You are on page 1of 9

SISTEM TENAGA

Senaman sama ada secara kompetatif atau rekreasi memerlukan penguncupan otot skeletal
secara berterusan. Keupayaan otot untuk terus menguncup dan memanjang banyak bergantung
kepada bekalan tenaga dalam otot yang bertindak sebagai bahan pembakar kepada proses
penguncupan otot.
Manusia, sama ada semasa aktif atau berehat, sentiasa menukar tenaga dari satu bentuk kepada
bentuk yang lain. Umpamanya di dalam permainan badminton, tenaga digunakan untuk
mengekalkan aktiviti otot ketika membuat pukulan smesy dan mengawal gelanggang. Begitu juga
di dalam aktiviti berlari dan melompat dan pergerakan yang memerlukan koordinasi dan
imbangan di mana tenaga diperlukan secara berterusan.
Tenaga dibebaskan bila bahan kimia yang kaya dengan tenaga yang dipanggil adenosine
triphosphate (ATP) dipecahkan kepada yang lebih kecil yang dipanggil adenosine diphosphate
(ADP). Sel-sel di dalam badan tidak akan mengambil nutriet yang terdapat di dalam makanan
untuk mendapat bekalan tenaga dengan serta-merta. Sebaliknya, ATP yang tersimpan di dalam
sel-sel otot, merupakan bahan bakar yang digunakan untuk mengeluarkan tenaga segera.

1
Walaupun ATP merupakan pembekal tenaga kepada semua sel, bekalannya adalah terhad dan
hendaklah dibina secara berterusan untuk memberi bekalan yang berpanjangan. Terdapat tiga
sistem asas di mana ATP boleh dibekalkan ke sel-sel otot untuk menghasilkan penguncupan dan
pergerakan. Dua daripadanya tidak memerlukan oksigen dan dipanggil sistem anaerobik. Sistem
yang ketiga memerlukan oksigen dan dipanggil sistem aerobik. Sistem anaerobik dipecahkan
kepada dua iaitu sistem ATP-PC dan sistem asid laktik.

2
Sistem ATP-PC

ATP di dalam otot dan satu lagi bahan kimia yang kaya
dengan tenaga yang dipanggil phosphocreatine (PC)
bersama-sama membekalkan tenaga yang cukup untuk
usaha maksima antara 5-10 saat. Hanya sebahagian
kecil ATP disimpan di dalam sel-sel otot dan ia perlu dibina semula untuk mengelakkan daripada
kehabisan. PC yang juga tersimpan di dalam sel-sel otot membantu membina semula ATP.
Simpanan PC di dalam sel-sel hanya dapat bertahan beberapa saat sahaja di dalam latihan yang
berintensiti tinggi dan merupakan sumber utama bekalan ATP semasa beberapa saat pertama
larian pecutan. Dengan latihan yang rapi keupayaan sistem ini boleh ditingkatkan.

Sistem Asid Laktik

Apabila simpanan PC di dalam sel-sel otot kehabisan, glikogen di dalam otot yang terdiri daripada
unit-unit glukosa yang dikumpul bersama dan merupakan simpanan karbohidrat di dalam badan,
melalui proses yang dipanggil glikosos berpecah menjadi asid piruvik dan menukar menjadi asid

3
laktik dengan ketiadaan oksigen. Pengumpulan asid laktik di dalam otot akan menganggu proses
penguncupan dan melambatkan pergerakan dan akhirnya menyebabkan kelesuan. Aktiviti yang
berintensiti tinggi seperti larian 400m dan renang 100m yang mengambil masa 45-60 saat akan
membawa kepada kelesuan.

