You are on page 1of 8

Gelombang politik 2008

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek mendapat lampu hijau untuk memugar dasar-dasar
lapuk Kementerian Penerangan dan dasar-dasar yang menyekat kebebasan media di Malaysia. Arah
pemberitaan perlu berubah berorientasikan rakyat. Jika kerajaan tidak mendengar kritikan mahasiswa
dan penulis blog, akhirnya kerajaan akan dijatuhkan seperti mana 8 Mac 2008.[3]

Indeks Kebebasan Media Dunia 2008

Dari segi Indeks Kebebasan Akhbar 2008 , Malaysia jatuh teruk ke kedudukan 132 daripada 173 negara.
Tahun 2007 Malaysia berada pada kedudukan 124 dan 2006 pada kedudukan 96. Rating ini diberikan
oleh Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris, Perancis. RSF telah memantau
kebebasan akhbar di seluruh dunia sejak 1985.

Secara perbandingan ,Timor Leste di tangga (65), Mongolia (93),Gabon (110),Indonesia (111),Maghribi
(122),Thailand (124),Cameroon (129),Nigeria (131) ,Chad (133), Sudan (135) dan Bangladesh (136),
Oman (123), Kemboja (126), Jordan (128) , Malaysia(132) dan Singapura (144).

Media Malaysia dilarang melaporkan sebarang berita buruk tentang pemerintah , kerabat diraja atau
konco-konco mereka. Kerajaan telah mengharamkan akhbar Tamil Makkal Osai, pengharaman nama
Allah di mingguan Kristian The Herald dan penamatan kolum penulis berwibawa Zainah Anwar dan Amir
Muhammad di New Straits Times. Penulis blog berhadapan dengan ancaman saman dan tangkapan polis.
Petugas Malaysia Nanban dan Guangming Daily diserang oleh penyokong parti kerajaan.[4]

Tahap kebebasan media 2010

Pada 17 Jun 2010,dalam Dewan Rakyat, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr
Rais Yatim. menyatakan terdapat 2 juta blogger dari Malaysia dan mereka bebas mengeluarkan
pandangan.Malaysia mempunyai 76 akhbar harian termasuk milik pembangkang, 151 saluran televisyen
satelit, sembilan saluran televisyen tidak berbayar (milik kerajaan dan swasta) dan 53 saluran
radio.Selain itu terdapar IPTV (Internet Protocol Television) yang menggunakan perkhidmatan jalur lebar.
Sebaliknya Freedom House dari Amerika Syarikat mendakwa media di Malaysia belum bebas. [5]

Melanggar peraturan
Pada 29 Jun 2010, beberapa akhbar dan tabloid didapati melanggar garis panduan penerbitan Akta
Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984. Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks
Al-Quran KDN Datuk Zaitun Ab. Samad menyatakan 43 surat teguran dihantar kepada akhbar harian
(2009) manakala 10 surat teguran (2010). Surat teguran kepada tablod ialah 19 teguran (2009) hingga
bulan Mei 2010. 6 surat teguran dan 1 surat tunjuk sebab kepada berita parti politik.

Seksyen 7 (1), AMCP 1984, menetapkan kandungan berita tidak boleh memudaratkan ketenteraman
awam, memudaratkan keselamatan, memudaratkan moral, menggemparkan fikiran orang ramai,
berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam dan
memudaratkan kepentingan negara.

Pada 28 Jun 2010, surat tunjuk sebab diberikan kepada tabloid Suara Keadilan . Ia dipercayai berhubung
berita sensasi kulit depan bertajuk 'Felda Bangkrap'. [6]

Pada 27 Februari 2012, akhbar The Star telah menyiarkan gambar artis Amerika, Erykah Badu yang
bertatu nama Allah.Erykah Badu, seorang artis African American melukis tatoo kalimah Allah di dada kiri
dan kanannya selain tatoo segitiga piramid bahagian tengah dadanya pula. .Timbalan Menteri Dalam
Negeri, Lee Chee Leong menyatakan bahawa Managing Editor, Ketua Editor Berita dan Editor Kanan The
Star telah dipanggil untuk memberi penjelasan. Gambar itu disifatkan satu penghinaan kepada umat
Islam di negara ini kerana nama Allah seolah-olah dipermain-mainkan. Semasa bulan Ramadhan 2011,
The Star menyiarkan resipi masakan daging babi kononnya sebagai juadah berbuka puasa. Ekoran itu,
Pemuda PAS dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mendesak permit The Star digantung.[7][8].[9]Konsert
Erykah Badu di Kuala Lumpur pada 29 Februari 2012 dibatalkan kerana melanggar garis panduan Pusat
Permohonan Penggambaran dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang ditetapkan.[10][11]

Media massa amat peka dan sentiasa memerhatikan keadaan disekelilingnya seperti ancaman bahaya,
perubahan cuaca, ramalan cuaca dan kemelesetan ekonomi yang kemudiannya memberi amaran
kepada khalayak agar bersiap sedia secara fzikal dan spiritual.

