You are on page 1of 3

TERMA RUJUKAN

JAWATANKUASA PENGURUSAN KEMUDAHAN SUKAN KOLEJ


KOLEJ MATRIKULASI LABUAN

1. Kuasa
Punca kuasa untuk melaksanakan fungsi jawatankuasa adalah berdasarkan
lantikan pada 1 Ogos 2017.

2. Objektif
Memastikan setiap urusan berkaitan kemudahan sukan kolej ditadbir urus
dengan baik

3. Fungsi
3.1. Memastikan fasiliti kemudahan sukan kolej berada dalam kondisi yang
baik .
3.2. Mengurus segala urusan pinjaman kemudahan sukan kolej.
3.3. Melapor sebarang kerosakan kemudahan dengan kadar segera.
3.4. Memastikan aliran keluar masuk alatan sukan dipatuhi / direkod.
3.5. Memastikan alatan sukan mencukupi.
3.6. Menyediakan laporan berkaitan (jika perlu)

4. Keahlian Jawatankuasa
Ahli Jawatankuasa terdiri daripada tujuh (7) orang ahli iaitu:
1. Pengerusi : Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar
Masah Bin Abu Mansor
2. Penyelaras : Hamidun Bin Norsidi
3. Setiausaha : Karmila Binti Karlam
4. Penyelaras Padang dan Astaka : Asrul Bin Kamarul Zaman
5. Penyelaras Gelanggang Sukan : Mohd Zammuarey Bin Jusoh
6. Penyelaras Dewan Mutiara : Lim Keng Cheian
7. Penyelaras Stor dan Alatan Sukan : Ahmad Faddilah Bin Mohd Satneh

5. Pelantikan
Pelantikan adalah merujuk kepada jawatan dan ketetapan pengurusan
organisasi kolej dari semasa ke semasa.

6. Tempoh pelantikan
Bermula 1 Ogos 2017 sehingga 31 Disember 2019.
7. Pelucutan sebagai Ahli Jawatankuasa
Keahlian akan dilucutkan serta merta apabila tidak lagi memegang jawatan
berkaitan.

8. Kuorum
Kuorum bagi mesyuarat jawatankuasa ini sekurang-kurangnya 2/3 daripada
jumlah keahliannya.

9. Mesyuarat
Pengerusi mesyuarat hendaklah menentukan tarikh, tempat dan agenda yang
perlu dibincangkan. Pertimbangan bagi penetapan mesyuarat adalah
berdasarkan perbincangan dengan penyelaras.

10. Pengerusi Mesyuarat


10.1 Pengerusi , jika ia hadir, hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat
Jawatankuasa;
10.2 Jika Pengerusi tidak hadir pada sesuatu mesyuarat Jawatankuasa atau
sebahagian darinya, maka selama ia tidak hadir itu mesyuarat hendaklah
dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi;
10.3 Sekiranya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi pada masa itu tidak hadir,
maka Penyelaras akan mempengerusikan mesyuarat.

11. Kekerapan Mesyuarat


Mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya dua (2) kali setiap semester atau
mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

12. Undangan Mesyuarat


Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana individu yang bukan ahli untuk
menghadiri mesyuarat atau untuk pertimbangan dan penelitian jawatankuasa
bagi memberi nasihat tentang apa-apa perkara yang dibincangkan.

13. Notis Mesyuarat


Notis bagi sesuatu mesyuarat hendaklah disampaikan secara bertulis atau
secara elektronik oleh setiausaha kepada ahli-ahli jawatankuasa selewat-
lewatnya tujuh (7) hari sebelum tarikh yang ditetapkan bagi mesyuarat itu atau
mengikut keperluan.

14. Pencatat
Mana-mana ahli mesyuarat boleh dilantik sebagai pencatat.
15. Tanggungjawab Setiausaha
15.1. Menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat;
15.2. Mencatat minit mesyuarat;
15.3. Menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat tujuh (7) hari selepas
mesyuarat;
15.4. Menguruskan mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa;
15.5. Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail;
15.6. Menyediakan laporan, taklimat dan memaklumkan kepada semua pihak
yang berkenaan mengenai pengurusan jawatankuasa;
15.7. Melakukan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan
Penyelaras.

16. Tanggungjawab Ahli


Semua ahli Jawatankuasa hendaklah menjalankan tugas bagi semua perkara
seperti berikut:-

i. Menghadiri mesyuarat yang telah ditetapkan. Sekiranya tidak dapat hadir,


ahli perlu memaklumkan Setiausaha sehari sebelum mesyuarat diadakan.
ii. Memberi sumbangan idea dan buah fikiran atas perkara yang
dibincangkan
iii. Mengambil maklum tindakan yang perlu dilaksanakan seperti yang
diputuskan dalam mesyuarat.
iv. Mengambil tindakan segera dan menyiapkan tugasan menepati tempoh
masa yang telah diputuskan dalam mesyuarat.
v. Melakukan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan
Penyelaras.

17. Tarikh Kuat Kuasa


Terma rujukan ini berkuat kuasa pada 1 Ogos 2017.

18. Penutup
Terma rujukan ini tertakluk kepada sebarang pindaan dari semasa ke semasa.

You might also like