Professional Documents
Culture Documents
Folio Sivik Tokoh
Folio Sivik Tokoh
Tajuk
Kandungan Mukasurat
Penghargaan
Pendahuluan
1
Objektif
2
Kaedah Kajian
3
Biodata Tokoh 4
Latar Belakang
5
Kerjaya Politik 8
Rumusan 25
Lampiran
Rujukan
Mukasurat 2
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana izin-Nya saya
dapat menyiapkan Folio ini. Folio ini disediakan
sebagai salah satu keperluan dalam silibus
Pendidikan Sivik Tingkatan Dua. Tugas saya adalah
untuk menjalankan kajian dan mencari maklumat
untuk Kertas Kerja tentang Tokoh Yang Disanjungi.
Mukasurat 2
Pendahuluan
Mukasurat 2
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk
mengumpul dan memperoleh maklumat yang diperlukan
dalam kajian ini.
1. Kaedah Rujukan
Untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya telah
membuat rujukan dengan menelaah buku-buku,
majalah-majalah dan surat khabar di perpustakaan.
Selain itu, saya juga membuat rujukan di laman-laman
web untuk mendapatkan maklumat tambahan
mengenai tokoh sanjungan saya iaitu Tun Dr. Mahathir
Mohamad.
2. Kaedah Mencari
Saya telah mengumpul maklumat yang lebih
mendalam mengenai Tokoh kesayangan saya melalui
carian di Internet. Melalui pautan luar ini saya telah
melihat blog tokoh dan mengkaji beliau dari pautan-
pautan yang lain.
3. Kaedah Pemerhatian
Mukasurat 3
Saya juga sentiasa mengikuti perkembangan terkini
Tokoh kebanggaan saya di dada-dada akhbar dan
televisyen.
5. Kaedah Temubual/Pertanyaan
Mukasurat 4
Nama Bapa : Mohamad bin Iskandar
Nama Ibu : Wan Tempawan bin Wan
Hanaf
Nama Isteri : Siti Hasmah Mohd Ali
Mukasurat 5
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ( ) telah
dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Kedah dan
merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
Tun Dr. Mahathir juga digelar sebagai "Dr. M" dan
nama penanya Che Det. Beliau merupakan anak
bongsu daripada 9 adik-beradik, keluarga Mohamed
Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Ayahnya
adalah berbangsa Malayalee Muslim (yang berasal
dari Kerala, India) dan ibunya berbangsa Melayu.
Mukasurat 6
Tun Dr Mahathir bin Mohamad kemudiannya pada
tahun 1947, melanjutkan pengajian ke King Edward
VII College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura
dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan
dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas
mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor
pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.
Mukasurat 7
Sekitar tahun 1954 hingga tahun 1957, Tun Dr. Mahathir
berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar,
Jitra, Langkawi dan Perlis. Perkenalan dengan seorang
gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini
Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian
yang sama di King Edward VII Collage of Medicine
berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian
masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di
Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya
diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 5 Ogos 1956.
Mukasurat 8
menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti
setempat.
Mukasurat 9
Tun Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak
1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam
kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO
ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang
yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli.
Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi
Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya
menimbulkan perasaan marah di golongan yang
mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku
Abdul Rahman apabila beliau membentangkan
kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon
untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas
penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-
calon yang rapat dengannya, Tun Dr Mahathir enggan
mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.
Mukasurat 12
Tun Dr Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia
yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari
16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau
menerajui negara ke arah arus kemodenan yang
amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di
segala lapisan masyarakat Malaysia.
Mukasurat 14
Tun Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan
ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar
Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan
hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia
seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund
(IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-
satunya negara yang berjaya melepaskan diri
daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu
'mengikat diri' kepada syaratsyarat yang ditetapkan
oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara
lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst
Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr.
Mahathir dalam mengawal matawang negara.
Wawasan 2020
Mukasurat 19
Tun telah melancarkan Wawasan 2020 untuk rakyat
Malaysia mencapai tahap negara maju pada tahun 2020
kelak. Wawasan 2020 adalah satu penyataan cita-cita.