Sebagai contoh, laporan muka depan akhbar The Star pada 12 Jun 2009 mengenai ancaman selesema
babi atau influenza A H1N1. Biar pun pada ketika itu, Malaysia belum merasai serangan wabak tersebut
tetapi akhbar ini telah memberikan amaran awal kepada khalayak bahawa ia akan tiba di negara ini pada
bila-bila masa dengan memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyufatkan
penyakit tersebut sebagai pandemic iaitu mencapai tahap tertinggi, fasa enam amaran terhadap
anacaman berkenaan. Amaran tersebut terbukti apabila pada 12 Jun, akhbar yang sama di muka
depannya melaporkan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menyifatkan wabak
tersebut semakin serius di negara ini biar pun sebelum itu kerajaan mengeluarkan kenyataan supaya
orang ramai tidak perlu panik.

Jika dilihat pada satu aspek laporan media itu mempunyai kebaikannya kerana ia memberi amaran
lebih awal kepada khalayak supaya bersedia untuk menghadapi wabak berkenaan pada bila-bila masa.
Justeru itu, khalayak boleh melakukan persedian dengan mendapatkan maklumat tambahan mengenai
selesema babi dan langka-langkah pencegahan bagi mengelakkan mereka dijangkiti. Khalayak tidak
perlu lagi ke sana sini untuk mendapatkan maklumat mengenai penyakit terbabit kerana di akhbar
tersebut juga disediakan maklumat tentang langkah-langkah untuk membuat persediaan bagi
menghadapi ancaman tersebut.

Tetapi sekiranya khalayak tidak meniliti dengan mendalam laporan terbabit dan tidak mendapat
maklumat sebenar situasi selesema babi di negara ini, fungsi sebagai pemberi amaran tersebut akan
membawa kepada keburukan yang serius. Ini kerana keadaan itu mungkin akan menimbulkan keadaan
kelam kabut pada tahap awal, contohnya, orang ramai tidak berani keluar dari rumah untuk bekerja.
Sekiranya tidak dibendung ia akan menyebabkan ekonomi negara terjejas dan keadaan negara menjadi
tidak stabil sehingga menyebabkan pelabur bimbang untuk datang ke sini.

2.1.2 Instrumental

Pemerhati berbentuk instrumental ini membantu masyarakat. memperoleh maklumat

seperti harga di bursa saham, produk baru, idea fesyen, resepi dan sebagainya. Peranan ini bukan
hanya dikhususkan kepada media berbentuk berita, penerbitan-penerbitan ringkas dan kandungan
media bertujuan menghibur seperti majalah teknikal juga menjalankan peranan mengawasi.

Contoh yang paling mudah ialah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menyiarkan berita
mengenai komentar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan rakyat
Malaysia termasuk pelajar yang belajar di sebarang laut untuk memahami konsep dan prinsip 1Malaysia.
Berdasarkan bahan yang dipaparkan ini, khalayak memperoleh berbagai pandangan yang boleh dinilai
sendiri oleh mereka. Interpretasi maklumat juga boleh didapati di halaman editorial surat khabar.
Interpretasi, komen dan pendapat disediakan supaya pembaca memperoleh perspektif mendalam
mengenai sesuatu pemberitaan.

Fungsi ini juga dapat dilihat dalam rencana yang menganalisis peristiwa-peristiwa semasa atau polisi
kerajaan. Kenaikan harga gas dan impak kepada harga makanan juga termasuk dalam kategori ini.

Sebagai contoh stesyen televisyen TV9 mengadakan program Hujah untuk menjelaskan isu-isu semasa di
negara ini dengan melibatkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan ia dipengerusikan oleh Pensyarah
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr.
Mohammad Agus Yusoff.

