You are on page 1of 2

Guru pelatih,

Seperti di dalam lampiran,


IPG Kampus Perempuan Melayu,
75400 Melaka. 16 NOVEMBER 2017.

Puan Zamrah binti Bongsu,


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Perempuan Melayu,
Melaka.

Melalui :
Encik Ahmad Suhaizan bin Pandak,
Mentor unit PISMP PAKK Jun 2014,
Ipg Kampus perempuan Melayu,
75400 Melaka.

Tuan,

PERMOHONAN KEBENARAN KELUAR UNTUK MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Kami ingin memohon kebenaran untuk keluar awal pada seperti butiran untuk menghadiri dan
meraikan majlis konvokesyen kanak-kanak prasekolah Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2.

Tarikh : 21 November 2017


Hari : Selasa
Masa : 7.00 pagi

3. Selain itu, kami juga telah diberikan beberapa tugasan untuk membantu melancarkan perjalanan
majlis konvokesyen ini. (Sila rujuk lampiran).Kami juga berharap dengan kehadiran kami ke majlis ini
akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang terjalin antara kami dengan pihak sekolah.

4. Oleh itu, kami berharap agar tuan/puan dapat mempertimbangkan permohanan kami. Kerjasama
daripada tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :

...................................................
(NOR AZIZAH BINTI ABU BAKAR)
Unit PISMP PAKK JUN 2014,
IPG Kampus Perempuan Melayu,
75400 Melaka.

Diluluskan oleh,

..................................................
(PUAN ZAMRAH BINTI BONGSU)
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Perempuan Melayu,
Melaka.
Nama Guru Pelatih ;

Bil. Nama Unit / Ambilan Catatan

1. Nor Azizah binti Abu Bakar PISMP PAKK JUN 2014 SK TANJUNG
MINYAK 2
2. Nadhirah binti Awang PISMP PAKK JUN 2014 SK TANJUNG
MINYAK 2

You might also like