You are on page 1of 35

TAJUK 1 SEJARAH KADET REMAJA SEKOLAH

Objektif Pelajaran:

i. Menghuraikan latar belakang Sejarah penubuhan


Kadet Remaja Sekolah
ii. Mengenalpasti tujuan penubuhan Kadet Remaja
Sekolah

Sejarah Penubuhan

Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En.
Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan
Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini
dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan
pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA).
Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada
pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk
melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman dan beramal,
berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan
usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah
Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam


Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan
adalah berteraskan Islam sebagai cara kehidupan (ad- deen). Mulai tahun
1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula
menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah
pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Sri Titiwangsa di
bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad
Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad.
Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara
telah menubuhkan KPIM.

Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah


Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu
pertemuan telah diadakan dengan Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin
Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13
September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah
dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk
menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar
pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau
bagairnanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET
REMAJA ISLAM (KRIS)

1
Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah
Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993
dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd
Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada
KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan agar keahliannya terbuka
kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara
Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan teiah
diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Dato’ Seri
Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah
Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

Tugasan :
Dengan menggunakan kreativiti, tunjukkan bagaimana anda
mengenali KRS dari aspek:
1. Latar belakang Pengasas.
2. Sejarah Penubuhan di Malaysia.

RASIONAL PENUBUHAN

1 Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk


melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam.

2 Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah / Tunas KRS dapat


membantu mengatasi masalah salahlaku di kalangan murid-murid
sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah,
budaya lepak dan juvana.

3 Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang


memerlukan satu usaha pembinaan generasi baru secara
komprehensif dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu
daripada semua pihak.

4 Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi


manusia yang berteraskan ilimu dan amal ke arah pembinaan dan
pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan
moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

OBJEKTIF

1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama,


bangsa dan negara.

2 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki


ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta
inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

2
3 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan
kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta
berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional.

4 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan


mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan
demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra.

5 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi


pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan
memimpin.

TUJUAN PENUBUHAN

Tujuan KRS & TKRS ini ditubuhkan ialah:

1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat


perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif
serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia


yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan
pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni
selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi
menjayakan Wawasan 2020.

3 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja


seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.

4 Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi


menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan,
pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

5 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat


cintakan agama, bangsa clan Negara Malaysia.

6 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami,


menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu
memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup
bermasyarakat dan bernegara.

7 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan


kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta
berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

3
TAJUK 2 STRUKTUR DAN ORGANISASI

Objektif Pelajaran:

i. Membuat perbandingan Struktur dan Organisasi KRS


pada peringkat kebangsaan, negeri, daerah,
sekolah, dan kumpulan

ii. Menjelaskan fungsi Majlis Tertinggi KRS

STRUKTUR & ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN

a. Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia


b. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
c. Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah
d. Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah
f. Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah (HEM ) Bahagian
Sekolah
g. Penolong Setiausaha : Dilantik (Dua Orang)
h. Bendahari : Dilantik
i. Ahli-ahli : Pengarah-Pengarah JPN
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
Pengarah Bhg. Dakwah & Kepimpinan
Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional
Pengarah Institut Aminuddin Baki
Tiga ahli dilantik
Dua Wakil Jurulatih KRS
Dua Wakil Jurulatih TKRS
j. Juruaudit : Dilantik

4
STRUKTUR & ORGANISASI PERINGKAT NEGERI

a. Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia


b. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
c. Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri
d. Timbalan Pengerusi : Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan
Kemanusiaan
e. Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum
f. Pen.Setiausaha 1 : Penyelia PPSrg.
Pen.Setiausaha 2 : Pegawai Tadbir KRS
g. Bendahari Kehormat : Dilantik
h. Ahli-ahli : Dilantik Termasuk
Pegawai Pelajaran Daerah
2 Wakil Jurulatih KRS dan
2 Wakil Jurulatih TKRS
Wakil PKPSM dan MGB
i. Juruaudit : Dilantik

STRUKTUR & ORGANISASI PERINGKAT DAERAH

a. Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


b. Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri
c. Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah
d. Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ( SPPK )
e. Setiausaha : Penyelia
f. Pen. Setiausaha : Dilantik
g. Bendahari : Dilantik
h. Ahli : Dilantik Termasuk 2 Wakil
Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS,
Wakil PKPSM dan MGB
i. Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri
j. Juruaudit : Dilantik ( 2 orang )

Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh


pengerusi setiap Jawatankuasa.