Umpamanya dalam satu siri mengenai krisis di Perak yang disiarkan pada 31 Mac lalu, forum tersebut
tiga ahli panel telah dijemput iaitu Dekan Fakulti Undang-Undang UiTM, Prof. Shad Saleem al Faruqi,
Peguam Kanan Datuk Shafee Abdullah dan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan. Kesemua
mereka adalah pakar dalam bidang undang-undang yang dijemput khas untuk memberikan pandangan
mengenai kekusutan yang berlaku di Perak selepas tiga adun dari pakatan pembangkang keluar dari
parti masing-masing dan mengisytiharkan diri mereka sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
bebas.

Melalui program tersebut khalayak dapat menilai dan memahami perkara yang dibincangkan tersebut
dengan bantuan tafsiran ahli panel berkenaan. Sekali gus ia dapat membentuk khalayak yang berilmu
walaupun secara jelas hujah ketiga-tiga panel terbabit tidak memberikan jalan penyelesaian yang terbaik
kerana mereka mempunyai pandangan yang berbeza. Pun begitu ia sedikit sebanyak membantu
khalayak memahami dengan jelas proses perundangan yang berlaku dalam krisis berkenaan dan
menyedarkan khalayak bahawa terdapat grey area dalam perlembagaan dan perundangan di Perak.

Bagaimanapun keburukannya mungkin percanggahan pendapat di antara ahli panel terbabit


menyebabkan khalayak terutama mereka yang berpendidikan rendah bertambah keliru dan sukar untuk
menilai serta membuat keputusan pendapat yang mana boleh diterima pakai. Perlu diingat sebagai
manusia biar pun berpendidikan setinggi mana sekali pun mereka tidak dapat lari daripada melakukan
kesilapan. Oleh itu, sebarang maklumat yang kurang tepat atau silap mungkin diketengahkan dalam
perbincangan mereka. Akibatnya khalayak mungkin terpengaruh dengan maklumat yang tidak tepat
yang lazimnya bergerak sama pantas.

2.3 Penghubung

Media massa berkebolehan menggabungkan elemen yang berbeza di dalam masyarakat. Contohnya,
pengiklanan berusaha menggabungkan keperluan pembeli dengan produk penjual. Pengundi
mengumpul maklumat berkenaan wakil rakyat melalui surat khabar, televisyen, radio dan laman web.
Menerusi rancangan yang disiarkan di media elektronik atau di akhbar, derma untuk kanak-kanak yang
sakit dan mangsa peperangan dan bencana alam yang memerlukan bantuan ini.

Fungsi menyampaikan mesej kepada khalayak merupakan peranan yang dilakukan oleh media. Ia boleh
menjadi penghubung masyarakat yang terpisah sama ada individu dengan individu, masyarakat dengan
masyarakat, peristiwa dengan masyarakat mahu pun sejarah silam dan budaya dengan masyarakat
semasa.

Dalam perkembangan dunia teknologi maklumat fungsi ini dapat dilihat dengan jelas. Maklumat melalui
apa yang dipanggil sebagai media baru ini (internet) berada dihujung jari khalayak. Segala apa yang
dimahukan boleh diakses dengan secepat mungkin.

Pelbagai laman web, seperti ensklopidia elektronik wikipedia, blog, laman berita maya (Utusan Online,
Bernama), laman sosial seperti facebook dan friendster memudahkan masyrakat berhubung dan
mendapatkan pelbagai maklumat walaupun ia berlaku pada masa lampau.

Ia menyediakan wahana dan platform untuk berhubungan antara dua atau ramai orang atau
membentuk komuniti maya. Kemudahan yang disediakan seperti laman web menghubungkan pelbagai
komuniti untuk berkongsi pendapat dan pengalaman hidup mereka dengan orang lain yang setara
permasalahannya.

Kadang kala media Internet juga mencipta perhubungan dan menyatukan kumpulan sosial yang dulunya
tidak menyedari bahawa mereka mempunyai minat yang serupa. Fungsi menghubungkan ini juga
memperlihatkan kemampuan media menyediakan akses kepada masyarakat untuk menyuarakan
kepentingan mereka.
Fungsi menghubung ini walau bagaimanapun ada kelemahannya. Ia mungkin memberi

peluang kepada kumpulan tertentu untuk memprotes sehingga membawa kepada berlakunya
pemberontakan. Ini boleh membawa bahaya kepada masyarakat.

