You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN RAJA MUDA

Jalan Raja Muda Abdul Aziz,


50300 Kuala Lumpur.
Tel: 03-26938080 Fax: 03-26914452

Guru Besar,
SK Jalan Raja Muda,
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur. 10 JULAI 2017
Kepada:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
No. 28-32, Jalan 1/76D,
Desa Pandan,
55100 Kuala Lumpur.
(u.p : En. Mat Razid B. Rohani)
Penyelaras Bahagian Titiwangsa
Kuala Lumpur.

Tuan / Puan,

PERMOHONAN BANTUAN KHEMAH BERSAIZ 20X20 UNTUK PROGRAM JAMUAN HARI RAYA
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, SK Jalan Raja Muda , Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
akan mengadakan program jamuan hari raya peringkat sekolah seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Julai 2017


Hari : Jumaat
Tempat : Perkarangan Dewan Sekolah

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon bantuan khemah bersaiz 20 x 20
sebanyak 5 khemah berserta meja,kerusi dan kipas daripada pihak tuan untuk kegunaan pada program
tersebut.

4. Diharapkan permohonan pihak kami akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada
pihak tuan. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

___________________________________
(KHAIRUL ANUAR BIN MOHD NOOR)
Guru Besar,
SK Jalan Raja Muda,
Kuala Lumpur.

You might also like