You are on page 1of 3

Ref. K.P.(BS) 8599/Jld.

6/(44)

Kementerian Pelajaran Malaysia,


Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur. 01-34.

29hb. Jun, 1977.

Semua Pengarah Pelajaran,


Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak.

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1977


Hari Kelepasan Peristiwa P.U. 326/62

Seperti tuan sedia maklum menurut Kaedah 8 dalam Kaedah-kaedah (Pengurusan)


Sekolah-sekolah yang di Bantu 1962, Guru Besar dengan persetujuan Pengarah Pelajaran /
Lembaga Pengurus / Pengelola boleh memberi Hari Kelepasan Peristiwa tidak lebih
daripada empat (4) hari dalam mana-mana satu tahun.

2. Cuti seperti ini yang diberi kepada sekolah-sekolah bolehlah digunakan untuk
sebarang perayaan Sekolah / Agama dengan syarat:-

(a) Hari persekolahan telah mencapai sekurang-kurangnya 190 hari setahun.


(b) Cuti ini tidak digunakan untuk maksud memanjangkan cuti penggal.
(c) Diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri; dan
(d) Sekiranya pada sesuatu tahun tertentu bilangan hari kelepasan negeri
bertambah dalam penggal persekolahan, maka Pengarah Pelajaran hendaklah
mengarahkan sekolah berkenaan menggantikan kekurangan hari persekolahan
menjadi 190 hari sebelum salah satu daripada empat hari kelepasan peristiwa
boleh diambil. Sila lihat lampiran A bagi tahun 1977.

Saya yang menurut perintah,

(Kum Boo)
Bahagian Sekolah-Sekolah
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran

204
s.k.

Setiausaha Sulit kepada Y.A.B. Menteri Pelajaran.


Setiausaha Sulit kepada Y.B. Timbalan Menteri Pelajaran (I) dan (II).
Ketua Setiausaha Kementerian.
Ketua Pengarah Pelajaran.
Timbalan Ketua Setiausaha (I).
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (I).
Timbalan Ketua Setiausaha (II).
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (II).
Semua Ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran.

205
Ref. K.P.(BS) 8590/Jil.V/(2)
Lampiran A

Hari Persekolahan bagi Tahun 1977

Hari Hari Bilangan


Bil. Hari dlm Kelepasan Kelepasan Hari
Negeri Penggal ** Persekutuan Negeri Persekolahan
1. Wilayah Persekutuan 205 9 1 195

2. Johor 205 8 1 196

3. Kedah 205 8 2 195

4. Kelantan 205 8 3 194

5. Melaka 205 9 2 194

6. Negeri Sembilan 205 9 2 194

7. Pahang 205 9 1 195

8. Perak 205 9 1 195

9. Perlis 205 8 1 196

10. Pulau Pinang 205 9 1 195

11. Sabah 205 9 1 195

12. Sarawak 205 9 2 194

13. Selangor 205 9 1 195

14. Terengganu 205 8 2 195

B. Analisa bilangan Hari Persekolahan tahun 1977

Bilangan Hari Persekolahan Bilangan Negeri


1. 196 hari 2 (Johor, Perlis)
2. 195 hari 8
3. 194 hari 4 (Kelantan, Melaka, N. Sembilan dan Sarawak)
14

C. Nota: * Tidak termasuk 4 hari Kelepasan Peristiwa.


** Bagi sekolah-sekolah yang bertugas 5 hari seminggu

206

You might also like