5
STRUKTUR & ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH

a. Penaung : Pengarah Pelajaran Negeri


b. Penasihat : PPD
c. Pengerusi : Pengetua / Guru Besar
d. Timbalan Pengerusi : Pen.Kanan Kokurikulum
e. Setiausaha : Dilantik
f. Penolong Setiausaha : Dilantik
g. Bendahari : Dilantik
h. Ahli-ahli : ( 7 orang Dilantik + Ketua Platun KRS/TKRS )
i. Juruaudit (2 orang) : Dilantik di kalangan guru

1 Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oieh penolong


pendaftar sekolah.

2 Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang


hendak menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara
Malaysia.

3 Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada


Jawatankuasa Peringkat Sekolah.

4 Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur


program KRS/TKRS

5 Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk


memantapkan lagi aktiviti KRS/TKRS.

Latihan

Susun struktur dan organisasi peringkat Institut Pendidikan Guru dan


tunjukkan dimana kedudukan anda?

6
TAJUK 3 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

Objektif Pelajaran

i. Menerangkan Prinsip-Prinsip Asas yang menjadi asas


Perlembagaan Kadet Remaja Sekolah
ii. Memupuk rasa bangga dengan menghormati
Lambang, cogan kata, lagu dan bendera Kadet
Remaja Sekolah

PERLEMBAGAAN

Nama dan alamat berdaftar

1 Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama


Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS bagi Sekolah Menengah dan
Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) bagi Sekolah Rendah

2 Alamat berdaftar atau alamat KRS & TKRS:

a. Peringkat Kebangsaan:

Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah,


Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 3 & 4 , Blok E2
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Kuala Lumpur

b. Peringkat Negeri:

Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan

c. Peringkat Daerah:

Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan

d. Peringkat Sekolah:

Sekolah berkenaan.

e. Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh


Jawatankuasa KRS/TKRS dari semasa ke semasa.

7
LOGO

Pengertian logo

1 Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang


tidak sihat.

2 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi


Negara Malaysia.

3 Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan
berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

4 Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi


pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira
keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah
melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

5 Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.

6 Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang


mempertahankan negara yang tercinta.

7 Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak


kedaulatan Negara Malaysia.

8 Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

8
LAGU

Kadet Remaja Sekolah


Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan ilmu iman dan amal

Marilah kita membina peribadi


Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlanagn diri
Sepanjang masa yang berterusan

Remaja sambutlah cabaran


Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang
Remaja berwawasan
Jangan lupa kepada pencipta

Remaja hayati budaya


Ilmu iman dan amal
Kekalkan di hati
Dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah

BENDERA

1 Warna Hijau melambangkan

a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.


b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS.

9
2 Cogan kata KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’

a. ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.


b. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
c. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan
merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

KEAHLIAN

1. Keahlian KRS/TKRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah


kerajaan dan bantuan kerajaan.

2. Ahli bersekutu KRS/TKRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di


institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara

3. KRS/TKRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh
institusi di mana KRS/TKRS itu ditubuhkan.

4. Keahlian KRS/TKRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau
diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti
yang dinyatakan di atas.

5. Keahlian TKRS terbuka kepada semua pelajar tahap II (tahun 4, 5 & 6) di


sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

6. Ahli KRS / tKRS yang bertukar ke sekolah / negeri lain,keahlian asal masih
diterima pakai.

KAWASAN KEGIATAN

1 Kawasan kegiatan meliputi peringkat antarabangsa,


kebangsaan, negeri-negeri dalam Malaysia, Wilayah Persekutuan Malaysia,
daerah-daerah dan sekolah-sekolah.

2 Perkataan Daerah yang tersebut dalam perlembagaan ini


juga bermaksud Jajahan di Negeri Kelantan dan Bahagian di Negeri Sabah
dan Sarawak.

3 Perkataan sekolah yang tersebut dalam perlembagaan ini bermaksud


sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

10
TAJUK 4 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Objektif Pelajaran

i. Mengemaskini rekod keahlian dalam KRS


ii. Membentuk pasukan dan kumpulan
iii. Melantik AJK peringkat pasukan dan kumpulan

