You are on page 1of 47

AMALAN SUNNAH

MENGIRINGI SOLAT
FARDHU

1
AMALAN SUNNAH
MENGIRINGI SOLAT
FARDHU

Disusun Oleh

Haji Jainal Sakiban Al-


Al-Jauhari

2
Tajuk Buku:

Amalan Sunnah Mengiringi Solat Fardhu

Disusun oleh
Haji Jainal Sakiban Al-Jauhari

Cetakan Pertama: 2008M/1429H

Hakcipta terpelihara.

ISBN 983-3343-45-4

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian


isi kandungan buku ini dalam apa bentuk dan dengan apa
cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin
daripada pihak penerbit iaitu Sekretariat Menangani Isu-
Isu Akidah Dan Syariah, Majlis Agama Islam Johor.

Disemak dan ditashih oleh:


Lujnah Penyemakan dan Pentashih Penerbitan Agama
Johor
Majlis Agama Islam Negeri Johor

Diterbitkan oleh:
Sekretariat Menangani Isu-Isu Akidah Dan Syariah,
Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
80990 Johor Bahru.

Dicetak oleh:
Master Gifts Sdn. Bhd.

3
KATA-KATA ALUAN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

. 
   
 
 
 
.
     

 
   "!  
$# % &" '(  )# *


 ,+ *
-

 . 
% 
.
' /  
 "#  0


Saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana diberi peluang


untuk memberikan sepatah dua kata dalam risalah yang
menjelaskan mengenai Amalan Sunnah mengiringi solat fardhu.
Banyak amalan-amalan sunnah mengiringi solat fardhu
yang kita lakukan. Tetapi mungkin tidak ramai yang mengetahui
dalil dan hujah yang digunakan oleh para ulama untuk
menerapkan perkara tersebut. Selain daripada wirid dan doa, di
sana terdapat amalan-amalan dalam bentuk perbuatan yang
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w mengiringi solat fardhu
berdasarkan kepada hadis-hadis Baginda s.a.w.
Dalam risalah ini, penyusun menjelaskan mengenai
amalan-amalan dan ucapan-ucapan tersebut yang sewajarnya
diketahui dan diamalkan oleh umat Islam walaupun ada setengah
golongan yang mendakwa ianya sebagai bidah dhalalah (yang
menyesatkan).
Semoga ianya dapat membantu masyarakat meningkatkan
keyakinan bahawa amalan-amalan sunnah tersebut merupakan
amalan yang baik boleh diamalkan dan selari dengan fahaman
Ahli Sunnah wal Jamaah. Sekian.

(DATO' HAJI ZALIL BIN HAJI BARON)


Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam Negeri Johor.
3 Zulhijah 1429H / 1 Disembar 2008M

4
KATA-KATA ALUAN
S.S. MUFTI NEGERI JOHOR

.
     

 
   "!  
$# % &" '(  )# *


 ,+ *
-
 . 
% 
.
' /  
 "#  0
 . 
   

 
 

Saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana berpeluang untuk


merakamkan sepatah dua kata dalam risalah ini.

Persoalan mengenai amalan berwirid dan zikir selepas


solat fardhu mengikut mazhab yang empat hukumnya adalah
sunat. Selain daripada mazhab Hanbali kesemua mereka
bersepakat bahawa zikir-zikir yang diriwayatkan dalam hadis-
hadis sahih sunat dibaca dengan segera mengiringi selepas
sahaja solat fardhu, sama ada solat fardhu tersebut terdapat
selepasnya solat badiyah atau tidak.

Risalah ini memberikan hujah-hujah mengenai amalan-


amalan sunnah mengiringi solat fardhu sama ada dalam bentuk
ucapan seperti wirid, zikir dan tasbih mahupun dalam bentuk
perbuatan seperti menyapu muka, pergerakan anggota dan
sebagainya.

Diharapkan risalah ini selain daripada memberikan hujah


dan dalil sebagai asas amalan tersebut, ianya sekaligus dapat
menolak fahaman yang bercanggah dengan amalan yang telah
sekian lama dilakukan oleh pengikut Mazhab Syafie yang selari
dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.

Sekian.

(DATO HAJI M. TAHRIR BIN DATO HAJI SAMSUDIN)


Mufti Negeri Johor.
3 Zulhijah 1429H / 1 Disembar 2008M

5
ISI KNDUNGAN

Perkara Hal

 Amalan Sunnah mengiringi solat fardhu ... i


 Kata-kata Aluan Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam Johor ......................... iv
 Kata-kata Aluan S.S. Mufti Negeri Johor .... v
 Isi Kandungan .................................. vi
 Persoalan wirid dan zikir Mukadimah ....... 7
 Wirid dan zikir selepas solat fardhu ............. 8
 Sikap Wahabi tentang zikir ........................ 11
 Amalan sunnah mengiringi solat fardhu 14
 Pertama: Menyapu kepala dan muka ......... -
 Kedua: Menghadap muka ke arah makmum 15
 Ketiga: Berterusan di tempat solat ........... 16
 Keempat: Memuji Allah dan beristighfar 17
 Kelima: Membaca zikir ............................... 18
 Keenam: Berdoa ......................................... 19
 Ketujuh: Membaca Allahumma antas salam 20
 Kelapan: Membaca Fatihah, ayat Kursi, dua
surah al-Baqarah dan Ali Imran ................ -
 Kesembilan: Membaca al-Muauwazatain,
surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan al-Nas .. 26
 Kesepuluh: Bertasbih, bertahmid dan
bertakbir 33 kali ........................................... 27
 Kesebelas: Berselawat ke atas Nabi s.a.w. 29
 Kedua belas: Berdoa ................................... 30
 Wahabi menolak berdoa selepas solat 31
 Ketiga belas: Bersalam-salaman ............... 35
 Amalan Bersalam 36
 Kelebihan dan fadhilat bersalam 38
 Pendapat Ulama' 40
 Cara bersalam 43
 Kesimpulan 46
 Rujukan ........................................................ 47

6
BAB - 1

        


 

PERSOALAN WIRID DAN ZIKIR

Mukadimah

Zikir merupakan satu amalan yang amat dituntut dalam Islam,


kerana wirid dan zikir merupakan penenang jiwa yang paling
mujarab sekali. Wirid dan zikir memunyai persamaan dan
perbezaan. Persamaannya, kedua-dua amalan ini mengingati
Allah dan perbezaannya adalah wirid lebih khusus daripada zikir,
kerana zikir boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam keadaan
apa pun. Wirid mempunyai kaedah dan tatacaranya yang
tersendiri seperti wirid selepas solat fardhu, wirid khusus seperti
Wirid al-Haddad, Wirid Hujakan dan sebagainya.

Wirid mengikut Kamud Dewan (hal. 1807) mempunyai


makna sebagai: 1. petikan daripada Al-Quran yang ditentukan
untuk dibaca (dipelajari dan lain-lain); 2. Zikir yang dibaca selepas
sembahyang. Berwirid maknanya: membaca wirid, berzikir: lepas
sembahyang, mereka membilang tasbih. Manakala Syeikh
Muhammad al-Madini dalam artikalnya bertajuk al-Wird
memaknakan; zikir itu khusus daripada Al-Quran, sunnah
Rasulullah s.a.w dan amalan para ulama muktabar.

Kenapa kita digalakkan berzikir? Menerusi zikir secara


amnya dan wirid secara khasnya membuat mukmin mendapat
ketenangan jiwa, sejuk hati dan sihat tubuh badannya. Ini
dirakamkan oleh Al-Quran dalam Surah al-Ra'du ayat 28:

7
>=)9$# ys? !$# 2/ r&
Ertinya: "Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati
manusia."

Sebagai amalan khusus yang mempunyai tatacaranya


sendiri, wirid mempunyai dasar hukum bersumber daripada al-
Quran dan sunnah Nabi.

WIRID DAN ZIKIR SELEPAS SOLAT FARDHU

Dalam perbincangan ini kita akan menumpukan mengenai


amalan-amalan selepas solat fardhu, kerana ada setengah
golongan yang mempertikaikan amalan tersebut dengan dakwaan
bahawa amalan tersebut termasuk di dalam kategori bidah
dhalalah (yang menyesatkan).

Mengikut mazhab yang empat iaitu Mazhab Hanafi, Maliki,


Syafi'e dan Hanbali, mereka telah sepakat bahawa berzikir
selepas solat fardhu hukumnya sunat. (Durar al-Hikam Syarah
Ghurar al-Ahkam (1/349). Mengikut Mazhab Maliki, Syafi'e dan
Hanbali, kesemua mereka bersepakat bahawa zikir-zikir yang
diriwayatkan dalam hadis-hadis sahih sunat dibaca dengan
segera mengiringi selepas sahaja solat fardhu, sama ada solat
fardhu tersebut terdapat selepasnya solat badiyah (solat sunat
selepas solat fardhu) atau pun sebaliknya. (Mughni al-Muhtaj ila
marifati Alfaz al-Minhaj (2/436). Al-Fawakih al-Dawani ala
Rsalah Ibnui Abi Zaid al-Qairawani (2/314). Syarh Muntaha al-
Iradat (1/447-448).

Mengikut mazhab Hanbali pula, jika sekiranya solat fardhu,


terdapat selepasnya solat sunat badiyah, maka yang lebih utama
bagi mereka ialah melaksanakan solat badiyah terlebih dahulu,
selepas itu baru diiringi dengan zikir-zikir yang diriwayatkan dalam
hadis-hadis sahih. Jika solat fardhu itu tiada solat sunat badiyah
seperti solat Asar dan Subuh, maka zikir-zikir tersebut sunat

8
dibaca segera mengiringi selesai sahaja solat fardhu. (Fath al-
Qadir (2/390). Amalan Sunnah: 2008, hal. 5).

