You are on page 1of 4

SJKT LADANG SUNGAI TERAP

LAPORAN
WATIKAH PERLANTIKAN

2016
1.0 TAJUK
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Pengawas Pusat
Sumber sekolah 2016.

2.0 PENGENALAN
Pengawas, ketua darjah dan Pengawas Pusat Sumber merupakan kumpulan murid yang
dihormati di sekolah. Mereka merupakan murid-murid pilihan yang mempunyai ketrampilan
dan kecemerlangan baik daripada aspek akademik, sahsiah mahu pun kokurikulum. Mereka
merupakan role model kepada murid-murid lain. Oleh yang demikian sebagai tanda
pengiktirafan, Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Ketua Darjah dan
Penolong Ketua Darjah wajar diadakan.

3.0 MATLAMAT
3.1 Pihak sekolah berharap jawatan yang digalas dapat melatih pengawas, ketua darjah,
dan Pengawas Pusat Sumber menjadi pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab.
3.2 Sifat kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah ini sememangnya menjadi titik
permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara
seterusnya.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi pengiktirafan dan semangat kepada pengawas, ketua darjah, dan Pengawas
Pusat Sumber supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan
dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
4.2 Semoga dengan pelantikan ini semua pengawas, ketua darjah, dan Pengawas Pusat
Sumber yang telah dilantik dapat menggalas dan menyempurnakan tanggungjawab untuk
menguatkuasakan peraturan sekolah tanpa rasa ragu.

5.0 KUMPULAN SASARAN


5.1 13 orang Pengawas Sekolah.
5.2 7 orang Pengawas PSS.
5.5 6 orang Ketua Kelas.
LAPORAN
Dimulai dengan Perhimpunan Rasmi Sekolah
Nyanyian tiga buah Lagu Patriotik
Bacaan Doa yang diketuai oleh adik Harini
Ucapan Guru Besar Pn.P.Kanniammah
Ucapan Perasmian oleh Pn.P.Kanniammah. Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan
Watikah pelantikan KetuaDarjah, Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber telah
disampaikan oleh Guru Besar sekolah.

Watikah perlantikan Ketua Darjah, Pengawas PSS, dan Pengawas Sekolah telah
disampaikan. Bacaan Ikrar telah diketuai oleh Ketua Pengawas SJKT LDG SG TEARP sesi
2016 iaitu adik N.Davaneshan.

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Pengawas PSS ini
akan memberi suntikan semangat kepada pengawas, ketua darjah dan Pengawas PSS
untuk melaksanakan tanggngjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi demi
memastikan SJKT Ldg Sg Tera mencapai disiplin sifar.

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Pengawas PSS ini
telah berjalan lancar seperti yang telah dirancang.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh:

.
(Pn.B.Tamil Selvi)
Ketua Guru Disiplin)
SESI GAMBAR

You might also like