.
Jurnal Psikologi Malaysia 33 (3) (2019): 67-78 ISSN-2289-8174 68

Melalui program ini, golongan ibu tunggal kaunseling juga kanak-kanak dapat
misalnya, dapat menceburi bidang baru bertindak balas dengan krisis. Jelaslah
yang bersesuaian dengan minatnya. bahawa keluarga yang sedang berhadapan
Program ini adalah sangat bermanfaat dan dengan krisis memerlukan bantuan
efisyen kerana dapat memperkasakan profesional dari segi pendidikan,
ekonomi ibu tunggal mengikut strategi psikologi, perubatan, undang-undang dan
Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal sokongan sebagai peranan dan
dalam tempoh tahun 2015-2020. Secara perundingan (Kausyliene, Cikatavicience
tidak langsung, ibu tunggal dapat & Leliugiene, 2015). Justeru itu, kanak-
mengurangkan kekangan masalah kanak sememangnya memerlukan terapi
kewangan mereka bagi meneruskan bagi membantu menangani permasalahan
kelangsungan hidup bersama anak-anak emosi yang timbul ekoran daripada
selepas bercerai (Siti Marziah Zakaria, perpisahan ibu bapa mereka.
Noremy Md Akhir, Nur Diyanah Hidayat
& Nurul Shafini Shafurdin, 2018). Melalui Kesan perceraian seterusnya merupakan
program geran pelancaran ini, JKM bukan masalah ekonomi (Mariam & Mohammad
sahaja berperanan dalam menyediakan 2017). Masalah ini memberi kesan kepada
bantuan modal malahan turut memberikan anak-anak apabila sumber ekonomi
latihan dan motivasi kepada golongan ibu menjadi terhad kerana sumber pendapatan
tunggal yang menyertai program tersebut. hanya bergantung kepada ibu. Perkara ini
. memberi tekanan kepada anak-anak
Golongan ibu tunggal ini dapat apabila mereka terpaksa bertukar sekolah
meningkatkan kemahiran dan dan bertukar tempat tinggal ke tempat
menambahkan ilmu pengetahuan dalam yang baru. Seterusnya, tahap penyesuaian
usaha pemerkasaan ekonomi mereka ke emosi ibu atau bapa juga mempengaruhi
tahap optimum (Siti Ruhani, 2016). Hal ini kesejahteraan anak-anak. Komitmen ibu
penting kerana keluarga yang mempunyai bapa terhadap anak-anak menjadi kurang
masalah kewangan boleh mempengaruhi apabila ibu atau bapa sibuk dengan kerjaya
tingkah laku delinkuen anak-anak. Perkara dan tidak dapat meluangkan masa
ini di buktikan dalam kajian yang bersama. Tambahan pula, salah seorang di
dijalankan oleh Azlina dan Suzila (2010) antara ibu atau bapa sahaja tinggal
mendapati remaja daripada keluarga yang bersama dengan anak-anak dan mengambil
bercerai mempunyai masalah tingkah laku tanggungjawab untuk menjaga anak-anak.
delinkuen.
Kesan perceraian bukan sahaja dari segi
Seterusnya pengkaji terdahulu seperti masalah ekonomi tetapi kanak-kanak turut
Zuria, Yee Pek, Rafidah, Amla dan Salleh terkesan apabila kehilangan suri teladan
(2011) telah menjalankan satu kajian dalam kehidupan seharian mereka. Perkara
mengenai proses kaunseling terhadap ini diketengahkan oleh Robert Hughes
kanak-kanak yang menghadapi masalah (2005) iaitu kesan perceraian
perceraian ibu bapa. Hasil kajian mereka menyebabkan kanak-kanak hilang suri
mendapati bahawa kesan perubahan teladan yang perlu dicontohi dalam
keadaan selepas perceraian ibu bapa keluarga. Keadaan ini akan menyebabkan
menyumbang kepada permasalahan emosi kanak-kanak mengalami krisis identiti
seperti tekanan dan kemurungan kepada apabila meningkat dewasa. Menurut Teori
kanak-kanak. Oleh itu, kajian mendapati Perkembangan Psikososial, kanak-kanak
bahawa bantuan kaunseling yang akan melalui sesi transisi iaitu kecelaruan
dijalankan dapat membantu kanak-kanak identiti daripada zaman kanak-kanak
meluahkan perasaan dan emosi mereka. kepada zaman remaja. Di samping itu,
Secara tidak langsung, melalui sesi kesan perceraian bukan sahaja dalam
Jurnal Psikologi Malaysia 33 (3) (2019): 67-78 ISSN-2289-8174 69

