You are on page 1of 13

vi

MAKLUMAT ASAS
SMK PADAWAN,
KUCHING, SARAWAK
vii

1. Maklumat Asas Sekolah

Nama Sekolah : SMK PADAWAN

Alamat Sekolah : KM 14, Jalan Padawan, 93250 Kuching.

Kod Sekolah : YEA 1306

Gred Sekolah : Gred A

Nama Pengetua : Henry Chai Yan Fui

Bilangan Guru : Lelaki 30 orang, Perempuan: 27 orang


Jumlah : 57 orang

Enrolmen Murid : Lelaki : 512 orang, Perempuan : 562 orang


Jumlah : 1074orang

Pecahan Murid : Melayu : 14 orang, Cina : 29 orang, India : 0


Bidayuh : 1030 orang, Kadazan : 1 orang

Staf Sokongan : Pembantu Tadbir :3 orang, Penyelia Asrama: 3


orang,
Pembantu Makmal : 3 orang, Pembantu Am Rendah:
2 orang, Pekerja Rendah Awam: 1 orang, Tukang
Masak : 9 orang, Pemandu: 1 orang , Jaga: 1 orang
viii

1.1 Pernyataan Visi dan Misi Sekolah

Visi Sekolah

Menjadi:
Sebuah insititusi pendidikan terbaik dan cemerlang
dengan menyediakan pendidikan berkualiti.

Misi Sekolah

Kami berikrar dan berjanji:


mewujudkan prasarana dan suasana yang kondusif untuk mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin,
kebersihan dan keceriaan sekolah.

Moto Sekolah
Berdisiplin, Berusaha, Berdikari

ix
1.2 Kejayaan Sekolah
Sekolah ini pernah menerima beberapa jenis anugerah sehingga ke
Peringkat kebangsaan yang mana telah mengharumkan nama Negeri
Sarawak khususnya SMK Padawan,Kuching. Antanya adalah seperti
berikut:

Bil Kategori Pencapaian


1 Keseluruhan 1. Sekolah harapan Negara 1996 Peringkat Negeri
{SM Luar Bandar]
2. Naib Johan Sekolah Harapan Negara 1997
[Peringkat Kebangsaan]
3. Anugerah Sekolah Cemerlang Kementerian
Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan 2007
2 3K 1. Johan Pertandingan 3K Majlis Perbandaran
Padawan 1994 – 1998.
2. ”Sekolah Contoh” Majlis Perbandaran Padawan.
1999 – 1005
3. Naib Johan Pertandingan Kebersihan, Kecantikan
dan Lanskap Majlis-Majlis Daerah Negeri
Sarawak 2001.
4. Naib Johan Pertandingan 3K Jabatan Pendidikan
Bahagian Kuching/Samarahan 2001dan 2002
5. Naib Johan Pertandingan 3K Negeri 2001.
6. Tempat ketiga Pertandingan 3K Negeri 2002.
7. Naib Johan Pertandingan 3K Negeri 2002.
8. Johan Pertandingan Program Peningkatan
Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam
Sekitar Sekolah (3K) Negeri Sarawak 2003.
9. Tempat Ke-4 Pertandingan Inisiatif
meningkatkan
x Keselamatan, kesihatan dan
Keceriaan(3K) 2004.

