You are on page 1of 29

UNIT 1/ STRUK.

KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 1

UNIT STRUKTUR KERANGKA (2-D)


1 DAN DAYA DALAMAN

Objektif Am
Mempelajari, memahami dan mengetahui struktur kerangka boleh
tentu statik dengan struktur kerangka tak boleh tentu statik.
Mengetahui jenis-jenis daya dalaman dan anggota struktur.

Objektif Khusus
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:
Mengenalpasti struktur kerangka 2-dimensi.
Membezakan struktur kerangka bolehtentu statik dengan struktur
kerangka tak bolehtentu statik.
Membezakan jenis-jenis anggota struktur; anggota tegangan dan
mampatan.
Menyatakan simbol daya dalaman bagi anggota-anggota iaitu daya
tegangan dan daya mampatan.
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 2

INPUT 1.1

STRUKTUR KERANGKA ( 2-D )

Pengenalan
Struktur terdiri daripada satu siri anggota yang dihubungkan dan
digunakan untuk menanggung beban. Contoh-contoh struktur ialah
bangunan, jambatan, menara dan empangan. Struktur kerangka merupakan
salah satu struktur yang digunakan dengan meluas dalam pembinaan.

Struktur Kerangka 2-Dimensi


Tahukah anda apa itu struktur kerangka 2-Dimensi?
Struktur kerangka 2-dimensi berada pada satu satah dan biasanya
digunakan untuk menanggung bumbung dan jambatan. Ia juga dikenali
sebagai kekuda.
Suatu struktur kerangka terdiri daripada 3 atau lebih anggota yang
disambung pada bahagian hujungnya supaya membentuk suatu binaan
yang kukuh. Struktur kerangka merupakan struktur yang berbentuk
rangka. Ruang yang wujud di antara anggota-anggota yang membentuk
rangka tersebut tidak dipenuhi atau diisi oleh apa-apa objek atau bahan.
Dalam pengiraan yang melibatkan struktur kerangka, anggota
dianggap ringan dan dengan itu beratnya tidak diambil kira.
Kerangka boleh tentu pula ialah satu struktur yang
menggabungkan anggota yang berasingan untuk membentuk satu siri
segitiga [rujuk Rajah1.1(a)].
Pada kebiasaannya, setiap sambungan untuk anggota kerangka
dilakukan dengan menggunakan bolt dan nat, paku pasak atau dikimpal
[rujuk Rajah1.1( b)]. Tetapi untuk tujuan mendapatkan nilai asas tegasan
yang dialami dalam anggota itu sendiri, sambungansambungan dianggap
sebagai sambungan jenis pin tanpa geseran seperti yang ditunjukkan di
dalam Rajah1.1(c). Dengan itu tiada lenturan yang diagihkan melalui
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 3

sambungan ini, anggota kerangka hanya menanggung daya-daya paksi


iaitu samada daya tegangan atau daya mampatan.
Rajah1.1
(a) Kerangka secara
terperinci Anggota Panel
(b) Sambungan Anggota Pugak Atas
kimpalan
(c) Sambungan pin
tanpa geseran

Anggota Anggota Panel


Pepenjuru Bawah

Plet (a)
Gusset

Kimpalan

(b) (c)

Merujuk kepada Rajah1.1(a), anggota atas dan bawah samada ufuk atau
sendeng, dinamakan sebagai anggota panel atas atau bawah. Panel-panel
ini dihubungkan diantara satu sama lain dengan anggota pugak dan
anggota pepenjuru.
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 4

AKTIVITI 1.1

Sila uji kefahaman anda dengan mencuba silangkata di bawah.


8 10

6 7

3 9

Mengufuk
1. Untuk tujuan mendapatkan nilai asas tegasan yang dialami dalam
anggota itu sendiri, sambungansambungan dianggap sebagai
sambungan jenis pin tanpa ___________.
2. Sejenis struktur binaan.
3. Sejenis sambungan.
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 5

4. Struktur kerangka 2-dimensi berada pada satu ____________.


5. ________ boleh dielakkan sekiranya sambungan pin tanpa geseran
digunakan.

Memugak.
3. Panel-panel dihubungkan diantara satu sama lain dengan anggota
__________.
6. Struktur digunakan untuk menanggung ___________.
7. Anggota kerangka menanggung daya ____________.
8. Struktur kerangka juga dikenali sebagai __________.
9. Sambungan anggota-anggota kerangka menggunakan paku
__________.
10. Sejenis binaan yang menggunakan struktur kerangka.
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 6

MAKLUM BALAS
AKTIVITI 1.1

Cuba semak jawapan anda.

