Professional Documents
Culture Documents
Sembahyang Jamak
Sembahyang Jamak
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. Solat yang boleh di jamakkan ialah
solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
Jamak Takdim
Soalt Zohor dijamakkan dengna Asar dalam waktu Zohor dan Solat Magrib dengan
Isyak dalam waktu Magrib.
Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya
i.
diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii. Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii. Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.
Jamak Takhir
Zolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. Manakala solat
Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.
Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan
i.
menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii. Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.
SOLAT QASAR
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Solat yang
boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat
qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan
sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :
Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar
kerana Allah Taala
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka
iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula
seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya'
sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun
dan iqamat dan berniat seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar
kerana Allah Taala
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana
Allah Taala.
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala