You are on page 1of 1

Tarikh : 03 Mac 2016

Sesiapa yang berkenaan


Tuan/Puan

SURAT SOKONGAN AIDA NAJIHAH BINTI AHMAD RIDZUAN


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Aida Najihah binti Ahmad Ridzuan bukan sahaja seorang
murid yang cemerlang dalam bidang akademik malah juga kokurikulum. Murid ini mempunyai
sahsiah yang terpuji sepanjang tempoh persekolahan di SMK Seksyen 9.
3. Selain daripada itu, murid ini juga mempunyai daya kepimpinan yang tinggi sebagai seorang
ketua iaitu merupakan pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia, naib pengerusi Kelab Pengguna
dan naib pengerusi Kelab Permainan Dalaman. Beliau juga beberapa kali diberi amanah untuk
menguruskan wang sebagai seorang bendahari kelas pada tahun 2014 dan 2015. Di samping
itu, beliau juga merupakan salah seorang ketua pasukan koir sekolah yang telah berjaya meraih
pelbagai anugerah seperti Johan Pertandingan Koir Pelancongan 3P peringkat negeri 2013,
naib johan Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat daerah 2013 dan naib johan
Pertandingan Koir Pelancongan 3P peringkat negeri 2015. Selain itu, beliau juga telah mewakili
sekolah dalam pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna 2015, latihan menembak senjatapi
Rifle Colt M16A1 2015, program penanaman pokok “ Plant a tree” 2014, Educational
Assessment Australia 2014 dan Pertandingan Koir Shah Alam Shines edisi kebangsaan 2014.
4. Dalam penglibatan Pasukan Badan Beruniform sebagai ahli Bulan Sabit Merah Malaysia,
beliau pernah menjawat jawatan sebagai pengerusi pada tahun 2015. Di samping itu, beliau
telah beberapa kali memberi khidmat sebagai petugas bulan sabit merah seperti Piala Dato’
Mokhtar Dahari, Piala Sumbangsih, Larian SMK Seksyen 9 dan Pertandingan Bola Jaring
peringkat negeri. Beliau juga merupakan penerima dua anugerah khas peringkat sekolah iaitu
Anugerah AJK Tingkatan Terbaik 2015 dan anugerah Ahli Aktif Pertolongan Cemas 2015.
5. Dengan ini saya menyokong penuh permohonan murid ini untuk dipertimbangkan.
Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

………………………………….
(DATIN AZLINDA BT AHMAD)
Penolong Kanan
SMK Seksyen 9
Shah Alam

You might also like