8 10
K J
1
G E S E R A N
K M
U B
6 7
B P D A
2
K E R A N G K A T
B K A
A S N
3 9
N P I N P
4
E S A T A H
P S
5
L E N T U R A N
N K
J
U
R
U
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 7

INPUT 1.2

JENIS-JENIS STRUKTUR KERANGKA

Jenis-Jenis Struktur Kerangka


Bayangkan sebuah struktur yang dibina daripada batang mancis yang
disokong dan dihubungkan dengan plastisin seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah1.2(a). Apabila dikenakan beban secara sisi [Rajah1.2 (b)],
struktur menjadi tak stabil dan huyung akan berlaku seperti ditunjukkan
dalam Rajah1.2(c).
Rajah1.2 :
(a) Struktur kerangka
(b) Beban sisi
dikenakan
(c) Struktur tak stabil

(a)

P P

(b) (c)

Untuk menjadikan struktur stabil, kita perlu menambahkan satu anggota


pepenjuru seperti yang ditunjukkan dalam Rajah1.2(d).
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 8

Rajah1.2 :
(d) Struktur stabil
(e) Struktur stabil
dan tak bolehtentu P P
statik

(d)

Bagaimana sekiranya dua anggota pepenjuru ditambah pada struktur


seperti dalam Rajah1.2(e) ?

(e)

Dalam kes ini, tambahan anggota pepenjuru menjadikan struktur


kita stabil tetapi tak boleh tentu statik.
Kerangka yang tidak stabil akan roboh kerana tidak mempunyai
bilangan anggota atau daya tindakbalas yang mencukupi bagi mengekang
kesemua sambungan. Kerangka juga boleh menjadi tidak stabil walaupun
jumlah anggota dan daya tindakbalas mencukupi. Kes kestabilan seperti
ini boleh ditentukan dengan cara pemeriksaan atau menganalisa
pengagihan daya.
Struktur kerangka boleh menjadi tidak stabil luaran sekiranya daya
tindakbalas adalah setumpu (concurrent) atau selari. Contohnya kerangka
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 9

di dalam Rajah1.3 adalah tidak stabil luaran kerana garis tindakan daya
bagi penyokong-penyokongnya adalah setumpu atau selari.

Rajah1.3
(a). kerangka tidak stabil
kerana daya tindakbalas
setumpu.
(b). Kerangka tidak stabil
kerana daya tindakbalas
(a)
selari

(b)

Secara amnya, struktur kerangka atau dikenali sebagai kekuda


satah boleh dikelaskan kepada 2 kumpulan iaitu struktur kerangka boleh
tentu statik dan struktur kerangka tidak boleh tentu statik.
Konsep pengkelasan ini ditunjukkan dalam
Rajah1.4 di bawah.
Sesuatu kekuda satah dinamakan sebagai struktur kerangka boleh
Dimana: tentu statik apabila memenuhi persamaan di bawah:-
n = jumlah sendi
(termasuk sendi pada
penyokong). r+b = 2n ........... Persamaan 1
b = jumlah anggota
kekuda.
r = jumlah daya
tindakbalas
n2

Rajah1.4: Pengkelasan b1 b2
kekuda
(a) Stabil dan bolehtentu
statik n1 n3
r2
b3

r1
r3
(a)

Sebagai contoh, sila rujuk Rajah1.4 (a) di atas.


UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 10

b = 3 n = 3 r =3
b+r=3+3=6
2n = 2(3) = 6
Struktur memenuhi persamaan 1, maka ia adalah stabil dan boleh tentu
statik.

Sekiranya,

r + b > 2n

Daya yang tidak diketahui melebihi persamaan statik dan kekuda


menjadi tidak tentuan statik. Di dalam kes ini, kita perlu menentukan
darjah ketidaktentuan statik, D berdasarkan kepada persamaan di bawah:-

D = r + b 2n ........... Persamaan 2

Rajah1.4 (b) menunjukkan bagaimana persamaan ini diaplikasikan.