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani pengarang kitab paling


unggul daripada 49 kitab yang pernah dikarang oleh ulama-
ulama dalam menghuraikan kitab Sahih al-Al-Bukhari iaitu Fath
al-Bari Syarah kepada Sahih al-Bukhari yang dikarang mengambil
masa selama 25 tahun ada membincangkan permasalahan ini
dan ia dianggap sebagai pandangan yang paling muktabar dalam
soal ini, beliau menjelaskan antaranya:

  =3 ?>
% @  1 - 
2 43 / 5  :  7  % 8# 9 # 
 :  / <; %  5 
 (    # 
 G' 9
" 8  5 %= C  1 D#E3 F  $ < # %9
A
#  - 9 B
.#D#  ( HI J
?  14+ -
& HI #   K
# 9=+ <
; % #  L %M
Ertinya: Imam al-Al-Bukhari telah meriwayatkan satu hadis yang
bermaksud: Abdullah Ibnu Abbas ra. Telah meriwayatkan,
sesungguhnya berzikir secara nyaring selepas selesainya para
makmum daripada solat lima waktu telah berlaku semenjak
zaman Nabi s.a.w lagi. Berkata Abdullah Ibnu Abbas lagi: Aku
hanya mengetahui para sahabat telah selesai melaksanakan
solat, setelah aku mendengar mereka berzikir secara nyaring.

Ibnu Hajar ketika mengulas kenyataan Ibnu Abbas


mengatakan:

:UV 19
L %M , * -
T S  =3 ?>
%  8 Q  R 1  ON 
P  4
O  Z [ \ 
[ B %\DM3     # 8   8# &  Y  B" 0  ?W U  4%X
O  
) % $Z 5  /# % D`
 F+  ]  8 Q  1$#  P  8# & Z ] =3 ?>
C ^    _
. D

I a D 53 I Z I =3 ?>
5 % ^ `
 #B ) 1#$b3 F 

9
Ertinya: Hadis ini menjadi dalil harus berzikir secara nyaring
selepas solat lima waktu. Imam al-Nawawi berkata: Imam Syafi'e
dengan berdasarkan hadis ini telah memberikan pendapat
bahawa para imam disunatkan berzikir secara nyaring selepas
solat lima waktu dalam tempoh waktu yang singkat sahaja dan
bukannya dilakukan secara berterusan. Ini kerana matlamat
berzikir secara nyaring adalah bertujuan untuk mengajar para
makmum kalimah-kalimah zikir dan bagaimana cara berzikir
dengan betul dan mengikut sunnah. Pendapat yang dipilih oleh
Imam Syafi'e adalah sesungguhnya imam dan makmum
disunatkan berzikir secara perlahan melainkan seorang imam
yang berhajat mengajar para makmumnya. (Ibnu Hajar al-
Asqalani (6/103). Ahkam al-Ahkam Syarah Umdah al-Ahkam
(2/16).

Hadis ini telah disokong dengan satu lagi riwayat daripada


Imam Al-Bukhari:

G' 9
, *
 dc e fS & A
#    K
# 9=+ :L%M % 8# 9 # 
 :  / < ; %   
. E3 D
%  (    # 


Ertinya: Daripada Abdullah Ibnu Abbas r.a katanya:
Sesungguhnya aku mengetahui selesainya Rasulullah s.a.w
daripada solat fardhu dengan ucapan takbir. (Ibnu Hajar al-
Asqalani (6/103). Amalan Sunnah Selepas Solat dan
Kelebihannya:( 7-9).

SIKAP WAHABI TENTANG ZIKIR

Golongan Wahabi telah melarang pengikutnya daripada


berzikir secara nyaring selepas solat fardhu lima waktu, kononnya
berhujah dengan pendapat Imam Syafi'e dalam kitab al-Um. Ada
di antara mereka yang melampau sanggup menyatakan bahawa
berzikir secara nyaring itu bidah yang menyesatkan.

10
Sedangkan kalau diteliti apa yang diperkatakan itu
bercanggah dengan fakta sebenar. Kerana Imam Syafi'e tidak
pernah mengatakan berzikir secara nyaring selepas solat fardhu
itu bidah yang menyesatkan atau makruh. Bahkan Imam Syafie
menegaskan, bahawa harus bagi imam dan orang yang solat
bersendirian berzikir secara nyaring selepas solat fardhu lima
waktu, dan jika imam berzikir secara senyap atau nyaring maka
itu suatu tindakan atau amalan yang baik. Hanya beliau memberi
pandangan bahawa sebaiknya imam dan makmum berzikir secara
perlahan melainkan jika imam berhasrat memberikan tunjuk ajar
dan mengajar para makmumnya bagaimana cara berzikir selepas
solat, maka di saat ini disunatkan dan digalakkan bagi imam
menyaringkan suaranya ketika berzikir. Kemudian apabila imam
merasakan bahawa para makmum yang mengikut di belakangnya
sudah mahir berzikir maka ketika ini disunatkan baginya
memperlahankan kembali zikirnya.

Nas yang disebutkan oleh Imam Syafi'e dalam kitabnya al-


Um, iaitu:

HI  (    # 


  
L+ 1 (# / 5 %= :+L1 S+ B   gU
   
" 
J B  h Z i# "   # 
Z I 
I j : kc  _1 -  L+ 1 S+ B  _*   $  (
, 1 M+ Z  L 1  Z  .l B" M dm G h O> =+  1 W#  "#  0  #
 J # 3 F+ #
 ]#


I j ] #  0  dn eoc 9 p
#
 O+ f
 ^
#
 C+   9'
#
 i# %BI Z I "# # & Z   
% Z I
$ ?W  :UG 4%X 
L %M .5 # 4%E
i  = 1
 # B"'
#
 -  `  $# # 
Z I
\ 8  K  ^ 
 %   
= H ); % $I q U  :L%M .)1 $# b3 F  r  ) % $* 3[
 s % F+ 3
.l 

4 i  t    u (  
Ertinya: Daripada Abdullah Ibnu al-Zubair, katanya: Adalah
Rasulullah s.a.w apabila selesai memberi salam daripada solat

11
fardhu terus berzikir dengan nyaring dengan menyebut kalimah-
kalimah zikir berikut:

O> =+  1 W#  "#  0  3 #


 J # 3 F+ 3 #
 ]#
 J
B  h Z i# "   # 
Z I 
I j
#
 C+   9'
#
 i# %BI Z I "# # & Z   
% Z I , 1 M+ Z  L 1  Z  .l B" M dm G h
i  = 1
 # B"'
#
 -  `  $# # 
Z I 
I j ] #  0  dn eoc 9 p
#
 O+ f ^

.5 # 4%E

Berdasarkan hadis ini, Imam Syafi'e mengatakan: Berzikir
dengan nyaring ketika menyebut kalimah-kalimah ini selepas solat
fardhu adalah diharuskan bagi imam dan sesiapa yang solat
bersendirian. Imam Syafie menambah: Mana-mana Imam yang
berzikir memuji-muji Allah dengan sifat-sifat yang telah disebutkan
dalam hadis ini selepas solat lima waktu sama ada secara nyaring
atau perlahan, maka semuanya itu adalah suatu amalan yang
baik.

, *
- 
$ A  -  &Z 3 "    
=+ ?3 B 53  ) 1 $# b3 F  ) % $* 3[
 /# % D7
D # 8 v
  4 # 9$   D #B 53  T
U 
 #B %\$% $I 5 1 E+ B 53  Z I =3 ?>
5 % ^ `  #B
.i# 
 B  w+ # 9$   _ " M # & V B
Ertinya: Saya berpendapat disunatkan bagi imam dan makmum
berzikir selepas selesai daripada menunaikan solat lima waktu,
tetapi secara perlahan melainkan jika imam berhajat supaya para
makmum dapat belajar daripadanya bentuk dan cara berzikir.
Maka ketika ini disunatkan baginya berzikir dengan nyaring
sehinggalah apabila imam merasakan para makmum telah boleh
mengikutinya, maka hendaklah beliau kembali berzikir secara
perlahan. (Imam Syafi'e dalam al-Um (1/151).

12
Petikan kata-kata Imam Syafi'e inilah yang digunakan oleh
golongan Wahabi sebagai hujah yang mendakwa kononnya tidak
boleh berzikir secara nyaring selepas solat fardhu lima waktu.
Mereka tidak menjelaskan kata-kata Imam Sayafie sebelumnya
yang mengharuskan bagi imam dan para makmum berzikir
dengan nyaring. Apa yang ditekankan oleh Imam Syafie,
sebaiknya zikir-zikir tersebut dibaca dengan perlahan, kecuali
dengan tujuan mengajar para makmun mengenai zikir-zikir yang
sunat dibaca selepas solat fardhu lima waktu.

Jelasnya, tidak ada satu pun pendapat Imam Syafi'e atau


ulama-ulama lain daripada Mazhab Syafi'e atau mazhab-mazhab
lainnya menghukumkan berzikir secara nyaring selepas solat
fardhu adalah bidah. Hanya ulama-ulama yang berfahaman
Wahabi sahaja yang sanggup menghukumkan sedemikian.
(Amalan Sunnah: hal 15-17).

13
AMALAN SUNNAH
MENGIRINGI SOLAT FARDHU

Dalam memperkatakan tentang amalan wirid dan zikir ini, terdapat


beberapa amalan dan bacaan-bacaan yang sunat diamalkan
sebaik sahaja selesai menunaikan solat fardhu berdasarkan
kepada hadis-hadis Nabi s.a.w. Dalam hubungan ini, ingin
dijelaskan mengenai amalan-amalan dan ucapan-ucapan tersebut
yang sewajarnya diamalkan oleh umat Islam, antaranya seperti
berikut:

PERTAMA

Menyapu kepala sehingga sampai ke muka selepas memberi


salam yang kedua.

Mengikut Imam al-Syaukani dalam Nail al-Author (4/100)


disunatkan seseorang itu apabila selesai memberi salam daripada
solatnya sama ada dia menjadi imam atau solat bersendirian
menyapu kepalanya dengan tangan kanannya sambil
mengucapkan doa:

 x 3 '9 T
 W H3   8# 
]# 
#   
1 W# ZI 
I j q
 ?
  