3 Ko-Kurikulum 1. SCCI [Sarawak Chamber of Commerce &


Industries Environment Award 1999]
2. NREB Kelab PALS Terbaik Negeri sarawak [Johan
Kategori Menengah] – Projrk Perangkap
Sampah/Sisa makanan 1999.
3. Kelab Pencinta Alam Terbaik Peringkat
Kebangsaan.[Malaysian Nature Society] 2002.
4. Sijil Pengurusan Cemerlang Skim Pinjaman Buku
Tek 1999.
Anugerah Platun terbaik 2003 Perkhemahan Kadet
Bomba dan Penyelamat Malaysia, Peringkat Negeri
Sarawak.
4 Koperasi 1. Anugerah Kualiti Koperasi Sekolah – Naib Johan
Sekolah Menengah Berasrama B Peringkat
Negeri 1998.
2. Anugerah Kualiti Koperasi Sekolah – Tempar
ketiga Sekolah Menengah Berasrama B Peringkat
Negeri 1999.
3. Anugerah Kualiti Koperasi Sekolah – saguhati
Sekolah Menengah Berasrama A Peringkat
Negeri 2000-2002
Anugerah Kualiti Koperasi Sekolah – Tempat ke-3
Sekolah Menengah Berasrama A Peringkat Negeri
2003.
5 Asrama 1. Anugerah Asrama cemerlang – Johan Negeri
Sarawak 2002 dan 2003.
2. Anugerah Emas, Program Bersepadu Sekolah
Sihat [PBSS], Negeri sarawak 2003
6 Serasi 1. Anugerah Serasi 2004 [Sekolah Rakan Alam
Sekitar]
xi
2. Anugerah Pengurusan Alam Sekitar Terbaik
2004.
7 Sukan 1. Johan dan Naib Johan untuk Lompat Tali
Berirama remaja 2007.
2. Johan dan Naib Johan dalam Senamrobik Wanita
Remaja 2007.
3. Naib Johan dam Senamrobik Lelaki Remaja
2007.
[anjuran bersama : Kementerian Pembangunan
Sosial dan Urbanisasi Kuching]
8 Sains & 1. Naib Johan Pertandingan Buku Skrap Kerjaya
Teknologi (Karnival Pendidikan Sains & Teknologi)2004.
2. Tempat Ketiga Pertandingan Buku Skrap Kerjaya
(Karnival Pendidikan Sains & Teknologi)2005
3. Sijila Lestari 2006-2007
[anjuran Kementerian Pelajaran Malysia dan
Kementerian Alam Sekitar Malaysia}
4. Tempat Ke-4 Pertandingan Program Toyota Eco
Youth Peringkat Kebangsaan, 2006.
5. Tempat Ke-3 ,National Robotic Competition, Zon
Kuching 27 Jun 2007
9 Pusat 1. Johan Anugerah PSS Cemerlang Peringkat
Sumber Negeri Sarawak Kategori SM Luar Bandar 2006.
Sekolah 2. Johan Anugerah PSS Cemerlang Peringkat
Negeri Sarawak Kategori SM Luar Bandar 2007.

xii

1.3 Keistimewaan/Kekuatan/Watak/Imej/Identiti Sekolah

Ceria
Konsep ‘Sekolah Dalam Taman’ sinonim dengan keindahan, dan kecantikan
yang tergambar di SMK Padawan. Pondok-pondok bacaan didirikan di setiap
taman bagi menanam tabiat suka membaca di kalangan warga SMK
Padawan. Kecemerlangan dalam aspek 3K melambangkan kecintaan warga
sekolah kepada kebersihan dan keindahan yang diamalkan di segenap sudut
tanpa mengabaikan pendidikan dan ciri-ciri keselamatan.

Mesra
Amalan budi bahasa, ramah mesra dan sentiasa mengalu-alukan kehadiran
semua pengunjung untuk berkongsi kejayaan dan kecemerlangan di SMK
Padawan sentiasa menjadi budaya yang tidak akan dilupakan oleh setiap
pelawat. Kemesraan yang tercetus dalam jiwa warga sekolah adalah
cerminan keseronokan, kegembiraan dan keikhlasan belajar dan bekerja di
dalam sebuah institusi pendidikan yang kondusif dan berdaya saing.

Muafakat
Muafakat sentiasa menjadi tunjang bagi kejayaan merencana dan
melaksana pelbagai program pusat sumber. Guru, staf sokongan, ibu bapa,
pelajar dan komuniti sentiasa berganding bahu dan mencurahkan tenaga
untuk memartabatkan pendidikan anak-anak, meningkatkan prasarana
sekolah dan mewujudkan hubungan yang sihat tanpa mengira status dan
peranan masing-masing.

Disiplin
Disiplin dan sahsiah diri warga sekolah khasnya pelajar berada pada tahap
yang baik. Budaya menyayangi sekolah, menghormati sesama rakan atau
guru sentiasa diamalkan sama ada di dalam mahupun di luar kelas. Setiap
individu sentiasa mencerminkan perilaku yang positif dan menjadi ikutan
yang baik. Gejala negatif berjaya dibendung atas kerjasama semua pihak
yang sentiasa mematuhi peraturan dan pemantauan yang efektif.