2.4 Penghibur

Kebanyakan pihak melihat peranan media untuk menghibur khalayak sebagai fungsi yang paling
dominan. Fungsi komunikasi massa yang paling adalah untuk menghibur. Filem, muzik , berita sukan,
rancangan hiburan, sitkom dan kartun yang disiarkan di media memainkan fungsi hiburan kepada
khalayak dengan kos yang rendah dan murah.

Kebanyakan program di televisyen bertujuan memberi hiburan kepada khalayak. Khalayak


menggunakan wang dan masa mereka menonton wayang, mendengar muzik, menyewa video, melihat
rancangan komedi di televisyen dan melayar internet.

Fungsi ini boleh didefinasikan sebagai media massa bertugas sebagai penghibur kepada masyarakat
melalui program-program hiburan sama ada bermaklumat mahu pun sekadar hiburan semata-mata
untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.

Bagi organisasi media penyiaran program hiburan adalah memenuhi kehendak khalayak dan terpulang
kepada khalayak untuk memanfaatkannya.

Sebagai contoh Festival Filem Malaysia ke 22 di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada
8 Ogos lalu. Stesyen televisyen Astro Ria menyiarkan laporan terperinci festival tersebut bermula dari
langkah awal artis masuk memasuki dewan tersebut melalui rancangan Karpet Merah. Ia seolah-olah
pertunjukkan fesyen dikalangan pembikin filem di negara yang pastinya selepas ini akan menjadi ikutan
khalayak di negara ini.

Di karpet merah tersebut pembikin filem akan ditahan untuk diwawancara dan ditanya mengenai
perkembangan semasa mereka seperti aktiviti terbaru dan sebagainya. Ia memberikan laporan terkini
kepada khalayak bagi mengetahui perkembangan semasa di mana ada diantaranya mungkin sedang
terlibat dalam pembikinan filem terbaru.
Ini semua disebabkan mereka mengetahui melalui fungsi ini ia membawa pulangan yang lumayan
kerana setiap gerak geri artis akan menjadi ikutan disebabkan pengaruh mereka yang terlalu kuat. Maka
tidak hairanlah pihak industri berebut-rebut untuk mendapatkan artis terkenal sebagai duta produk
mereka.

Pun begitu, fungsi ini sebenarnya turut membawa keburukan kepada khalayak. Ketaksuban khalayak
terhadap artis akan menyebabkan khalayak akan meniru secara membuta tuli sedangkan ada di antara
artis membawa budaya yang amat bertentangan dengan nilai-nilai serta kehendak agama Islam.

Disebabkan keterujaan itu juga kadang kala media massa menyiarkan terlalu banyak hiburan yang
mengandungi keseronokan melampau sehingga mengabaikan peranannya yang lain untuk mendidik
masyarakat menerima maklumat.

3. Kesimpulan

Secara amnya, media massa di negara ini telah memainkan perananya untuk membangunkan negara ini
walaupun ada pihak yang beranggapan bahawa tidak ada kebebasan media. Konsep kebebasan media
dalam rangkanya sendiri di mana kerajaan memainkan peranan dalam menentukan media berfungsi
sebaiknya dalam masyarakat. Bagaimanapun ruang tetap diberikan kepada media untuk berfungsi
sebagai pemerhati dan pentafsir.

Berdasarkan konsep inilah negara Malaysia dapat dibangunkan dengan sempurna tanpa terlalu banyak
rintangan kerana media bersama-sama kerajaan membawa satu agenda yang sama. Jika ruang yang
diberikan sepertimana di Amerika Syarikat sudah pasti akan timbulnya pelbagai masalah kerana rakyat
mungkin keliru dengan dakyah yang disampaikan oleh media yang menyokong kumpulan berhaluan kiri.

Sejarah telah membuktikan bagaimana media massa di negara ini membantu menghapuskan ancaman
Parti Komunis Malaya (PKM) sehinggalah mereka meletakkan senjata dan keluar dari hutan. Seperti yang
dijelaskan oleh bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zainudin Maidin dalam memoirnya Hero
Tak Didendang, media telah mengetahui sejak awal lagi proses perdamaian di antara PKM dan kerajaan
bagaimanapun ia tidak didedahkan. Dalam masa sama, kerajaan meminta media supaya membantu
dalam menyiapkan mental rakyat terutama bekas polis dan askar untuk menerima peletakkan senjata
itu.

You might also like