 
 
.5g 0 
Ini berdasarkan hadis riwayat Al-Thobarani:


HI  (    # 
 G 9
5  :L%M # 9 # 
G :  / y
; &  
jq  ?
  
 
  :+L1 S+ B  ( 3/   9   z# 
 B  _*

 $ {
 4
.5g 0
 3  8
 3  9' T
 W H3   8# 
]# 
#   
1W# Z I 
I
14
Ertinya: Daripada Anas ibnu Malik r.a katanya: Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. apabila bersolat dan selesai daripada mengerjakannya,
Baginda akan menyapu dengan tangan kanannya di atas kepalanya
yang mulia sambil berkata:

 x 3 '9 T
 W H3   8# 
]# 
#   
1 W# Z I 
I j q
 ?
  
 
 
.5g 0 
Ertinya: Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah!
Hapuskanlah daripadaku perasaan gundah gulana dan dukacita.
(Amalan Sunnah: hal. 20).

KEDUA

Menghadapkan muka ke arah makmum sama ada ke kanan atau


ke kiri, ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari daripada
Samrah ibnu Jundub r.a katanya:

.8  1  % 9 O  M3  ,| *
 
HI   (   # 

GU 9
5 %=
Ertinya: Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai solat, akan
memalingkan mukanya ke arah kami. (Amalan Sunnah: hal. 26).

Dalam soal memalingkan muka ke arah jemaah itu


dibolehkan sama ada berpaling ke kanan atau ke kiri. Ini
berdasarkan kepada hadis riwayat Imam Al-Bukhari daripada
Anas ibn Malik r.a yang ertinya: Sesungguhnya Anas ibn Malik r.a
apabila selesai daripada solat akan berpaling (adakalanya) ke
kanan dan (adakalanya) ke kiri. Beliau mencela sesiapa yang
sengaja berpaling ke arah kanan selepas solat (dengan beritiqad
bahawa ianya wajib).

Dalam soal berpaling mengadap jemaah ini, mengikut


mazhab kami iaitu Mazhab Syafie menghukumkan tidak makruh

15
bagi seseorang imam berpaling ke kanan atau ke kiri. Tetapi
disunatkan bagi seorang imam berpaling ke mana-mana arah
yang mempunyai kaitan dengan tujuan dan kepentingan dirinya,
sama ada ianya ke kanan atau ke kiri. (Syarah al-Nawawi ala
Muslim (3/24). Amalan Sunnah: 32).

KETIGA

Berterusan berada di tempat solat. Ini berdasarkan hadis riwayat


Imam Muslim daripada Saiyidatina Aisyah r.a. katanya:

:+L1 S+ B % $ / " M Z I K
# #p3 B Z  ( HI  (    # 
 GU 9
5 %=
.) =3 Z  L *Q H % B K =3 / % _ )# *
 
J 9$  )# *

K
&  8# 

Ertinya: Adalah Nabi s.a.w apabila selesai memberi salam
daripada solat, tidak berterusan berada di tempat solatnya
melainkan selama masa ucapan zikir.

.) =3 Z  L *
Q
 H % B K
=3 / % _ )# *

J
9$  )# *

K
&  8# 

Ertinya: Ya Allah ya Tuhan kami, Engkaulah ampunya
kesejahteran dan daripadMu jugalah kesejahteraan dan
Engkaulah yang mempunyai keberkatan, wahai Tuhan yang
mempunyai keagungan dan kemuliaan. (Fath al-Bari, Ibn Hajar :
18/96). Amalan Sunnah: hal. 37).

KEEMPAT

Memuji Allah S.W.T dan beristighfar selepas selesai solat, ini


berdasarkan riwayat Imam al-Tirmizi daripada Fadhalah Ibnu
Ubaid r.a katanya:
16
"  
 3"  3 4  =+ "#   
HI : (    # 
  
L+ 1 (# / L %M
}# " 
3  w+ ] (    # 
 G' 9
 G >- #B ] d[ e 9p
  

.lz
 Y N B"  :Uq? $  D#
L %M .cde h % 
Ertinya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang kamu
selesai solat, maka mulakanlah dengan memuji Allah S.W.T,
berselawat ke atas Nabi s.a.w, kemudian barulah berdoa
memohon daripada Allah apa yang dikehendaki. Al-Tirmizi
berkata hadis ini sahih. (Tuhfah al-Ahwadzi (1/331).

^ t D (  _*
  $ A - & HI  (   # 
  
L+ 1 (# / 5 %=
L * Q  H % B K =3 / % _ )# *

J 9$  )# *
 
K &  8# 
:L%M %|w*
 w  

.) =3 Z 
Ertinya: Adalah Rasulullah s.a.w apabila selesai sahaja daripada
solat, akan beristighfar sebanyak tiga kali. Selepas itu Baginda
akan menyebut:

.) =3 Z  L *
Q
 H % B K
=3 / % _ )# *


J9$  )# *

K
&  8# 

Ertinya: Ya Allah ya Tuhan kami, Engkaulah ampunya
kesejahteran dan daripadaMu jugalah kesejahteran dan
Engkaulah yang mempunyai keberkatan, wahai Tuhan yang
mempunyai keagungan dan kemuliaan. (Amalan Sunnah: hal. 53-
54).

Imam al-Nawawi dalam syarah Muslim (2/370)


menjelaskan mengenai dengan maksud istighfar di sini: Berkata
al-Walid: Aku talah bertanya al-Auzaie: Bagaimana cara
beristighfar. Jawabnya: Kamu menyebut: ( 
^ t D (
 ).

17
KELIMA

Membaca zikir berikut sebanyak sepuluh kali, ini berdasarkan


hadis riwayat Imam Al-Bukhari daripada Muawiyah r.a katanya:


I j :!C 1 D#E3 $ ,! *
  #P# 4 L+ 1 S+ B 5 %=  (    # 
 G 9
5 
dm G h O> =+  1 W#  "#  0  3 #
 J
# 3 F+ 3 #
 ]#
 J
B  h Z i# "   # 
Z I
H 2# ^ 9 B Z  ] K 9 $ % 
  ~  $# Z  ] K~   % 
 2 &% $ Z  8# 
.l B" M
.U"Q
 3 J 9$ "' Q 3
Ertinya: Bahawasanya Nabi s.a.w selepas selesai solat fardhu
membaca doa di atas sebanyak sepuluh kali. (Fath al-Bari, Ibn
Hajar (18/206). Amalan Sunnah : hal. 68).

KEENAM

Berdoa memohon perlindungan dengan Allah daripada azab api


neraka sekurang-kurangnya 3 kali dan sebanyak-banyaknya 7
kali:
./%9
$  &     8# 

Ertinya: Ya Allah lindungilah aku daripada api neraka.

Ini berdasarkan hadis riwayat Imam Nasaie, Imam Ibnu


Majah, Imam Ibnu Hibban dan Imam al-Hakim daripada Anas ibnu
Malik r.a katanya:

18

 *
 w C 9Q   
L b(  $ :  (    # 
  
L+ 1 (# / L %M

 *
 w / %9
$ / % vD (  $  .C9Q
 # 3 7 P  8# 
: C+ 9Q K 
%M @ !  $
./%9
$ i#     8# 
: /# %9
K
%M @!  $
Ertinya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang
memohon syurga kepada Allah sebanyak 3 kali, nescaya syurga
akan berkata: Wahai Tuhanku! Masukkanlah orang ini ke dalam
syurgaMu. Dan sesiapa yang memohon perlindungan dengan
Allah daripada azab api neraka sebanyak 3 kali, nescaya neraka
akan berkata: Wahai Tuhanku! Peliharalah orang ini daripada
kepedihan api nerakaMu. (Tuhfah al-Ahwadzi : (6/365). Amalan
Sunnah : hal. 82).

KETUJUH

Membaca:
.) =3 Z  L *
Q
 H % B K
=3 / % _ )# *


J9$  )# *

K
&  8# 

Ini berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim daripada
Thauban r.a katanya:

 (    # 
  
L+ 1 (# / 5 %= :L%M # 9 # 
G :  / 5 % 1 w  
J 9$  )# *  
K &  8# 
:L%M %|w*  w ^ t D (  _*
  $ A - & HI
.) =3 Z  L * Q H % B K
=3 / % _ )# *
 

Ertinya: Adalah Rasulullah s.a.w, apabila selesai sahaja daripada
solat, Baginda s.a.w akan beristighfar sebanyak tiga kali,
kemudian Baginda akan berzikir:

19
.) =3 Z  L *
Q
 H % B K
=3 / % _ )# *


J9$  )# *

K
&  8# 

Ertinya: Ya Allah ya Tuhan kami, Engkaulah ampunya
kesejahteran dan daripadMu jugalah kesejahteran dan Engkaulah
yang mempunyai keberkatan, wahai Tuhan yang mempunyai
keagungan dan kemuluiaan.
(Misykat al-Masobih (1/210). Al-Silsilah al-Sahihah (5/73). Sahih
wa Dhaif Sunan al-Tirmizi (1/300). Sahih Ibnu Majah (924). Sahih
wa Dhaif Sunan al-Nasaie (3/481). Sahih, Raud al-Soghir (792).
Sahih Abi Daud (1354). (Amalan Sunnah: hal. 93).

KELAPAN

Membaca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, dua ayat terakhir


daripada surah al-Baqarah dan dua ayat daripada surah Ali-Imran.

1. Membaca surah al-Fatihah:

n=y9$# _Uu ! ys9$# m9$# uq9$# !$# 0

7t x$) e$!$# t 7=t m9$# uq9$#

xu t)tG9$# xu_9$# $t$# tGn y$)u

tj9!$9$# u n=t Uy9$# )x n=t |Myr& t%!$#


Surah al-Fatihah merupakan surah yang sangat besar
fadhilahnya dan mempunyai kelebihan-kelebihan yang tidak
dimiliki oleh surah-surah lainnya.