jangka masa pendek malah ianya turut mengikut saranan pengukuran pengalaman
memberi kesan dalam jangka masa praktis kerja sosial seperti di dalam kajian
panjang. Kajian yang dijalankan oleh yang dijalankan oleh pengkaji terdahulu
Constancer (2007) menunjukkan walaupun (Mohd Iqbal, Nur Saadah & Aizan, 2017).
perceraian ibu bapa telah berlaku 20 tahun Tempoh pengalaman tersebut dipilih bagi
yang lalu, namun responden turut mengukuhkan praktis pekerja sosial
menyatakan perceraian tersebut memberi semasa menjalankan kes berdasarkan ilmu
tekanan kepada mereka semasa proses pengetahuan dan pengalaman pekerja
perkembangan daripada alam remaja sosial. Seramai sepuluh orang pekerja
sehingga ke peringkat dewasa. Hal ini sosial yang terlibat dalam kajian ini.
menunjukkan bahawa pengalaman Mereka terdiri daripada pembantu,
peribadi dan tekanan ekoran pengalaman penolong dan pegawai pembangunan
perceraian ibu bapa boleh mempengaruhi masyarakat yang berkhidmat di Jabatan
masa hadapan anak-anak. Kebajikan Masyarakat. Kajian ini
dijalankan di kawasan Lembah Klang.
Selain itu, kesan perceraian ibu bapa juga Lokasi kajian ini dipilih kerana kadar
boleh memberi impak semasa proses perceraian di kawasan ini menunjukkan
pembentukan personaliti dan peningkatan setiap tahun. Oleh itu,
perkembangan tingkah laku kanak-kanak kawasan ini adalah bersesuaian untuk
sehingga ke peringkat dewasa. Berasaskan dipilih sebagai tempat kajian ini
Teori Ekologi Manusia oleh dijalankan.
Bronfenbrenner (1989), perceraian ibu
bapa ini boleh memberi kesan terhadap Reka Bentuk Kajian
tingkah laku kanak-kanak di peringkat
mikro, messo dan makro. Seterusnya, Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif
perceraian juga dapat mempengaruhi dengan menggunakan pendekatan
interaksi kanak-kanak secara individu fenomenologi. Pengkaji menggunakan
dalam keluarga, jiran tertangga, rakan soalan berbentuk separa berstruktur dan
sebaya dan tempat kerja. Oleh yang terbuka. Bentuk soalan ini dipilih kerana
demikian, dalam konteks kajian ini dapat membantu informan menjawab
pengkaji berminat untuk meneroka apakah soalan-soalan yang dikemukakan dengan
kesan psikososial yang dihadapi oleh lebih mendalam. Secara tidak langsung,
kanak-kanak ekoran perceraian ibu bapa bentuk soalan tersebut dapat membantu
mereka. pengkaji menjalankan temu bual sehingga
mencapai tahap tepu data. Data yang
diperolehi ini akan membantu pengkaji
Metod menjawab persoalan kajian.

Sampel Kajian Analisis Data

Kajian ini menggunakan teknik Data yang diperolehi telah dianalisis


persampelan bertujuan dengan kriteria menggunakan analisis tematik. Pada
yang telah ditetapkan. Informan kajian peringkat open coding, pengkaji telah
yang dipilih dalam kajian ini mempunyai mengenal pasti frasa-frasa yang tertentu
ciri-ciri yang tertentu bagi menjawab untuk di pilih di peringkat select coding.
persoalan kajian (Rozmi, 2013). Antara Seterusnya pengkaji membentuk tema-
kriteria informan kajian ialah pengkaji tema utama. Pada peringkat ini pengkaji
memilih pekerja sosial yang menggunakan perisian Atlas.ti versi 8.
berpengalaman sekurang-kurangnya dua
tahun dalam menjalankan kes. Tempoh ini
Jurnal Psikologi Malaysia 33 (3) (2019): 67-78 ISSN-2289-8174 70

Kesan Psikososial daripada Perspektif


Keputusan Pekerja Sosial

Latar belakang Informan Hasil kajian mendapati tiga kesan


psikososial kanak-kanak mangsa
Kajian ini melibatkan sepuluh orang
perceraian iaitu kesan dari segi psikologi,
informan yang bekerja di Jabatan
perubahan tingkah laku dan kekurangan
Kebajikan Masyarakat. Data ringkasan
sumber kewangan. Jadual 2 menunjukkan
informan ini diperolehi daripada temu bual
ringkasan tema yang telah diperolehi
yang dijalankan. Jadual 1 menerangkan
daripada kesan psikososial.
maklumat informan kajian yang terlibat.
Berdasarkan jadual tersebut, terdapat enam Jadual 2
orang informan lelaki dan empat orang
informan perempuan berumur di antara 31 Ringkasan Tema Kesan Psikososial
tahun hingga 46 tahun pada hari temu bual
di jalankan. Mereka menepati kriteria yang Tema Sub tema
ditetapkan dan mempunyai pengalaman Psikologi i. Perasaan
mengendalikan kes dengan kanak-kanak di tertekan
antara lima tahun hingga 20 tahun. Jadual ii. Perasaan marah
1 adalah ringkasan informan kajian. Perubahan tingkah i. Mencari
laku perapatan atau
sokong di luar
ii. Perubahan
Jadual 1
tingkah laku
negatif
Ringkasan Informan Kajian (N=10)

