You are on page 1of 7

SUBMODUL 1 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERANGKA SUBMODUL 1
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS
Tajuk SEKOLAH RENDAH DI BAWAH DASAR MBMMBI 2015
Topik ADAB DAN ETIKA GURU SAINS

Masa 2 Jam

Personel Penceramah
A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Memperincikan amalan adab dan etika guru sains
2. Menerangkan nilai berasaskan ketuhanan dan kemanusiaan
3. Menghuraikan kesan adab dan etika terhadap pembelajaran sains.

B. Kandungan Pengajaran
1. Pengenalan konsep, definisi dan penerangan tentang adab dan etika guru sains.
2. Elemen Sapaan, Kebersihan dan Memberi laluan merupakan adab yang mesti diamalkan di
sekolah di Malaysia adalah berasaskan BIMA (Beri Ilmu Melalui Akhlak)
3. Etika sains adalah nilai, sikap saintifik dan perilaku yang menunjukkan kesediaan dan
kesanggupan seseorang secara sedar mentaati ketentuan dan norma kehidupan yang
berlaku dalam suatu kelompok masyarakat atau suatu organisasi.
4. Sikap saintifik dan nilai murni terdiri daripada beberapa elemen.

Aktiviti :
a. Tayangan video
b. Nilai murni sains

C. Kaedah / strategi
Kandungan Strategi/Proses Masa Peranan Bahan

Pengenalan

Adab dan etika sains Membahagikan 20 minit Peserta


dalam kemahiran melibatkan diri

4
SUBMODUL 1 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

saintifik (kemahiran peserta kursus secara inkuiri


proses sains dan kepada kumpulan
kemahiran (bilangan kumpulan
manipulatif), dan bergantung kepada
kepentingan. bilangan peserta
Perincian kemahiran kursus).
saintifik 30
(Sila rujuk nota minit
pembelajaran)

Kertas A4
Perbincangan Tayangan 10 minit Peserta
video 1 menonton
20 minit tayangan
Peserta video
mengenalpasti dan
mencatat dalam Peserta
kertas A4 menganalisis
implikasi adab dan isi kandungan
etika sains 10 video
Minit
Tayangan Peserta
video 2 20 melibatkan
minit diri dalam
Peserta perbincangan.
mengenalpasti dan
mencatat dalam
kertas A4
implikasi adab dan
etika sains

Rumusan Peserta 10 minit Persem


membandingbeza bahan
diantara adab dan power
etika. point

D. Bahan Kursus
1. Nota
2. Slaid Power point

5
SUBMODUL 1 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

3. Kertas A4

E. Alatan/ Radas/ Bahan


1. Komputer riba
2. Projektor LCD
3. Papan putih

F. Penilaian
1. Ujian Pra dan pasca
2. Dapatan berdasarkan tayangan video

G. Rumusan / Refleksi

NOTA ADAB DAN ETIKA

1. Definisi adab ;
i) merupakan budi pekerti yang halus atau tingkah laku yang baik (Kamus
Pelajar)
ii) tingkah laku serta tutur kata yang halus ( sopan), budi bahasa, budi pekerti
yang halus, kesopanan atau cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu
situasi tertentu, budi bahasa dan tingkah laku, pengetahuan mengenai buruk
baik bagi kelakuan manusia. (Kamus Dewan edisi ke-3 dan edisi ke-4)

6
SUBMODUL 1 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

iii) Sesuatu yang disandarkan kepada perkara yang dipuji sama ada dari sudut
perkataan atau perbuatan.( Faisal Ahmad Shah dan Nor Saleha Mohd
salleh).
iv) Adab merupakan akhlak. (Masnizah Mohd, 2005)

2. Definisi etika
i) Ilmu berkaitan prinsip-prinsip atau moral, prinsip moral ( atau akhlak ) atau
nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu
kumpulan, persatuan, pekerjaan dan lain-lain ( kamus Dewan Edisi ke-3 dan
ke-4)
ii) Kajian yang bersifat falsafah terhadap moral ( Gluck ,1986)
iii) Menurut Sidi Gazalba , etika ialah teori mengenai tingklah laku manusia yang
dipandang dari segi baik dan buruk dan sejauh mana pula dapat ditentukan
oleh akal( Masnizah Mohd, 2005)

3 Perkataan etika berasas daripada bahasa Inggeris Ethic dan bahasa Greek Ethos
yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap
membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang
menentukan tingkah laku sesuatu golongan.

4 Selain itu ia juga boleh disimpulkan sebagai tingkah laku dan kelakuan moral yang
dijangka diikuti oleh manusia sejagat manakala ilmu etika merupakan disiplin yang
mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan
manusia yang betul ( Zawiyah, 2002).

Banding beza antara adab dan etika

Ibn Abd-Rabbih ( Rosenthal, 1992) Merupakan cabang falsafah yang


menegaskan bahawa keseluruhan adab menentukan salah atau benar terutamanya
mengandungi semua aspek tingkah laku dalam dilema moral, mengkaji perbuatan
manusia. manusia sama ada baik atau buruk, betul
atau salah.

