You are on page 1of 2

6.

0 Rumusan

6.1 Pengenalan

Secara kesimpulannya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kaedah kawalan biologi
dalam tanaman getah di Cheroh, Raub. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti
kaedah-kaedah kawalan biologi ke atas makhluk perosak di Cheroh,Raub dan mengkaji kesan
penggunaan kawalan biologi dalam penanaman getah di Cheroh,Raub.

Untuk mencapai objektif kajian ini, sebanyak lima pengusaha ladang getah yang
tinggal di kawasan kajian telah dipilih untuk ditemu bual.

6.2 Kaedah kajian dan demografi informan

Terdapat tiga kajian yang dipilih untuk menjalankan kajian ini iaitu kaedah temu bual,
pemerhatian dan rujukan. Dalam menjalankan kaedah temu bual, lima orang pengusaha
ladang getah telah dipilih daripada populasi tempat kajian. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa dua orang lelaki dan tiga orang perempuan telah dipilih untuk ditemu bual dan
kelima-lima informan itu daripada kalangan umur 40-50 tahun. Hal ini demikian kerana
untuk mendapatkan pandangan mereka berkenaan objektif kajian yang ingin dikaji.

Setelah temu bual, semua jawapan mereka telah dicatat dan telah dijadualkan. Sebuah
analisi telah dibuat berdasarkan jadual tersebut.

6.3 Mengenal pasti kaedah-kaedah kawalan biologi ke atas makhluk perosak di Cheroh,
Raub

Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat beberapa kaedah kawalan yang
digunakan ke atas makhluk perosak. Antaranya ialah kaedah pemangsa-mangsa. Contohnya,
mereka menggunakan ular sebagai pemangsa untuk tikus yang membinasakan biji benih
getah. Kaedah kawalan biologi dan kaedah menggunakan pagar elektrik juga diaplikasikan.

Seterusnya, mereka juga menggunakan kaedah racun untuk menghapuskan semua


serangga makhluk perosak dalam tanaman getah di Cheroh, Raub. Anatara racun yang telah
digunakan ialah Tikumin dan Warfarin. Informan juga memberitahu bahawa Warfarin antara
racun yang paling berkesan untuk menghapuskan serangga makhluk perosak walaupun
kosnya agak mahal.

Pagar elektrik digunakan kerana menghalang haiwan besar seperti babi hutan dan
monyet. Kos pemasangan pagar elektrik sangat tinggi dan ada juga pengusaha ladang
menggunakan pagar elektrik kerana kesannya sangat efisien.

6.4 Mengkaji kesan penggunaan kawalan biologi dalam penanaman getah di Cheroh,
Raub

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kawalan biologi sama sekali tidak perlu
mengeluarkan kos yang tinggi. Bukan itu sahaja, kawalan biologi juga tidak mengundang
pencemaran alam sekitar. Salah satu lagi kesan baiknya ialah kawalan biologi ini tidak
mendatangkan kesan buruk kepada organisma lain.
Walau bagaimanapun, kawalan biologi kurang selamat kerana sekiranya populasi
mangsa, tikus, telah hapus, pemangsanya seperti ular akan tidak mendapat makanan. Dengan
ini, ular yang digunakan boleh mendatangkan bahaya kepada penoreh getah semasa mereka
menoreh getah terutamanya pada waktu awal pagi.

6.5 Kesimpulan

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, didapati beberapa kaedah yang telah
digunakan dalam kawalan biologi ke atas serangga makhluk perosak dalam penanaman getah
di Cheroh, Raub. Antaranya ialah kaedah pemangsa-mangsa, menggunakan pagar elektrik,
kawalan biologi dan menggunakan racun. Daripada kaedah-kaedah yang digunakan, didapati
kaedah menggunakan racun dan kaedah pemangsa-mangsa adalah kaedah yang dominan
dalam tanaman getah di Cheroh, Raub.

Selain daripada itu, kawalan biologi pula tidak menunjukkan kesan buruk sama ada
kepada alam sekitar ataupun kepada pengusaha-pengusaha ladang getah tersebut. Daripda
dapatan kajian ini, pengkaji difahami bahawa pengusaha-pengusaha ladang getah
menggunakan kawalan biologi untuk melindungi tanaman getah mereka daripada terus
dirosakkan oleh serangga makhluk perosak untuk mendapatkan hasil getah yang berkualiti
dan bermutu tinggi.

You might also like