Bilangan Jantina Umur Pengalaman


Informan (Tahun) bersama
kanak-
kanak
Informan:1 Lelaki 35 5 tahun
Informan:2 Perempuan 32 8 tahun
Informan:3 Lelaki 32 5 tahun
Informan:4 Perempuan 36 6 tahun
Informan:5 Lelaki 33 6 tahun
Informan:6 Perempuan 32 5 tahun
Informan:7 Lelaki 46 20 tahun
Informan:8 Lelaki 34 10 tahun
Informan:9 Lelaki 31 10 tahun
Informan:10 Perempuan 45 20 tahun
Kekurangan sumber i. Berhenti
kewangan sekolah
ii. Penglibatan
dengan jenayah
Jurnal Psikologi Malaysia 33 (3) (2019): 67-78 ISSN-2289-8174 71

i) Psikologi daripada jenis keluarga asas (nukleus)


kepada jenis keluarga induk tunggal.
Daripada kacamata pekerja sosial iaitu Sehubungan itu, kefungsian dan peranan
informan kajian, kesan psikologi ini bagi setiap ahli keluarga juga turut
merangkumi perasaan tertekan dan berubah. Contohnya, selepas bercerai ibu
perasaan marah dengan apa yang berlaku. perlu mengambil alih tanggungjawab dan
Kanak-kanak yang berhadapan dengan peranan bapa dalam keluarga. Secara
perceraian ibu bapa mengalami perasaan tidak langsung, ibu tunggal merasa
ini kerana mereka menganggap perceraian terbeban dengan peranan tersebut.
ibu bapa perkara yang buruk dalam Malahan keadaan ini turut memberi
kehidupan mereka. tekanan kepada kanak-kanak kerana
ketiadaan sumber kewangan yang stabil
Perasaan tertekan merupakan salah satu dalam keluarga akibat kehilangan peranan
kesan psikologi kanak-kanak mangsa bapa sebagai pencari nafkah. Informan 5
perceraian ibu bapa. Informan menyatakan mengatakan “Masalah ibu tunggal ini
bahawa kanak-kanak yang berhadapan apabila dia ada masalah kewangan
dengan perceraian ibu bapa sering kali kadang-kadang memberi tekanan dekat
tertekan dengan masalah tersebut. Kanak- anak-anak kadang ada yang keluar dari
kanak ini mengatakan bahawa ibu bapa rumah”. Hal ini menunjukkan bahawa
mereka sering bergaduh di rumah masalah perceraian dalam keluarga bukan
menyebabkan mereka merasa tidak hanya memberi kesan terhadap tekanan
bahagia mempunyai ibu bapa yang sering perasaan tetapi juga membawa implikasi
bergaduh sehingga bercerai berbanding kewangan sehingga menyebabkan kanak-
dengan keluarga orang lain dilihat lebih kanak lari dari rumah.
bahagia. Contohnya, Informan 10
memberitahu ada kanak-kanak Manakala marah juga merupakan perasaan
mengatakan: “kenapa aku tengok mak yang telah dikenal pasti dalam kesan
bapak aku gaduh-gaduh, bercerai-cerai. psikologi. Informan 9 mengatakan ada
Aku nampak mak bapak kawan aku sesetengah kanak-kanak menunjukkan
bahagia je”. perasaan marah terhadap ibu bapa mereka
melalui tindakan seperti; “Kanak-kanak
Selain itu, tekanan perasaan ini bukan menunjukkan perasaan marah apabila ibu
sahaja berlaku di rumah malahan di atau bapa ingin mendirikan rumah tangga
sekolah juga kanak-kanak menerima lain dan keluar dari rumah”. Keadaan ini
tekanan daripada rakan-rakan. Informan 1 menyebabkan mereka bertindak drastik
menyatakan bahawa kanak-kanak untuk meninggalkan rumah dan tidak
menjadi bahan ejekan kawan-kawan di mahu tinggal bersama ibu atau bapa lagi.
sekolah kerana ibu bapa mereka bercerai:
“dekat sekolah mungkin menerima Perceraian ibu bapa juga telah
tekanan daripada ejekan kawan-kawan menyebabkan mereka terpaksa berpisah
mengatakan weh ko dah tak ada ayah apa dan tidak lagi tinggal bersama-sama di
semua tu. Benda tu boleh beri tekanan dalam satu rumah sebagai sebuah keluarga
kepada anak tu”. Secara tidak langsung, seperti dahulu. Perubahan struktur
tekanan yang diterima ini boleh keluarga tersebut menyebabkan mereka
menyebabkan kanak-kanak mengalami marah apabila salah seorang ibu atau bapa
kemurungan untuk menerima perubahan ingin membina keluarga baru. Informan 1
yang berlaku. turut memberitahu ada kanak-kanak
menunjukkan tingkah laku negatif seperti
Keadaan ini mungkin disebabkan memberontak. Mereka memberontak
perubahan struktur keluarga mereka iaitu disebabkan ketiadaan bapa dalam
Jurnal Psikologi Malaysia 33 (3) (2019): 67-78 ISSN-2289-8174 72

keluarga. Keluarga mereka tidak seperti memenuhi keperluan kasih sayang.


