You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK SOUTH

Jalan Gempita 1
Taman Salak Selatan
57100 KUALA LUMPUR
MALAYSIA
Tel/Faks: 03-90574020
e-mail: wbb0107@moe.edu.my

Ruj. Kami : SKSS800-2/3/27/(01 )


Tarikh : 01 November 2017

Pengurus,
Pos Malaysia Berhad,
Tingkat 2, Ibu Pejabat Pos Malaysia,
Kompleks Dayabumi,
50670 Kuala Lumpur.
(U.P: Pn Hadzarah bt Hj Md Sood)

Tuan/Puan,

MEMOHON MENGADAKAN AKTIVITI SETEMKU DI SEKOLAH MENTEE KESEF


SK SALAK SOUTH 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Anugerah


Kecemerlangan Kokurikulum SK Salak South 2017 dan Hari Anugerah Cemerlang SK Salak
South 2017. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berbesar hati menjemput pihak tuan untuk hadir
bersama memeriahkan majlis kami nanti dengan membuka kaunter bagi aktiviti SETEMKU.
Aktiviti ini pastinya dapat membuka minda dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan bagi ahli
KESEF yang gemar mengumpul setem dengan lebih manfaat terutamanya penyertaan bagi ahli
KESEF yang baharu.

3. Berikut adalah butiran aktiviti:

TARIKH HARI MASA TEMPAT


13 November 2017
Dewan Seri Gemilang
Isnin 8.00 a.m. – 12.30 p.m.
(MAJLIS ANUGERAH SK Salak South
KOKURIKULUM)
18 November 2017
Dewan Seri Gemilang
Sabtu 8.00 a.m. – 12.30 p.m.
(HARI ANUGERAH SK Salak South
CEMERLANG)

4. Justeru, sekali lagi pihak sekolah merakamkan penghargaan di atas perhatian dan kerjasama
yang diberikan oleh pihak tuan untuk hadir memberikan sokongan kepada pihak kami selaku Mentee
KESEF yang baharu kepada SK Puteri Pandan 1.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

.........................................

__________________________________________________________________________________________
MARA TERUS MARA

You might also like