Ibn Hajar dalam Fath al-Bari (14/219) mengatakan


mengenainya: Hadis riwayat Abu Said al-Khudri berkenaan
melakukan jampi mohon kesembuhan menggunakan surah al-

20
Fatihah menjadi dalil yang nyata mengenai kelebihan surah al-
Fatihah.

Imam al-Qurtubi pula berkata: Di antara keistimewaan


surah al-Fatihah ialah ianya berada di permulaan al-Quran.
Intipatinya merangkumi segala jenis ilmu, kerana surah al-Fatihah
mengandungi segala bentuk puji-pujian kepada Allah SWT,
mengandungi pengakuan pengabdian diri dan keikhlasan niat
ketika beribadat kepadaNya dan mengandungi permohonan
hidayah daripadaNya dengan segala kewajipan yang mereka
lakukan, tidak akan mampu membalas segala nikmat-nikmat
kurniaanNya, mengandungi isyarat tentang kewujudan hari
kebangkitan dan hukuman azab terhadap mereka yang
mengingkari perintah Allah SWT dan mengandungi perkara-
perkara lain yang kesemuanya mempunyai maksud bahawa ianya
mempunyai hubung kait dengan persoalan jampi mohon
kesembuhan.

2. Membaca surah al-Kursi:

9 4 t u u {'s? 4 s)9$# y9$# u ) ts9) I !$#

) y x(o %!$# #s t 3 F{$# $tu Nuy9$# $t

&y/ ts u ( x(=yz $tu r& t/ $t n=t 4 */

u ( uF{$#u Nuy9$# . yu 4 u!$x $y/ ) = i

y9$# ?y9$# uu 4 $u(m t


Ini berdasarkan hadis sahih yang telah diriwayatkan oleh
Imam Nasaie dan Ibn Hibban:

21
  # 
  
L+ 1 (# / L %M :L%M # 9 # 
G :/ C $ % $+    
L 1 7# P#  $ #  9  B 
 C!  1 D#E3 $ ,! *
 O> =+ #P# G' ( o E+
C B  M  $ : ( 
.5% #  #     ]U % 9
i# / .#@1 F 3 Z I C 9Q 
Daripada Abu Umamah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah
bersabda: Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas
solat fardhu, maka tidak ada sesuatu pun yang dapat
menghalangnya daripada memasuki syurga kecuali mati. (Subul
al-Salam (2/197). Amalan Sunnah: 106).

3. Membaca ayat pertama daripada surah al-Baqarah ayat


285, iaitu:

zt#u <. 4 t9$#u n/ s9) t& !$y/ 9$# zt#u

4 &# i 7ymr& t/ hx( &#u 7F.u Fs3n=tu !$$/

)y9$# s9)u $o/u y7t#t( ( $osr&u $uy (#9$s%u

4. Membaca ayat kedua daripada surah al-Baqarah ayat 286


iaitu:

3 Mt6|tF.$# $t $pHn=tu Mt6|x. $t $ys9 4 $yy ) $(t !$# #k=s3

#\) !$un=t ss? u $o/u 4 $t'szr& r& !$u ) !$t{#x? $o/u

ss%$s $t $o=dys? u $u/u 4 $u=6s% %!$# n?t tF=yym $yx.

22
n?t $t$$s $u9s9t |Mr& 4 !$uym$#u $os9 ($#u $t #$#u ( / $os9

(x69$# s)9$#
Ini berdasarkan hadis riwayat Abu Bakar al-Ruyani,
(setelah Abu Hurairah berjaya menangkap syaitan yang mencuri
buah tamar hasil zakat, beliau pun bertanya kepada syaitan itu:
Apakah yang menyebabkan kamu berani menceroboh
kediamanku sambil memakan buah tamar ini. Jawab syaitan:
Saya adalah seorang yang sangat tua, lagi miskin dan
mempunyai ramai tanggungan. Saya datang kepada kamu,
disebabkan kerana dua tujuan: Diandaikan jika salah satu tujuan
tersebut tidak tercapai, sudah pasti saya tidak akan datang
menemui kamu. Sesungguhnya kami suatu ketika dulu, pernah
mendiami perkampungan kamu ini, sehinggalah apabila sahabat
kamu diutuskan sebagai Rasul dan kemudian diturunkan
kepadanya dua ayat suci al-Quran, maka kami pun terpaksa
keluar daripada perkampungan ini. Jika kamu sanggup
melepaskan aku, nescaya aku akan memberitahu kamu mengenai
dua ayat tersebut: Kata Abu Hurairah: Aku pun menjawab: Ya.
Lalu berkata syaitan memberitahu: Dua ayat tersebut ialah ayat
al-Kursi dan dua ayat terakhir surah al-Baqarah, bermula daripada
(L1#
n ( 

$ d) sehinggalah akhir surah al-Baqarah. Oleh kerana ayat
ini mempunyai fungsi untuk memelihara diri daripada gangguan jin
dan syaitan, maka memang munasabah dibaca selepas solat
fardhu lima waktu. (Amalan Sunnah : 107-108).

Selain daripada itu diriwayatkan daripada Abdullah ibn


Masud r.a katanya:

, S 
, / 1 (#  7   $  D Bk%  M  $ :  (    # 

GU 9
L %M
.#i% D^ = C! 
  4
Ertinya: Nabi s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang membaca dua
ayat terakhir daripada surah al-Baqarah, maka kedua-duanya
23
sudah memadai untuk dirinya. (Fath al-Bari (14/221). Amalan
Sunnah: 111-112).
5. Membaca ayat pertama daripada surah Ali-Imran ialah:

$J!$s% =9$# (#9'&u s3n=y9$#u u ) ts9) I r& !$# yx

6y9$# y9$# u ) ts9) I 4 )9$$/


6. Membaca ayat kedua daripada surah Ali-Imran iaitu:

=9$# s?u !$tn@ t =9$# A? 7=9$# y7=t =9$# %

4n?t y7) ( )y9$# x8u/ ( !$tn@ t ?u !$tn@ t ?u !$tn@

( 9$# u$y9$# k9?u $y9$# 9$# k9? s% &x e.

t s?u ( cy9$# z |Mhy9$# l?u Mhy9$# y9$# l?u

5>$|m )t/ !$tn@


Bacaan ayat-ayat di atas berdasarkan hadis yang
diriwayatkan oleh Saiyidina Ali r.a katanya:

C B  ].% DE
C 
_%4 5 I : (    # 

 
L+ 1 (# / L %M
 (u ) ts9) I r& !$# yx) 5   L  $  D Bj  ]'G(  E+

(5>$|m )t/ !$tn@ t s?u) 
 (7=9$# y7=t =9$# %)

24

I % 9~+ 8 _ !'./ % B : 3 M+ ]l.% v  
   8# 9  % $   
% @
l %S $#
 $ "l    W# + S3 B Z K # ^3  :#
L %S4 ]J -   B  $ 
I J :  / 
Z I ]#9$ 5 %= % $  i# 1p3$ C 9Q  K # 3   Z I ,! *  O> =+ #P# VP% 
 ( ); 1 B O =+ C & 1#9E3 F 9   c
I @
#   & Z I ]<" S+
,   # D#9E ( 
# _#?3 # Z I ,+ ^ t F % W% &P  ]|C %   ( ); 1 B O =+ #
 K # f M Z I ,| 3 &
.#9$ # _#  -
&  ]"# O> =+  $
Ertinya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya surah al-
Fatihah, Ayat Kursi dan dua surah daripada surah Ali-Imran
(1 W# Z
 I 
I j # & # 
"8 h ) dan ( J
 3 F+ J

% $  8# 
O M+ ) sehingga ayat (
# R#  _ 
.
; %   t  dn e X_  $ ), kesemua ayat-ayat al-Quran ini kedudukannya
bergantung pada Arasy Allah S.W.T. Tidak ada hijab di antara
ayat-ayat itu dengan Allah. Mereka berkata kepada Allah: Wahai
Tuhan Kami! Engkau telah turunkan kami semua ke bumiMu dan
kepada mereka yang suka melakukan maksiat terhadapMu. Lalu
Allah S.W.T berfirman: Aku bersumpah sesungguhnya tidak ada
seorang pun daripada hamba-hambaKu yang membacanya
selepas solat lima waktu melainkan Aku akan jadikan syurga
sebagai tempat tinggalnya di akhirat nanti, mengikut ketetapan
yang telah dicatatkan semenjak azali lagi. Selain itu, Aku
tempatkan di satu tempat yang sangat mulia. Aku akan memerhati
kepadanya sebanyak 70 kali sehari sebagai suatu bentuk
pengawasanKu dan pemeliharanKu untuk dirinya. Aku akan
tunaikan 70 hajat yang dikehendakinya, sekurang-kurangnya ialah
pengampunanKu untuknya dan Aku akan pelihara dirinya
daripada kejahatan semua musuh-musuhnya dan memberi
kemenangan ke atas mereka.
(Jami al-Ahadis: (31/111). Imam al-Suyuti mengatakan: Hadis ini
diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam al-Dhuafa. Ibn al-Sunni
dalam Fi Amali Yaum wa Lailah. Abu Mansur al-Sahabi dalam al-
Arbain.

25
Hadis ini menjadi sandaran kepada para ulama ketika
mereka menjadikan ayat-ayat al-Quran ini sebagai wirid-wirid
yang dibaca selepas solat lima waktu. Walau pun wirid ini
kebanyakannya hanya dibaca secara keseluruhannya pada ketika
solat Maghrib dan Subuh sahaja.

Golongan Wahabi menolak amalan wirid selepas solat lima


waktu dan menghukumkannya sebagai amalan bidah, kerana
mereka berpegang dengan pendapat Imam Ibnu Jauzi yang
menghukumkan hadis ini adalah hadis maudhu, kerana salah
seorang perawi hadis ini bernama al-Harith ibnu Umair
dipertikaikan kesahihannya. Ditambah pula pendapat Imam Ibnu
Jauzi ini disokong oleh Syeikh Nasaruddin al-Albani dengan
hujah-hujahnya.

