You are on page 1of 4

KUNAK, 23 SEPTEMBER Hampir 1,000 pengunjung hadir memeriahkan

Karnival Kem Nak Sihat & NBOS 6 Peringkat Daerah Kunak anjuran
Jabatan Kesihatan Daerah Kunak di Sekolah Kebangsaan Kunak 2 yang
bermula pada jam 7.00 pagi sehinga 2.00 petang.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah


merangkap Adun N.51 Kunak, YB Datuk Hj Nilwan Bin Kabang hadir
menyempurnakan perasmian Karnival Kem Nak Sihat & NBOS 6.

Karnival Kem Nak Sihat & NBOS 6 Peringkat Daerah Kunak


dimulakan dengan aktiviti regangan sebelum pelepasan peserta 10000
langkah. Turut berlangsungnya Pertandingan Mewarna yang disertai oleh
murid Pra Sekolah.

Ketibaan tetamu kehormat diserikan dengan Persembahan Sambut


Tamu daripada murid-murid SK Kunak 2. Pembantu Menteri Pembangunan
Luar Bandar Negeri Sabah merangkap Adun N.51 Kunak, YB Datuk Hj
Nilwan Bin Kabang turut melancarkan gimik pelancaran semasa karnival
tersebut. Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan
angklung daripada murid SK Kunak 2.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah


merangkap Adun N.51 Kunak, YB Datuk Hj Nilwan Bin Kabang dalam
ucapannya bahawa karnival ini adalah salah satu strategi promosi untuk
mencapai objektif karnival yang merupakan hasrat Kerajaan Negeri yang
mahukan masyarakat di negeri ini kekal sihat dan sentiasa membuat
saringan secara berkala bagi mengetahui status kesihatan serta sentiasa
mengamalkan cara hidup sihat.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya senamrobik, program
Jom Berjalan 10,000 Langkah, pertandingan mewarna kanak-kanak,
cabutan bertuah, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi dan kempen
derma darah. Promosi Cara Hidup Sihat, pengedaran bahan pendidikan
kesihatan serta pameran daripada agensi lain seperti agensi bomba dan
perpustakaan daerah kunak turut memeriahkan lagi pameran pada karnival
tersebut.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah


merangkap Adun N.51 Kunak, YB Datuk Hj Nilwan Bin Kabang juga turut
menyampaikan sumbangan RM 2000 kepada pihak sekolah atas usaha
bersama-sama komuniti menjayakan karnival tersebut sekaligus
merupakan usaha murni untuk membantu sekolah membeli peralatan
muzik tradisional yang menjadi kebitaraan di SK Kunak 2.

Turut hadir Dr. Andau Konodan Mosiun Pegawai Kesihatan Daerah


Kunak, Encik Suprimadi B. Sunardio mewakili Pegawai Pendidikan Daerah
Kunak, Dr Hasbullah Bin Sudin Pengarah Kesihatan Kesihatan Daerah
Kunak, , Encik Mohamad B. Abdillah mewakili Pegawai Daerah Kunak dan
Puan Aminah Bt Haji Pilie, Guru Besar SK Kunak 2.

Karnival Kem Nak Sihat & NBOS 6 Peringkat Daerah Kunak anjuran
Jabatan Kesihatan Daerah Kunak turut melibatkan penyertaan Kelab
Doktor Muda yang ditubuhkan di setiap sekolah khususnya di Sekolah
Kebangsaan Kunak 2 dilihat mampu menjadi platform terbaik untuk
melahirkan sekumpulan murid yang berperanan sebagai mentor kepada
rakan mereka, dalam usaha mempromosikan amalan kesihatan yang baik.
Pegawai Kesihatan Daerah Kunak, Dr. Andau Konodan Mosiun
berkata, program berkenaan merupakan kolaborasi antara Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Kementerian Pendidikan,
membabitkan penyertaan sekolah di daerah kunak ini.

Menurutnya, murid yang menganggotai kelab berkenaan bukan


hanya berperanan sebagai ejen mempromosikan kesihatan kepada rakan
sebaya, bahkan mereka juga boleh menjadi ejen kesihatan kepada
keluarga serta masyarakat setempat.

Program Doktor Muda yang berpusat di sekolah merupakan


pendedahan latihan kepada murid mengenai mengenai asas kesihatan
serta pengetahuan yang bersesuaian dalam amalan kesihatan terbaik.
Mereka kemudian akan menyebarkan pengetahuan kepada masyarakat.
Selain itu, ahli kelab juga diberikan pengetahuan mengenai pengambilan
ubatan yang betul dan kepentingan untuk menjaga kebersihan persekitaran
mereka. Selain beriadah, aktiviti yang terdapat di karnival itu dapat
menggalakkan perpaduan setiap kaum dengan sikap toleransi dan
penerapan nilai-nilai 1Malaysia.

Encik Suprimadi B. Sunardio berkata dalam ucapannya bahawa


objektif karnival pada hari tersebut tercapai apabila setiap aktiviti yang
dilaksanakan dapat memberi peluang kepada setiap generasi melibatkan
diri dalam aktiviti-aktiviti sihat seperti bersukan dan pemeriksaan kesihatan
menunjukkan masyarakat cakna terhadap tahap kesihatan diri.

YB Datuk Hj Nilwan Bin Kabang dalam ucapannya berkata program


Karnival Kem Nak Sihat & NBOS 6 Peringkat Daerah Kunak tercapai
apabila kehadiran melebihi daripada 1000 sasaran masyarakat yang hadir.
Selain itu, Kempen derma darah pada hari tersebut melebihi sasaran Unit
Tabung Darah daripada agensi kesihatan apabila 35 plastik dapat
dikumpul. Karnival pada hari tersebut dilihat dapat memupuk sikap prihatin
dan cakna dalam kalangan masyarakat terhadap kepentingan derma
darah. Komuniti yang hadir ke program ini turut mengambil peluang untuk
membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma. Program berfaedah
seperti ini dilihat dapat mencapai matlamatnya untuk terus memberikan
khidmat masyarakat terutamanya kepada warga penduduk di Daerah
Kunak.

You might also like