PENDAFTARAN

1 Merekodkan maklumat ahli dengan mengisi borang pendaftaran yang


disediakan
2 Membayar yuran pendaftaran keahlian

MEMBENTUK KUMPULAN

1 Mengagihkan ahli kepada beberapa kumpulan platun


2 Membina moto dan matlamat kumpulan

MELANTIK AHLI JAWATANKUASA

1 Melantik AJK induk


2 Melantik AJK kumpulan

Matlamat Aktiviti KRS/TKRS

1 Mementapkan kefahaman tentang peranan pemimpin dalam KRS/TKRS

2 Merealisasi konsep Falsafah Pendidikan Negara sejajar dengan Wawasan


2020

3 Menggalakkan masyarakat turut serta menyumbangkan idea dan tenaga


untuk kemajuan KRS/TKRS

Matlamat Penilaian dan Pengukuran

1 Melahirkan pegawai yang bertanggungjawab kepada amanah yang diberi


sepanjang kursus dijalankan

2 Menilai secara terperinci kejayaan isi kandungan kursus TOT

3 Memupuk semangat sentiasa ingin maju dalam semua bidang yang


diceburi.

11
TAJUK 5 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Objektif Pelajaran

i. Melaksanakan tanggungjawab sebagai


pemimpin pasukan atau kumpulan
ii. Menggunakan pakaian seragam dengan
lengkap dalam setiap aktiviti yang disertai
iii. Melaksanakan aktiviti mengikut takwim dan
perancangan yang telah dibuat
iv. Membuat perancangan yang berkaitan dengan
aspek penialaian dan pentauliahan pangkat
Leftenan Muda KRS

Pakaian Rasmi KRS

1 Lelaki
a. Beret berwarna Sherwood Dark Green.
b. Baju kemeja lengan panjang Sherwood Dark Green.
c. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green.
(Ukuran kaki 40 cm - 46 cm)
d. Tali wisel merah.
e. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan
logo KRS.
f. Spike boot.

2 Perempuan
a. Beret berwarna Sherwood Dark Green.
b. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan
panjang dan warna Sherwood Dark Green.
c. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green.
d. Spike boot.
e. Tali wisel merah.
*Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green.

12
TAJUK 6 DISIPLIN

Objektif Pelajaran

i. Ahli sentiasa patuh kepada peraturan KRS


ii. Menjadi ahli KRS yang mempunyai semangat
patriotik

PERATURAN
1. Memakai Uniform lengkap dalam aktiviti yang formal
2. Menghormati ketua
3. Wajib hadir dalam setiap perjumpaan mingguan
4. Wajib hadir dalam perkhemahan unit beruniform

MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK

Lagu-lagu patriotik

Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja


Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan


Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya


Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu


Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah

13
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang

Sejahtera Malaysia
Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya


Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri

Seia sekata sehati sejiwa


Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara

Bersemarak Malaysia tercinta


Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia

Keranamu Malaysia
Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijaksana

Pakar IT, pakar ekonomi


Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini


Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah


Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

14
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

Keranamu Negara Malaysia


Malaysia...
Terima kasih Malaysia !

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta


Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima


Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji


Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

15
Wawasan 2020

Bendera berkibar di angkasa


Lambang negara gagah
Rakyat sepakat sehati sejiwa
Tekad berbakti dengan megah

Hadapi cabaran masa muka


Penuh tenaga murni
Bakti dicurah searah-sehala
Dengan wawasan yang suci

Wawasan meningkat kemajuan


Tiada lagi kepincangan
Kemewahan rata dirasai
Bersama kita nikmati

Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan

16
TAJUK 7 KEROHANIAN DAN MORAL

Objektif Pelajaran

i. Membaca doa yang berkaitan dalam setiap


aktiviti yang dilaksanakan
ii. Mengambil iktibar daripada kata-kata hikmah
dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan

Doa ketika bangun dari tidur

Maksudnya:Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas


mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

Doa ketika memakai pakaian

Maksudnya:"Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan
memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku".

17
KATA-KATA HIKMAH

1. "Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti


menghadapinya." ~ Albert Camus

2. "Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat
menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu
inginkan." ~ Abdullah Mansur M.H

3. "Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu


bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka." ~
Soekarno

4. "Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia
tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah
darinya" ~ Confucius

5. "Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah
apa yang boleh kamu buat untuk negara." ~ Abraham Lincoln

6. "Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh."
~ Albert Einstein

7. "Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,


merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika
berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah Abdul
Malik bin Marwan

8. "Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya
tetapi tidak ramai boleh menepati masa yang berharga." ~ Dr.
Mahathir Mohamad

9. "Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan." ~ Peribahasa
Arab

10. "Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." ~ Lao Tze

18
TAJUK 8 ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Objektif Pelajaran:
i. Menerangkan tujuan dan prinsip pertolongan
cemas
ii. Boleh membuat anduh dan balutan dengan betul
iii. Mengaplikasikan kemahiran merawat luka dan
gigitan haiwan berbisa dalam kehidupan
seharian

TUJUAN & PRINSIP PC

Asas Bantu Mula

Rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa; sebelum


tibanya bantuan perubatan

Maksud Kecemasan

Sesuatu situasi kritikal yang boleh mengancam nyawa jika tidak diberi
rawatan segera, kesakitan mangsa menjadi lebih serius, lebih mudarat dan
mungkin menyebabkan kematian.