Rajah1.4:
Pengkelasan kekuda
(b) Stabil dan
tidaktentuan statik
dengan D=2 n2 b2 n3 b3 n4 b4 n5

b11 b8
b1
b10 b7 b6 b5

b9

n1 b12 b13 b14 n6


r2 r4
n8 n7

r1 r3
(b)

b = 14 n=8 r=4
b + r = 18 2n = 16
b + r > 2n (18 > 16)
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 11

Struktur adalah stabil dan tidak boleh tentu . Daripada persamaan 2 , nilai
darjah ketidaktentuan statik, D, adalah 2.
D= r + b 2n
D= 4 + 14 2(8)
D=2
Iaitu satu darjah ketidaktentuan luaran disebabkan oleh penyokong yang
menyumbangkan 4 daya tindakbalas, dan 1 darjah ketidaktentuan dalaman
disebabkan oleh tambahan anggota pepenjuru di pertengahan panel (sendi
n4 dan n8) untuk mengagihkan ricihan.

Sekiranya,
r + b < 2n

Daya-daya dalaman anggota dan tindakbalas tidak mencukupi untuk


memenuhi persamaan keseimbangan dan kekuda tidak stabil. Sebagai
panduan, sila rujuk Rajah1.4 (c) di bawah:

n1 b2 n2

b3 b4
b5 b6

r2
n3 b7 n4 b8 n5 b9 n6

r1 (c)
r3

b=8 r=3 n=6


b + r = 11
2n = 12 b + r < 2n

Oleh itu kekuda adalah tidak stabil. Untuk menjadikan kekuda stabil,
satu anggota pepenjuru perlu ditambah pada panel tengah.
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 12
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 13
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 14

a b c

d e f

MAKLUMBALAS
AKTIVITI 1.2
g AKTIVITI 1.2
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 15

Dengan itu, kerangka adalah tak stabil kerana panel tengah


kekurangan satu
anggota ufuk.

c). b = 17 r=5 n = 10
b + r = 22 2n = 20 b + r > 2n
Menentukan D:
D = b + r 2n
= 22 20 = 2
Kerangka stabil dan tak bolehtentu statik dengan D = 2.

d). b=8 r=4 n=6


b + r = 12 2n = 12 b + r = 2n

Walaupun memenuhi persamaan 1, namun struktur adalah tidak


stabil kerana
kekurangan satu anggota ufuk pada panel atas. Pengagihan
daya ufuk tidak
dapat dilakukan.

e). b = 16 r=4 n = 10
b + r = 20 2n = 20 b + r = 2n
Struktur stabil dan bolehtentu statik.

f). b=8 r=4 n=6


UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 16

b + r = 12 2n = 12 b + r = 2n
Kerangka adalah stabil dan bolehtentu statik.

g). b = 14 r=3 n=8


b + r = 17 2n = 16 b + r > 2n
Menentukan D:
D = b + r 2n = 1
Kerangka adalah stabil dan tak bolehtentu statik dengan D = 1.
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 17

Rajah1.5
Daya dalaman dan A B
luaran F F
(a)

A B
F F F F

(b)
A B
F F F F

(c)

Anggota Struktur Kerangka


Cuba perhatikan Rajah1.6 di bawah.
Rajah1.6(a) menunjukkan satu bentuk kerangka yang dibentuk
oleh tiga batang rod, iaitu rod i, rod ii dan rod iii. Setiap batang rod
merupakan anggota kerangka yang berlainan. Dengan itu, untuk
membezakan antara satu anggota kerangka dengan yang lain, satu sistem

JENIS-JENIS ANGGOTA STRUKTUR


INPUT 1.3
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 18

rujukan yang sesuai dan mudah perlu diadakan. Untuk tujuan ini, sistem
rujukan yang menggunakan titik sambungan digunakan.
Sebagai contoh:-
Rod i dikenali sebagai anggota AB
Rod ii dikenali sebagai anggota BC
Rod iii dikenali sebagai anggota CA.
Penandaan yang begini dapat memudahkan proses mengenali anggota
kerangka dan menyenangkan langkah mencari nilai daya pada anggota
tersebut di dalam unit-unit berikutnya.

Sila rujuk Rajahdi bawah.


