You are on page 1of 10

TAKE-HOME FINAL EXAMINATION

JANUARY 2022 SEMESTER

SUBJECT CODE : ESS 222

SUBJECT NAME : CO-CURRICULAR ACTIVITIES

LEVEL : BACHELOR

INSTRUCTIONS TO CANDIDATES

1. Please read the instructions given in the question paper CAREFULLY.

2. Plagiarism in all forms is forbidden. Students who submit plagiarised work will be
penalised.

3. Answer ALL questions.

4. Submit your answers ON or BEFORE 16th April 2022, 9.00 am.

5. Please submit your answers via myPLS (online submission).

6. Only ONE online submission is allowed.

7. Use the Microsoft Word template given at the end of the question paper.

8. Convert your MS Word to a PDF file and Submit

9. Save Filename as: NAME_STUDENTID_SUBJECTCODE


CONFIDENTIAL

Total: 40 Marks

INSTRUCTIONS: Answer ALL Questions


ARAHAN: Jawab SEMUA soalan

Answer for each question should be between 400 to 430 words (excluding
diagrams)
State the number of words at the end of each question

[Setiap jawapan hendaklah lebih kurang 400 hingga 430 patah perkataan (tidak
termasuk rajah]
[Catatkan bilangan perkataan di akhir setiap soalan

Do not copy and paste from the learning materials. Use your own words and you
do not have to cite sources.
[Jangan ‘copy & paste’ daripada bahan pembelajaran. Gunakan perkataan anda
sendiri dan anda tidak perlu membuat rujukan]

Question 1

Critically evaluate how co-curricular activities for intellectual development are implemented
in schools.

[Nilai secara kritis pelaksanaan aktiviti ko-kurikular untuk perkembanagn intelektual di


sekolah-sekolah]

[Total: 10 Marks]

ESS 322 Cocurricular Activities Page 1


CONFIDENTIAL

Question 2

Discuss how involvement in the Red Cross / Red Crescent movement helps in the holistic
development of students.

[Bincangkan bagaimana penglibatan dalam peregerakan Bulan Sabit Merah membantu dalam
perkembangan holistic pelajar]

[Total: 10 Marks]

Question 3

Discuss activities you would introduce for the Language Club in your school. Provide
examples.

[Bincangkan aktiviti-aktivit anda akan memperkenalkan untuk Persatuan Bahasa di sekolah


anda. Berikan contoh]

[Total: 10 Marks]

Question 4

Discuss the evaluation of student performance in co-curricular activities. Provide example.

[Bincangkan penilaian prestasi pelajar dalam aktiviti ko-kurikular. Berikan contoh]

[Total: 10 Marks]

END OF QUESTION PAPER

ESS 322 Cocurricular Activities Page 2


CONFIDENTIAL

ANSWER SHEET

DECLARATION BY STUDENT

I certify that this is my own work. I have not consulted with anyone or discussed the
contents of this exam with anyone. The content has not been previously submitted for
assessment to Asia e University or elsewhere. To do otherwise would constitute academic
dishonesty. I also confirm that I have kept a copy of this assignment.

Name: SITI ATIQAH BINTI MOHD SIDIN

Date: 16/4/2022

STUDENT ID A3010919004
STUDENT NAME SITI ATIQAH BINTI MOHD SIDIN
A30109190
IC / PASSPORT NUMBER 080896126684
04
SUBJECT CODE ESS 222
SUBJECT NAME CO-CURRICULAR ACTIVITIES
BACHELOR OF EDUCATION – TEACHING ISLAMIC
PROGRAMME
STUDIES FOR PRIMARY SCHOOL (BEDTISPS)
DATE OF SUBMISSION 16/4/2022
LEARNING LOCATION ASIA E UNIVERSITY

Begin writing your answers in this page


(Font: Times New Roman, Size: 12, Line Spacing 1.5)

ESS 322 Cocurricular Activities Page 3


CONFIDENTIAL

Soalan 1

Aktiviti kokurikulum di sekolah diadakan untuk memberi peluang kepada murid-murid


untuk memupuk kemahiran-kemahiran yang berguna untuk mereka sebagai ahli masyarakat
seperti kemahiran kepimpinan dan juga kemahiran bersosial. Selain itu, aktiviti kokurikulum
juga berguna untuk membantu perkembangan intelek di sekolah. Perkembangan intelek tidak
hanya berlaku di dalam bilik darjah semata-mata kerana aktiviti-aktiviti kokurikulum juga
memberi peluang kepada murid-murid untuk memperkembangkan lagi kebolehan intelek
mereka yang sudah pasti dapat membantu mereka untuk menjadi lebih baik lagi dalam
pembelajaran mereka di sekolah.