Bagaikan seorang wira negara, Tun Dr Mahathir bin
Mohamad menampilkan satu falsafah yang murni yang
kemudiannya disusuli dengan perlaksanaan yang
berterusan. Matlamatnya ialah pembangunan yang
berwajahkan kemanusiaan dengan persekitaran yang
seimbang. Wawasan ini ialah supaya Malaysia menjadi
negara perindustrian yang setaraf dengan negara
negara Eropah dan Barat amnya di mana taraf hidup
rakyat akan meningkat dari segenap segi. Harapan Tun
Dr Mahathir adalah menjadikan Malaysia sebuah negara
maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Dasar Penswastaan
Mukasurat 21
Penswastaan terhadap entiti kerajan juga digerakkan
agar organisasi yang diswastakan lebih cekap.
Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan,
kepentingan ekuti dan pelaburan kerajaan yang tertentu
kepada sektor swasta. Penswastaan terhadap industri
perkhidmatan juga diperkenalkan demi
mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam
supaya lebih selesa. Sealiran dengan dasar itu beliau
menampilkan 'Dasar PengsyarikatanMalaysia yang
bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan
swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi
dalam pembangunan.
Mukasurat 23
Dr. Mahathir adalah seorang yang menjaga waktunya,
sehubungan itu beliau telah menukar waktu negara
dengan mempercepatkan setengah jam di Semenanjung
agar selaras dengan Sabah dan Sarawak sebagai satu
usaha integrasi nasional. Dalam proses itu Singapura
telah diyakinkan untuk turut serta.
Penulisan blog
Mukasurat 26
Tun Dr Mahathir adalah wira Malaysia dengan
semangat yang masih tidak luntur.Saya begitu
kagum dengan pencapaian dan sumbangan yang
ditaburkan oleh Tun kepada rakyat Malaysia.
Sewajarnya setiap rakyat patut mencontohi
semangat yang di tunjukkan oleh Tun sepanjang
tempoh pemerintahannya dan dari segi
pemikirannya. Sikap sikap yang patut di tauladani
dan dikenang oleh segenap rakyat Malaysia adalah
seperti berikut:
Mukasurat 27
Tabah didalam mengejar karier politiknya. Beliau
pernah digantung keangotaan UMNO buat
seketika tetapi masih sayangkan UMNO
Mukasurat 28
sama sekali, sebaliknya membantu
pembangunan Malaysia.
Mukasurat 30
berjuta rakyat Malaysia khususnya dan dunia amnya
iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad.
Mukasurat 31
Garis masa
1925 : Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20
Disember.
Mukasurat 32
1945 : Mengambil bahagian dalam penentangan
Malayan Union.
1946 : Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.
1953 : Mendapat ijazah perubatan dari Kolej Perubatan
King Edward (yang kemudiannya dikenali sebagai
Universiti Malaya) di Singapura;
1954 : Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di
Hospital Alor Star , Hospital Langkawi, Hospital Jitra
dan Hospital Perlis.
1957 : Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk
membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik di Alor Setar.
1964 : Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas
tiket Parti Perikatan selepas beliau menewaskan calon
PAS, Mohd Shaari Haji Abdul Shukur, dengan majoriti
4,210 undi; Dr Mahathir mendapat 12,406 undi,
sementara Mohd Shaari mendapat 8196 undi.
1965 : Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO .
1968 : Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran
Tinggi.
1969 : Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa
dalam Pilihanraya pada 10 Mei, dengan 989 undi di
kawasan Kotar Setar; beliau dikatakan kalah kerana
kehilangan "undi Cina" apabila beliau mengumumkan
bahawa beliau tidak perlu undi Cina untuk memenangi
dalam pilihanraya;
o Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO
pada 12 Julai , berikutan pengedaran suratnya
kepada Tunku Abdul Rahman ;
o Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26
September .
1970 : Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang
bertajuk "Dilema Melayu " (The Malay Dilemma); buku
ini diharamkan dengan serentak.
1972 : Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7
Mac ;
o Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga
Perindustrian Makanan Malaysia (FIMA).
1973 : Dilantik sebagai senator.