1.4 Sejarah Ringkas Sekolah

Pada pertengahan tahun 1983, satu perjumpaan antara pegawai-pegawai


dari Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Bahagian dan USKUP
Agung Kuching telah diadakan mengenai pinjaman tapak SRB St.Michael,
Teng Bukap sebagai tapak sementara SMK Padawan. Perbincangan tersebut
berhasil dan SMK Padawan menerima kumpulan pelajar yang pertama pada
4 Januari 1984.

SMK Padawan mula beroperasi dengan hanya 8 orang guru, 9 orang


kakitangan sokongan dan 179 orang pelajar. Kemudahan fizikal hanya
terdiri daripada satu blok pejabat, satu blok kelas yang mengandungi lima
buah bilik darjah, dua buah asrama lelaki dan dua buah asrama
perempuan. Pada tahun 1985, satu blok baru telah dibina secara gotong-
royong untuk menampung lima buah kelas tingkatan 1. Pertambahan
bilangan pelajar menyebabkan dua buah asrama lagi dibina iaitu sebuah
untuk pelajar lelaki dan sebuah lagi untuk pelajar perempuan.

SMK Padawan memulakan sistem persekolahan dua sesi pada tahun 1986.
Namun begitu, bangunan yang sedia ada tidak mampu menampung jumlah
pelajar yang kian bertambah. Pada tahun 1986, satu tapak baru (tapak
sekarang) telah diratakan untuk pembinaan bangunan baru. Pembinaan
bangunan bermula pada tahun 1987 tetapi pada akhir 1988 pembinaannya
tergendala kerana kontraktor berkenaan menghadapi masalah. Pembinaan
tersebut disambung semula pada tahun 1989 tetapi kontraktor yang kedua
juga gagal menyiapkannya. Sekolah hanya dapat disiapkan pada tahun
1992 oleh kontraktor yang ketiga dan mula beroperasi sepenuhnya pada
Mei 1992.

xiii

1.5 Latar Belakang Ibu Bapa, Komuniti dan Keadaan Persekitaran


Luar
Sekolah
Majoriti daripada kalangan ibu bapa pelajar adalah berbangsa Bidayuh
(94.3%), selebihnya berbangsa Iban, Cina, Melayu dan Kadazan. Selain
menganuti agama Islam, kebanyakan mereka ialah penganut agama
Kristian. 50.3% bekerja sebagai petani dan 9.5% sebagai buruh, manakala
kebanyakan ibu hanya sebagai surirumah. Walaupun sebilangan besar
mereka hanya berpendidikan setakat darjah enam, namun perubahan
semasa banyak memberi kesedaran dan kominten kepada mereka tentang
kepentingan pendidikan kepada anak-anak.

Perhubungan sekolah dengan komuniti khasnya seperti dengan pihak


Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Padawan, Polis Teng Bukap,
Pejabat Daerah Kecil Teng Bukap, Majlis Perbandaran Padawan, Jabatan
Kesihatan, pihak Bomba, agensi Anti Dadah dan Jabatan Kerja Raya (JKR)
adalah baik dan harmoni. Hubungan yang harmonis ini sentiasa ditunjukkan
melalui kerjasama oleh pihak berkenaan dalam setiap aktiviti yang
dijalankan di sekolah.

Persekitaran luar sekolah turut membantu perkembangan pendidikan dan


sahsiah warga sekolah khasnya para pelajar. Ini berikutan kedudukan
sekolah di kawasan luar bandar yang terkawal dari segi gejala negatif,
kondusif, seimbang dari aspek pembangunan dan alam semula jadi. Faktor
ini banyak menyumbang kepada kesederhanaan perilaku, budaya dan
kehidupan seharian.

xv

2. Prestasi Peperiksaan PMR dan SPM

2.1 Prestasi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2002


– 2004

Peratus lulus bagi semua subjek di peringkat PMR sentiasa melebihi 80% –
90 %. Antaranya, peratus lulus subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi,
Sains, Pendidikan Islam/Pengetahuan Moral dan KHB adalah melebihi 90%,
Matematik lebih 80% dan Bahasa Inggeris lebih 70%. Secara
keseluruhannya kebanyakan pelajar mendapat Gred C dan D dalam semua
mata pelajaran kecuali subjek Bahasa Melayu dan KHB iaitu kebanyakan
pelajar mendapat Gred B. Namun begitu, keupayaan pelajar untuk
mendapat Gred A dalam mata pelajaran yang ditawarkan juga tidak
mengecewakan pada setiap tahun. Walau bagaimanapun setiap guru
melalui panitia masing-masing sentiasa berusaha menetapkan sasaran
kelulusan dan prestasi subjek masing-masing dengan lebih baik dan rasional
agar matlamat untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti di samping
pertambahan jumlah pelajar yang lulus dalam setiap subjek boleh dicapai
oleh pihak guru dan pelajar.

