You are on page 1of 5

KERTAS KERJA KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI KRUIT, SUNGKAI, PERAK 2010

1. PENGENALAN

Pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta penyerapan nilai murni
supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia. Proses
pendidikan ini merupakan proses secara berterusan sepanjang hayat. Bersesuaian dengan prinsip
perkembangan profesionalisme huru, usaha lebih berkesan melalui Latihan Dalam Perkhidmatan perlu
digembleng bagi meningkatkan pengetahuan,kemahiran dan kecekapan guru terlatih secara berterusan
untuk membangunkan diri bagi menghadapi perubahan dalam dunia pendidikan yang penuh cabaran.
Sehubungan dengan itu Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kali ini yang dijalankan
dengan kerjasama pihak Pusat Kokurikulum Daerah Batang Padang yang bertajuk “Pendedahan
Pendidikan Luar Dikalangan Guru” adalah sangat penting bagi membina motivasi dan jati diri bagi
menghadapi dunia perguruan yang penuh mencabar pada masa kini dan akan datang. Selain itu juga,
dengan berjalannya LADAP berkenaan adalah diharapkan semua guru dapat menjayakan gagasan
Perdana Menteri iaitu 1 Malaysia.

2. RASIONAL

Rasional kursus ini adakan adalah sebagai asas kepada usaha untuk membangunkan sistem pendidikan
yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangan potensi guru sepenuhnya dan seterusnya
dapat memenuhi hasrat Gagasan 1 Malasia khususnya dan wawasan Jabatan Pelajaran Perak iaitu
Komuniti Berilmu Perak terbilang amnya serta bagi menjayakan aspirasi pendidikan negara iaitu Guru
Berkualiti Pemangkin Kegemilangan.

3. OBJEKTIF

Di antara objektif yang ingin di capai dalam LADAP kali ini ialah seperti berikut :

3.1 Meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengurusan yang cekap, tepat dan bersistem.
3.2 Memberikan ilmu pengetahuan kepada guru tentang pengurusan kokurikulum.
3.3 Meningkatkan kefahaman para guru tentang aplikasi markah 10% kokurikulum ke IPTA
3.4 Memberikan pendedahan tentang konsep “Pendidikan Luar Dalam Konteks Pendidikan
Negara” kepada semua guru.
3.5 Memberikan pendedahan kepada guru tentang menguruskan program pendidikan luar
dengan cara yang selamat.
.

4. SUMBER KEWANGAN.

LADAP kali ini adalah dijalankan dengan menggunakan sumber kewangan daripada
sumbangan Kelab Guru sekolah
5. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Harga/Orang


1 Makanan untuk 51 orang guru X RM 5.00 RM 255.00
JUMLAH RM 255.00

6. JAWATANKUASA PELAKSANA

6.1 Pengerusi : Pn.Natasya Chew Bt Abdullah


Pengetua SMK Sungai Kruit,Sungkai

6.2 Timbalan Pengerusi : En.Mohammad Abdul Aziz bin Mohd Salleh


PK Pentadbiran SMK Sungai Kruit,Sungkai

6.3 Setiausaha: : En.Khairil Majdi bin Abdullah


Ketua Bidang Kemanusiaan SMK Sungai Kruit,Sungkai

6.4 Ahli Jawatankuasa : Hj.Khairul Anuar bin Shahaluddin (PK HEM)


Pn. Zuraidah bt Samsuddin (PKKokurikulum)
En.Mohamad Ihsan bin Ramli (Penyelaras ICT)
Pn.Kasinap bt Md Salleh (Ketua Bidang Bahasa)
Pn.Hajah Zaleha bt Abd Wahab(Ketua Bidang Sains)
En. Ahmad Zaini bin Sulong (Ketua Bidang Votek)
Pn.Noraini bt Aris (Kaunselor)
Pn.Suzilawati bt Zahari (Kaunselor)
Pn.Nurul Azuin bt Mustapha (Guru Data)
Pn. Noraini bt Najri (Pengerusi kelab guru)
Pn.Azizah bt Mohd Salleh (Guru Media)

7. TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN

Tarikh : 23 Oktober 2010


Masa : 8.00pagi -2.15 petang

8. TEMPAT

Pusat Kokurikulum Daerah Batang Padang, Sungai Klah, 35600 Sungkai Perak.

9. TAJUK

Pendedahan Pendidikan Luar Dikalangan Guru SMK Sungai Kruit


10. PENCERAMAH

Nama : En. Mohd Mokhtar Bin Zulkifli


Jawatan : Penolong Pengarah Kejurulatihan
Majikan : Pusat Kokurikulum Negeri Perak
Jabatan Pelajaran Perak
32300 Pangkor, Perak.

11 ATUR CARA KURSUS

8.00-8.10 pg : Pendaftaran
8.10-8.15 pg : Taklimat Am
8.15-8.30 pg : Pengenalan Perhimpunan Pagi
8.30-9.00 pg : Senamrobik
9.00-9.05 pg : Persediaan ceramah
9.05-0.10.35 pg : Ceramah
Tajuk :Pendedahan Pendidikan Luar
Penceramah : En. Mohd Mokhtar Bin Zulkifli
Penolong Pengarah Kejurulatihan
Pusat Kokurikulum Negeri Perak
Jabatan Pelajaran Perak
Pangkor, Perak.
10.35-10.45 pg : Rehat
10.45-11.25 pg : Taklimat aktiviti dan alatan Flying Fox dan
prosedur keselamatan dan peralatan
11.15-1.00 ptg : Aktiviti Flying Fox berjalan
1.00-1.30 ptg : Makan tengah hari

11. PENUTUP.

Adalah diharapkan kursus ini dapat menambahkan ilmu semua guru dan meningkatkan motivasi dan
mendatangkan manfaat kepada semua serta diberkati Allah SWT.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………. …………………………………..
(PN. ANIDA BINTI MOHD YASIN) (KHAIRIL MAJDI ABDULLAH)
Penyelaras LADAP 2010 Setiausaha LADAP 2010,
SMK Sungai Kruit, SMK Sungai Kruit,
35600 Sungkai, 35600 Sungkai,
Perak. Perak.

Disahkan oleh,

…………………………………………………
(PN. NATASYA CHEW BINTI ABDULLAH)
Pengetua
SMK Sungai Kruit,
35600 Sungkai,
Perak.

,
KERTAS KERJA KURSUS
PENINGKATAN PROFESIONALISME
KEGURUAN FASA 1 TAHUN 2010
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
SUNGAI KRUIT,
35600 SUNGKAI,
PERAK DARUL RIDZUAN

You might also like