Objektif
a. Menyelamat nyawa
b. Mengelak mangsa cedera lebih serius
c. Mengurangkan kesakitan
d. Menguruskan pemindahan ke hospital

Ciri-ciri Seorang Penyelamat


a. Bertanggungjawab
b. Berjiwa cekal, waras dan tenang
c. Mengamati prinsip keselamatan diri
d. Berpengetahuan dan berkeyakinan
e. Terlatih

PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS


Prinsip – prinsip penting yan patut anda patuhi apabila memberi pertolongan
cemas:
1. Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan.
2. Longgarkan pakaian jika perlu
3. Hentikan darah jika berdarah
4. Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit
5. Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu.
6. Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk atau
mencemaskan berhubung dengan doctor di klinik atau rumah
sakit yang terdekat.

19
ANDUH DAN BALUTAN
Terdapat beberapa jenis anduh, antaranya ialah anduh besar, anduh kecil,
anduh pergelangan tangan dan anduh menaik

LUKA TUSUKAN
Luka tertusuk boleh disebabkan oleh benda-benda tajam seperti jarum,
paku, duri, kaca dan lain-lain. Ia biasanya tidak banyak berdarah melainkan
pembuluh darah yang besar tertusuk. Seelok-eloknya bersihkan luka tersebut
sebelum rawatan diberi. Kemudian balut dengan pembalut yang bersih dan
bawa pesakit kehospital untuk rawatan lanjut.

TERKENA SELUMBAR
Cara merawat:
Cuci bahagian yang terkena selumbar dan Beri tuaman sejuk:
Ambil sehelai kain atau tuala. Lipat mengikut saiz yang dikehendaki
Rendam dalam air sejuk, perah hingga tidak menitik dan tuamkan pada
bahagian yang luka.Tuaman ini haruslah dikenakan pada bahagian cedera
dan diulang-ulangkan membasahkannya supaya sejuk.

MERAWAT LUKA
Luka seperti terpotong, terhiris atau melecet.
Bersihkan luka. Kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang sesuai.. Balut
luka dengan teliti menggunakan kain pembalut kasa yang bersih.

MELECUR
Cuci bahagian yang terbakar atau kene wap itu dengan sabun dan air
hangat. Kemudian sapukan petroleum atau Vaselin dan balut dengan teliti.
Jika terasa amat pedih berilah pesakit 2 pil aspirin dan ulangi setiap 2 jam
bila anggap perlu untuk mengurangkan sakit.

GIGITAN
Digigit Hama rumput
Hama-Hama ini adalah didapati pada rumput panjang, lalang dan
belukar.Gigitannya menyebabkan gatal dan bintat.

Rawatan:
1. Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun
2. Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik
3. Jangan digaru kerana ini menambahkan gatal dan
menyebabkan bengkak.
4. Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau
soda yang tidak terlalu keras atau minyak anti-histamine.

Digigit lintah dan Pacat


Jangan cuba menarik lepas binatang-binatang ini kerana sebahagian dari
sengatnya akan tertinggal pada kulit.
Rawatan:

20
1. Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan
garam untuk melonggarkan gigitan dan menggugurkannya.
2. Bersihkan sekeliling tempat yang digigit itu dengan
methylated spirit.
3. Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau
ammonia yang tidak terlalu keras ataupun dengan minyak
anti-histamine.
4. Tutup dan balut dengan pembalut kering.

Dipatuk Ular
Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada
tempat yang digigit dan bisa.

