You are on page 1of 4

BIDANG : AQIDAH

TEMA : RUKUN IMAN


(BERIMAN KEPADA MALAIKAT)
TAJUK : MALAIKAT YANG SETIA

Allah… Penat betul cari duit hari ni..


Pagi pergi sekolah.. Petang jual kuih..
Kalau rezeki baik… Alhamdulillah…
Kalau kurang baik pun.. Alhamdulillah jugak..
Rezeki daripada Allah!

Eh.. Cakap pasal rezeki ni, kawan-kawan tahu tak, siapa


Malaikat yang membawa rezeki? Tahu?.... Alhamdulillah…

Kita hafaz nama-nama Malaikat tau kawan-kawan..


Jom nyanyi bersama-sama saya…

Mari mengenal 10 malaikat ( NASYID )


Dicipta Allah daripada cahaya
Ianya juga rukun iman kedua
Mari bersama kita hafal namanya

Jibril,Mikail,Ridhwan, Malik
Mungkar, Nakir, Raqib, Atid
Izrail, Israfil semuanya
10 malaikat kita hafal namanya

( 10 MALAIKAT : ADIKKU SAYANG )


https://www.youtube.com/watch?v=_qCfn2evhBw
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

‫ب الْ َعالَ ِمني * َوبِِه نَ ْستَعِني‬ ِ ‫احْل م ُد‬


ِّ ‫هلل َر‬ َْ
‫ىل َي ْوِم‬ِ‫ان ا‬
ٍ ‫وعلى اَلِِه وصحبِ ِه ومن تَبِعهم بِِإحس‬
َ َ ْ ْ َُ ْ َ َ ْ َ َ َ َ َ
‫الدِّي ِن‬.
Apa khabar kawan-kawan?

Malaikat ialah makhluk yang diciptakan daripada cahaya.


Tidak berjantina, mempunyai tugasan yang pelbagai dan
sentiasa taat kepada perintah Allah.

Kita wajib beriman kepada Malaikat kerana ia adalah


Rukun Iman yang kedua.

Firman Allah SWT :

Maksudnya : “Semuanya beriman kepada Allah dan


Malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-
Nya..”
Surah al-Baqarah, ayat 285.

Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita tentang kewajipan


beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab dan Rasul-Nya.
Malaikat ni bilangannya sangat banyak. Namun yang wajib
kita percaya ada 10 sahaja. Malaikat mempunyai tugas
yang tersendiri.

Contohnya :
Malaikat Jibril menyampaikan wahyu ( SAJAK )
Daripada Allah kepada rasulnya
Mikail pula turunkan rezeki
Dapat rezeki ucaplah Alhamdulillah

Malaikat Ridhwan menjaga syurga


Wajahnya manis berseri sinarnya
Malaikat Malik menjaga neraka
Berdoalah kita moga tidak ke sana

Kawan-kawan.. Malaikat ni sangat taat dan patuh kepada


Allah.
Bukan macam kita. Yang selalu malas menunaikan
perintah Allah.

Namun jika kita rajin beribadah, kita tidak boleh berasa


sombong dan angkuh dengan ibadah yang kita lakukan.
Kerana sifat sombong dan angkuh hanya akan
memusnahkan diri.

Kawan-kawan pernah dengar nama Azazil tak?


Mengikut sirah… Azazil ialah Sayyidul Malaikat yang telah
beribadah selama beribu-ribu tahun. Namun kerana
sombong dan tidak mahu sujud kepada Nabi Adam
alaihissalam, Azazil telah dikeluarkan dari syurga.

Oleh itu kawan-kawan…


Marilah kita menjadi hamba Allah yang patuh dan taat
kepada perintah-Nya sebagaimana para Malaikat yang
setia kepada Tuhan-Nya.

Saya akhiri dengan serangkap pantun.

Berbaju melayu berkain pelikat ( PANTUN )


Pergi bersolat di Surau Abdullah
Marilah beriman kepada Malaikat
Bertambah keyakinan kepada Allah

Sekian.
Wabillahit taufiq wal hidayah.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like