Adalah boleh dikatakan bahawa kegiatan kokurikulum melibatkan pelbagai aktiviti


yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang boleh
memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Persatuan-persatuan dan kelab-kelab yang
ditubuhkan hendaklah berasaskan kepada mata pelajaran yang diajar di sekolah selain memberi
manfaat kepada murid dalam meningkatkan disiplin dan perpaduan, membina pengetahuan,
minat dan bakat,membentuk sahsiah, mengukuhkan peganan keagamaan dan sebagainya.

Kita boleh lihat keberkesanan penerapan nilai-nilai akademik dalam aktiviti-aktiviti


kokurikulum yang diadakan di sekolah. Sebagai contoh, terdapat aktiviti-aktiviti kokurikulum
yang melibatkan aspek-aspek akademik seperti membaca, menulis dan mengira serta pelbagai
jenis pengetahuan yang lain. Melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum ini, murid-murid akan lebih
mudah untuk memahami tentang apa yang boleh mereka pelajari, sekaligus dapat membantu
mereka untuk memperkembangkan lagi nilai akademik mereka. Pembelajaran tidak hanya
terhad di dalam bilik darjah semata-mata kerana aktiviti-aktiviti kokurikulum boleh membantu
murid-murid ini untuk mempelajari dengan lebih dalam lagi tentang apa yang mereka boleh
pelajari sebagai murid-murid di sekolah.

Selain itu, aktiviti-aktiviti kokurikulum juga dapat sedikit sebanyak membantuk murid-
murid untuk memperkuatkan lagi penguasaan mereka dalam pelbagai bidang, dan ianya tidak
terhad terhadap akademik semata-mata. Murid-murid bukan sahaja boleh menambah
pengetahuan mereka, malah mereka juga boleh meningkatkan nilai jati diri mereka melalui
aktiviti-aktiviti kokurikulum. Sekiranya mereka tidak berminat untuk melibatkan diri dalam
ESS 322 Cocurricular Activities Page 4
CONFIDENTIAL

aktiviti-aktiviti kokurikulum, sudah pastinya mereka akan kerugian kerana mereka tidak akan
dapat menambahkan lagi pengetahuan serta kemahiran yang berguna bagi mereka untuk
menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Oleh sebab itu, aktiviti-
aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang yang sangat berguna dan bermanfaat kepada
murid-murid untuk memperkembangkan lagi diri mereka sebagai insan yang berguna.

Kesimpulannya, aktiviti-aktiviti kokurikulum sangat berguna untuk membantu murid-


murid memperkembangkan dan meningkatkan pengetahuan mereka, menjadikan diri mereka
lengkap dari segala segi, sekaligus mampu meningkatkan jati diri mereka sebagai insan yang
boleh memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat dan juga negara. Penerapan akademik
dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum adalah satu perkara yang sangat baik bagi murid-murid di
sekolah.

Soalan 2

Persatuan Bulan Sabit Merah adalah salah satu dari persatuan unit beruniform yang ada
di sekolah selain dari Persatuan Pengakap, Persatuan Pandu Puteri dan Persatuan Kadet Remaja
Sekolah. Dengan melibatkan diri dalam Persatuan Bulan Sabit Merah ini, murid-murid bukan
sahaja dapat melakukan pelbagai aktiviti yang menarik, malah mereka juga boleh mempelajari
pelbagai jenis kemahiran dan pengetahuan yang berguna bagi diri mereka. Hal ini sangatlah
penting bagi murid-murid di sekolah kerana melalui penglibatan mereka dalam persatuan ini,
mereka boleh menjadi insan yang boleh menyumbang kepada masyarakat kerana Persatuan
Bulan Sabit Merah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mempelajari pelbagai jenis
perkara.

Di persada antarabangsa, Persatuan Bulan Sabit Merah ini lebih banyak fokus terhadap
orang-orang muda dan juga murid-murid di sekolah, dan pada tahun 2013, Persatuan Bulan
Sabit Sedunia telah menyokong pergerakan pemerkasaan orang muda (Youth Empowerment
Strategy) yang fokus terhadap penglibatan anak-anak muda dalam aktiviti-aktiviti Persatuan
Bulan Sabit Merah. Pergerakan ini memfokuskan terhadap pemerkasaan orang-orang muda,
yang mana terdapat enam aspek yang diketengahkan, iaitu penglibatan mereka dalam membuat
keputusan dan mempunyai pendapat sendiri, menghasilkan persekitaran yang selamat yang
memupuk semangat sentiasa ingin membantu, menitikberatkan kepentingan tanggungjawab
dalam diri mereka, dapat bekerjasama dengan orang dewasa, mewujudkan rasa
ESS 322 Cocurricular Activities Page 5
CONFIDENTIAL

kemasyarakatan dan persahabatan serta peluang untuk memupuk kemahiran dalam diri anak-
anak muda. Dengan penglibatan murid-murid sekolah dalam aktiviti-aktiviti Persatuan Bulan
Sabit Merah, sudah pastilah mereka akan dapat membentuk jati diri yang baik berpandukan
dengan keenam-enam aspek yang diketengahkan ini.

Aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah ini lebih fokus terhadap kepentingan pertolongan
cemas serta membantu mereka yang memerlukan pertolongan, dan dengan melibatkan diri
mereka dalam aktiviti-aktiviti ini, murid-murid sudah pastilah boleh menjadi insan yang suka
membantu orang lain tidak kira apa juga keadaan. Disebabkan Persatuan Bulan Sabit Merah
ini boleh membantu murid-murid tentang pertolongan cemas, mereka akan mendapat
pengetahuan dan juga kemahiran berguna dalam membantu mereka yang berada dalam
kecemasan. Hal ini adalah antara perkara yang diketengahkan oleh Persatuan Bulan Sabit
Merah Sedunia yang ingin melihat penglibatan anak muda dalam persatuan ini. Hal ini sama
juga dengan persatuan-persatuan unit beruniform yang lain yang fokus terhadap perkara yang
baik dan berguna bagi murid-murid, yang mana mereka boleh mempelajari kemahiran dan
pengetahuan yang berguna untuk menjadikan mereka ahli masyarakat yang berguna dan
mampu memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Sebagai kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa penglibatan murid dalam aktiviti


Persatuan Bulan Sabit Merah ini boleh membantu dalam perkembangan mereka secara holistik
dan menyeluruh. Dengan penglibatan mereka, murid-murid ini akan dapat membentuk diri
mereka yang boleh memberi sumbangan kepada orang-orang di sekeliling mereka kerana
Persatuan Bulan Sabit Merah ini merupakan pergerakan yang fokus terhadap membantu
mereka yang berada dalam kesusahan serta mereka yang memerlukan pertolongan.

Soalan 3

Persatuan bahasa lebih banyak fokus kepada penguasaan bahasa serta bagaimana cara
untuk menguasai bahasa dengan lebih seronok di luar bilik darjah. Dalam hal ini, kita akan
melihat kepada Persatuan Bahasa Melayu. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dijalankan bagi
Persatuan Bahasa Melayu ini, dan aktiviti-aktiviti ini boleh membantu murid-murid untuk
memperkembangkan lagi penguasaan mereka dalam Bahasa Melayu. Disebabkan mereka tidak
terhad dalam persekitaran bilik darjah, sudah pastilah mereka akan rasa lebih seronok untuk
melibatkan diri dalam aktiviti Persatuan Bahasa Melayu ini kerana mereka tidak perlu risau
ESS 322 Cocurricular Activities Page 6
CONFIDENTIAL

untuk menjawab soalan dengan guru di dalam bilik darjah. Aktiviti-aktiviti Persatuan Bahasa
Melayu ini boleh dilihat sebagai satu tambahan kepada pembelajaran Bahasa Melayu di dalam
bilik darjah, sekaligus memperkasakan kebolehan mereka dalam penggunaan Bahasa Melayu.

Antara aktiviti yang boleh diadakan bagi Persatuan Bahasa Melayu ialah mempelajari
peribahasa, membaca pantun, mendeklamasikan sajak dan syair dan lain-lain lagi. Hal ini
berbeza dengan suasana pembelajaran di dalam bilik darjah yang mana murid-murid akan rasa
lebih seronok kerana aktiviti-aktiviti ini boleh dijalankan dalam bentuk permainan atau
pertandingan. Kerana aktiviti-aktiviti ini tidak terhad dalam bilik darjah, murid-murid boleh
berseronok tanpa perlu risau sama ada mereka membuat kesalahan mahupun tidak semasa
menjalankan aktiviti-aktiviti ini.

Contoh yang pertama bagi aktiviti yang boleh dijalankan bagi Persatuan Bahasa Melayu
ialah membaca pantun. Murid-murid boleh membuat pertandingan berbalas pantun antara satu
sama lain, dan pertandingan merupakan salah satu cara untuk menjadikan aktiviti ini lebih
menarik dan seronok bagi murid-murid yang terlibat dalam Persatuan Bahasa Melayu ini.
Murid-murid akan menghasilkan pantun secara spontan ataupun diberikan masa yang singkat
untuk menghasilkan pantun sebelum mereka berbalas-balas pantun. Mereka yang dapat
membuatkan lawan mereka untuk tidak dapat membalas pantun akan dikira sebagai pemenang.
Aktiviti ini bukan sahaja boleh membantu mereka untuk menghasilkan pantun dalam jangka
masa yang singkat jika tidak spontan, mereka juga boleh mengasah bakat mereka dalam
berpantun selain dapat memupuk keyakinan dalam diri mereka semasa mereka berbalas pantun
antara sesama sendiri.