Rawatan:
1. Jika anggota digigit, tahan perjalanan darah dengan
mengikat dengan kuat akan bahagian sebelah tempat
yang digigit yang pengaliran darah kejantung. Jangan ikan
sehingga pengaliran darah dalam urat nadi terhenti. Anda
haruslah dapat merasa nadi pada pergelangan tangan
atau kaki.
2. Cuci luka itu dengan air yang dicampur dengan potassium
permanganate untuk menawarkan racun yang ada pada
luka.
3. Juntaikan anggota yang tergigit itu dan biarkan darah
keluar dengan memotong ke dalam akan daging yang
digigit dengan pisau yang tajam dan telah dibakar terlebih
dahulu.
4. Longgarkan ikatan ‘tourniquet’ selama ½ minit tiap-tiap ½
jam
5. Biarkan orang yang digigit ular itu bertenang dengan cukup.
6. Beri minuman panas, badan sentiasa dalam keadaan
panas.
7. Jika ia tidak bernafas Bantu pernafasan dan buat
pertolongan dalam pernafasan.
8. Hantar ke rumah sakit yang terdekat
9. Anti-Venin, ubat menawarkan bisa racun gigitan ular dan
hanya boleh diberikan oleh mereka yang terlatih sahaja
untuk membuat suntikkan.
Rawatan kecemasan untuk gigitan ular termasuk menyedut bisa
ular. Ini dapat diadakan dengan mulut sesudah menghiris satu
bentuk X diatas gigitan itu. Buatlah beberapa irisan atas
bahagian yang digigit itu 0.6cm dalamnya supaya darah
mengalir dengan leluasa. Tidak ada bahayanya jikalau tidak
ada luka pada mulut anda. Bisa itu tidak beracun meskipun
tertelan.

21
TAJUK 9 AsasPertolonganCemas
 Melecur, pitam, patah
 Keracunan, terseliuh

Pitam
Adalah disebabkan oleh:
1 Tidak cukup gantian udara di dalam bilik
2 Terlalu lapar atau terlalu kenyang
3 Mendapat khabar yang mengejutkan
4 Darah keluar terlalu banyak
5 Melihat kejadian yang ngeri atau mencium bau yang busuk.

Tanda:
Mukanya pucat, pening, denyutan nadi lemah dan bernafas
dengan deras.

Cara mengatasi:
1. Longgarkan pakaiannya pada leher, dada dan pinggang.
2. Dudukkan dan bongkokkan kepalanya masuk ke celah lutut
atau baringkan.
3. Beri cukup udara atau mengipas
4. Jika sedar beri minuman panas
5. Berehat ditempat yang redup jika diluar rumah.
Jika disebabkan oleh lapar beri makanan yang ringan dahulu
seperti biskut dan roti.

Pengsan
Pengsan atau tidak sedarkan diri, selalunya disebabkan oleh fungsi saraf
otak yang tidak berjalan dengan betul. Ini boleh disebabkan oleh:
6 Kekurangan darah dalam otak, pitam, rebah, terkejut atau
terlalu panas.
7 Kekurangan oksigen dalam darah apabila pernafasan
tergendala.
8 Otak tercedera
9 Penyakit dalam otak.

Cara merawat:
1. Jika mukanya merah, angkatkan muka dan bahunya. Jika
mukanya pucat baringkan ia.
2. Bubuh benda yang lembut di bawah kepalanya
3. Tahankan semua darah yang keluar, melainkan darah keluar
dari telinga.
4. Longgarkan pakaiannya dileher, dada dan dipinggang

22
5. Beri kemudahan supaya ia dapat bernafas dengan senang
iaitu kepala dipalingkan, lehernya lurus, dagu terkedepan,
mulut tidak digalang, buangkan buih atau darah daripada
mulutnya dan tanggalkan gigi palsunya jika ada.
6. Jika ia bernafas dengan kuat, baringkan pesakit itu secara
terlangkup.
7. Elakkan daripada dikerumun, letakkan ditempat yang
laqpang dan banyak udara.
8. Selimutkan tetapi jangan terlalu panas.
9. Jangan diberi makan atau minum selagi belum sedar.
10. Panggil doctor dengan segera.

KERACUNAN
Termakan Buah Beracun
Buat ia muntah supaya keluar racun itu daripada badannya dengan segera
iaitu dengan cara:
a) Menjuluk tekaknya dengan jari
b) Beri ia segelas air panas yang bercampur dengan
dua camca garam, selepas tiap-tiap 5 minit sehingga
ia muntah.
c) Bawa pesakit ke doctor dengan segera
d) Kalau boleh tunjukkan muntah itu pada doctor.
Terseliuh
Adalah disebabkan sendi terpusing menjadikan urat-urat tisu koyak akan
tetapi tulang tidak terkucil.
Tanda : Bengkak di sekeliling sendi dan sakit pada sendi
itu. Sakit bertambah bila anggota digerakkan.
Merawat :
1. Balut kaki tinggalkan jari-jari terbuka. Balut dengan pembalut
panjang mengikut angka 8.
2. Basahkan pembalut itu dengan air sejuk
3. Bawa pesakit ke doktor
4. Elakkan memijak dengan kaki yang cedera