Rajah1.6
(a) Anggota struktur
kerangka
(b) Daya Luaran (F) F
bertndak ke atas struktur
kerangka
B B
i ii

A iii C A C
(a) (b)

Apabila kerangka dibebani dengan daya F Newton, seperti dalam


Rajah1.6(b), kerangka itu akan menyesuaikan dirinya untuk mencapai
suatu keadaan yang lebih stabil. Apabila keadaan ini dicapai, kerangka itu
dikatakan berada dalam keadaan yang seimbang. Keseimbangan yang
diperolehi secara keseluruhan itu membawa maksud bahawa setiap
anggota juga berada dalam keadaan yang seimbang. Jika tidak, sudah
tentulah anggota tersebut akan bergerak ke satu posisi yang lebih stabil.
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 19

Anggapkan satu daripada anggota tersebut, iaitu anggota AB


berada dalam keadaan keseimbangan. Daya luaran bermagnitud F yang
bertindak pada titik A dalam arah AB hendaklah diseimbangkan oleh satu
daya luaran yang mempunyai magnitud yang sama dengan F, tetapi dalam
arah BA pada titik B seperti Rajah1.6(c). Dengan cara ini anggota AB
dapat diseimbangkan. Oleh sebab anggota AB berada dalam
keseimbangan, titik A itu sendiri juga berada dalam keseimbangan.

Rajah1.6
A B
F F
(c)

B
F F

(d)

A B
F F F F
(e)

A C
F F F F
(f)

Oleh itu, jika dipisahkan antara sendi A dengan B, seperti


Rajah1.6(d). Akibat daya luaran yang bertindak pada sendi B, maka
terhasilah daya dalaman yang mempunyai magnitud yang sama dengan
daya luaran tetapi bertindak dalam arah berlawanan (ke kanan).
Oleh yang demikian, Rajah1.6(e) menunjukkan daya dalaman bagi
anggota AB yang terhasil akibat daya luaran bertindak pada sendi A dan B
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 20

mesti mempunyai magnitud yang sama tetapi berlawanan arah dengan


daya luaran.
Anggota AB atau BA dinamakan sebagai anggota mampatan
kerana arah daya dalaman menuju ke arah sendi.
Sekarang perhatikan Rajah1.6(f) iaitu anggota AC. Daya luaran
yang bertindak pada sendi A dan C menghasilkan daya dalaman pada arah
yang berlawanan iaitu keluar dari sendi. Oleh itu, anggota AC atau CA
dinamakan sebagai anggota tegangan kerana arah daya dalaman keluar
dari sendi.

Daya Dalam Anggota Kekuda


Rajah1.7(a) menunjukkan satu kerangka yang terdiri daripada 3
anggota, iaitu AB, BC, dan AC. Satu beban F dikenakan pada sendi C. Di
bawah bebanan ini, anggota AC dan BC mengalami daya mampatan.
Dengan itu, daya dalaman anggota tersebut bertindak melawan daya
mampatan dari luar dengan mengarahkan anak panahnya kearah titik
sambungan seperti ditunjukkan dalam Rajah1.7(b).
Sekiranya anggota AB tidak wujud, tentulah anggota BC dan AC akan
mengubah kedudukan. Oleh sebab itu , anggota AB akan bertindak
mengatasi keadaan tersebut daripada berlaku dengan mengadakan suatu
F F
daya dalaman mengarah keluar dari titik sambungan seperti dalam
Rajah1.7(c). Hasilnya,Cdaya dalaman untuk setiap anggota
C struktur
kerangka ialah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah1.7(d).
Rajah1.7 B B
A A

(a) (b)
F F

C C

A B A B

(c) (d)
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 21

Cara meletakkan anak panah ini akan menjadi bertambah rumit


sekiranya struktur kerangka itu mempunyai bilangan anggota yang
banyak. Dengan itu, satu kaedah yang sistematik perlu diikuti supaya
memudahkan proses mengenal pasti sama ada anggota tersebut merupakan
anggota mampatan atau anggota tegangan.
Untuk mengatasi kerumitan ini, penandaan arah semua anak panah
menuju ke titik sambungan atau arah semua anak panah keluar dari titik
sambungan, seperti dalam Rajah1.7e, bolehlah diikuti. Bagi unit ini,
sistem penandaan arah anak panah menuju ke titik sambungan telah dipilih
(Rajah1.7e)

Panduan sistem penandaan daya dalaman


(Rajah1.7e)
a. Setiap daya dalaman bertindak berpasangan, satu pada setiap
hujung anggota.
b. Tandakan arah anak panah menuju ke titik sambungan untuk setiap
anggota kerangka yang ingin dicari nilainya.
c. Namakan daya dalaman berdasarkan titik sambungan. Contohnya,
untuk anggota AB namakan sebagai FAB .
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 22

d. Sekiranya nilai daya dalaman yang diperolehi negatif, maka


anggota tersebut berada dalam tegangan.
e. Sekiranya nilai daya dalaman yang diperolehi positif, maka
Rajah1.7e
anggota tersebut berada dalam mampatan.

A B
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 23

C C C
F

A B A B B
A
(a) (b)
(c) F

B C
C B C F
F

A B A D
F
A D
(d) (e)
(f)
MAKLUM
AKTIVITI
BALAS
AKTIVITI
1.31.3
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 24

a) FAC = tegangan b) FAC = mampatan


FAD = tegangan FAD = tegangan
FBC = mampatan FBC = mampatan
FBD = tegangan FBD = tegangan
FCD = sifar FCD = sifar

c) FAB = mampatan d) FAB =tegangan


FAC = sifar FAC = tegangan
FBC = tegangan FBC = mampatan

e) FAB = sifar f) FAB = sifar


FAD = tegangan FAC = tegangan
FBD = sifar FAD = sifar
FBC = sifar FBC = sifar
FCD = sifar FCD = mampatan

PENILAIAN
KENDIRI

Tahniah, anda telah sampai keakhir unit 1. Sekarang anda boleh menilai
kefahaman anda dengan mencuba semua soalan dalam penilaian kendiri.
Sila semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika anda menghadapi sebarang masalah, sila dapatkan bimbingan dari
pensyarah matapelajaran.
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 25

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Soalan 1

Kelaskan kekuda-kekuda berikut sebagai stabil atau tidak. Sekiranya


stabil, tentukan sama ada ianya boleh tentu statik atau tidak boleh tentu
statik. Sekiranya tidak boleh tentu statik, nyatakan darjah ketidaktentuan.

(a) (b)

(c) (d)

Soalan 2

Merujuk kepada kerangka di bawah (Rajah(a), (b), (c),dan (d)), kelaskan


kerangka/ kekuda di bawah sebagai stabil atau tidak stabil. Sekiranya
tidak stabil, tentukan punca ketidakstabilannya. Sekiranya stabil, tentukan
sama ada ianya boleh tentu statik atau tidak boleh tentu statik. Sekiranya
tidak boleh tentu statik, nyatakan darjah ketidaktentuan.
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 26

(a) A
(b)
A B C
1m
1m
200kN
B
D E
D
1m
1m 1m

150kN
1m

(c) 75kN
(d) 235kN
A
A
C
1m
1m
C B
D B
2m
2m

(a) (b)

A Soalan 3
A B C
Merujuk kepada
1m kerangka di bawah (Rajah(a) , (b), (c), (d) dan (e) .
Tanpa mencarikan daya dalamannya, nyatakan samada anggota-anggota
kerangka tersebut bertindak sebagai anggota mampatan atau anggota 1m
tegangan.
B 300kN
D E
D
1m
1m 1m

100kN
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 27

1m

1mM

(c) 100kN

A B C D

1m
65kN
G E
F

3 @ 1m = 3m

(d)

B C D

80kN
4m

A E
F

3 @ 3m = 9m
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 28

(e)
400kN 100kN

B C

A D
E

Panjang setiap anggota adalah 2m.

MAKLUMBALAS
PENILAIAN KENDIRI 1

Adakah anda telah mencuba soalan-soalan di atas? Jika YA , sila


semak dengan jawapan-jawapan di bawah.

Jawapan Soalan 1

a. struktur stabil dan bolehtentu


b. struktur stabil dan tak bolehtentu , D = 1
UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 29

c. struktur tak stabil


d. struktur stabil dan bolehtentu

Jawapan Soalan 2

a. Struktur stabil dan bolehtentu.


b. Struktur stabil dan bolehtentu
c. Struktur stabil dan tidak bolehtentu. D= 1
d. Struktur stabil dan bolehtentu
Jawapan Soalan 3
a. FAB = tegangan. b. FAB = tegangan

FAD = sifar. FAD = mampatan

FBD = mampatan FBC = tegangan


FDC = sifar. FBD = sifar.
FBC = tegangan FCD = mampatan
FCE = tegangan
FDE = sifar

c. FAB = tegangan d. FAB = tegangan


FAG = mampatan FBC = tegangan
FBC = tegangan FCD = tegangan
FBG = sifar FDE = mampatan
FCD = mampatan FFE = mampatan
FCF = mampatan FAF = mampatan
FCG = mampatan FBF = mampatan
FDE = mampatan FCE = mampatan
FDF = tegangan FFC = tegangan
FEF = sifar
FFG = tegangan

e. FAB = mampatan
FBC = mampatan
FCD = mampatan
FAE = tegangan
FED = tegangan
FBE = mampatan
FEC = tegangan

You might also like