Pihak sekolah, guru, ibu bapa dan juga pelajar sentiasa bekerjasama dan
berusaha untuk membolehkan ramai pelajar yang mendapat Gred A dalam
semua mata pelajaran. Namun begitu, pihak sekolah tetap berbangga
apabila dari tahun 2002 hingga 2004, terdapat beberapa orang pelajar yang
menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam PMR dengan mendapat 7, 6
atau 5 Gred A daripada 8 mata pelajaran yang ditawarkan. Antaranya, pada
tahun 2002 adik Sylvia Lynn anak Thomas mendapat 7A dan adik Bobby
Winston anak John Ragun mendapat 6A. Pada tahun 2003, adik Janu anak
Kudan mendapat 7A dan empat orang pelajar mendapat 6A. Prestasi pada
tahun ini agak baik apabila tiga orang pelajar mendapat 5A dan 12 orang
pelajar mendapat 4A. Pada tahun 2004, adik Baylee anak Tim’ah mendapat
6A dan empat orang pelajar mendapat 5A. Kebanyakan pelajar yang
cemerlang ini meneruskan pelajaranxvi mereka di tingkatan empat dalam
aliran sains, Maktab Rendah Sains Mara atau ke Sekolah Teknik.

Walaupun ramai pelajar dari tahun enam yang menjejaki tingkatan satu di
sekolah ini kebanyakan mereka mempunyai tahap penguasaan 3M yang
kurang memuaskan malah ada yang buta huruf, namun dengan usaha pihak
sekolah yang diterajui oleh para guru melalui program Intervensi 3M, Klinik
Matematik dan bahasa, kelas pemulihan, kelas tambahan dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang berkesan, prestasi
mereka semakin baik terutamanya dalam peperiksaan PMR. Mereka yang
sebelum ini buta huruf sekurang-kurang mendapat Gred D dalam subjek
teras atau elektif.

2.2 Prestasi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2002 –


2004

Pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM semakin baik. Sebagai sebuah


sekolah luar bandar yang pelajarnya kurang pendedahan dan kurang
berpeluang untuk meningkatkan prestasi dengan lebih efektif, namun usaha
pihak sekolah yang sentiasa memberi motivasi, kemudahan dan alternatif
berbentuk pendidikan seperti mengadakan kelas tambahan, meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran guru dan memperbanyakkan buku rujukan di
perpustakaan sekolah maka pencapaian yang ditonjolkan oleh pelajar
sentiasa menunjukkan peningkatan. Peratus kelulusan semua mata
pelajaran terus meningkat dari tahun 2002 hingga tahun 2004 iaitu
daripada 31.9% meningkat kepada 44.9% dan seterusnya 50.8%.
Peningkatan ini diikuti dengan pertambahan jumlah calon yang mendapat
2A dan 1A iaitu 17 orang pada tahun 2002, 27 orang pada tahun 2003 dan
33 orang pada tahun 2004. Gred Purata Sekolah (GPS) juga bertambah baik
iaitu daripada 6.46 pada tahun 2003 kepada 6.39 pada tahun 2004.

SMK Padawan juga merupakan sebuah sekolah luar bandar yang sentiasa
menunjukkan prestasi yang baik dalam kelulusan mata pelajaran di
peringkat SPM. Dalam tempoh tiga tahun ini, peratus pelajar yang lulus
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Perdagangan,
Ekonomi Asas dan Pengetahuan Moral adalah bertambah. Peratus kelulusan
subjek teras adalah melebihi 70% terutama bagi subjek Bahasa Melayu dan
Sains (lebih 90%), Pengetahuan Moral (lebih 80%), Bahasa Inggeris,
Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik (lebih 70%). Lebih daripada 80%
pelajar daripada aliran sains lulus dalam mata pelajaran Matematik
xvii

Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Ini juga merupakan satu petanda yang
baik kerana sekolah baru memulakan aliran sains pada tahun 2004.
Kekurangan guru yang berkemahiran untuk mengajar subjek berkenaan,
kekurangan bahan rujukan dan masalah pelajar perintis yang tiada rakan
senior untuk rujukan mereka ternyata tidak menghalang para pelajar
menghasilkan keputusan yang memberangsangkan.