23
TAJUK 10 AsasPertolonganCemas
 Pemulihan pernafasan

PEMULIHAN PERNAFASAN

Memulihkan Pernafasan dengan cara “Mulut ke Mulut” atau CPR


Dalam keadaan tidak sedarkan diri, pesakit terbaring terlentang. Lidahnya
mungkin tertarik ke belakang dan menghalang saluran udara.
Jika pesakit itu tidak bernafas, baringkan terlentang dan angkatlah
dagunya, kepalanya ditekan arah ke belakang. Keadaan ini lidahnya akan
bergerak keatas lalu membukakan saluran udara.

Lekapkan bibir anda disekeliling mulut pesakit. Sementara itu menutup


lubang hidung pesakit dengan pipi anda, anda terpaksa memicit lubang
hidungnya dengan jari. Hembuskan udara masuk paru-parunya dan pastikan
dadanya naik, kemudian lepaskan mulut anda. Penghembusan nafas ini
hendaklah dilakukan dengan kadar sepuluh kali seminit. Usaha ini akan
mengembangkan paru-paru dan menolong mengembalikan pernafasan.

24
Asas Kawat Kaki
TAJUK 11
 Kawat kaki
 Bahasa Hukuman
 Pergerakan & Formasi kawat

SIFAT-SIFAT SESEORANG JURULATIH KAWAT


Seseorang jurulatih kawat hendaklah mempunyai sifat-sifat pemimpin dan
pendidik seperti berikut :

i. Kesabaran menghadapi sesuatu.


ii. Ketabahan hati dan semangat yang bersungguh-sungguh.
iii. Mempunyai kemahuan untuk maju.
iv. Bertanggungjawab.
v. Berperikemanusiaan.
vi. Taat setia yang tidak berbelah bahagi.
vii. Tahu semua pergerakan dan pandai membetulkan kesalahan.
ix. Memuji dan menegur kesalahan.
x. Bijak menyelesaikan sesuatu masalah.
xi. Berpakaian kemas dan bersih yang boleh dicontohi dan diteladani.
xii. Mempunyai mutu disiplin yang tinggi.

BAHASA HUKUMAN

Bahasa hukuman yang jelas lagi tepat akan menghasilkan kawat yang
baik. Semua jurulatih hendaklah mahir dengan bahasa hukuman.
Bahasa hukuman itu terbahagi kepada dua iaitu "Bahasa amaran" dan
bahasa perbuatan ". Kedua-duanya hendaklah diberi dengan lantang dan
terang.

Dalam buku panduan ini, semua bahasa hukuman sama ada "bahasa
amaran" atau "bahasa perbuatan" dicetak dengan huruf tebal. Tanda titik-
titik digunakan bagi memisahkan kedua-dua perkataan ini.

Setiap bahasa hukuman, hendaklah ada berhenti seketika (”pause”) antara


" bahasa amaran " dan "bahasa perbuatan" pada setiap kali hukuman
diberi. Kadar masa berhenti seketika (“pause” ) tidak dapat ditentukan
kerana perkataan hukuman antara satu sama lain berbeza; ada yang "
masa cepat " dan ada pula yang " masa perlahan ".
Jika perlu kembali semula kepada kedudukan asal, maka hukumannya ialah
"Semula".

25
Biasakan memberi hukuman dengan suara yang kuat dan lantang. Seorang
jurulatih hendaklah tegas. Suara yang kuat dan lantang serta tegas akan
memberi dua kesan; pertama setiap bahasa hukuman yang diberi
merupakan latihan. Kedua bahasa hukuman jika dibuat seperti berbual
sahaja akan hilang ketegasannya dan akan menyebabkan kawat itu rosak .

MASA BAGI BAHASA HUKUMAN


Jadual di bawah ini menunjukkan pada kaki manakah patut diberi "bahasa
perbuatan". Sebagai panduan, jarak masa ”bahasa amaran” diberi dengan
kadar empat langkah semasa cepat jalan atau tiga langkah semasa
perlahan jalan. Setiap ”bahasa perbuatan” diberi apabila kaki kiri menjejak
ke bumi kecuali diterangkan cara lain dalam jadual ini.