Walaupun hadis ini dianggap maudhu, ulama-ulama dari


kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah, mereka masih menyatakan
hadis ini boleh diamalkan, kerana Imam Jalaluddin al-Suyuthi dan
al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani sendiri telah membela perawi
hadis ini iaitu al-Harith ibnu Umair yang dipertikaikan itu. Ibnu
Hajar berkata dalam kitabnya Tahzib al-Tahzib (2/132): Apa yang
jelas dan nyata bagiku, sesungguhnya hadis itu (kalaulah ianya
dihukumkan dhaif sekalipun) maka sebab yang menjadikannya
dhaif tidak ada kaitan dengan al-Harith ibnu Umair.

Manakala dalam kitab al-Taqrib (Tahzib al-Kamal lil-Maziyi


(5/269) pula mengatakan: Al-Harith ibnu Umair ini telah
dihukumkan thiqah (dipercayai) oleh kebanyakan ulama-ulama
hadis. Tetapi dalam setengah riwayatnya terdapat beberapa
perkara yang dipertikaikan oleh ulama hadis mengenai
kesahihannya. Justeru itulah Imam al-Azdi, Ibn Hibban dan
lainnya telah menghukumkan dirinya dhaif. Boleh jadi ini berlaku
kerana kekuatan hafalannya berubah menjadi lemah di akhir
hidupnya. (Amalan Sunnah: 96-98).

26
KESEMBILAN

Membaca surah-surah al-Muawwizat iaitu surah al-Ikhlas, surah


al-Falaq dan surah al-Nas.

Ini berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam


Ahmad, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban daripada Uqbah ibnu
Amir ra. Katanya:

: (    # 

 
L+ 1 (# / L %M :L%M ; $ %   C  S3 # 
H 1  _ <
 %9
. '  H+ 1#  O3 M+ ]^
. '  H+ 1#  O3 M+ ]l"  # 
1 W# O3 M+
. W# = ? 4 ]!,* O> =+ #P# @  H1  F+ 3 M3 I ] 8 p3  H3 1  D B 
 # &4 ] 8 
Maksudnya: Daripada Uqbah ibn Amir, surah al-Ikhlas, al-Falaq
dan al-Nas merupakan ketiga-tiga surah yang digunakan oleh
manusia untuk memohon perlindungan dengan Allah S.W.T.
Sesungguhnya manusia tidak mampu memohon perlindungan
dengan Allah seperti ketiga-tiga surah ini. Lalu Rasulullah s.a.w
pun menyebut surah-surah al-Muawwizat itu. (Fath al-Bari
(14/229). Amalan Sunnah:hal.126)

KESEPULUH

Imam al-Nawawi dalam Syarah al-Nawawi ala Muslim (2/372)


menyebutkan, bahawa amalan sunnah yang kesepuluh selepas
solat fardhu lima waktu ialah, bertasbih sebanyak 33 kali,
bertahmid 33 kali dan bertakbir 33 kali, kemudian sebagai
penutupnya dibaca:

27
O> =+  1 W#  "#  0
 #
 J
# 3 F+ #
 ]#
J
B  h Z i# "   # 
Z I 
I j
.l B" M dm G h
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam
Muslim daripada Abu Hurairah r.a, katanya:

O> =+ #P#  
z (  $ :L %M  (    # 
  
L 1 (# / 
%|w*
 w  
=  ] w*  w %|w*  w  
"    ] w*  w %|w*  w ,! *

Z i# "   # 
Z I 
I j C %F 3 ) % _ L %M ]51 #   _ 2l 
 _ J 3 D4 ] w*
 w
@
 ^ r+ ] l B" M dm G h O> =+  1 W#  "#  0  #
 J # 3 F+ #
 ]#
 J B  h
.   
"  R O p3$ K
 & %= 1
 ]#i% B%~7
Ertinya: Daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang
bertasbih selepas setiap kali solat fardhu sebanyak 33 kali,
bertahmid 33 kali dan takbir 33 kali, jumlah kesemuanya akan
menjadi 99 kali. Apabila dia mengucapkan bilangan keseratus kali
dengan menyebut:

O> =+  1 W#  "#  0


 #
 J
# 3 F+ #
 ]#
 J
B  h Z i# "   # 
Z I 
I j
.l B" M dm G h
Nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya, walaupun
dosa-dosanya adalah seperti buih-buih di laut. (Subul al-Salam
(2/198). Amalan Sunnah: 138).

Imam Ahmad, al-Nasaie dan Abu Daud daripada Muaz


ibnu Jabal dengan sanad yang kuat, mengatakan:

28
 &'I" :L%S4  (    # 
 GU 9
9 S
 :L%M O;     H % $#  
 =3 H  G 9'   8# 
: ,! *  O> =+  4  8#
+1 S+ _ @! % E  J   +
1 W#  "!,*
 O> =+  #P# "  ^3  i# # r i# / " M ." J_P %    #   E3 h# 
."!,*  O> =+  #P# 4"  ^3  P # P " 9
Ertinya: Suatu ketika, aku telah menemui Nabi s.a.w lalu baginda
bersabda: Sesungguhnya aku ingin mewasiatkan untuk kamu
beberapa kalimah yang boleh kamu baca di dalam setiap solat
kamu, iaitu:
J
_P %   
 #   E3 h#   =3 H  G 9'   8# 

Sesungguhnya di dalam riwayat lain disebut dengan lafaz
Setiap kali selepas solat dan mengikut riwayat Imam Abu Daud
adalah dengan lafaz: Pada setiap kali selesai menunaikan solat.
(Amalan Sunnah:hal.129-130).

KESEBELAS

Berselawat ke atas Nabi s.a.w. Selawat ini dibaca sebelum


berdoa. Ini berdasarkan keterangan daripada Ibnu al-Qaiyyim
walaupun dalam banyak hal bercanggah dengan Ahli Sunnah wal
Jamaah tetapi beliau bersetuju dalam soal ini, katanya:

i# =  i# "    # 
(  # W   
= H   _*
  $ {  4 HI  >- F+ 5 
G' 9
 G >- #B 53  #
 T    D#( + , * - 
T S C  # X  F / %=H3 Z %3 
.cde h % $ 1 # " B J
H "    (    # 


29
L 1 (# /       9w3 i# "     
= H  $ O =+ 5 4
 4 % = ] J
H T S dn e "U
#
 T v
 D#( +  (    # 
  

d[ e 9p
  
"  
 3"  3 4  =+ "#    HI :!" #   C
% f4 Y  B" 
L %M .cde h %  } # " 
3  w+  (    #
 G' 9
 >- #B  
.8D& ]lz  Y N B"  :Uq? $  D#

Ertinya: Sesungguhnya seseorang yang solat, apabila selesai
sahaja daripada solatnya, selesai berzikir kepada Allah S.W.T,
selesai melakukan Tahlil, Tasbih, Tahmid dan Takbir, dengan
menggunakan zikir-zikir yang disyariatkan mengiringi selesai
daripada solat lima waktu, disunatkan pula baginya selepas itu,
berselawat ke atas Nabi s.a.w dan kemudiannya barulah berdoa
kepada Allah memohon apa jua hajat yang diingininya.

Maka sesungguhnya setiap orang yang berzikir kepada


Allah, bertahmid, memuji-mujinya dan berselawat ke atas Nabi
s.a.w disunatkan baginya dengan segera selepas itu berdoa
kepada Allah S.W.T. Ini adalah kerana berpandukan kepada hadis
Fadhilah ibnu Ubaid yang bermaksud: Apabila seseorang kamu
selesai bersolat, maka mulakanlah berzikir dengan memuji-
mujiNya, selepas itu mengucapkan selawat ke atas Nabi s.a.w
dan kemudiannya barulah berdoa dengan memohon apa jua hajat
yang dikehendakinya. Imam al-Tirmizi berkata, hadis ini adalah
sahih. (Amalan Sunnah: hal. 169-170).

KEDUA BELAS

Berdoa kepada Allah S.W.T memohon kesejahteraan hidup di


dunia dan akhirat. Jumhur ulama Fiqah berpendapat bahawa
waktu selepas solat lima waktu termasuk di antara waktu-waktu

30
yang diperkenankan doanya oleh Allah S.W.T. Ini berdasarkan
kepada hadis al-Tirmizi daripada Abi Umamah berkata:

O M :L%M # 9 # 
 :  / C $ % $+   V ' ? $  D#
.
 % D= 4 % 9B /
A# 1  :L%M #2 (  d[ e "U
q U  ] (    # 
  
L 1 (#

.l 
 Y
N B"  V ' ? $  D#
L %M .C 1 D#E3 F 3 @ 1-

# #P#   7 Z O 

Ertinya: Diriwayatka di dalam kitab sahih al-Tirmizi daripada Abi
Umamah r.a. berkata: Ditanya orang kepada Rasulullah s.a.w di
waktu mana berdoa yang lebih diharap tentang makbulnya?
Sabda Nabi s.a.w: Separuh malam yang akhir di selepas tiap-tiap
solat fardhu. Kata al-Turmizi hadis ini hadis hasan, yakni elok sah
dijadikan dalil. (Subul al-Salam (7/270). Amalan Sunnah: hal.
172).

GOLONGAN WAHABI MENOLAK BERDOA SELEPAS SOLAT

Masalah berdoa selepas selesai solat lima waktu ditolak oleh


setengah ulama khasnya golongan Wahabi berdasarkan kepada
hadis Imam Muslim daripada Aisyah ra katanya: Adalah Nabi
s.a.w apabila selesai memberi salam daripada solat, tidak lama
tinggal di tempat duduknya melainkan hanya sekadar membaca:

.) =3 Z  L *
Q
 H % B K
=3 / % _ )# *


J
9$  )# *

K
&  8# 

Mengikut al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitab Fathu
al-Bari, Imam Ibnu Qaiyyim dalam Zad al-Maad (1/248) yang
menerima masalah berselawat selepas selesai melakukan Tahlil,
Tasbih, Tahmid dan Takbir, beliau pula menolak mengenai
masalah doa dengan berkata:

Adapun berdoa selepas memberi salam daripada solat,


dalam keadaan menghadapkan muka ke arah kiblat, sama ada

31
dia sebagai imam atau makmum atau solat bersendirian, maka
ianya bukanlah daripada perbuatan Nabi s.a.w. Tidak pernah
diriwayatkan di dalam hadis sahih dan hasan bahawa Rasulullah
s.a.w pernah melakukannya. Sebahagian ulama pula
mengkhususkan berdoa selepas solat Subuh dan solat Asar.
Pengkhususan ini juga tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w,
begitu juga para Khulafa al-Rasyidin. Nabi s.a.w sendiri sekali-kali
tidak pernah menyarankannya kepada umatnya. Bahkan
sesungguhnya amalan berdoa selepas solat Asar dan Subuh ini
merupakan suatu hukum yang diasaskan oleh sebahagian ulama
di atas dasar Istihsan (iaitu sebagai ganti kepada solat sunat
selepas solat Subuh dan Asar).

