You are on page 1of 2

LAPORAN PROGRAM CERAMAH DAN PAMERAN KESIHATAN SEKOLAH

Sekolah bersama pejabat Kesihatan Daerah telah menganjurkan satu program


Ceramah dan Pameran Kesihatan Sekolah.Program telah dikelolakan oleh guru
kesihatan Puan Rosida binti Abdullah dibantu oleh guru-guru lain.Tema yang telah
dipilih adalah Merokok Membahayakan Kesihatan.Program ini telah dilaksanakan
pada 24 Januari 2018 iaitu pada hari rabu bermula pada jam 8.15 pagi sehingga jam
11.30 pagi di Dewan Zainal Abidin.

Inspektor Kesihatan dan Pembantu Kesihatan Awam mengendalikan


senamrobik bersama AJK Kesihatan. manakala Encik Ismail bin Lutfi Pembantu
Perubatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah bertanggungjawab mengendalikan
ceramah tentang bahaya merokok..Selain itu, pemeriksaan kesihatan juga turut
dijalankan daripada Doktor Ghadaffi daripada bahagian kesihatan sekolah .

Program dimulakan dengan perasmian pembukaan program yang dirasmikan


oleh Encik Sharom bin Norani, Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah SK
BUKIT DINDING. Selesai beliau memberi ucapan, Ustaz Efendi bin Abutiar telah
memimpin bacaan doa dan seterusnya aktivit senamrobik dimulakan. Seterusnya
ceramah dijalankan oleh Pembantu Perubatan. Sementara itu, pameran berlangsung
di luar dewan. Setelah sesi ceramah tamat, pemeriksaan dijalankan oleh pegawai
daripada Perkhidmatan Kesihatan Sekolah yang dikendalikan oleh Dokto Gadaffi
bersama jururawat.

Program tamat pada jam 11.00 pagi. Kesimpulannya, program ini diharap
dapat memberi manfaat kepada murid-murid dan juga guru-guru dalam
mengamalkan amalan hidup sihat dalam kehidupan seharian.
Gambar semasa program dijalankan.

You might also like