You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP SELANCAR 1

26700 , MUADZAM SHAH , PAHANG. CBA 8021


Tel : 09-4371282 Faks : 09-4371437
Emel : cba8021.skselancar1@gmail.com

Rujukan kami: CBA8021.100/02/08/01(8)


Tarikh : 06 Februari 2018

Tuan Pengurus ,
FELDA Selan car 6
26700 MUADZAM SHAH, PAHANG

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN BAJA UNTUK TANAMAN KELAPA SAWIT SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah amat berbesar hati ingin memohon sedikit
peruntukan baja daripada pihak tuan.

3. Ini adalah untuk kegunaan pokok kelapa sawit yang ditanam di sekeliling kawasan sekolah
supaya keadaannya lebih subur dan hasilnya dapat dimanfaatkan untuk kegunaan sekolah dan juga
para pelajar.

4. Kami juga amat memerlukan kepakaran dan nasihat daripada pihak tuan yang tentunya lebih
arif tentang hal seperti itu.

Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………
(MOHD ZAMRI BIN ABDUL HADI)
Guru Besar,
SK LKTP Selancar 1 ,
Muadzam Shah, Rompin,
Pahang.

- Fail Sumbangan

You might also like