MASA MEMBERI BAHASA HUKUMAN


BAHASA HUKUMAN HUKUMAN DIBERI SEMASA HUKUMAN DIBERI SEMASA
CEPAT JALAN PERLAHAN JALAN
HENTI
DALAM MASA SEMASA KAKI KIRI JEJAK KE SEMASA KAKI KANAN
BERJALAN TANAH MELALUI KAKI KIRI

CEPAT JALAN CEPAT ATAS KAKI KANAN


DAN JALAN ATAS KAKI KIRI

TUKAR LANGKAH CEPAT ATAS KAKI KANAN


CEPAT.......CEPAT JEJAK KE TANAH DAN
JALAN JALAN ATAS KAKI KIRI
JEJAK KE TANAH

KEKANAN PUSING SEMASA KAKI KIRI SEMASA KAKI KANAN


JEJAK KE TANAH MELALUI KAKI KIRI

KE KIRI PUSING SEMASA KAKI KANAN SEMASA KAKI KIRI MELALUI


JEJAK KE TANAH KAKI KANAN

HENTI SEMASA KAKI KANAN SEBELUM KAKI KANAN


(Semasa hentak kaki) JEJAK KE TANAH JEJAK KE TANAH
MAJU SEMASA KAKI KIRI SEBELUM KAKI KIRI
(Semasa hentak kaki) JEJAK KE TANAH JEJAK KE TANAH
TUKAR LANGKAH TUKAR ATAS KAKI KANAN TUKAR ATAS KAKI KANAN
MASA BERJALAN DAN LANGKAH ATAS KAKI DAN LANGKAH ATAS KAKI
TUKAR LANGKAH KIRI KIRI MELALUI KAKI KANAN
TUKAR LANGKAH SEMASA KAKI KANAN JEJAK
PERLAHAN-PERLAHAN KE TANAH
JALAN
BUKA/TUTUP BARISAN SEMASA KAKI KIRI SEMASA KAKI KANAN
SEMASA BERJALAN JEJAK KE TANAH MELALUI KAKI KIRI
HORMAT SEMASA KAKI KIRI SEMASA KAKI KANAN
26
JEJAK KE TANAH MELALUI KAKI KIRI

Asas Kawat Kaki


TAJUK 12


 Pergerakan & Formasi kawat

PERGERAKAN & FORMASI KAWAT

KAWAT STATIK

BAHAGIAN SATU
SEDIA
Hukumannya :

"Skuad ..............Sedia"

Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di
sebelah kaki kiri supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah
kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah; kedua-
dua lutut bertahan lurus; badan tegak; timbang keberatan badan antara
tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang
(supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua
tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke badan ; pergelangan
tangan lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus
menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit
daripada penjahitan seluar; langut kepala memandang terus ke hadapan.
(Sila lihat gambar 1)

Kesalahan Biasa
1. Kedudukan yang terlalu kaku dan menyukarkan pernafasan.
2. Berdiri tidak tetap serta mata bergerak.

27
3. Kaki dan badan tidak lurus ke hadapan serta tumit tidak rapat.
4 Tangan bengkok dan terjulur ke hadapan.
5. Belakang tangan menghala ke hadapan atau pergelangan tangan
mengerekot.
6. Badan senget ke kiri atau ke kanan dan bahu tidak sama rata.
7. Tidak memandang (200 meter) ke hadapan
8. Tunduk atau mendongak.
9. Semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapat dua bunyi.

Ingatan:
Beri hukuman supaya bersedia sebelum "Skuad ..............Sedia".

BAHAGIAN II
SENANG DIRI

Hukuman :

"Senang ..................Diri"

Perbuatan :

Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah
kanan sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke
belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan
kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi , siku
lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki
kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak.

(Gambar 2 dan 3).

Kesalahan Biasa :

1. Siku bengkok;
2. Lutut tidak tegap dan tiada bertahan;
3. Tiada bawa kaki kanan ke kanan cukup jarak 12 inci;
4. Menggerakkan kaki kanan menyebabkan rosak lurus barisan;

28
5. Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kiri;
6. Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu.
7. Bahu jatuh dan badan mengenjut.

BAHAGIAN III
REHATKAN DIRI
Hukuman :

"Rehatkan ................Diri"

Perbuatan:
Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang
dalam satu pergerakan dan rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat )
.Kedudukan kaki tidak berubah.

Kesalahan biasa :

1. Kedua tapak kaki bergerak , menyebabkan hilang lurus barisan;


2. Menggeliat dan bercakap-cakap.

Ingatan :
Dalam keadaan "Rehatkan ....... Diri" , Skuad dibenarkan melakukan
pergerakan setakat pinggang ke atas sahaja.

