You are on page 1of 3

REFLEKSI BINA INSAN GURU SIRI 5/2016

NAMA : NOR AZIZAH BINTI ABU BAKAR

ANGKA GILIRAN : 2014142310013

UNIT/AMBILAN : PAKK JUN 2014

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan


limpahan nikmat dan kurnia-Nya, tugasan pertama Bina Insan Guru (BIG) fasa 5 bagi sesi 2016
telah berjalan dengan jayanya. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan
kepada mentor saya iaitu Encik Ahmad Suhaizan Pandak kerana beliau banyak memberikan
tunjuk ajar, kata-kata semangat serta telah menjaga saya dengan baik sepanjang berada di
sini. Saya juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih ini kepada rakan-rakan yang banyak
membantu dalam melaksanakan program BIG iaitu yang bertajuk “Guru dan Perundangan”
secara langsung mahupun tidak langsung.

Program BIG ini telah disertai oleh 3 unit iaitu daripada unit Pendidikan Awal Kanak-
Kanak, Pemulihan dan Sejarah seramai 55 orang. Tugasan pertama program BIG ini ialah
mendengar taklimat yang bertajuk “Guru dan Perundangan” yang telah disampaikan oleh
pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka sendiri iaitu Encik
Rosli bin Badron dan juga Puan Nooraini binti Abdullah . Ceramah ini berlangsung selama satu
hari iaitu pada hari Jumaat bersamaan 24 Jun 2016 yang bertempat di Dewan Tun Teja. Slot
pertama telah disampaikan oleh Encik Rosli bin Badron pada pukul 10.30 pagi hingga 12.30
tengah hari yang dengan ceramahnya yang bertajuk Pengurusan Pendidikan. Dalam
ceramahnya, En. Rosli telah memberikan taklimat berkaitan dengan akta-akta yang boleh
dikenakan kepada guru-guru yang melakukan masalah disiplin di dalam sekolah mahupun di
luar sekolah. Ceramah ini merupakan kursus wajib yang kami semua perlu hadapi bagi
memenuhi proforma Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan semester 5.

Berdasarkan tajuk ceramah iaitu “Guru dan Perundangan”, setiap guru harus memahami
sepenuhnya peraturan kelakuan dan tatatertib 1993 serta telah mengetahui pindaannya yang
dibuat pada tahun 2002. Selain itu, menurut En. Rosli juga Akta Pendidikan 1996 haruslah
diperhalusi dengan teliti demi menjayakan matlamat pendidikan negara. Bagi guru-guru yang
menlakukan kesalahan tatatertib akan dikenakan amaran buat kali pertama dengan diturunkan
pangkat, kemudian dikenakan denda iaitu dibuang dari kerja dan yang terakhir ialah ditangguh
gaji yang merupakan hak enrolmen. Tujuan tindakan tatertib ini dilaksanakan adalah untuk
mendidik dan melahirkan guru-guru yang berdisiplin serta patuh pada undang-undang yang
telah ditetapkan.

Di samping itu, dalam slot yang kedua pula telah disampaikan oleh mentor unit
Pemulihan iaitu Puan Nooraini binti Abdullah dengan tajuknya iaitu Guru dan Profesionalisme
pada pukul 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang. Puan Nooraini telah memberitahu tentang
surat-surat pekeliling dan kaitannya dengan pendidikan masa kini. Selain itu, guru juga perlu
peka terhadap sebarang perubahan yang berlaku serta mengetahui setiap perubahan yang
telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari semasa ke semasa.
Oleh itu, pentingnya surat-surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak kementerian untuk
mengetahui setiap perubahan yang berlaku. Puan Nooraini juga memaklumkan bahawa
pekeliling-pekeliling tersebut akan diberikan secara bersurat ataupun secara makluman di
media sosial. Melalui pekeliling yang dikeluarkan, guru mempunyai masa untuk membuat
persediaan serta perancangan awal.

Hasil daripada slot ini, saya telah mempelajari banyak perkara baru yang belum pernah
saya dengar dan pelajari sebelumnya. Antaranya ialah, saya dapat mengetahui bagaimana
cara untuk mengakses pekeliling-pekeliling yang baru. Selain itu, saya juga dapat memahami
pekeliling tersebut dengan lebih mendalam. Sebagai tambahan, sewaktu slot kedua yang telah
disampaikan oleh Puan Nooraini juga ada menerangkan tentang proses bagaimana seseorang
guru boleh ditempatkan di sesebuah sekolah. Beliau lebih menerangkan tentang proses yang
akan dilalui oleh kita sebagai para pendidik. Melalui perkogsian beliau, saya telah memperoleh
pelbagai input-input baru dan juga memahami apa itu profesionalisme sebagai seorang guru,
tugas serta tanggungjawab yang dipikul apabila menjadi seorang guru kelak.

Oleh itu, hasil daripada ceramah yang dihadiri ini saya banyak berfikir daripada kata-
kata ucapan yang disampaikan oleh tuan penceramah. Setiap nasihat dan kata-kata panduan
yang diberikan sangat menyuntik jiwa dan memberikan saya semangat yang baru untuk
menjadi seorang guru yang bertanggungjawab, mampu melaksanakan tugas dengan sebaiknya
dan yang paling penting ialah ikhlas dalam mendidik anak murid.

Secara keseluruhannya, ceramah “Guru dan Perundangan” yang disampaikan oleh


penceramah-penceramah sangatlah berguna kepada saya selaku bakal guru yang akan
bekerja di sebuah sekolah kelak. Ilmu-ilmu yang saya dapat ini bakal saya jadikan sebagai
rujukan dan panduan untuk saya pada masa hadapan. Sebagai seorang guru, saya juga sedar
bahawa pentingnya mengetahui akta-akta dalam perundangan pendidikan serta bagaimana
mengetahui prosedur bagi mendapatkan surat-surat pekeliling. Oleh itu, hasil daripada program
ceramah ini, saya telah mendapat satu suntikan dan semangat baru untuk bekerja dengan
ikhlas dan mencuba menjadi warga pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang selaras
dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia. Inshaallah.

Sekian, terima kasih.

You might also like