7
SUBMODUL 1 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

Konsep tersebut, mengaitkan adab dengan Sesuatu yang tidak beretika tidak
keseluruhan tindak-tanduk, perbuatan dan semestinya salah. Betul atau salah
perlakuan manusia iaitu tindak tanduk yang bergantung kepada individu, masyarakat,
tepat berasaskan ilmu mengenai kedudukan organisasi dan Negara
yang benar segala sesuatu dalam merencana
ilmu dan kewujudannya.

Adab mempunyai beberapa cirri utama Liputan etika adalah lebih luas daripada
antaranya ialah, adab merupakan cerminan menganalisis apa yang betul dan salah
kepada keadilan, berdasarkan hikmah di seperti yang sering dianggap.
mana meletakkan ilmu sebagai keutamaan
tinggi, tumpuan kepada aspek rohaniah dan
akliah insan.
Proses menerangkan adab dipanggil tadib Etika mengkaji fakta, menganalisisnya dan
atau pendidikan merumuskan apakah tingkah laku yang
sebetulnya
Matlamat akhir adab ialah memperoleh Antara aspek utama etika ialah kehidupan
kecemerlangan akhlak ( Ahmad Fauzi b. baik, iaitu kehidupan yang bernilai atau
Mohamed ) memuaskan, yang dianggap lebih penting
daripada tingkah laku moral oleh banyak
ahli falsafah.
Manakala tujuan adab adalah untuk Dari perspektif Islam, etika merujuk kepada
melahirkan manusia yang baik dan mampu tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan
menahan diri daripada nikmat fizikal dan ketaqwaan kepada Tuhan.
material dan yang menunjukkan kestabilan Teori Etika Islam dan Barat adalah berbeza.
emosi pada raut muka gembira dan sedih dan Mengikut Teori Etika dari
segala kejadian yang lain dan juga tetap Barat,menggunakan akal bagi menganalisis
berada dalam keadaan yang tidak diganggui masalah etika. Apa yang sesuai dari segi
dan tidak aktif kecuali apabila sebab dan akal ini diterima, dan tidak sesuai dengan
pemikiran menandakan keinginan atau akal ini tidak diterima
keperluan kepada tindakan ( Plato dalam
Rosenthal, 1992)
Dr. Hj. Abdullah Siddik (1980) telah Manakala matlamat etika Islam adalah
mengaitkan adab sebagai suatu dasar supaya manusia itu mempunyai perilaku
( Ahkam al-Syariati) iaitu salah satu garis yang baik mengikut ajaran Islam bagi
panduan yang sangat penting dalam mencapai keredhaan Tuhan.
kehidupan manusia di mana ia menjadi
panduan ibu bapa, guru, pemimpin ,

8
SUBMODUL 1 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

masyarakat dan individu itu sendiri dalam


mencorakkan warna hidup seseorang insan.
Selain itu juga penting kerana menjadi Kaedah yang dikemukakan oleh Islam untuk
peranan penting dalam menilai butuk dan baik menentukan etika yang baik tidak terhad
budi seseorang supaya menjadi insan yang kepada akal semata-mata tetapi haruslah
akan mendapat ganjaran baik di dunia dan di disepadukan dengan apa yang telah
akhirat disampaikan melalui wahyu

Adab bukan hanya mementingkan hubungan Etika hanya mementingkan hubungan


dengan manusia tetapi juga dengan tuhan sesama manusia sahaja
Adab berdasarkan kepada kepercayaan Etika moral pula berdasarkan sentimen
agama masyarakat
Adab nilainya adalah mutlak Etika nilainya tidak mutlak, sentiasa
berubah-ubah mengikut adat sesebuah
masyarakat
Adab matlamatnya adalah untuk keredhaan Etika pula matlamatnya untuk manusia
Tuhan semata-mata

Adab dicipta oleh Tuhan maka sifatnya Etika pula dicipta oleh manusia dengan itu
sempurna untuk menjadi pegangan manusia sifatnya terdedah kepada kritikan .
Adab merupakan suatu system yang menilai Etika ialah suatu sistem yang menilai
tindakan zahir dan batin manusia tindakan zahir manusia
Adab ialah sistem atau tingkah laku manusia Etika secara umum ialah sistem atau
yang bersumberkan kepada asas ketuhanan tingkah laku manusia yang diwujudkan oleh
kelompok manusia.

Falsafah Pendidikan Sains


Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi
dengan memberi tumpuan kepada perkembangan
individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan
serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi

Etika inkuiri :

1. Petikan dari Torcello (1897) dalam esei bertajuk " Etika Kepercayaan

9
SUBMODUL 1 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

.. Ia adalah salah, kerap kali, di mana-mana, dan untuk sesiapa sahaja


untuk mempercayai apa-apa bukti yang tidak mencukupi. "

2. Hujah dari Torcello; pertama, kecenderungan untuk percaya atau tidak kira
walaupun terdapat bukti, walaupun ia adalah berkenaan dengan kepercayaan
remeh seperti astrologi, boleh melahirkan satu tabiat fikiran yang membahayakan
yang mengurangkan pemikiran kritikal dalam perkara-perkara yang penting seperti
kepercayaan bahawa Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran.

3. Hujah kedua; kepercayaan bukan hanya perkara peribadi kerana kita hidup dalam
masyarakat yang semakin saling mempengaruhi di mana pendapat individu saling
mempengaruhi melalui pelbagai cara , daripada perbualan langsung kepada
rangkaian sosial.

10

You might also like