dahulu lagi; selepas bercerai anak-anak Contohnya, mereka mencari kawan, teman
ada macam memberontak, marah lah kan lelaki atau teman perempuan untuk
untuk terima macam dulu ada ayah tapi berkongsi cerita dan perasaan mereka.
sekarang dah tak ada”.
“tapi dalam masa yang sama
Selain daripada memberontak, mereka anak-anak ni sebenarnya ingin
juga menunjukkan tingkah laku mencari perhatian daripada.. tidak
memprotes. Informan 10 memberitahu faham apa yang dilakukan oleh ibu
sesetengah kanak-kanak ada dia keluar bekerja, dia akan cuba
menunjukkan tanda protes seperti; “dia mencari perhatian di luar lah
mula macam kalau nak protes tu dia mula untuk memenuhi keperluan kasih
ponteng sekolah. Dia protes sebab apa sayang dia tu. Mereka akan cari
yang berlaku tu ibu bapa bercerai dia kawan ataupun teman lelaki,
protes, mungkin sebab dia kena balik ke teman wanita yang untuk mereka
kampung dia marah lah”. Antara faktor boleh berkongsi cerita, kasih
yang menyebabkan kanak-kanak sayang dan perasaan mereka la”
memprotes ialah mereka terpaksa balik ke
kampung dan terpaksa berpindah. Mereka Informan 10, turut mengulas perkara yang
merasakan dengan bertingkah laku sama dilakukan oleh kanak-kanak bagi
negatif seperti ponteng sekolah boleh mendapatkan perhatian. Mereka mula
menampakkan mereka sedang marah. keluar dari rumah untuk mencari teman
Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak yang berlainan jantina. Mereka
berkecenderungan untuk melanggar memberikan alasan untuk mencari
peraturan sekolah. Oleh itu, pihak sekolah ketenangan kerana berasa tidak tenang
dan guru kaunseling perlu memberi dan bahagia apabila berada di rumah.
penekanan untuk membantu kanak-kanak Rentetan itu, mereka mula menjauhkan
supaya masalah ini dapat dikurangkan. diri dari rumah dan mula rapat dengan
Jika perasaan marah kanak-kanak ini kawan-kawan di luar. Secara tidak
tidak dibendung masalah tingkah laku langsung, apabila mereka bergaul rapat
akan berlaku secara berlarutan atau lebih dengan rakan sebaya, mereka mudah
teruk. terlibat dengan perkara-perkara yang tidak
bermoral seperti gejala sosial, hamil luar
ii) Perubahan Tingkah Laku nikah dan menjadi kaki lepak seperti
kenyataan yang dinyatakan oleh informan.
Kebanyakan informan bersetuju bahawa
“Keluar pada rumah dia
kanak-kanak daripada kalangan ibu bapa
akan mula mendekati kalau
yang bercerai akan mencari perhatian di
perempuan dia akan mula
luar untuk mendapatkan kasih sayang.
mendekati lelaki yang boleh
Perpisahan ibu bapa menyebabkan
beri perhatian dekat dia tu
kehilangan kasih sayang daripada ibu atau
lah yang terjadinya terlibat
bapa dan mereka tidak faham masalah
dengan gejala sosial,
yang timbul kepada ibu mereka selepas
kehamilan luar nikah,
perceraian berlaku. Oleh itu, mereka sukar
peleseran tak balik rumah tu
untuk menerima tindakan yang dilakukan
dah jadi beyond control haa
oleh ibu mereka. Sebaliknya, ada kanak-
bermula lah tu bermula
kanak menyalahkan pihak ibu atau bapa
daripada faktor perceraian”.
yang menyebabkan perceraian tersebut
berlaku. Informan 9 mengatakan, kanak- Seterusnya informan 10 mengulas lagi
kanak akan mencari perhatian di luar bagi bahawa keluarga yang mengalami
Jurnal Psikologi Malaysia 33 (3) (2019): 67-78 ISSN-2289-8174 73