Berkata Ibnu al-Qaiyyim lagi: Secara umumnya doa-doa


yang berkaitan dengan solat, hanyasanya dilakukan oleh Nabi
s.a.w ketika dalam solat, dan Baginda telah mengeluarkan
perintah kepada umatnya supaya melakukannya dalam solat.
Berdoa dalam solat memang sangat sesuai dengan keadaan
orang sedang solat, kerana di saat itu, orang yang solat sedang
menumpukan sepenuh perhatiannya dan pengabdian dirinya
kepada Allah. Apabila dia selesai saja terputuslah munajatnya,
berakhirlah kedudukan hubungannya dengan Allah dan
pengabdian menghampirkan diri kepadaNya. Bagaimana lojiknya
seseorang hanya berdoa selepas selesai solat, sedangkan ketika
bersolat iaitu di saat dia berada di dalam suasana bermunajat,
mendekatkan diri kepada Allah dan sedang memberikan sepenuh
penumpuan kepadaNya, dia meninggalkanNya?

Kemudian katanya lagi: Tetapi zikir-zikir yang


diriwayatkan selepas solat fardhu, apabila seseorang itu selesai
membacanya disunatkan pula baginya berselawat ke atas Nabi
s.a.w dan kemudiannya berdoa kepada Allah mengikut apa yang
dihajatinya. Sementara doanya ini, yang mengiringi ibadat zikir
tidaklah dikatigorikan sebagai doa selepas solat fardhu.

Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitab Fath al-Bari


(18/96) telah menolak pendapat peribadi Imam Ibnu al-Qaiyyim
dengan hujah-hujah yang konkrit dengan katanya:

32
5  O;     H % $#  K  w " S 4 ]lP P#  $ %|S~3 $# G ^3 9
 $ i# % P I % $
*  4 ] JU Z+ c  
  &'I ]+H% $# % B :#
 L%M  (    # 
 G 9

 E3 h#   =3 H  G 9'   8# 
: :+L1 S+ _ 53  ,! *  O> =+ #P# }  " _
5! % #  #     G e 9
 P# P 1 # #  7  . J_P %     # 
 ^3 E+
 $ J
 H+ 1 #   &'I  8# 
:L1 M 4 ,! E3  G  Y + nB"   .= %0 
#P#  8  1# " B  (    # 
  GU 9
5 %= ] S
.  ?   S3 ^

.= %0 c #     GU e 9
 q U ? $  D#
 "#    #  7  . ]!,*  O> =+
    4 5 4 ]%\B  M O `  #
 $ H 1U  D
. %   4 G _j "  ( Y + B"  
# 
  
L 1 (# / K#   ( :M/    " BR Y + B"   .. # 1 +~3 F  M # +
]mdG h O> =+ .  /  % 9/  8# 
: ,! *  O> =+  #P#  4 1# " B  (   
5 %= ]# 4 / T ; 8  # Y + B"   ]UGe 9
 P # P 1 # #  7  Y + B" 0 
#  7  Y+ B" 0
 .G9BP G
 z     8# 
:,*- 
 $ A - & HI L+ 1 S+ B
. J
H # r  5! % #  #     GU e 9
c
Ertinya: Apa yang didakwa oleh Imam Ibnu Qaiyyim iaitu penafian
secara umum, berdoa selepas solat lima waktu adalah ditolak. Ini
kerana sesungguhnya telah wujud riwayat-riwayat yang sahih
yang menyatakan sebaliknya. Diantaranya ialah:

1. Riwayat daripada Muaz ibn Jabal yang menyatakan:


Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda kepada Muaz: Wahai
Muaz! Demi Allah! Sesungguhnya aku menyayangimu. Janganlah
kamu meninggalkan doa berikut setiap kali selepas solat, iaitu:

33
. J_P %   
 #   E3 h#   =3 H  G 9'   8# 

Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, al-
Nasaie dan telah dihukumkan sahih oleh Imam Ibnu Hibban dan
al-Hakim.

2. Hadis yang menceritakan mengenai doa Abu Bakrah yang


berbunyi:


GU 9
5 %= ] S
.
 ?   S3 ^
  ^3 E+
 $ J
H+ 1 #  G &'I  8# 

.!,*
O> =+ #P#  8  1 # " B  (    # 

Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Tirmizi,
al-Nasaie dan telah dihukumkan sahih oleh Imam al-Hakim.

3. Hadis Zaid ibnu Arqam yang bermaksud: Aku telah


mendengar Rasulullah s.a.w berdoa setiap kali selepas solat:

.mdG h O> =+ .
 /  % 9/  8# 

Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan al-
Nasaie.

4. Hadis Suhaib daripada Rasulullah s.a.w, katanya: Adalah


Rasulullah s.a.w apabila selesai daripada solat, akan berdoa:

.G9BP G
 z 
   8# 

Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam al-Nasaie dan telah
dihukumkan sahih oleh Imam Ibnu Hibban dan lainnya. (Amalan
Sunnah Selepas Solat dan Kelebihannya, 2008, hal. 174-179).

34
KETIGA BELAS

Bersalam di antara imam dan makmum atau antara makmum


dengan makmum.

Mengikut riwayat yang sahih, orang Arab yang mula-mula


sekali memberikan penghormatan dengan cara bersalam, ialah
orang Arab Yaman. (Fathu al-Bari, Ibn Hajar (17/497).

Islam telah memperakui cara penghormatan di antara dua


pihak yang dilakukan dengan bersalam. Satu hari Qatadah telah
bertanya kepada Anas ibn Malik mengenai budaya bersalam itu,
katanya:

G' 9
.
 % 
   4 C+ 
4% -F+ K
 & %= ":;y &kc [ K # 3 M+ :L%M , P % DM  
". & :L%M (    # 


Ertinya: Daripada Qatadah, katanya: Aku telah bertanya kepada
Anas, Adakah bersalam diamalkan di kalangan sahabat Nabi
s.a.w? Jawab Anas: Ya. (Amalan Sunnah: hal. 198).

35
AMALAN BERSALAM

Bersalam merupakan satu amalan yang baik, kerana ia boleh


meningkatkan lagi hubungan silaturrahim sesama umat Islam dan
sesama insan secara umum. Tetapi amalan bersalam selepas
solat fardu antara imam dengan makmun atau antara makmun
dengan makmum diperlekehkan oleh sesetengah golongan yang
berpegang dengan fahaman yang bercanggah dengan fahaman
Ahli Sunnah wal Jamaah. Mereka menganggap amalan tersebut
tidak ada kaitan langsung dengan Islam kerana kononnya Nabi
s.a.w tidak melakukan atau tidak mengamalkannya.

Apakah yang dimaksudkan dengan bersalam itu? Maksud


bersalam di sini ialah dua pihak saling mengenggam tangan di
antara satu sama lain. Tangan yang digenggam di sini mestilah
tangan kanan.

Banyak hadis-hadis yang mengakui cara penghormatan


dengan bersalam di antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w
sendiri telah mengajar umatnya supaya memberi penghormatan
ketika berjumpa dengan cara bersalam. Di antara hadis-hadis
tersebut ialah:

1. Hadis hasan riwayat Imam al-Tirmizi daripada Anas ibn


Malik r.a katanya:

36
.Z :L%M #
 G 9
9 B i# % 7 S3 B O+ # 
]
L 1 (# / % B :OM y ; &   
. & :L%M # 4% -#B i "   ?+ 7# b3  4 :L%M
Ertinya: Daripada Anas r.a katanya: Seorang bertanya kepada
Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah! Apabila seorang lelaki
bertemu saudaranya, apakah dia perlu membongkokkan belakang
sebagai menghormatinya? Jawab Rasulullah s.a.w: Tidak. Lelaki
itu terus bertanya: Atau dia perlu memegang tangannya dengan
bersalam? Jawab Rasulullah s.a.w: Ya.

2. Hadis yang diriwayatkan oleh Ka'ab ibn Malik berkata:

 
" #   C 
3  
I ) %S4 ()  
L 1 (#  H4 " v

 F K
# 3 7 P
.&b9W  [9 4%  D L+   8 B
Ertinya: Aku masuk ke masjid aku dapat baginda Rasulullah
s.a.w, maka dia berdiri menemui Thalhah ibn Ubaidillah berlari-lari
anak lalu bersalam denganku dan memberikan tahniah kepadaku.

3. Daripada Qatadah berkata: Aku berkata kepada Anas:

. & L %M () ' 9


.
 % 
  4 C+ 
4b-+F K
 & %=
Ertinya: Adakah perlu bersalam dengan para sahabat Nabi
s.a.w.? Dijawabnya: Ya.

