You are on page 1of 1

PENGENALAN

Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan asas yang penting bagi kanak-kanak


sebelum memasuki sekolah rendah. Pendidikan prasekolah juga adalah pendidikan awal
dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Oleh itu, guru
prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas dan kemahiran yang secukupnya
mengenai pendidikan awal kanak-kanak merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-
kanak, strategi pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-
aspek lain yang berkaitan. Melalui pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang
berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan kanak-kanak dengan
kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk mereka
memasuki sekolah rendah kelak.

Oleh hal yang demikian, pengurusan pusat pendidikan awal kanak-kanak yang cekap
dan strategik dapat membantu memaksimumkan perkembangan kanak-kanak secara
menyeluruh. Perancangan yang rapi serta teliti perlu dibuat mengikut kesesuaian bagi
mencapai objektif dan tujuan yang telah ditetapkan. Di samping itu, dari segi kemudahan-
kemudahan yang disediakan iaitu ruang dalam bangunan prasekolah meliputi bilik darjah,
dapur dan bilik air manakala ruang dalam bilik darjah termasuklah saiz kelas, pusat-pusat
pembelajaran, jenis perabot, lantai dan warna dinding perlulah bersesuaian dengan
kehendak semasa dan jangka masa yang panjang. Menurut Nani Menon dan Rohani
Abdullah (2004), persekitaran prasekolah yang kondusif, menarik dan kemas dapat
membantu merangsang proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

Ruang prasekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ruang dalam bangunan
dan ruang luar bangunan. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), telah memberi
ketetapan bahawa ruang-ruang prasekolah perlu selesa, mendapat pencahayaan yang
cukup serta peredaran udara yang baik manakala dari segi peralatan serta susun atur
perlulah sesuai dan selamat untuk menjaga keselamatan kanak-kanak. Konklusinya,
program pendidikan prasekolah memberi pendedahan pengetahuan, kemahiran dan nilai
murni kepada kanak-kanak secara praktikal dan secara tidak normal melalui pendekatan
belajar sambil bermain. Pendekatan ini merupakan satu kaedah yang fleksibel, dinamik,
komprehensif, interaktif dan pembabitan dalam aktiviti bilik darjah yang mementingkan
penerokaan serta menggalakkan naluri ingin tahu dalam kalangan kanak-kanak.

You might also like