You are on page 1of 4

Jacky bin Jani (0138338498)

7-9-6 Pantai Hillpark Phase 2,


Jalan Pantai Murni,
59200 Kuala Lumpur.

Unit Kewangan dan Biasiswa,


Institut Pengajian Siswazah,
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur. 23 Ogos 2017

Melalui:

Prof. Dr. Ismail Yusoff


Timbalan Dekan Fakulti Sains (Ijazah Tinggi)

Prof Dr. Azman A. Ghani


Ketua Jabatan Geologi, Fakulti Sains

Dr. Meor Hakif bin Amir Hassan


Penyelaras Program Master of Science (Petroleum Geology)

Tuan/Puan,

Rayuan Pengecualian Bayaran Bagi Fieldwork at Sarawak Fees Untuk Subjek SGGS6114: Fieldwork and
Project Presentation Bagi Semester Khas, Sesi 2015/2016

Dengan segala hormatnya, saya, Jacky bin Jani dengan nombor matriks SGI150028 dan kad pengenalan
bernombor 920126-12-5717 ingin merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan, saya telah mendaftar subjek SGGS6114: Fieldwork and
Project Presentation pada sesi akademik 2015/2016 namun gagal untuk mengikuti kerja lapangan di
Sarawak pada sesi akademik tersebut atas faktor ekonomi yakni saya tidak mempunyai jumlah wang yang
mencukupi untuk membeli tiket penerbangan, menyewa tempat tinggal dan menampung keperluan di
Sarawak. Hal ini menyebabkan pendaftaran semula subjek ini pada sesi akademik 2016/2017 bagi
memenuhi syarat program Master Petroleum Geologi.

3. Saya juga sedia maklum bahawa yuran pengajian (Tuition Fees) dan yuran bagi kajian lapangan di
Sarawak (Fieldwork at Sarawak fees) bagi subjek SGGS6114: Fieldwork and Project Presentation adalah
berasingan. Oleh sebab itu, pada sesi 2015/2016, saya beranggapan bahawa saya hanya perlu membayar
yuran pengajian (Tuition Fees) manakala Fieldwork at Sarawak Fees tidak sepatutnya dikreditkan ke
dalam penyata akaun saya kerana saya tidak melakukan kajian lapangan ke Sarawak pada sesi tersebut.

4. Walaubagaimanapun, Fieldwork at Sarawak Fees telah dikreditkan dalam penyata akaun saya
pada Semester Khas sesi 2015/2016 (Lampiran 1) dan disebabkan yakin bahawa saya tidak perlu
membayar Fieldwork at Sarawak Fees lagi jika saya mendaftar subjek SGGS6114: Fieldwork and Project
Presentation pada sesi 2016/2017, sepertimana yang telah diberitahu oleh Ketua Jabatan Geologi,
Penyelaras dan Penasihat bagi Program Master Petroleum Geologi bahawa saya hanya perlu melakukan
satu pembayaran untuk sekali kajian lapangan di Sarawak, saya tidak melakukan apa-apa tindakan bagi
yuran tersebut.

5. Namun begitu, saya sekali lagi telah dikenakan yuran Fieldwork at Sarawak Fees bagi Semester
2, Sesi 2016/2017 (Lampiran 2). Ini bermaksud saya dicaj dua kali walaupun cuma satu kajian lapangan
yang saya lakukan di Sarawak. Saya cukup maklum bahawa pendaftaran SGGS6114: Fieldwork and Project
Presentation, menyebabkan penambahan yuran Fieldwork at Sarawak Fees ke penyata akaun pelajar.
Akan tetapi saya telah membayar yuran pengajian (Tuition Fees) bagi subjek tersebut dan saya tidak
melakukan kajian lapangan di Sarawak pada sesi 2015/2016.

6. Justeru itu, disebabkan ketidak-bolehan saya untuk mengikuti kajian lapangan di Sarawak
berpunca dari kekangan kewangan bagi sesi pengajian 2015/2016, saya memohon belas ehsan pihak
Tuan/Puan untuk mengecualikan saya dari Fieldwork at Sarawak Fees untuk sesi 2015/2016 dan hanya
mengkreditkan yuran tersebut ke sesi ini, sesi pengajian 2016/2017.

7. Saya sangat mengharap jasa baik pihak tuan/puan untuk meneliti dan mempertimbangkan rayuan
ini. Saya turut kesal dan ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Kerjasama dan jasa baik
dari pihak tuan amat saya hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih..

Sekian,

(Jacky Bin Jani)


SGI150028
Lampiran 1
Lampiran 2

You might also like