You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERLING 2,


JALAN CAMAR 9, TAMAN PERLING, FAX: 07-2388749
81200 JOHOR BAHRU, JOHOR. TEL : 07-2343442

No.Ruj. Kami : JBA 1069/200-3/4/2 ( )


Tarikh : 6 Jun 2017
Kepada,

ACP MOHD TAIB BIN HJ AHMAD


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara,
Ibu Daerah Johor Bahru Utara,
Polis Diraja Malaysia,
81300 Skudai,
Johor Bahru.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MEMBUAT KUTIPAN MENGUMPUL DANA PEMBINAAN DEWAN


TERBUKA SK SERI PERLING 2

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, dalam Mesyuarat Agung PIBG Bil.22 / 2017 telah bersetuju sebulat
suara untuk menjalankan Program Rayathon bagi menambah dana kutipan untuk pembinaan dewan
terbuka di SK Seri Perling 2.

3. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah memberi kelulusan
kepada PIBG SK Seri Perling 2 untuk membuat kutipan mengumpul dana pembinaan dewan terbuka
bermula pada 10 Jun hingga 10 Julai 2017. Bersama sama ini dilampirkan bersama surat daripada
pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk rujukan tuan.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk
membuat kutipan dana untuk pembinaan dewan terbuka tersebut. Sebarang pertanyaan dan
maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Encik Samsol Bin Hussin di talian 0137413760 atau Puan
Rosziah Binti Johar di talian 0194428003.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan setinggi-
tinggi terima kasih.

Sekian.

Yang Benar, Disokong Oleh,


SAMSOL BIN HUSSIN PN ROSZIAH BINTI JOHAR
Yang Dipertua Pibg, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2

You might also like