Apabila dapat perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan


senang diri.

BAHAGIAN IV
MASUK BARIS

Arahan masuk baris :

"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di


hadapan saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga
barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di mana saya mengadap. Faham itu
skuad".

Hukuman :

"Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak"

29
Perbuatan :
Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam
tiga barisan kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang
mestilah mengambil tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah dan
barisan belakang. Jarak di antara satu barisan dengan yang lain ialah 30
inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang dengan yang lain ialah
sekadar satu tangan dan dalam keadaan sedia.

Kesalahan Biasa :
1. Datang berbaris tidak berlari
2. Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum berlari.
3. Bercakap-cakap;
4. Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulati

BAHAGIAN V
MEMBETULKAN BARISAN

Hukuman:

" Ke kanan ............ Lurus"

Perbuatan:
Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan
angkat kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus
dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan
muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap
barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat
tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari
genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu
anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1), diikuti dengan
hentak kaki ”pendek – pendek” sehingga barisan lurus.

Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan


tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar
menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah
berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah
barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan.

*julur

Hukuman:

''Pandang.............depan''

Perbuatan:
Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan ke sebelah rusuk serentak
dengan pantas.

30
Hukuman:

”Ke Kiri…… Lurus”

Hukuman ini diberi apabila skuad menghadap ke belakang dan penanda


berada di sebelah kiri.
Perbuatannya adalah sama dengan ke kanan lurus kecuali semua anggota
akan palingkan muka ke kiri dan angkat tangan kiri. Penanda di sebelah kiri
hendaklah diam.

Kita boleh memberi nombor sama ada dari kiri atau kanan.

Kesalahan Biasa :

1. Melompat dengan kedua-dua kaki dalam satu masa;


2. Kaki dan bahu tidak sama rata ke hadapan dan badan condong depan
semasa mengambil lurus;
3. Pinggang lemah semasa kaki bergerak;
4. Jarak dan bersetentang tidak betul;
5. Badan dan kepala tidak tegak semasa mengambil lurus;
6. Turun tangan lambat dan siku bengkok.
7. Menepuk peha ketika menjatuhkan tangan.

Hukuman :

"Luruskan ............ Barisan"

Perbuatan :

Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan,


cuma hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak
betulkan barisan. Apabila barisan telah lurus , turunkan tangan dan
palingkan muka ke depan dalam masa sendiri. Barisan tengah dan barisan
belakang hendaklah mengikuti anggota hadapan.

BAHAGIAN VI
NOMBOR

Permulaan pelajaran, skuad hendaklah dinomborkan supaya


menyenangkan jurulatih memanggil anggota. Dari itu memadai dengan
memanggil “Nombor.......... barisan ..................” saja. Anggota juga tahu
kedudukannya dalam skuad.

Hukuman :

31
" Dari kanan ...........Nombor"

Perbuatan :
Barisan yang di hadapan sahaja yang membilang nombor dengan pantas
dari kanan ke kiri. Anggota yang di sebelah kanan sekali bilang "satu" , yang
lain mengikut bilang "dua" dan seterusnya sehingga habis.

Kesalahan Biasa :
1. Tidak mengira nombor dengan cepat.
2. Bilang nombor dengan suara perlahan.
3. Lupa nombor masing-masing.

Ingatan :

Apabila anggota telah tersalah bilang, hendaklah diberi hukuman "Semula" ,


kemudian ulang balik daripada anggota pertama.

32
TAJUK 13 Istiadat (2 Jam)
 Istiadat Perhimpunan
 Istiadat Melantik
 Istiadat Meningkat Naik
 Istiadat Penyampaian Lencana
 Istiadat Bendera

33
TAJUK 14 Orientasi Kurikulum UB di Sekolah Rendah
 Program UB di sekolah rendah
 Merancang program
 Program jangka pendek dan panjang
 Skim Latihan
 Refleksi Mikro Kokurikulum
 Pesanan, galakan dan motivasi
 Cintakan pertubuhan Sukarela

34
Orientasi Kurikulum UB di Sekolah Rendah
TAJUK 15  Program UB di sekolah rendah
 Merancang program
 Program jangka pendek dan panjang
 Skim Latihan
 Refleksi Mikro Kokurikulum
 Pesanan, galakan dan motivasi
 Cintakan pertubuhan Sukarela

1. Ujian Bertulis 40%


PENTAKSIRAN 2. Tugasan 60%

35

You might also like