You are on page 1of 2

Ref. K.P.(BS) 8599/Jld.

6/(44)

Bahagian Sekolah-sekolah,
Kementerian Pelajaran,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.

23hb. Oktober, 1977.

Semua Pengarah Pelajaran,


Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak.

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1977


Hari Kelepasan Peristiwa P.U. 326/62

Seperti tuan sedia maklum menurut Kaedah 8 dalam Kaedah-kaedah (Pengurusan)


Sekolah-sekolah yang di bantu 1962, Guru Besar dengan persetujuan Pengarah Pelajaran /
Lembaga Pengurus / Pengelola boleh memberi Hari Kelepasan Peristiwa tidak lebih
daripada empat (4) hari dalam mana-mana satu tahun.

2. Cuti seperti ini yang diberi kepada sekolah-sekolah bolehlah digunakan untuk
sebarang perayaan Sekolah / Agama dengan syarat:-
(a) Hari persekolahan telah mencapai sekurang-kurangnya 190 hari setahun;
(b) Cuti ini tidak digunakan untuk maksud memanjangkan cuti penggal;
(c) Diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri;
(d) Sekiranya pada sesuatu tahun tertentu bilangan hari kelepasan negeri
bertambah dalam penggal persekolahan, dan dengan itu bilangan hari
persekolahan menjadi kurang daripada 190 hari, semua permohonan untuk
mendapatkan cuti peristiwa dipanjangkan ke Kementerian Pelajaran
(U/P: Penolong Pengarah Sekolah (Rendah), Bahagian Sekolah).

3. Dengan surat pekeliling ini maka surat pekeliling ikhtisas Bil. 4/1977 adalah
dimansuhkan.

Saya yang menurut perintah,

(SYED ABU BAKAR BARAKBAH. KMN, PCM)


Pengarah Sekolah-Sekolah
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran

264
s.k.

1. Setiausaha Sulit kepada Y.A.B. Menteri Pelajaran.


2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Timbalan Menteri Pelajaran (I) dan (II).
3. Ketua Setiausaha Kementerian.
4. Ketua Pengarah Pelajaran.
5. Timbalan Ketua Setiausaha (I).
6. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (I).
7. Timbalan Ketua Setiausaha (II).
8. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (II).
9. Semua Ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran.

265

You might also like