1974 : Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti
Nasional;
Mukasurat 33
o Melepaskan jawatan sebagai senator untuk
bertanding di Pilihanraya 1974, yang mana beliau
menang tanpa bertanding;
o Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5
September .
1975 : Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden
UMNO , selepas memenangi dengan majoriti sebanyak
47 undi.
1976 : Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.
1978 : Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
Malaysia oleh Tun Hussein Onn pada 15 September ;
o Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran
untuk menjadi Menteri Perdagangan dan
Perindustrian Malaysia (1 Jun 1978 - Julai 1981);
1981 : Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun , dan
Perdana Menteri Malaysia ke-empat pada 10 Julai ,
berikutan perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas
sebab-sebab kesihatan;
o Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai , 1981 - 6
Mei , 1986) disamping memegang jawatan
Perdana Menteri;
o Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan
Amanah", "Kepimpinan Melalui Teladan", the
"Dasar Pandang ke Timur ", "Pemupukan Nilai-nilai
Islam", dan polisi pemulauan barang UK ("Buy
British Last");
o Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di
Semenanjung Malaysia untuk menyeleraskannya
dengan Malaysia Timur ;
o Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman
secara umum;
o Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu
(The Malay Dilemma)
o Merancangkan serangan subuh dengan
pengambilan kembali Guthrie Corporation oleh
Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa
Saham London pada 7 September , supaya
memulangkan hakmilik lebih kurang 200,000 ekar
tanah pertanian kepada rakyat Malaysia.
1983 : Mengemaskinikan kuasa Yang di-Pertuan Agong
dan Sultan -sultan, supaya rang undang-undang yang
Mukasurat 34
diputuskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan
Negeri dapat menjadi akta , selepas penerimaan
pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun Sultan-
sultan negeri masing-masing;
o Menubuhkan PROTON , sebuah projek kereta
nasional.
1986 : Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai
Timbalan Perdana Menteri pada 27 Februari ;
o Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri Malaysia ;
o Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di
samping memegang jawatan Perdana Menteri;
o Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri
Singapura tentang lawatan rasmi Chaim Herzog ,
Presiden negara Israel .
1987 : Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah
untuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti yang
nipis sekali pada 24 April ;
o Menjadi Menteri Kehakiman di samping
memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dan
Perdana Menteri Malaysia.
1988 : Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi ,
termasuk Tun Salleh Abas kerana menghalang
perbicaraan tentang salah laku tata tertib semasa
kehadapan UMNO akan diputuskan oleh Mahkamah
Tertinggi (pada masa itu, UMNO telah diharamkan oleh
Makhamah Tinggi);
1990 : Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri
(Oktober 1990 - Januari 1999) di samping memegang
jawatan Perdana Menteri.
1993 : Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai
Timbalan Perdana Menteri;
o Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan
daripada pendakwaan , selepas peristiwa Douglas
Gomez ;
o Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan
pemimpin-pemimpin Australia merosot apabila
Paul Keating mewajahkan Dr. Mahathir sebagai
seorang yang degil ("recalcitrant") kerana enggan
menghadiri Persidangan APEC .
Mukasurat 35
1997 : Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1
September supaya mengatasi Krisis Kewangan Asia
1997 .
1998 : Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua
jawatan dalam kerajaan dan dalam UMNO pada 2
September ;
o Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat
dan penyalahgunaan kuasanya; Anwar
dihadapkan ke mahkamah pada 2 November ;
o Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi
buruk apabila Al Gore , Naib Presiden Amerika
Syarikat, merendahkan nama baik negara
Malaysia di Persidangan APEC yang pada masa itu
dianjurkan oleh Malaysia.
o Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
sebagai Timbalan Perdana Menteri;
o Pembukaan rasmi Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA ) di Sepang ,
yang menelan kos sebanyak RM13 bilion ;
o Penghabisan pembinaan Menara Berkembar
Petronas yang mempunyai 88 tingkat, iaitu
menara berkembar yang tertinggi di dunia;
o Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh
Majalah TIME .