Sistem Aerobik
Sumber tenaga panjang melibatkan pengeluaran ATP daripada berbagai bahan bakar dengan
penggunaan oksigen. Sumber utama ialah karbohidrat dan lemak. Pengeluaran ATP melalui
sistem ini agak perlahan berbanding dengan sistem yang lain dan memakan masa 2-3 minit
kerana oksigen perlu disalurkan ke otot melalui saluran darah. Dengan kehadiran oksigen, asid
piruvik berpecah menjadi karbon dioksida dan
air dan membebaskan ATP yang banyak, lebih
daripada sistem yang lain.
Di dalam acara sukan yang memakan
masa yang panjang seperti marathon seseorang
pelari mungkin terpaksa melambatkan larian
ataupun berhenti kerana kehabisan bahan bakar
glikogen dan terpaksa menggunakan bahan bakar yang lain seperti protin untuk menamatkan
larian. Keperluan dan kepentingan sumber tenaga bagi aktiviti fizikal banyak dipengaruhi oleh
faktor:
 Jenis aktiviti fizikal
 Intensiti aktiviti fizikal.
 Jangkamasa aktiviti fizkal
Umumnya ketiga-tiga sistem tenaga ini beroperasi serentak setiap kali individu dan atlet beraktiviti
fizikal dan bersukan tetapi sistem tenaga yang mana mendominasinya sebagai sumber utama
pembekal tenaga banyak bergantung kepada faktor seperti di atas.

intensiti jangka
jenis
aktiviti masa
aktiviti
fizikal aktiviti
fizikal
fizikal

4
Sumbangan Sistem Tenaga kepada Sukan

Sebenarnya sistem tenaga anaerobik dan aerobik menyumbang kepada persembahan sukan
cuma persoalannya ialah yang mana satu mendominasinya. Umpamanya, di dalam sukan

5
olahraga, acara larian pecut jarak dekat mendapat sebahagian besar bekalan tenaga daripada
sistem anaerobik iaitu, ATP-PC dan Asid Laktik manakala acara larian jarak jauh yang
memerlukan dayatahan kardiovaskular mendapatkan sebahagian besar bekalan tenaga daripada
sistem aerobik. Maka sistem ATP-PC masih beroperasi semasa badan kita berehat dan sistem
aerobik beroperasi semasa larian pecut jarak dekat.
Di dalam permainan seperti bola sepak, ketiga-tiga sistem tenaga sentiasa bertukar-ganti
penguasaan mereka. Begitu juga semasa permainan badminton rally pendek, ia mendapat
bekalan tenaga daripada sistem ATP-PC dan Asid Laktik manakala perlawanan yang
berpanjangan mendapatkan bekalan tenaga daripada sistem aerobik. Di dalam permainan bola
sepak dan hoki, larian pecut mengejar bola atau mengekori pemain lawan yang sedang
menyerang mendapat bekalan tenaga daripada sistem ATP-PC dan Asid Laktik.

Sukan dan Sistem Tenaga

6
Faktor-Faktor Mempengaruhi Prestasi Fizikal (Factors Affecting Physical Performance)

Somatic Factors Nature of the Work Psychic Factors Environmental Factors

Sex Intensity Attitude Diet


Age Duration Motivation Temperature
Body Distribution Technique (efficiency) Air pressure
State of health Body position Air pollution
Drugs Mode Noise
Strength Type
Fiber type distribution Work-rest schedule

7
Faktor-Faktor Penyebab Kelesuan Otot:

 Pengumpulan asid laktid


 Kekurangan simpanan ATP dan PC
 Kekurangan simpanan glikogen otot
 Akibat pemecahan karbohidrat yang tidak sempurna
 Berlaku dalam fiber otot
 Glukosa ditukar oleh enzim kepada asid laktid bagi
menghasilkan ATP
 Kandungan asid laktid dalam darah tinggi menyebabkan kelesuan

8
Rujukan

Gore, C.J. (2000). Physiological tests for elite athletes. Australian Sports Commission.
Champaign, IL: Human Kinetics.
McArdle, W.D., Katch, F.I., & Katch, V.L. (1996). Exercise physiology: Energy, nutrition and
human performance (4th ed.). Baltimore: Williams & Wilkins.
McArdle, W.D., Katch, F.I., & Katch, V.L. (2007). Exercise physiology: Energy, nutrition and
human performance (6th ed.). Baltimore: Williams & Wilkins.

You might also like