You are on page 1of 2

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA 2017

TARIKH : 6 FEBRUARI 2017 ( ISNIN )


TEMPAT : DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN DUYONG
MASA : 8.00 PAGI

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Badan Pengawas Disiplin Sekolah , Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS), Pembimbing Rakan
Sebaya, Ketua Dan Penolong Ketua Kelas adalah unit-unit yang terdiri daripada murid-murid sekolah.
Badan ini akan membantu menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah.
Mereka yang dilantik akan membantu guru-guru melicinkan lagi operasi pemantauan disiplin
sekolah dan pusat sumber sekolah. Selain itu, mereka akan membantu melaksanakan tugas-tugas yang
berkaitan dengan bidang tugas mereka serta menjalankan aktiviti membantu rakan mereka.

.
1.2 Matlamat

Memberi pengiktirafan kepada kepada pemimpin cilik yang sama-sama


bertanggungjawab menjaga disiplin dan sahsiah di kalingan murid Sekolah Kebangsaan Duyong,
Melaka.

1.3 Objektif

1.3.1 Melahirkan pemimpin kecil yang bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.
1.3.2 Memperkenalkan kepada murid murid barisan Pengawas Disiplin, Pengawas PSS, PRS
dan Ketua serta Penolong Keta Kelas bagi tahun 2017.
1.2.3 Memberi contoh teladan kepada murid-murid serta mengasah bakat kepimpinan .

1.4 Kumpulan Sasaran

1.4.1 Pengawas Disiplin sekolah : 33 orang murid


Pusat Sumber Sekolah : 17 orang murid
PRS : 12 orang murid
Ketua Kelas : 17 orang murid
Pen. Ketua Kelas : 17 orang murid

2.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

RUJUK LAMPIRAN
3.0 Tentatif Program

8.00 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Melaka Maju Jaya, Lagu Sekolah
8.10 pagi Ucapan Aluan Guru Besar
- Bacaan Teks Perutusan Program Jom Ke Sekolah
8.30 pagi Ucapan Perasmian oleh Pegawai Jabatan Penjara Malaysia
8.40 pagi Penyampaian Watikah Pelantikan
9.00 pagi Bacaan Ikrar Pengawas
9.10 pagi Jamuan Para Tetamu/ Bersurai

4.0 Sumber Kewangan


- Pelbagai

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Jamuan VIP RM5.00 x 10 orang RM 50.00


Cenderahati Perasmi RM 40.00
Sijil RM 60.00
Banner RM 40.00
Jumlah RM190.00

6.0 PENUTUP

Diharap majlis ini berjalan lancar dan dapat member manfaat kepada pemimpin-pemimpin muda
seterusnya dapat meningkatkan prestasi keseluruhan sekolah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

. ..

EN. AHMAD IMRAN B. ISMAIL PUAN SHARIFAH BT. AHMAD


SETIAUSAHA BADAN DISIPLIN, GPK HEM,
SK DUYONG, MELAKA. SK DUYONG , MELAKA.

DISAHKAN DAN DILULUSKAN/TIDAKDILULUSKAN

..

You might also like