Berdasarkan kepada hadis-hadis sahih dan hadis hasan,


maka para ulama yang mutabar telah menghukumkan bahawa
bersalam di antara sesama Islam itu adalah sunat berdasarkan
kepada hadis sahih dan hadis hasan. Umpamanya pendapat
daripada Imam al-Nawawi, Imam Ibn Battol dan Imam Malik:

37
:3L%~ #  L %M .GM*  D
" 9 % 8 2l v $# CN 9(# C+  4% -F+ :Uq 1 9
L %M
.DW = "   J
!
% $ % 8
D ( " M ][de #
C $ e " 9 CN 9 
 C+ 
4% -F+
Ertinya: Imam al-Nawawi berkata: Bersalam di antara dua orang
Islam yang baru berjumpa hukumnya adalah sunat dengan ijma
ulama. Manakala Imam Ibnu Battol pula berkata: Keseluruhan
ulama menghukumkan bahawa bersalam adalah sunat sebagai
amalan yang baik. Sementara Imam Malik menghukumkannya
sunat walaupun sebelum ini beliau telah menghukumkan makruh.
(Fath al-Bari, Ibn Hajar (17/497).

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani telah mengingatkan kita


bahawa dikecualikan daripada hukum sunat ialah bersalam
dengan perempuan bukan mahram dan remaja lelaki yang
tampan. (Ibid: 17/497).

KELEBIHAN DAN FADHILAH BERSALAM

Bersalam amat digalakkan dalam Islam kerana ia mempunyai


kelebihan dan fadhilah yang banyak. Antara kelebihan bersalam
banyak diceritakan dalam hadis-hadis antaranya seperti berikut:

1. Diriwayatkan daripada 'Atha' ibn Abi Muslim Abdullah al-


Kharasani berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

.cde 9`
X

T
# W ?3 _  31Ue
_ 3 P% 8_  O t
T
# W ?3 B 31#4% -_
Ertinya: Bersalamlah kamu kerana ia akan menghilangkan
perasaan dendam atau dengki dan mintalah pertunjuk nescaya
kamu berkasih sayang dan akan hilang kebencian. (Dilaporkan
oleh al-Dailami dalam kitab Musnad al-Firdausan (2/47).

2. Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Imam al-Tirmizi


daripada al-Barra katanya:

38
  
 $#  $ % $ : (    # 
   
L+ 1 (# / L %M :L%M d[  
 
.%M  ^ D B 53  O M % 8#
 ^ r+ Z I 5 % 4% -D  4 5 % S D 3 B
Ertinya: Daripada al-Barra katanya: Rasulullah s.a.w telah
bersabda: Tidak bertemu dua orang Islam yang bersalam di
antara satu sama lain, melainkan Allah akan mengampunkan
dosa kedua-duanya sebelum kedua-dua mereka berpisah (atau
sebelum mereka selesai bersalam). (Tuhfah al-Ahwazi (7/32).
(Amalan Sunnah: 198-200).

2. Hadis riwayat Imam Abu Daud dan juga daripada al-Barra


ibn Azib r.a katanya:

SD
3 HI  (    # 
  
L+ 1 (# / L %M :L%M . ; R %   d[  

.% 8#
 ^ r+ i# ^ t D (  O   g  
"   % 4 % -D 4 5 % 
 F+ 3
Ertinya: Daripada Barra ibn Azib r.a katanya: Rasulullah s.a.w
telah bersabda: Apabila dua orang Islam berjumpa dan bersalam,
sambil kedua-duanya memuji Allah S.W.T dan memohon
keampunan daripadaNya nescaya Allah akan memberi
keampunan kepada kedua-duanya.

3. Hadis riwayat Imam Ibnu Sunni daripada Anas ibn Malik


(Tuhfah al-Ahwadzi (7/32). Aun al-Mabud (11/247).
katanya:

O; #/ "    (    # 



 
L+ 1 (# / ?c 7  % $ :L%M y; &   
% 9M C| 9 
 , 7 j 4 C| 9 
 % &"U
G4 % 9_ cd  8# 
:L%M D # M/ %^4
./%9
.
?

39
Ertinya: Daripada Anas ibn Malik berkata: Rasulullah s.a.w tidak
pernah bersalam dengan seseorang dan berpisah dengannya
sehingga Baginda terlebih dahulu berdoa dengan ungkapan:

./%9
.
? % 9M C| 9 
 , 7 j 4 C| 9 
 % &"U
G4 % 9_ cd  8# 

PENDAPAT ULAMA

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan: Bahawa bersalam itu


pada asalnya hukumnya sunat. (Fath al-Bari (11/55). Beliau
menukil kata-kata Imam al-Nawawi katanya: Ketahuilah bahawa
bersalam ketika bertemu itu hukumnya sunat yang disepakati oleh
para ulama.

Adapun bersalam sebaik selesai menunaikan solat fardhu


tidak ada sesiapa dari kalangan ulama yang mengharamkannya,
malahan mereka berpendapat ia adalah disunatkan. Adakah ia
merupakan bid'ah hasanah atau bid'ah harus. Dalam soal ini,
Imam al-Nawawi mengatakan: Jika sekiranya orang yang
bersalam itu tidak bersalam sebelum solat maka ia adalah sunnah
hasanah, dan jika ia telah bersalam sebelum solat maka ia adalah
diharuskan. (Al-Majmu' al-Nawawi (3/469-470).

Al-Haskafi mengatakan: Pengarang kitab al-Tamartasyi


menyebutkan secara mutlak, bahawa bersalam hukumnya adalah
harus mutlak sekalipun selepas solat Asar. Mereka berpendapat:
Ianya harus yang hasanah sebagaimana pendapat Imam al-
Nawawi dalam kitab al-Azkar. (Al-Dar al-Mukhtar oleh al-Haskafi,
cetakan di nota kaki oleh Hasyiah Ibn Abidin (6/380).

Ibn Abidin menambah mengenainya selepas menjelaskan


setengah orang yang mengatakan ianya harus mutlak dari
kalangan ulama mazhab Hanafi dengan katanya: Ianya selari
dengan apa yang dijelaskan oleh nas yang jelas dan membuat
dalil dengan menggunakan pendapat berdasarkan umumnya nas
yang warid tentang bolehnya bersalam mengikut syarak. (Rad al-

40
Mukhtar 'ala al-Durri al-Mukhtar al-makruf bi Hasyiah Ibn 'Abidin
(6/381).

Mereka mengatakan bersalam selepas menunaikan solat


itu adalah sunat dan al-Thobari pula berhujah dengan hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Bukhari daripada Abi
Juhaifah r.a. katanya:

8 +
  w+ ]b:  1 D 4 d[ e ~3 

I ,  %x% ()  
L+ 1 (# / 7
) %M ],  F % 8 /  $ U # _ ,| D B" B   ] D  =3 / -
 
 ] D  =3 /
1 # L %M.8# W 1 # # % 8 5 1  #   4 ]B " B 5  ?+ 7# b3 B 31+ v 4 < # %9

]a3 p
$ P#   W H4 ]8    % 8D# : 1 4 i "   @
# ?3 7 b4 :C^ 
#
% 
 J
?  y # &b3 D  B :UV   ~
T U   F+ L %M .J  F $ #   / T #  3 
%  ( Z ]@% % Q  4 @  1- 
"   C 
4% -F+ $ < # %9
  # %~_#
  P! PU 1 _   ! U  _  $ zl
%  "l -
 M   5 D M3 HI ].
  t F   -
 
4
.i1 
 &
Ertinya: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. keluar ke suatu tempat
bernama al-Batha', setelah tiba Bagindapun berwuduk,
kemudiannya melakukan solat Zohor dua rakaat dan Asar dua
rakaat (Qasar). Di hadapan Baginda s.a.w terpacak sebatang
tongkat. Kelihatan orang perempuan berjalan melintasi di
hadapan tongkat tersebut. Orang ramai pula datang bersalam
dengan Rasulullah s.a.w dan kemudiannya menyapu tangan
mereka ke muka masing-masing. Abu Juhaifah berkata: Lalu
akupun mengambil tangan Baginda s.a.w lalu aku letakkannya ke
mukaku. Tiba-tiba aku merasakan tangan Baginda s.a.w lebih
sejuk daripada salji dan lebih harum baunya daripada wangian
kasturi (misk). (Dilaporkan oleh al-Bukhari dalam kitab Sahihnya
(3/1304). (Al-Mausuah al-Fiqhiyah al-Kuwitiyah (1/13955).

41
Pengajaran asal hadis ini, sebagaimana yang disebutkan
oleh para ulama hadis, di antaranya Imam al-Syaukani, ialah
disyariatkan mengambil berkat dengan cara menyentuh kulit
orang yang mempunyai kemuliaan di sisi Allah S.W.T, kerana di
dalam hadis ini Nabi s.a.w sendiri telah memperakui tindakan
yang dilakukan oleh Abu Juhaifah dan para sahabatnya yang lain
mengambil berkat dengan cara menyentuh tangan Rasulullah
s.a.w. (Nail al-Author (4/108).

Berdasarkan kepada hadis ini, Imam al-Muhibbu al-


Thobari telah memberikan kesimpulan bahawa amalan bersalam
selepas solat fardhu adalah sunat, lebih-lebih lagi jika ianya
disertai dengan niat yang baik seperti ingin mendapatkan
keberkatan jika ada di antara para makmum itu alim ulama atau
orang soleh, ingin mengukuhkan hubungan kasih sayang dan
merapatkan silaturrahim atau yang seumpamanya. (Al-Mausuah
al-Fiqhiyah al-Kuwitiyah (1/13955). (Amalan Sunnah:217).

Adapun al-Izzu ibn Abdul Salam selepas membahagikan


bid'ah itu kepada lima bahagian: Wajib, haram, makruh, sunat dan
harus ... mengatakan: Bid'ah yang harus itu banyak contohnya
bersalam sebaik sahaja selesai solat Subuh dan Asar. (Qawaid al-
Ahkam fi Masolih al-Anam : (2/205)..

Imam Al-Nawawi mengatakan: Adapun bersalam yang


biasa diamalkan selepas solat Subuh dan Asar telah disebutkan
oleh al-Syeikh al-Imam Abu Muhammad ibn Abdul Salam: Ianya
merupakan bid'ah yang diharuskan, apa yang dikatakan itu adalah
baik. Yang baik dikatakan: Jika bersalam dengan orang yang ada
bersama-samanya sebelum solat maka ia adalah harus
sebagaimana telah kami jelaskan, dan jika bersama dengan orang
yang tidak bersama mereka sebelumnya maka ia adalah
disunatkan; kerana bersalam ketika berjumpa adalah sunnah
mengikut ijmak berdasarkan hadis-hadis sahih mengenainya. (Al-
Majmu' al-Nawawi (3/469-470).