pergolakan sebelum perceraian juga


memberi kesan terhadap kesejahteraan “Kesan seterusnya ha..tu lah
anak-anak yang berada di rumah seperti; masalah tingkahlaku la.
“faktor pergolakan keluarga kadang- Terlibat dengan jenayah, yang
kadang bukan bercerai lagi pun masih hamil luar nikah, yang
duduk serumah tapi kalau dah bergolak penagihan dadah.. ha tu lah
keluarga tu dah nampak dah kesannya. Kebiasaannya kes
kecenderungan anak tu dah nampak tanda- yang diterima, kes yang
tanda anak tu macam anak tu tak bahagia melibatkan masalah
tak selesa sebab rumah dah menolak dia tingkahlaku la daripada
seolah-olah hishh stres lah duduk dekat kanak-kanak yang bercerai ni.
umah, panas lah dekat umah macam ini Sama ada luar kawal, terlibat
kan tu belum bercerai lagi tu macam tu dengan jenayah, bahaya
selepas bercerai lagi nampak moral. Bahaya moral ni
kecenderungan ke arah mana”. Perkara ini terlibat contohnya aa.. yang
merupakan salah satu sebab kanak-kanak hamil luar nikah ataupun
akan bertingkah laku sebaliknya bagi pernah aa.. Rogol skop bawah
bertindak balas dengan apa yang mereka umur..”
hadapi.
iii) Kekurangan Sumber
Informan turut mengatakan bahawa kanak- Kewangan
kanak sukar untuk menerima keadaan
perceraian ibu bapa mereka kerana mereka Hasil daripada pengalaman informan
tidak lagi memiliki sebuah keluarga yang kajian mendapati kanak-kanak yang
bahagia dan perceraian telah mengubah berhadapan dengan masalah kekurangan
kefungsian keluarga. Menurut informan 1, sumber kewangan boleh menyebabkan
kanak-kanak lebih gemar mencari mereka berhenti daripada meneruskan
perhatian dari luar dan mereka lebih rapat persekolahan. Malahan ada di antara
dengan rakan sebaya berbanding dengan mereka terjerumus dalam kancah jenayah
ibu atau bapa. Bagi mereka, dengan cara dan gejala sosial. Akibat daripada
itu mereka dapat melepaskan tekanan. kekurangan sumber kewangan telah
Oleh itu, mereka merasakan hanya rakan menyebabkan kanak-kanak ini dibesarkan
sebaya yang memahami perasaan dan dalam keadaan yang kurang memenuhi
kehendak mereka seperti; “dia nak keperluan harian mereka sehingga mereka
releasekan stres dia tu kan haaa dia mula terpaksa berhenti sekolah. Lazimnya,
lah dengan pergaulan bebas dekat luar keluarga yang mementingkan faktor
bercampur gaul dengan remaja yang ada pendidikan akan menghalang kanak-kanak
dekat siber kafe ke..dia rasa remaja yang untuk berhenti sekolah. Sebaliknya,
dekat luar tu boleh faham”. keluarga yang tidak mementingkan faktor
pendidikan tidak mengendahkan perkara
Selain itu, menurut informan 8 pula ini berlaku dalam keluarga. Informan 4
apabila kanak-kanak lebih rapat dengan mengulas bahawa terdapat juga di antara
rakan sebaya berbanding ibu atau bapa, ibu atau bapa yang menyuruh anaknya
secara tidak langsungnya mereka ini berhenti sekolah seperti: “ada jugak yang
mudah terlibat dengan masalah tingkah berhenti sekolah katanya dah mula malas
laku. Sebagai contohnya mereka terlibat pergi sekolah suruh berhenti suruh bekerja
dengan salah laku jenayah, penagihan tu lah”. Kenyataan ini menggambarkan
dadah, hamil luar nikah atau kes rogol. keluarga kanak-kanak ini tidak
Perkara ini berlaku ekoran daripada mementingkan pendidikan sedangkan
kurangnya pengawasan oleh ibu atau bapa.
Jurnal Psikologi Malaysia 33 (3) (2019): 67-78 ISSN-2289-8174 74

pendidikan memberi impak yang besar mencuri satu kesalahan lah walaupun dia
dalam kualiti kehidupan manusia. nak beli baju raya untuk mak dan adik-
adik dia tapi apa yang dilakukan tu adalah
Selain itu, informan 9 turut menyatakan salah”. Jelaslah bahawa kekurangan
bahawa kanak-kanak yang berhadapan sumber kewangan boleh menjerumuskan
dengan perceraian ibu bapa ini mengalami kanak-kanak terhadap penglibatan dengan
keciciran dan penurunan akademik di jenayah dan keganasan. Secara tidak
sekolah. Tambahan pula, mereka langsung, kesan perceraian ibu bapa telah
menghadapi masalah kewangan seperti; menyebabkan peningkatan kadar jenayah
“bagi yang sekolah menengah ni, terdapat dalam kalangan remaja.
juga kes mereka keciciran sekolah. Sama
ada mereka tidak meneruskan pelajaran Perbincangan dan Cadangan
ataupun mereka punya tahap akademik
menurun di sekolah. Tapi kebanyakan kes Dapatan kajian dapat merumuskan kanak-
yang saya jumpa, yang saya kendalikan kanak menghadapi kesan psikologi
mereka telah berhenti sekolah apabila selepas ibu bapa mereka bercerai. Salah
berlaku perceraian tersebut dengan alasan satu kesannya adalah kanak-kanak
mempunyai masalah kewangan keluarga”. berhadapan dengan perasaan tertekan dan
Hal ini jelas menunjukkan bahawa boleh mengakibatkan kemurungan
kekurangan kewangan telah memberi selepas ibu bapa mereka bercerai. Perkara
implikasi kepada kanak-kanak untuk ini di sokong oleh Figen Elmaci (2006)
berhenti bersekolah. Keadaan ini menyatakan bahawa kanak-kanak
menunjukkan perceraian memberi kesan mengalami kemurungan untuk
dalam kehidupan kanak-kanak dalam menyesuaikan diri daripada perubahan
jangka masa panjang. struktur keluarga yang tidak bercerai
kepada keluarga bercerai. Seterusnya
Rentetan itu, kanak-kanak yang dapatan kajian juga mendapati wujudnya
mempunyai masalah kekurangan sumber perasaan marah dalam kalangan kanak-
kewangan ini telah melibatkan diri kanak terhadap perceraian ibu bapa. Oleh
mereka dengan jenayah. Mereka cuba itu, kajian yang dijalankan oleh
mencari sumber kewangan sehingga Bojuwoye dan Akpan (2009) menyatakan
menjerumuskan mereka ke jalan yang terdapat beberapa reaksi emosi kanak-
salah. Informan 7 menyatakan mereka kanak terhadap perceraian ibu bapa
mempunyai faktor kendiri yang positif mereka iaitu terkejut, tidak percaya,
untuk membantu keluarga. Ianya sedih, marah, keliru, dan kehilangan.
merupakan kesan positif daripada Reaksi emosi ini menunjukkan bahawa
perceraian. Sebagai contohnya dalam kanak-kanak sememangnya terkesan
salah satu kes kanak-kanak yang telah sehingga mengalami perubahan emosi
dikendalikan oleh informan, kanak-kanak apabila ibu bapa mereka bercerai.
tersebut melakukan kesalahan mencuri
bagi memenuhi keinginan ibu dan adik- Pengkaji juga mendapati bahawa kanak-
adik yang lain untuk memiliki baju raya kanak menunjukkan perubahan tingkah
yang baru. Namun begitu, walaupun laku selepas berlaku perceraian. Dapatan
kanak-kanak tersebut mempunyai niat ini disokong oleh kajian Norhayati dan
yang baik tetapi perbuatan yang Zaidah (2016) mendapati kanak-kanak
dilakukannya iaitu mencuri tetap yang tidak menunjukkan emosi mereka
merupakan satu kesalahan. Pernyataan ini secara non verbal boleh menyebabkan
disokong oleh Informan 7 “..so walaupun mereka tertekan dan bertingkah laku
kita anggap dia punya itu adalah positif, negatif seperti ponteng sekolah, hilang
sebab dia nak tolong keluarga tapi dia perhatian semasa belajar di sekolah dan
Jurnal Psikologi Malaysia 33 (3) (2019): 67-78 ISSN-2289-8174 75