Selain dari berbalas pantun, murid-murid juga boleh menjalankan aktiviti


mendeklamasikan sajak. Mereka akan diminta untuk menghasilkan sajak dalam satu tempoh
masa sebelum mereka mendeklamasikan sajak di hadapan murid-murid yang lain.
Persembahan sajak ini akan dinilai oleh guru dan beberapa orang murid, dan pendeklamasian
sajak yang terbaik akan dikira sebagai pemenang. Selain dari mengasah bakat murid-murid
dalam penghasilan dan pendeklamasian sajak, mereka juga boleh memupuk keberanian dan
keyakinan mereka melalui persembahan sajak mereka. Sudah pastilah murid-murid dapat
mempelajari sesuatu perkara yang baharu melalui penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti
Persatuan Bahasa Melayu ini.

ESS 322 Cocurricular Activities Page 7


CONFIDENTIAL

Soalan 4

Sama seperti aktiviti kurikulum dalam bilik darjah, aktiviti kokurikulum juga perlu
dinilai untuk melihat prestasi murid berkenaan. Terdapat panduan yang telah diwujudkan bagi
membantu guru-guru untuk menilai pencapaian murid dalam aktiviti kokurikulum mereka. Hal
ini bagi mewujudkan standard dalam penilaian pencapaian murid-murid untuk mengelak
ketidak samarataan dalam pemberian markah kepada murid. Selain itu, penilaian aktiviti
kokurikulum ini juga boleh mendorong dan merangsang murid untuk menjadi lebih aktif lagi
dalam aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah, dan dengan penglibatan mereka dalam
aktiviti kokurikulum, sudah pasti masa depan mereka akan menjadi lebih cerah kerana
penglibatan mereka ini boleh membantu mereka untuk melanjutkan pelajaran ke institusi
pengajian yang lebih tinggi, sekaligus membolehkan mereka untuk mencapai cita-cita mereka
yang mereka idamkan.

Seperti mana yang telah dinyatakan di atas, penilaian aktiviti kokurikulum telah
diseragamkan supaya ianya boleh diterima pakai oleh semua sekolah, dan ianya boleh
membantu institusi pengajian tinggi untuk menilai kemasukan murid ke institusi-institusi
berkenaan. Selain itu, penilaian ini juga memberi galakan kepada murid-murid untuk
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Penilaian telah diseragamkan melalui garis
panduan seperti perancangan yang jelas, terdapat tempat penyimpana buku rekod kehadiran
dan penilaian, terdapat buku panduan penilaian kokurikulum, adanya rancangan mingguan dan
tahunan serta buku panduan pelaksanaan aktiviti yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia serta agensi-agensi luar.

Untuk menilai pencapaian dan prestasi murid dalam aktiviti kokurikulum, terdapat
beberapa aspek yang perlu diteliti iaitu kehadiran murid, jawatan yang disandang, penglibatan
murid dalam aktiviti kokurikulum serta pencapaian murid tersebut yang berkaitan dengan
aktiviti kokurikulum itu sendiri. Seterusnya kesemua aspek ini akan dinilai untuk melihat
peratusan yang murid berkenaan dapat, dan apabila murid itu hadir secara penuh, mempunyai
jawatan dalam organisasi unit kokurikulum berkenaan, terlibat secara aktif serta mempunyai
pencapaian, sudah pastilah markah yang murid itu dapat tinggi, dan murid ini akan dilihat
cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.

ESS 322 Cocurricular Activities Page 8


CONFIDENTIAL

Disebabkan murid diwajibkan untuk mengikuti atau menyertai persatuan unit


beruniform, persatuan atau kelab dan juga sukan, pencapaian murid itu akan dinilai secara
sepenuhnya. Sekiranya murid berkenaan aktif dalam kesemua aktiviti kokurikulum yang
diikutinya, sudah pastilah murid itu akan diberikan markah yang tinggi hasil dari
penglibatannya. Setelah kesemua penglibatan murid ini dinilai, pencapaian murid akan dinilai
dengan sepenuhnya dengan menghitung kesemua markah yang terkumpul hasil dari penyertaan
murid berkenaan dalam unit beruniform, persatuan atau kelab serta sukan. Selain itu, markah
bonus juga diberkan kepada murid yang mempunyai jawatan yang disandang dalam persatuan
dan unit kokurikulum yang disertainya.

Kesimpulannya, murid-murid yang aktif dalam aktiviti kokurikulum akan mempunyai


peluang yang cerah untuk cemerlang dalam bidang kokurikulum. Melalui pencapaian mereka
ini, mereka akan mendapat peluang yang cerah untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi lagi, sekaligus membolehkan mereka untuk mencapai cita-cita mereka.

ESS 322 Cocurricular Activities Page 9

You might also like