You are on page 1of 6

KERTAS CADANGAN

MELENGKAPKAN INFRASTRUKTUR SUKAN SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

SMK Trolak terletak dalam kawasan penempatan peneroka Felda Gugusan Trolak iaitu Felda
Trolak Utara, Felda Trolak Selatan, Felda Trolak Timur, Pusat Latihan Trolak (sekarang ini dikenali
sebagai Felda Residence) dan Ibu Pejabat Felda Wilayah Trolak. Sekolah ini telah mula dibina
pada tahun 1982 di tapak yang ada sekarang dan telah beroperasi mulai tahun 1984.

Sepanjang beroperasi selama 31 tahun, berbagai pencapaian dan kejayaan dalam bidang
kokurikulum telah dikecapi oleh guru-guru dan pelajar terutamanya dalam permainan hoki, bola
jaring, bola sepak dan bola baling.

Walau bagaimanapun pihak sekolah tidak mempunyai gelanggang serbaguna berbumbung yang
sesuai untuk melaksanakan latihan yang sistematik disebabkan masalah padang yang becak jika
hujan dan permukaan tanah yang tidak rata. Oleh kerana itu kawasan latihan agak terhad, maka
jadual latihan terpaksa digilirkan bagi setiap permainan. Selain itu pihak sekolah juga ingin
menaik taraf astaka dengan membuat pendawaian elektrik dan menambah ruang tempat duduk
penonton.

Oleh itu pihak sekolah bercadang untuk membina gelanggang serbaguna berbumbung dan
menaik taraf astaka agar dapat digunakan secara maksima untuk kecemerlangan kokurikulum.

1.1 PROFIL SEKOLAH


Nama : SMK Trolak
Mukim : Trolak
Daerah : Batang Padang
Status : Sekolah Kerajaan
Bilangan Guru : 60 orang
Bilangan Staf sokongan : 6 orang

1
Bilangan Enrolmen : 500 orang
Bilangan Bilik Darjah Ikut Pelan : 27 buah
Bilangan Bilik Darjah Sementara : Tiada
Sesi Persekolahan : 1 Sesi (Pagi sahaja)
Kawasan : Luar Bandar
Keluasan Tanah : 15 ekar

2.0 OBJEKTIF PROJEK

Berdasarkan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan pendidikan di negara


ini bertaraf dunia, dan juga peranan sekolah supaya dapat berfungsi sebagai satu agen
perubahan komuniti setempat maka sudah sewajarnyalah sesebuah sekolah itu mempunyai
pelbagai kemudahan yang boleh dikongsi bersama.

Sehubungan itu pihak sekolah ingin mengemukakan satu kertas cadangan melengkapkan
infrastruktur sukan dengan membina Gelanggang Serbaguna Berbumbung dan menaik taraf
astaka dengan membuat pendawaian elektrik dan menambah tempat duduk penonton.

Objektif melengkapkan infrastruktur sukan tersebut ialah:-

2.1 Melengkapkan prasarana institusi pendidikan ke arah pendidikan bertaraf dunia selari
dengan strategi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

2.2 Mewujudkan gelanggang latihan yang kondusif serta ruang menonton kepada atlit,
pegawai dan guru-guru.

2.3 Dapat meningkatkan kemajuan sukan serta kegiatan kokurikulum seperti kebudayaan,
kesenian, dan lain-lain aktiviti pelajar sekolah ini dan sekolah-sekolah yang lain dalam
daerah atau negeri amnya.

2.4 Sebagai salah satu tempat untuk menjalankan pertandingan acara-acara kokurikulum.

2
2.5 Dapat memberi kemudahan dan sumbangan kepada komuniti setempat untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti sama ada berkaitan pendidikan atau kemajuan
kemasyarakatan.

3.0 KOMPONEN PROJEK

Komponen infrastruktur kemudahan sukan tersebut ialah:


3.1 Gelanggang Serbaguna Berbumbung berukuran panjang 40m x lebar 30m
3.2 Pendawaian elektrik dan menambah ruang tempat duduk penonton di kiri dan kanan
astaka sedia ada.

4.0 ANGGARAN KOS PROJEK

Perincian anggaran kos bagi pembinaan Gelanggang Serbaguna adalah seperti berikut:

Bil Item Kos

1 Gelanggang Serbaguna Berbumbung RM150,000.00


2. Pendawaian elektrik dan tempat duduk penonton RM 50,000.00
JUMLAH RM200,000.00

5.0 OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA PROJEK

5.1 Pembinaan Gelanggang Serbaguna Berbumbung dan astaka ini akan memberikan
kemudahan kepada murid-murid sekolah ini dan juga sekolah yang berhampiran seperti SK
Trolak Selatan, SK Trolak Utara, SK Trolak Timur dan sekolah agama rakyat.

5.2 Kemudahan Gelanggang Serbaguna dan astaka ini juga dapat digunakan oleh Jabatan
Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Kelompok 4 Sekolah Rendah, agensi kerajaan
dan masyarakat setempat.

3
5.3 Pembinaan Gelanggang Serbaguna dan astaka ini juga akan merapatkan jurang perbezaan
antara kemudahan fizikal sekolah bandar dan luar bandar khususnya kawasan penempatan
Felda.

5.4 Menawarkan kemudahan kepada komuniti setempat untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti


pembangunan kemasyarakatan.

6.0 MAKLUMAT TAMBAHAN

6.1 Status Tanah/Lokasi ialah padang sekolah berhadapan surau.


6.2 Sila Rujuk Lakaran Tapak Cadangan Gelanggang Serbaguna SMK Trolak.

7.0 PENUTUP

Sekolah Menengah Kebangsaan Trolak adalah merupakan satu-satunya sekolah menengah yang
dibina di kawasan Gugusan Trolak. Kebanyakan anak-anak dan cucu-cucu peneroka di Gugusan
Trolak ini mendapat pendidikan menengah di sekolah ini.

Adalah menjadi harapan penduduk setempat untuk melihat sekolah ini terus maju dan berjaya
di masa hadapan. Bagi menjamin kejayaan hasrat penduduk setempat maka sekolah ini perlu
ditingkatkan dari segi kemudahan dan kelengkapannya. Dengan pembinaan Gelanggang
Serbaguna Berbumbung dan naik taraf astaka ini diharapkan dapat melonjakkan imej sekolah ini
dan seterusnya menjadi kebanggaan seluruh penduduk di Gugusan Trolak ini.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

.................................... ` ......................................
(SAADIAH BINTI SHARI) (ABDUL HAFIZ BIN HAMID)
Naib Setiausaha PIBG, Yang DiPertua PIBG
SMK Trolak SMK Trolak

4
LAMPIRAN

5
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx PAGAR CHAIN LINK xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx PAGAR CHAIN LINK xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Kaki Lima

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
1m x 30m

30 meter

Kaki Lima 1m x 40m


Kaki Lima 1m x 40m

PAGAR CHAIN LINK


40 meter

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kaki Lima

Kaki Lima
1m x 30m

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx PAGAR CHAIN LINK xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

LAKARAN GELANGGANG SERBAGUNA BERBUMBUNG

You might also like