You are on page 1of 1

ANGGOTA KAKITANGAN PERKHIDMATAN (SOKONGAN) PEJABAT SEKOLAH

Terdapat 2 jawatan utama AKP di sesebuah sekolah iaitu Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi )
dan Pembantu Operasi. Bagi sesetengah sekolah yang ada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
terdapat tambahan satu jagi jawatan iaitu Pembantu Pengurusan Murid. Ketiga-tiga jawatan ini
tersenarai dalam Skim Perkhidmatan di bawah klasifikasi N.

Kod
Bil. Skim Perkhidmatan Jenis Skim Perkhidmatan Gred
Skim
1 Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Pelaksana 3LN14 N19, N22,
Operasi) N26, N28
2 Pembantu Pengurusan Murid Pelaksana 3LN25 N19, N22,
N26, N28
3 Pembantu Operasi Pelaksana 3LN36 N11, N14,
N16, N18

RINGKASAN TUGAS
1 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas
OPERASI) perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan
Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan
operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-
tugas pentadbiran am, pengurusan personel,
perkhidmatan kaunter dan pemprosesan,
pengumpulan data dan maklumat, pengendalian
peralatan perhubungan/komunikasi).
2 PEMBANTU PENGURUSAN MURID Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas
membantu guru di kelas-kelas prasekolah, mengasuh
murid-murid di asrama sekolah pendidikan khas dan
asrama desa di bawah kelolaan Kementerian
Pelajaran Malaysia.
3 PEMBANTU OPERASI (a) Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu
melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian
melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan
pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta
pemanduan kenderaan
(b) Memandu dan menyenggara kenderaan yang
diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.
(c) Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas
operasi am bersifat hands-on yang memerlukan
keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].

Sumber Bahan:
https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/klasifikasi/klasifikasi.asp

You might also like