You are on page 1of 4

PERLEMBAGAAN KELAB/PERSATUAN

( PERATURAN-PERATURAN KELAB/PERSATUAN)

PANDU PUTERI TUNAS


SEKOLAH KEBANGSAAN GARLAND

1. Nama dan alamat

1.1 Pasukan pakaian seragam ini dikenali dengan nama Pandu Puteri Tunas, Sekolah
Kebangsaan Garland.
1.2 Alamat berdaftar Pandu Puteri Tunas adalah seperti berikut:
Pandu Puteri Tunas, Sekolah Kebangsaan Garland, Jalan Batu
Kawa, 93250 Kuching, Sarawak.

2. Matlamat

2.1 Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyuluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3. Objektif

3.1 Supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pandu Puteri Tunas)
dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu PPT dan memupuk nilai
bertanggungjawab dan disiplin diri.
3.2 Ahli-ahli Pandu Puteri Tunas akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap
yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian
kecekapan yang diikuti.

4. Keahlian

4.1 Dibuka kepada semua murid Tahun 4, 5 dan 6 sekolah ini.


4.2 Permohon menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang permohonan yang
disediakan.
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada perlembagaan dan
akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

5. Pendaftaran

5.1 Keahlian didaftarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pandu Puteri Tunas Cawangan
Kuching, Sarawak dengan yuran dikenakan sebanyak RM3.00 setiap ahli.

6. Guru penasihat

6.1 Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.


6.2 Guru penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan perlaksanaan
sesuatu aktiviti.
6.3 Guru penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalakan.

7. Ahlli Jawatankuasa

7.1 Dilantik semasa mesyuarat pemilihan jawatankuasa.


7.2 Ahli yang hadir layak dicalon sebagai ahli jawatankuasa.
1
PERLEMBAGAAN KELAB/PERSATUAN
( PERATURAN-PERATURAN KELAB/PERSATUAN)

PANDU PUTERI TUNAS


SEKOLAH KEBANGSAAN GARLAND

7.3 Ahli yang tidak hadir semasa mesyuarat pemilihan jawatankuasa tetapi berminat untuk
dicalon sebagai ahli jawatankuasa perlu menulis surat kepada guru penasihat
menyatakan hasrat untuk dicalonkan. Guru penasihat akan menimbang permohonan
tersebut dan membenarkan ahli dicalonkan jika didapati ada sebab-sebab munasabah
ketidakhadiran ahli semasa mesyuarat pemilihan jawatankuasa.
7.4 Pemilihan ahli jawatakuasa adalah secara undian.
7.5 Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
7.6 Ahli jawatankuasa yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada guru penasihat.
7.7 Ahli jawatankuasa persatuan hendaklah terdiri:
7.7.1 Pengerusi
7.7.2 Naib Pengerusi
7.7.3 Setiausaha
7.7.4 Penolong Setiausaha
7.7.5 Bendahari
7.7.6 Penolong Bendahari
7.7.7 Lima (5) orang ahli jawatankuasa

8. Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa

8.1.0 Pengerusi
8.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggunjawab tas kesempurnaan
semua mesyuarat.
8.1.2 Meniliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
8.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa
ke semasa.

8.2 Naib Pengerusi


8.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab diberi
8.2.2 Mempengerusi mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
8.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa
ke semasa.

8.3 Setiausaha
8.3.1 Mengurus hal-hal surat menyurat.
8.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mensyuarat /laporan kegiatan-kegiatan.
8.3.3 Mencatat/merekod kehadiran ahli.
8.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan/kelab.
8.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

8.4 Penolong Setiausaha


8.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tanggungjawabnya.
8.4.2 Menjalankan tugas-tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
8.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
2
PERLEMBAGAAN KELAB/PERSATUAN
( PERATURAN-PERATURAN KELAB/PERSATUAN)

PANDU PUTERI TUNAS


SEKOLAH KEBANGSAAN GARLAND

8.5 Bendahari
8.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan/kelab.
8.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
8.5.3 Menyedia penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
8.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
8.5.5 Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dibentang dalam mesyuarat
agung.
8.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

8.6 Penolong Bendahari


8.6.1 Menjalankan tugas-tugas bendahari sewaktu ketiadaan bendahari.
8.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

8.7 Ahli Jawatankuasa


8.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
8.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
8.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

9. Kewangan

9.1 Sumber utama kewangan persatuan/kelab adalah melalui Peruntukan Geran


Perkapita Sekolah (PCG) dan PIBG.
9.2 Persatuan/kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
9.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh
dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
9.4 Pengeluaran/perbelanjaan yang menggunakan simpanan dalam akaun subsidiari
pengakap dalam akaun sekolah boleh dibuat dengan mengisi Borang Nota Minta oleh
guru penasihat.

10. Kehadiran/Penyertaan

10.1 Ahli persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua mesyuarat/perjumpaan/aktiviti


yang dijalankan oleh persatuan/kelab sepanjang tahun.
10.2 Ahli persatuan/kelab yang tidak dapat hadir ke mesyuarat/perjumpaan/aktiviti kerana
ada sebab-sebab munasabah perlu menulis surat kepada guru penasihat.
10.3 Ketidakhadiran ke mesyuarat/perjumpaan/aktiviti akan menjejaskan markah yang
diperolehi di bawah Aspek Kehadiran Penilaian Aktiviti Kokurikulum Pelajar.

11. Aktiviti

11.1 Dijalankan seperti yang dirancangkan dalam perjumpaan pertama atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
3
PERLEMBAGAAN KELAB/PERSATUAN
( PERATURAN-PERATURAN KELAB/PERSATUAN)

PANDU PUTERI TUNAS


SEKOLAH KEBANGSAAN GARLAND

12. Peraturan-peraturan

12.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.


12.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli
12.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib

13. Tindakan disiplin

13.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab dan tidak
Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
13.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut :
13.2.1 amaran lisan
13.2.2 amaran bertulis

14. Pindaan Perlembagaan

14.1 Mana-mana bahagian dalam pelembagaan ini sah sehingga ia dipinda.


14.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, guru
Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
14.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat ahli jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan melulukan jika perlu.
14.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamer dan disahkan oleh guru
besar.

15. Pembubaran persatuan/kelab

15.1 Guru besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan/kelab jika didapati melanggar
perlembagaan atau Akta Pendidikan 1996.

16. Hal-hal lain

16.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
16.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

Perlembagaan ini terakhir dipinda pada ________________________ (tarikh)

______________ _____________ ______________


( ) ( ) ( )
Setiausaha Pengerusi Guru Penasihat

You might also like