melanggar peraturan sekolah. Keadaan ini daripada keluarga bercerai mempunyai


menunjukkan bahawa kanak-kanak status ekonomi rendah yang disebabkan
memerlukan intervensi bagi ketiadaan bapa dalam keluarga (Roeper &
mengurangkan tekanan yang mereka Bennett 2014). Antara peranan bapa
hadapi. Kajian yang dijalankan oleh Siti adalah menjadi ketua keluarga untuk
Balqis, Siti Hajar, Jal Zabdi dan Noralina memenuhi tanggungjawab dalam
(2018) mencadangkan intervensi perlu menyediakan nafkah, keselamatan,
dijalankan bagi meningkatkan pencapaian kesejahteraan dan didikan kepada
akademik dan kemahiran vokasional yang keluarga (Amla, Zahara, Zuria & Abd
bertujuan untuk mengekalkan kanak- Aziz 2010). Selepas perceraian berlaku,
kanak di sekolah dan pencegahan terhadap tanggungjawab menjadi ketua keluarga
masalah displin secara berterusan. diletakkan di bahu ibu tunggal. Oleh itu,
ibu tunggal terpaksa mencari sumber
Seterusnya, perubahan tingkah laku kanak- kewangan bagi menampung keluarga dan
kanak ini berlaku apabila mereka kurang berperanan sebagai ibu bapa terhadap
mendapatkan perhatian, pemantauan dan anak-anak. Selain itu, kanak-kanak lelaki
penjagaan daripada ibu atau bapa serta terpaksa mengambil alih peranan bapa
seterusnya menyebabkan mereka terlibat untuk mencari sumber kewangan
dengan masalah tingkah laku. Kanak-kanak disebabkan ketiadaan bapa dalam
yang tidak dikawal dan kurang diberikan keluarga. Perkara ini berlaku kerana
perhatian daripada ibu bapa menyebabkan persepsi peranan gender bagi lelaki dan
mereka mudah terpengaruh dengan gejala perempuan adalah berbeza. Peranan sosial
penyalahgunaan dadah, tidak menghormati bagi lelaki adalah menjadi seorang bapa,
ibu bapa, tidak mementingkan pendidikan mencari nafkah dan pendapatan keluarga
dan mereka suka melepak (Azahar, Balan, manakala peranan bagi perempuan pula
Norhamidah, Siti Noor & Surianti, 2017). adalah menjadi isteri, menguruskan rumah
Kajian yang dijalankan oleh Azizi dan tangga dan berperanan sebagai ibu kepada
Rohaya (2010), turut menyatakan kanak- anak-anak dalam institusi keluarga (Siti
kanak yang mempunyai masalah di rumah Halimah & Dg Hafizah, 2017). Oleh yang
akan mencari rakan sebaya untuk demikian, kanak-kanak lelaki lebih
meluahkan masalah mereka. Keadaan ini bertanggungjawab untuk memainkan
berlaku kerana kanak-kanak yang peranan sosial sebagai seorang lelaki.
kekurangan kasih sayang akan bertindak
untuk mencari perhatian dan sokongan Kesimpulan
daripada luar terutamanya dalam kalangan
rakan sebaya. Secara tidak langsung, Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini
pengaruh daripada pengaulan rakan sebaya melihat kesan psikososial perlu di beri
boleh membentuk tingkah laku yang negatif penekanan yang khusus seperti kesan
seperti tingkah laku jenayah atau anti sosial terhadap psikologi, perubahan tingkah laku
kanak-kanak (Siti Balqis et al., 2018). dan kekurangan sumber kewangan.
Manakala kajian yang dijalankan oleh (Nor Pekerja sosial perlu mengambil inisiatif
Jumawaton, Mariani, Zainal & Hanina, untuk membantu kanak-kanak bagi
2018) pula mendapati pengaruh rakan memastikan mereka mencapai
sebaya telah menyebabkan mereka kesejahteraan hidup yang terpelihara.
cenderung untuk melibatkan diri dengan Kesejahteraan kanak-kanak sering kali
masalah tingkah laku seksual yang boleh dikaitkan dengan kualiti hubungan ibu
menjurus ke arah kehamilan luar nikah. bapa dan kualiti hubungan anak bersama
ibu bapa (Noralina 2016). Oleh itu, kualiti
Seterusnya, pengkaji mendapati kesan hubungan yang baik akan membantu
perceraian menyebabkan kanak-kanak kanak-kanak mendapatkan persekitaran
Jurnal Psikologi Malaysia 33 (3) (2019): 67-78 ISSN-2289-8174 76