1999 : Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8
Januari , di samping memegang jawatan Perdana
Menteri ketika Malaysia masih mengalami Krisis
Ekonomi 1997;
o Pembukaan rasmi Cyberjaya , sebuah bandar yang
baru yang memainkan peranan yang penting
dalam Koridor Raya Multimedia Malaysia.
2001 : Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-
tugas Khas (5 Jun 2001) disamping memegang
jawatan Perdana Menteri.
2002 : Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris
untuk mengajarkan mata pelajaran Matematik dan
Sains , mulai tahun 2003;
o Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai
Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung
UMNO , tetapi telah dirayu untuk membuat
penangguhan selama 18 bulan.
Mukasurat 36
2003 : Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada
31 Oktober , 2003 dan menamakan timbalannya, Datuk
Seri Abdullah Badawi , sebagai pengganti; beliau
memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun,
dan terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin
negara Asia yang paling lama perkhidmatannya;
o Dianugerahkan sebagai Tun , pangkat kehormatan
yang tertinggi di Malaysia.
2008 : Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah
(S.U.M.W.) membawa gelaran "Datuk Seri Utama".
Resigned as Prime Minister : 31th Oktober 2003
DOMESTIC AWARDS
YEAR NAME OF AWARD STATE
2003 S.M.N Malaysia
Seri Maharaja Mangku Negara
2003 D.K Selangor
Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati
Selangor
2003 D.S.B.S. Sarawak, Malaysia
Darjah Satria Bintang Sarawak
2003 D.K. Kedah, Malaysia
The Most Honourable Order Of The Royal
Family Of Kedah
2002 D.K. Kelantan, Malaysia
The Most Esteemed Order Of The Royal
Family Of Kelantan
1997 Tuanku Syed Putra Of Perlis Royal Perlis, Malaysia
Outstanding Award
1997 S.S.A.P. Pahang, Malaysia
Knight Commander Of The Sultan Ahmad
Shah
1996 Fellowship of The International College of Malaysia
Surgeons
1996 Anugerah Cemerlang Perlis, Malaysia
1995 D.K. Perlis, Malaysia
The Most Esteemed Order Of The Royal
Family Of Tuanku Syed Putra
1994 Wira Keadilan Pasir Mas Foundation
1992 Melaka Historical City's Honorary Citizen Melaka
Award
1991 Wira Nusa Raya UMNO, Sabah
1989 D.K.(I) Johor, Malaysia
The Most Esteemed Order Of The Royal
Family Of Johor
1988 D.U.K. Kedah, Malaysia
Mukasurat 37
Kedah Order Of Merit
1985 'FAR', Father of Modern Development By the Pasir Salak
Pasir Salak UMNO Division
1985 P.I.S Johor, Malaysia
Sultan Ibrahim Medal I
1982 D.U.N.M Melaka, Malaysia
Knight Grand Commander Of The Most
Honourable Order Of Melaka
1982 S.S.M.T Terengganu
Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu
1982 D.K.N.S Negeri Sembilan,
The Most Esteemed Order Of The Royal Malaysia
Family Of Negeri Sembilan
1981 D.U.P.N Pulau Pinang, Malaysia
Knight Grand Commander Of The Most
Honourable Order Of Pulau Pinang
1981 S.P.N.S Negeri Sembilan,
Knight Commander Of The Most Honourable Malaysia
Order Of Negeri Sembilan
1981 S.P.D.K Sabah, Malaysia
Seri Panglima Darjah Kinabalu
1981 S.P.C.M Perak, Malaysia
Seri Paduka Cura Si Manja Kini
1980 D.P.Sarawak Sarawak, Malaysia
Dato Patinggi Bintang Kenyalang
1979 S.P.M.J. Johor, Malaysia
Dato' Seri Paduka Mahkota Johor
1978 S.P.M.S. Selangor, Malaysia
Seri Paduka Mahkota Selangor
1977 D.S.D.K. Kedah, Malaysia
Seri Setia DiRaja Kedah, Kedah
1977 SSAP Pahang, Malaysia
1976 The Second Tun(Dr) Ismail Oration Academy Malaysia
of Medical
1965 Pingat Perak Perak, Malaysia
Source : Jabatan Perdana Menteri
Mukasurat 38