Selain itu, hasrat sekolah untuk menghasilkan pelajar yang dapat


meneruskan pelajaran hingga ke peringkat STPM atau universiti
membuahkan hasil. Pada setiap tahun, hasil kecemerlangan keputusan
pelajar dalam setiap mata pelajaran di peringkat SPM, semakin ramai
pelajar lepasan SPM yang ditawarkan ke tingkatan enam. Pada tahun 2002,
seramai 37 orang ditawarkan ke tingkatan enam, diikuti 39 orang pada
tahun 2003 dan 78 orang pada tahun 2004.

Seperti PMR, di peringkat SPM ini juga setiap guru melalui panitia masing-
masing sentiasa berusaha menetapkan sasaran kelulusan dan prestasi
subjek masing-masing dengan lebih baik dan rasional agar matlamat untuk
menghasilkan pelajar yang berkualiti di samping pertambahan jumlah
pelajar yang lulus dalam setiap subjek boleh dicapai oleh pihak guru dan
pelajar.

3. Aktiviti Akademik/Kelab/Persatuan
Selain penyertaan dan kejayaan bidang kokurikulum dalam acara sukan dan
permainan, bidang akademik juga tidak ketinggalan. Setiap tahun pelajar
dihantar menyertai pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak, Bahas
Piala Parlimen, pertandingan Pidato, drama dan pertandingan Forum Piala
T.Y.T Yang dipertua Negeri Sarawak. Pertandingan seumpama ini mampu
mencungkil bakat, menambahkan ilmu dan pengetahuan serta membentuk
keyakinan diri pelajar tentang sesuatu pertandingan, ilmu dan isu-isu
semasa. Melalui program NILAM, dua orang pelajar yang mencatat prestasi
jumlah bacaan yang cemerlang telah dipilih untuk menyertai Khemah
xviii

Membaca – Kem Penulis Muda Kebangsaan di Kuala Lumpur iaitu adik


Joffessor anak Japai dari Tingkatan 4 Sains 2 pada 18 – 24 Mei 2004 dan adik
Grace anak Rant dari Tingkatan 5 Sains 1 pada 21 – 25 April 2005.

Aktiviti kelab/persatuan di peringkat sekolah juga sangat


memberangsangkan. Setiap tahun, Bulan Bahasa, Bulan Sains dan
Matematik, Bulan Teknik dan Vokasional dan Bulan Kemanusiaan yang
menggabungkan pelbagai panitia mengikut bidang telah diadakan.
Sebelum aktiviti ini berlangsung, satu mesyuarat akan diadakan yang
melibatkan panitia-panitia tertentu dan dipengerusikan oleh guru kanan
bidang masing-masing. Semua perjalanan mesyuarat direkodkan dan
maklumat berkaitan aktiviti seperti jadual pertandingan, syarat-syarat
pertandingan, borang penyertaan dan maklumat lain disediakan dan
disimpan di dalam fail khas. Sepanjang bulan ini berlangsung, pelbagai
aktiviti telah dianjurkan sama ada yang berbentuk ilmiah atau permainan.
Melalui aktiviti ini, pihak sekolah berjaya mencungkil bakat pelajar dan
melatih pelajar memiliki keyakinan diri yang tinggi untuk
mempersembahkan aktiviti mereka di depan khalayak. Aktiviti yang
bercorak pertandingan permainan seperti pertandingan bola tampar, bola
sepak dan bola keranjang turut melibatkan penyertaan guru, staf sokongan
dan pelajar. Aktiviti ini berjaya mewujudkan semangat kesukanan dan
kerjasama di kalangan warga sekolah. Sebagai galakan kepada
penganjuran aktiviti yang positif ini, pihak sekolah menyediakan peruntukan
untuk membeli hadiah sebagai galakan kepada pemenang.

You might also like