You are on page 1of 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Pendidikan Jasmani : Tahun 5

Tarikh : 28/06/2016

Masa : 7.30-8.30pagi

Tajuk/ Kemahiran : Melantun bola (bergerak)

Objektif Pembelajaran : Berkebolehan melantun bola secara dinamik pada satu jarak dengan lakuan yang betul.

Standard Pembelajaran : 1.4.2 Melantun bola pada satu jarak


2.3.2 Mengenal pasti postur badan semasa melakukan kemahiran manipulasi alatan
5.2.1 Melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif

EMK : Inovatif dan Kreatif

Sumber/ BBM : Gelung rotan (18), kon (4), bola keranjang (18), kertas penanda arahan (4), wisel

Penilaian P&P : Lembaran Kerja


KOMPONEN/ AKTIVITI/ PENGELOLAAN/
MASA KETERANGAN GAMBAR RAJAH

Memanaskan badan a. Musang dan Biri-biri 1.Topeng musang


(10 minit) i. Dalam kawasan yang telah ditandakan dengan
kon secara kumpulan bertiga.
ii. Cara bermain :
 Tiga orang satu pasukan dan diikat kaki secara
sisi (bahu menyentuh bahu rakan)
 Satu kumpulan akan dipilih oleh guru untuk
2. Cara bermain
menjadi Musang dan selebihnya ialah Biri-biri.
(kumpulan yang menjadi Musang dibezakan
dengan menggunakan topeng berwajah musang)
 Biri-biri yang berjaya ditangkap ataupun terkeuar
daripada kawasan permainan akan bertukar
peranan.
 Kaedah Interpersonal dan kinestetik.

b. Regangan dan kelonggaran


i. Secara individu dan berpasangan.
ii. Guru akan menunjukkan cara dan diikuti oleh
murid.
iii. Kaedah Intrapersonal dan interpersonal.
Regangan
Perkembangan Aktiviti 1 (5 minit)
(25 minit) Melantun Bebas
 Guru mengimbas kembali pelajaran lepas iaitu cara-
cara membuat lantunan.
-mata memandang bola dan hadapan A B
-badan ditundukkan sedikit
-mencari keselesaan
-lakuan-lakuan seperti melantun sambil bergerak ke
hadapan, melantun sambil ke sisi, dan sebagainya
-daripada melihat bola kepada tanpa perlu melihat
 Murid dibahagikan kepada dua kumpulan (A dan B).
 Kumpulan A akan melantun di dalam kawasan
separuh gelanggang di sebelah kanan manakala
Arah pergerakan: Bebas di dalam kawasan
kumpulan B menggunakan separuh gelanggang di masing-masing
sebelah kiri.
 Setiap murid akan melantun bola secara bebas
seperti ke hadapan, ke sisi, mengundur, berlari anak
dan sebagainya.
 Murid-murid dinasihatkan untuk menjaga keselamatan
dan peka keadaan sekeliling supaya tidak bertembung
dengan rakan-rakan yang lain.
Aktiviti 2 (10 minit)
Mari Mengelilingi Gelung

 Setiap murid akan disediakan satu gelung dan sebiji


bola keranjang.
 Gelung diletak di atas lantai dan murid-murid berdiri di
luar gelung.
 Murid-murid akan melantun bola dalam gelung dengan
bergerak mengikut arah jam sambil melantun
menggunakan tangan kanan.
 Kemudian murid bergerak melawan arah jam dan
melantunkan bola menggunakan tangan kiri pula.
 Pergerakan ini diulang dengan melantun bola dalam
gelung dengan menggunakan kedua-dua belah tangan
secara bergilir namun bergerak mengundur ke
belakang .

Arah pergerakan
Aktiviti 3 (10 minit)
Melantun Secara Berpasangan

 Secara berpasangan, murid-murid melantun bergerak


ke arah pasangan menggunakan tangan kiri dan
kanan secara bergilir-gilir.
 Seterusnya, pasangannya pula akan melantun dan
balik ke tempat asal.
 Murid-murid akan melantun bola sambil bergerak
dengan perlahan, berjalan, jogging dan berlari
menggunakan tangan kiri dan kanan (ikut arahan
guru).
Permainan Kecil Lari Berganti-ganti ke Stesen-stesen
(15 minit)  Secara berkumpulan (4-5 orang).
 Berada dalam kumpulan dan berbaris dalam kumpulan
di belakang setiap kon (setiap kon ada gambar
perkara yang perlu dilakukan).
3 4
 Terdapat 4 stesen, setiap kumpulan akan melakukan
pergerakan yang ditentukan pada stesen tersebut.

Stesen 1: melantun menggunakan tangan kanan


2 1
sambil berjalan
Stesen 2: melantun menggunakan tangan kanan
sambil mengundur
Stesen 3: melantun menggunakan tangan kiri
sambil berlari anak.
Stesen 4: melantun sambil berlari menggunakan
tangan bebas
Menyejukkan badan Aktiviti Gerak Kendur
(10 minit) 1. Murid membuat regangan berfokuskan kepada
otot yang banyak digunakan semasa melantun
bola secara bergerak.
2. Guru menunjukkan cara diikuti oleh murid.

Gerak kendur
Sesi Refleksi
1. Guru mengimbas kembali isi pelajaran yang telah
disampaikan.
2. Guru bersoal jawab kepada murid berkenaan isi
pelajaran.
3. Guru menceritakan secara keseluruhan
kelemahan yang masih dilakukan oleh murid.
4. Guru menggalakkan murid-murid untuk sentiasa Refleksi
berlatih supaya mampu menguasai setiap
kemahiran yang dipelajari.

You might also like