keluarga yang positif seperti keluarga Universiti Teknologi Mara


harmoni, keluarga penyayang dan keluarga (Melaka).
bahagia.
Azlina Mohd Kosnin & Suzila Mustapha.
Kajian ini juga memberi implikasi kepada (2010). Kaitan antara faktor-faktor
praktis kerja sosial. Secara tidak langsung, kekeluargaan dengan tingkah laku
kajian ini dapat memberi panduan kepada delikuensi pelajar. Fakulti
pekerja sosial dalam menjalankan pendidikan. Universiti Teknologi
intervensi semasa menguruskan kes kanak- Malaysia.
kanak. Dapatan kajian ini juga
membolehkan pekerja sosial memainkan Azahar Che Latiff, Balan Rathakrishnan,
peranan mereka dalam membantu kanak- Norhamidah Jarimal @ Safri, Siti
kanak dan ibu tunggal bagi meningkatkan Noor Fazariah Suis @ Mohd Rusdy
kefungsian mereka dalam kehidupan dan Surianti Lajuma. (2017).
seharian. Malah semua pihak juga harus Perkaitan antara perapatan ibubapa
memainkan peranan masing-masing agar dan rakan sebaya dengan
mereka dapat keluar daripada krisis penglibatan remaja dalam
perceraian. Oleh yang demikian, isu penyalahgunaan dadah di sabah.
psikososial yang muncul akibat perceraian Southeast Asia Psychology
ini perlu dipandang serius kerana boleh Journal, 5: 12-21.
memberi kesan dalam jangka masa
panjang terhadap kesejahteraan kanak- Amla Salleh, Zahara Aziz, Zuria Mahmud
kanak sehingga peringkat dewasa. & Abd Aziz Mahyuddin. 2010.
Peranan bapa dalam pembangunan
Rujukan sahsiah remaja dan implikasinya
terhadap nilai kekeluargaan. Jurnal
Adi Fahrudin. (2002). Kod Etika Dalam Pendidikan Malaysia, 35(2):9-17.
Profesion Kerja Sosial: Satu
Keperluan Dalam Konteks Bojuwoye, O & Akpan, O. (2009).
Malaysia, Persidangan Kebangsaan Children`s reactions to divorce of
Etika Gunaan dan Profesional. parents. The open family studies
Pusat Pengajian Umum Universiti Journal, 2: 75- 81.
Kebangsaan Malaysia. 9-10
Oktober 2002. Constancer R. Ahrons. (2007). Family ties
after divorce : long term
Azizi Yahaya & Rohaya Ahmad. (2010). implications for children. Journal
Faktor-faktor penyebab masalah Family Process, 46(1) : 53-65.
displin di sekolah. Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Fadillah Ismail. (2016). Faktor
Malaysia. Keharmonian dan Keruntuhan
Rumah Tangga. Prosiding
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Juriah Persidangan Kebangsaan Ekonomi
@ Daing Junaidah Bachok. (2010). Malaysia ke 11(PERKIM 11): 394-
Perkaitan antara hubungan 399 .
kekeluargaan, pengaruh rakan
sebaya dan kecerdasan emosi Figen, E. (2006). The role of social
dengan tingkah laku delinkuen support on depression and
pelajar sekolah bestari di daerah adjusment levels of adolescents
Pontian. Fakulti Pendidikan, having broken and unbroken
Universiti Teknologi Malaysia &
Jurnal Psikologi Malaysia 33 (3) (2019): 67-78 ISSN-2289-8174 77