Dari sini dapat diketahui bahawa sesiapa yang menolak


amalan bersalam sebenarnya mereka sama ada dia tidak

42
mengetahui hukumnya sebagaimana yang telah disebutkan itu
atau mereka mahu menarik pembaca mengikut fahaman mereka
sahaja.

CARA BERSALAM

Mengenai cara bersalam pula, para ulama telah berselisih


pendapat sama ada dengan dua tangan atau satu tangan sahaja.
Ulama Hanafi dan sebahagian ulama Maliki berpendapat bahawa
cara bersalam mengikut sunnah ialah dengan dua tangan
daripada kedua-dua belah pihak. Sementara ulama-ulama
lainnya pula berpendapat, cara bersalam yang syariatkan ialah
dengan mengikut pengertian bersalam dari segi bahasa iaitu
ianya terlaksana dengan hanya semata-mata berjabat tangan
sahaja tanpa memerlukan bersalam menggunakan kedua-dua
tangan. (Al-Mausuah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah (1/13955).

Hujah yang digunakan oleh para ulama untuk menguatkan


mengenai cara bersalam itu sama ada dengan dua belah tangan
dan sebelah tangan sahaja dapat dilihat seperti berikut:

1. Imam al-Bukhari telah menghuraikan mengenai bersalam


ini dalam bab Bersalam dengan dua tangan dalam satu Athar
beliau menyebutkan:
.B"    / % F+ 3   "! BR #  P# % z 4% 
Ertinya: Hammad ibn Zaid telah bersalam dua tangan dengan ibn
al-Mubarak.

Dalam hubungan ini, Al-Hafiz Ibn Hajar telah mengulas


athar tersebut dengan berkata:

Ertinya: Imam al-Bukhari telah menyebutkan di dalam


kitabnya: Tarikh al-Bukhari, daripada Ismail ibn Ibrahim, katanya:
Suatu ketika, aku telah melihat Hammad ibn Zaid bertemu
dengan ibn al-Mubarak di Makkah, lalu mereka berdua telah
bersalam dengan kedua-dua tangan masing-masing. (Fath al-bari,

43
Ibn Hajar (17/500). (Al-Mausuah al-Fiqhiyah al-Kuwitiyah
(/13959). Amalan Sunnah: 219-220).

4. Al-Syeikh Abdul Rahman al-Mubarakfuri dalam kitab


Tuhfah al-Ahwazi, beliau mempertahankan mengenai cara
bersalam dengan sebelah tangan kanan sahaja. Demikian juga
dengan al-Syeikh Nasruddun al-Albani (seorang tokoh Wahabi
terkenal yang menjadi rujukan dalam bidang hadis) juga bersetuju
dengan cara sedemikian. (Al-Silsilah al-Sahihah (/15).

Al-Syeikh Abdul Rahman al-Mubarakfuri mengatakan:


Sesungguhnya bersalam mengikut sunnah ialah dengan sebelah
sahaja iaitu saya maksudkan di sini ialah tangan kanan daripada
kedua belah pihak yang bersalam sama ada ketika mula-mula
bertemu atau ketika melakukan baiah yakni janji setia. Hakikat ini
telah dijelaskan oleh para ulama Mazhab Hanafi, Syafie dan
Hanbali.

Sesungguhnya Imam Muslim telah meriwayatkan daripada


Amru ibn al-As, katanya: Aku telah datang menemui Nabi s.a.w,
lalu aku katakan kepadanya: Hulurkan tangan kananmu, nanti
saya akan melakukan baiah untukmu. Lantas Nabi s.a.w
menghulurkan tangan kanannya.

Al-Syeikh Mulla Ali al-Qari ketika menghuraikan hadis ini


berkata: Ianya bermaksud bukakan tangan kanan kamu dan
hulurkannya kepadaku, untuk aku letakkan tangan kananku ke
dalam genggaman tangan kananmu. Cara salam seperti ini
merupakan suatu kebiasaan yang diamalkan ketika melakukan
baiah. Berhubung dengan masalah bersalam dengan satu
tangan, selain daripada hadis ini, terdapat banyak hadis-hadis
sahih yang lain yang menerangkannya.

Adapun bersalam dengan dua tangan ketika bertemu dan


ketika melakukan baiah, ianya langsung tidak tercatat dalam
hadis marfu, yang sahih dan secara terang-terangan.
Sesungguhnya kami telah membuat kajian terperinci dan
penjelasannya, mengenai masalah ini di dalam suatu risalah kami
yang bertajuk:

44
. 9 #
3 " 
3% C 
4% -F+ 3 C 9'(#  4  9
0+ 3 C+
%S
3
Imam al-Nawawi berkata: Disunatkan bersalam dengan
tangan kanan dan cara bersalam seperti inilah yang paling afdhal.
Kenyataan daripada Imam al-Nawawi ini telah di sebutklan oleh
al-Syeikh Abdullah ibn Salam al-Yamani di dalam risalahnya
mengenai masalah bersalam.

Al-Syeikh Abdul Rouf al-Munawi al-Syafie di dalam


kitabnya al-Raud al-Nadhir, syarah kepada kitab al-Jawamiu al-
Soghir, berkata: Pahala bersalam tidak akan terhasil melainkan
dengan berjabat tangan kanan daripada kedua-dua belah pihak
iaitu ketika tidak ada keuzuran.

KESIMPULAN

Masalah bersalam ini jangan dijadikan isu untuk menjadikan umat


Islam berpecah belah. Para ulama mempunyai dalil-dalil yang
kuat mengenainya. Terpulang kepada individu masing-masing
untuk mengamalkannya sama ada dengan sebelah tangan atau
kedua-dua belah tangan.

Yang penting kita perlu menghormati pandangan dan


amalan orang lain selagi pendapat mereka mempunyai dalil dan
hujah yang konkrit untuk dijadikan sandaran. Jangan sekali-kali
cepat menghukum orang lain dengan pelbagai hukuman seperti
bidah, sesat, masuk neraka dan sebagainya.

Tindakan menghukum orang lain dengan hukuman yang


tidak sewajarnya sering menyebabkan berlakunya pertikaian,
perselisihan dan perpecahan di kalangan umat Islam selama ini.
Janganlah terlalu taksub dengan sesuatu perkara baru yang
nampak rasional dan menarik, periksa terlebih dahulu siapa yang
memperkatakan, apakah hujah yang dijadikan asas pegangan
dan adakah pendapatnya itu bercanggah dengan pendapat
kebanyakan ulama muktabar? Kalau jawapannya ya, berhati-
hatilah dengan pendangan dan amalan tersebut, kerana ada
sesuatu yang tidak kena dengannya. Wallhu a'lam.

45
RUJUKAN

1. Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran,


Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1995.

2. Sahih Al-Al-Bukhari, Gagri Yayinlari, Istanbul Turki.

3. Sahih Muslim Bi Syarh al-Nawawi, Dar al-Fikr Birut 1978.

4. Sunan al-Nasai Bi Syarh al-Imamain al-Suyuti wa al-Sindi, Dar


al-Hadis al-Qahirah, 1999.

5. Sunan al-Tirmizi, Abi Isa Muhammad ibnu Isa ibnu Saurah,


cetakan Gagri Yayinlari, Istanbul Turki.

6. Sunan Abi Daud, Imam al-Hafiz Abi Daud Sulaiman ibnu al-
Asyas al-Sajastani al-Azadi, cetakan Gagri Yayinlari, Istanbul
Turki.

7. Musnad Ahmad Ibnu Hanbal, cetakan Gagri Yayinlari, Istanbul


Turki.

8. Al-Mausuah al-Yusufiyah fi Bayani Adillati al-Sufiyah oleh


Syeikh Yusof Khattar Muhammad, Dar al-Taqwa, Suria,
Damsyik, 2003.

9. Dr. Ali Jumaat, (Mufti al-Diyar al-Masriyah) dalam kitabnya al-


Bayan Lima Yasyghalu al-Azhan (huraian mengenai perkara
yang menggangu pemikiran) cetakan al-Muqattam li al-Nasyr wa
al-Tauzi' tahun 2005,

10. Imam Al-Ghazali, Mauizah al-Mukmin Min Ihya'i Ulum al-Din


(Bimibnugan Mukmin), terjemahan Syed Ahmad Semit, Cetakan
Da'wah Printing, Singapore: 1997.

11. Bidayah al-Hidayah Imam al-Ghazali.

12. Al-Dalail al-Muniqah Fi Bayan Adillah al-Masail al-Khilafiyyah,


susunan al-Haiah al-Syariyah Li Wilayah Perak.

13. Al-Um Syeikh al-Imam Muhammad ibn Idris al-Syafie.

46
14. Al-Azkar Imam al-Nawawi.

15. Al-Majmu Syarah al-Muhadzzab Syeikh al-Imam al-Nawawi.

16. Syarah al-Nawawi Ala Muslim Syeikh al-Imam al-Nawawi.

17. Tahzib al-Tahzib Syeikh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani.

18. Fath al-Bari Syeikh al-Hafiz Ibn Rejab al-hanbali.

19. Ustaz Muhammad Subki Abdul Rahman al-Hafiz: Amalan


Sunnah selepas solat dan kelebihannya: Statu kajian terperinci
berdasarkan hadis dan ulama mutabar, cetakan Dnonce
(Kelantan) Sendirian berhad, tahun 2008.

20. Jami al-Ahadith Syeikh al-Imam al-Suyuthi.

21. Al-Mausuah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah, Li Wazarah al-Auqaf wa


al-Syuun al-Islamiyah Kuwait.

22. Nail al-Author Syeikh al-Imam al-Syaukani.

23. Tuhfah al-Ahwadzi Syeikh al-Hafiz Muhammad Abdul Rahman


al-Mubarakfuri.

47

You might also like