You are on page 1of 6

KERTAS KERJA HARI KELUARGA

TN HAJI AHMAD HAJI SALLEH


KALI PERTAMA / 2012
1. PENGENALAN

Hari Keluarga yang akan diadakan merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan
silaturrahim dan hubungan kekeluargaan sasama keluarga masing-masing. Ini kerana
institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti
seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik.
Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk menyatukan
dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli keluarga. Aktiviti-aktiviti yang akan
dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform
semangat muhibbah antara adik beradik dan keluarga. Antara pengisian dalam Hari
Keluarga ini meliputi kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan agar sambutan Hari
Keluarga ini akan meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.

2. OBJEKTIF

2.1 Memberikan ruang kepada ahli keluarga untuk melakukan aktiviti bersama keluarga
mereka dalam pengisian masa yang terluang.

2.2 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di
kalangan ahli keluarga.

2.3 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai


murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

2.5 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan adik beradik
sekaligus dapat memantapkan lagi institusi kekeluargaan yang sedia ada.

3. TEMA

Cadangan tema hari keluarga ialah SANTAI SAMA-SAMA


Cadangan tema baju ialah warna MERAH

4. PERINCIAN PROGRAM

4.1 Tarikh : 11 12 Disember 2012 (Selasa - Rabu)

4.2 Tempat : Seraya Pantai Chalet,Pengkalan Balak,Melaka


4.3 Anggaran Bil Peserta : 80 orang

5. PESERTA

Semua warga SKKP .

6. AHLI JAWATANKUASA

Sila lihat LAMPIRAN 1

7. TENTATIF PROGRAM

Sila lihat LAMPIRAN 2

8. JAMUAN BBQ

Sila lihat LAMPIRAN 3

9. ANGGARAN KUTIPAN DAN PERBELANJAAN

Sila lihat LAMPIRAN 4

10. PENGISIAN PROGRAM

11.1 Solat Berjemaah serta Tahlil dan doa selamat


11.2 Majlis Sambutan Hari Lahir Ibu Tersayang
11.3 Acara sukaneka untuk ahli keluarga dan anak-anak
11.4 Jamuan BBQ
11.5 Cabutan Bertuah

11. PENUTUP

Dengan terlaksananya Hari Keluarga pada tahun 2012 ini diharapkan dapat mengeratkan
lagi hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan ahli keluarga , di samping dapat
mewujudkan persefahaman dan semangat kekeluargaan serta kasih sayang dikalangan ahli
keluarga.

LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA HARI KELUARGA KALI PERTAMA 2012

Penaung :
Tn.Haji Ahmad Bin Haji Salleh

Penasihat :
Hajah Supina Binti Musa

Pengerusi : Jasni Bin Haji Ahmad

Timbalan Pengerusi : Jasmani Bin Haji Ahmad

Setiausaha : Norlia Binti Haji Ahmad

Bendahari : Jumatshah Bin Haji Ahmad

JK Penginapan: Jumahad Bin Haji Ahmad

JK Pendaftaran & Urusetia : Norasnita Binti Haji Ahmad

JK Sukan & Rekreasi : Juhaili Bin Haji Ahmad


Jasidi Bin Haji Ahmad

JK Sumbangan & Hadiah : Jumatshah Bin Haji Ahmad


Norlia Binti Haji Ahmad

JK Logistik, Teknikal & Peralatan : Jasmani Bin Haji Ahmad


Mat Jais Bin Haji Ahmad

JK Kebajikan & Kecemasan : Jamil Bin Haji Ahmad

JK Pengacara Majlis/Aturcara Majlis : Juhaili Bin Haji Ahmad

JK Jamuan : Noridah Binti Haji Ahmad

LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM

11 Disember 2012 (Selasa)

11.00 pg - Ketibaan ahli keluarga di Seraya Pantai Chalet,Pengkalan Balak


- Makan Tengahari

2.00 ptg - Check in

3.00 ptg - Sukaneka


4.30 ptg - Rehat / Solat

5.00 ptg - Sukaneka

8.00 mlm - Solat Magrib berjemaah


- Tahlil dan doa selamat
- Solat Isyak berjemaah

9.30 mlm - Jamuan BBQ


- Sambutan Hari Lahir
- Pertandingan memancing
- Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah

12 Disember 2012 (Rabu)

8.00 pg - Senaman 1 Malaysia diketuai oleh Jasidi Bin Haji Ahmad


- Aktiviti bebas

LAMPIRAN 3

JAMUAN BBQ

1. Ikan Cencaru (Juhaili)


2. Nasi Himpit (Rosnah)

3. Sambal Tumis (Rosnah & Hasmah)

4. Ubi Kentang (Rosnah)

5. Ayam (10 ekor):

- Jais (2 ekor)
- Azlihan (2 ekor)
- Jasni (2 ekor)
- Jamil (2 ekor)
- Jumatshah (2 ekor)

6. Sos Cili (Hasmah)


7. Daging Kambing (Azlihan)

8. Udang / Sotong (Jumahad)

9. Nasi Lemak (Jumahad)


10. Air Mineral (Mazhaazlinda)

11. Tong Air (Juhaili & Jasni)

12. Air Masak (semua)

13. Polisterin(Siti Nuraishah@Lin)

14. Lain-lain:

- Sosej
- Arang
- Buah

LAMPIRAN 4

ANGGARAN KUTIPAN DAN PERBELANJAAN

KUTIPAN:

1 KELUARGA RM250 11 X RM250 = RM2750.00

ANGGARAN PERBELANJAAN :

1. Penginapan :
6 buah bilik X RM150 = RM 900.00
1 biji rumah X Rm400 = RM 400.00
JUMLAH = RM 1300.00

2. Hadiah :
Kategori Sukaneka:
5 tahun kebawah ( 10 hadiah ) = RM 5.50 X 10 = RM 55.00
5 8 tahun ( 7 hadiah ) = RM 4.50 X 7 = RM 31.50
9 12 tahun ( 9 hadiah ) = RM 4.50 X 9 = RM 40.50
13 16 tahun ( 7 hadiah ) = RM 7.50 X 7 = RM 52.50
Dewasa ( 9 hadiah ) = RM 40.00 X 9 = RM 360.00
Memancing ( 3 hadiah ) = RM 10.00 X 3 = RM 30.00
JUMLAH = RM 569.50

3. Lain-Lain :
Cenderahati RM 25.00 X 12 = RM 300.00
Beg RM 12.50 X 12 = RM 150.00
JUMLAH = RM 450.00

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN : RM 2319.50

You might also like