You are on page 1of 2

PENGENALAN

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia


prasekolahan kepada seorang kanak-kanak. Melalui pengalaman persekolahan dan
pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan kanak-
kanak dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk
mereka memasuki sekolah rendah kelak. Peluang pendidikan prasekolah ini diberikan
kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat
tinggal dan perkembangan intelek mereka bermula daripada peringkat umur empat hingga
enam tahun.

Tugasan kerja kursus PAK3063 iaitu Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan


Awal Kanak-Kanak ini merupakan satu tugasan yang wajib disiapkan dalam Semester 3
memandangkan subjek ini merupakan subjek major dalam Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan bagi kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Antara objektif yang ingin diterapkan
dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini adalah merangkumi ;

1. Mengetahui tentang teori konsep seni visual, muzik dan pergerakan,


sosiodrama, seni boneka dan sastera kanak-kanak dalam pendidikan
prasekolah.
2. Mencari maklumat mengenai cara menghasilkan jenis aktiviti-aktiviti seni
visual yang sesuai dilaksanakan kepada kanak-kanak prasekolah serta
menjelaskan kaitannya dengan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
dari aspek jenis, tujuan, strategi dan kriteria memilih bahan sumber.
3. Merancang aktiviti pengajaran yang berfokuskan kepada pergerakan kreatif
yang melibatkan gabungan kemahiran dalam muzik dan pergerakan.
4. Mencari maklumat mengenai cara menghasilkan pelbagai jenis sumber
pengajaran dan pembelajaran.
5. Menghasilkan satu penulisan laporan berkaitan dengan tugasan.

Bagi tugasan pertama, saya perlu menghasilkan 8 jenis aktiviti seni visual yang
sesuai dilaksanakan kepada kanak-kanak prasekolah iaitu aktiviti catan, kolaj, capan,
renjisan dan percikan, binaan, lukisan, mozek dan juga anyaman. Dalam konteks
perkembangan kreativiti, Piaget dan Vygotsky berpendapat bahawa bermain dapat
membantu mengembangkan dan merangsang tahap kreativiti kanak-kanak. Bagi kanak-
kanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran.
Justeru, rangsangan melalui permainan akademik juga perlu diwujudkan. Sebagai contoh,
guru boleh menggalakkan aktiviti seperti melukis, menconteng, membuat kolaj, mewarna
dan sebagainya.
Oleh itu, melalui aktiviti seni visual yang dilakukan ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam menggunakan daya imaginasi mereka ketika
bermain. Dalam tugasan kedua pula iaitu mencipta tiga buah lagu kanak-kanak berdasarkan
tiga tema yang dipilih. Berdasarkan tugasan ini, saya dapat melatih diri untuk mencipta
pelbagai jenis lagu yang menarik dan sesuai dengan kanak-kanak. Oleh hal yang demikian,
sebagai guru prasekolah perlu berfikiran kreatif dan kritis dalam merancang aktiviti-aktiviti
pembelajaran yang dapat menarik perhatian kanak-kanak di dalam kelas.

Seseorang guru prasekolah perlu menggunakan pelbagai sumber pengajaran dan


pembelajaran bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran berjalan dengan lancar.
Perancangan dan pelaksanaan aktiviti perlu disokong oleh penggunaan sumber pengajaran
dan pembelajaran yang pelbagai, sesuai dan menarik. Justeru, penggunaan boneka dalam
proses pengajaran di dalam kelas kanak-kanak prasekolah sangat memberikan kesan ke
atas minat, perhatian dan minda kanak-kanak. Penggunaan boneka bukan sahaja mampu
menarik perhatian kanak-kanak bahkan juga dapat memudahkan guru untuk menyampaikan
sesuatu cerita atau sosiodrama di prasekolah.

Marcapada ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor
penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini
mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana
minda mereka masih belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma
masyarakat dan pembelajaran formal. Oleh itu, guru memainkan peranan utama dalam
membentuk dan mengembangkan sifat kreatif mengikut fitrah semula jadi proses
tumbesaran mereka.

You might also like