You are on page 1of 2

PENGENALAN

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia


prasekolahan kepada seorang kanak-kanak. Melalui pengalaman persekolahan dan
pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan kanak-
kanak dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk
mereka memasuki sekolah rendah kelak. Peluang pendidikan prasekolah ini diberikan
kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat
tinggal dan perkembangan intelek mereka bermula daripada peringkat umur empat hingga
enam tahun.

Tugasan kerja kursus PAK3083 iaitu Pedagogi Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
ini merupakan satu tugasan yang wajib disiapkan dalam Semester 3 memandangkan subjek
ini merupakan subjek major dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi kursus
Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Antara objektif yang ingin diterapkan dalam menyiapkan
tugasan kerja kursus ini adalah merangkumi ;

1. Menghasilkan rancangan pengajaran mingguan berasaskan web tema


mingguan.
2. Mencari maklumat dan menghasilkan jenis aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dilaksanakan kepada kanak-kanak prasekolah.
3. Merancang aktiviti pengajaran yang berfokuskan kepada pendekatan, strategi
dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai di peringkat awal
kanak-kanak.
4. Mencari maklumat mengenai cara menghasilkan pelbagai jenis bahan bantu
pengajaran dan pembelajaran.
5. Menghasilkan rancangan pengajaran harian dan rancangan pengajaran slot di
prasekolah.

Berdasarkan tugasan kerja kursus ini, telah menyedarkan saya bahawa sebagai
seorang guru prasekolah perlu merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dengan lebih kreatif dan kritis. Oleh itu, guru perlu
menggunakan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran serta bahan
bantu mengajar yang berkesan untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah secara bermakna
dan menyeronokkan. Guru memainkan peranan utama dalam menarik minat dan perhatian
murid serta meningkatkan kemahiran murid dari aspek membaca, menulis, mengira dan
menaakul dengan baik dan lancar.

1
Melalui tugasan kerja kursus ini, saya dapat belajar dari awal bagaimana untuk
menyediakan web tema yang tepat dengan berpandukan tunjang-tunjang yang terkandung
dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Seterusnya, merancang aktiviti-aktiviti
yang sesuai dan menarik bagi setiap tunjang berdasarkan tema yang dipilih. Tugasan ini
secara tidak langsung membimbing saya untuk berfikiran kreatif dalam merancang aktiviti
yang bersesuaian dan selaras dengan kanak-kanak bagi mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

Sebagai seorang guru prasekolah perlu bersedia dari segi mental dan fizikal dalam
menghadapi dunia pendidikan yang penuh dengan cabaran pada masa kini. Pembinaan
rancangan pengajaran harian dan rancangan pengajaran dan pembelajaran slot merupakan
satu ilmu baru yang perlu diketahui dan diaplikasikan apabila menjadi seorang guru
prasekolah kelak. Oleh itu, secara keseluruhannya, subjek Pedagogi dalam Pendidikan Awal
Kanak-Kanak sangat menyumbang ilmu dan memberikan impak yang ketara kepada diri
saya.

You might also like