families. Journal Theory & Mariam abd Majid & Mohammad Syafirul
Practice, 6(2) : 421-431. Zarif Saleh Hudin. (2017).
PerceraianRumah Tangga Di
Jamiah Manap, Nor Farhana Md Negeri Selangor Darul Ehsan Dan
Sharuddin, Raihana Sabrina Pendekatan Menanganinya. Kolej
Ahmad Halimi, ‘Iffah ‘Athirah Universiti Islam Antarabangsa
Ilhami, Intan Ain Natashah Hussin, Selangor. E-jurnal penyelidikan
Khairunnisa Kamaruzaman, dan inovasi, 4(2): 285-303.
Nabilah Syazana Bahari, Siti
Marziah Zakaria & Nuraimirah Noralina Omar. (2016). Ekologi keluarga
Zainun. (2018). Kahwin muda: dan kesejahteraan hidup kanak-
Cabaran & Penyelesaian. E- kanak miskin di Malaysia. Tesis.
Proceeding Tun Fatimah Hashim Fakulti sastera dan sains sosial
Women Lead Conference. Doi: Universiti Malaya Kuala Lumpur.
http://www.ukm.my/pkwtfh/wp-
content/uploads/2018/11/17- Norhayati Zulkeflil dan Zaidah Mustapha.
Kahwin-Muda-Cabaran- (2016). remaja daripada ibu bapa
Penyelesaian.pdf yang bercerai di malaysia: suatu
penelitian ekspresi emosi.
Kausyliene, A., Cikataviciene, Z.,& Geografia Malaysian Journal of
Leliugiene, L. (2015). The need od Society and Space, 9: 150-160.
professional social support of the
families undergoing divorce. Social Nor Jumawaton Shahruddin, Mariani
Welfare:Interdisciplinary Mansor, Zainal Madon & Hanina
Approach, 1: 32-45. Halimatusaadiah Hamsan. (2018).
Hubungan pengaruh rakan sebaya,
Maundeni, T.(2000). Children living in estim diri dan lokus kawalan
violent familes: implications for dengan sikap terhadap tingkah laku
social work in Botswana. Botswana seksual. Akademik, 88 (2): 81-94.
Journal of African Studies, 14(2):
165-171.
Othman Lebar.(2009).Penyelidikan
Mohamed sharif mustaffa dan Roslee Kualitatif. Tanjong Malim: Penerbit
Ahmad. (2003). Analisis Keperluan Universiti Pendidikan Sultan
Kaunseling Terhadap Masalah Idris
Penceraian. Kajian Kes Kualitatif
Di Jabatan Agama Islam Johor. Peyton, L. (2010). Marital separation :
Universiti Teknologi Malaysia. Understanding and meeting teh
Seminar Kebangsaan Kaunseling need of children. Journal Child
Berperspektif Islam 1-3 Mei 2003. Care in Practice, 16(2): 195-204.

Mohd Iqbal Haqim Mohd Nor, Nur Saadah Robert Hughes, Jr. (2005). The Effect Of
Mohamad Aun & Aizan Sofia Divorce On Children. Department
Amin. (2017). Challenges in case Of Human and Community
management of persons with Development. University of illinois
mental disabilities in Malaysia. at Urbana Champaign.
Journal of Social Sciences and
Humanities Special Issue, 3:13-24. Roslina Che Soh@Yusoff, Nurhidayah
Muhammad Hashim dan Mohd
Na`im Mokhtar. (2017). Bahagian
Jurnal Psikologi Malaysia 33 (3) (2019): 67-78 ISSN-2289-8174 78

sokongan keluarga membantu anak klang kajian berbentuk kajian


selepas perceraian: keberkesanan, Kualitatif. E-proceeding Tun
cabaran dan perbandingan dengan Fatimah Hashim Women Lead
amalan Negara maju. Jurnal Conference, 4(4): 33-51.
KANUN,(2): 60 -89.
Wan Anor Wan Sulaiman & Risalshah
Roeper, T & Bennett, N, G. 2014. The Latif. (2014). Kaunseling Keluarga:
Evolving Economic Consequences Isu dan Cabaran. Seminar
Of Divorce. CUNY institute of Kebangsaan Integriti Keluarga
Demographic research. 2014. Fakulti psikologi dan
pendidikan.
Rozmi, I. 2013. Metodologi Penyelidikan
Teori Dan Praktis. Penerbit : Wan Murni Binti Wan Moktar dan Anwar
Universiti Kebangsaan Fakhri Bin Omar. (2018). Analisis
Malaysia (UKM). punca perceraian dalam kalangan
remaja: kajian kes di kota bharu
Samuel Chan Hsin Chlen & Mohamed 2010-2014. Fikiran Masyarakat, 6
Sarif Mustaffa. (2008). Divorce in (2):57-62.
Malaysia. Seminar Kaunseling
Keluarga (23- 28). Fakulti Zuria Mahmud, Yee Pek Yunn, Rafidah
Pendidikan Universiti Teknologi Aziz, Amla Salleh & Salleh Amat.
Malaysia. (2011). Counseling children of
divorce. World Applied Sciences
Journal (Learning Innovation and
Siti Ruhani Mohd Yusoff. (2016) . Intervention for Diverse Learners,
Peranan sikap, pengetahuan dan 14: 21-27.
amalan kewangan terhadap
pemerkasaan ekonomi ibu tunggal.
Tesis Ijazah Sarjana Sastera.

Siti Halimah Putung & Dg Hafizah Ag


Basir. (2017). Penglibatan suami
dalam kerja-kerja rumah tangga :
kajian kes di sabah. Jurnal Fiqh,
14: 1-26.

Siti Balqis Mohd Azam, Siti Hajar Abu


Bakar Ah, Jal Zabdi Mohd Yusoff
dan Noralin Omar. (2018). Terapi
pelbagai sistem untuk pemulihan
kanak-kanak yang disabitkan
dengan kesalahan jenayah: konsep,
andaian, prinsip dan intervensi. The
Malaysian Journal of Social
Administration, 13(1): 24-41.

Siti Marziah Zakaria, Noremy Md Akhir,


Nur Diyanah Hidayat & Nurul
Shafini Shafurdin. (2018). Isu dan
keperluan ibu tunggal di lembah

You might also like