You are on page 1of 4

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PRASEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN RAJA MUDA, KL

1. RASIONAL
Kanak-kanak memerlukan dorongan sokongan dan pengukuhan kerana zaman kanak-kanak
adalah sebahagian daripada kehidupan. Pengiktirafan dan sokongan dari rakan, ibu bapa dan
guru merupakan sumber yang sesuai bagi memperkembangkan potensi kanak-kanak.

2. MATLAMAT
2.1 Dapat menyesuaikan diri dalam situasi hidup seharian.
2.2 Mengamalkan sikap berterima kasih, berbudi bahasa, bersopan santun dan hormat-
menghormati.
2.3 Anugerah ini juga adalah sebagai pengiktirafan kepada kanak-kanak prasekolah sebelum
mereka masuk ke aliran perdana.

3. OBJEKTIF
3.1 Menyemaikan sikap rajin berusaha dan bersaing secara sihat serta bersungguh-sungguh.
3.2 Menanam konsep ganjaran dan balasan ‘baik dibalas baik’.
3.3 Memberi penghargaan kepada murid

4. TENTATIF PROGRAM

TARIKH AKTIVITI
11 FEBRUARI 2023 Murid berkumpul di dewan
(SABTU) Bacaan doa
Ucapan Guru Besar
Persembahan 1
Penerimaan Sijil Prasekolah
Anugerah murid prasekolah mengikut matapelajaran
Anugerah matapelajaran mengikut aliran
Persembahan 2
Anugerah mengikut aliran
Anugerah pelajar terbaik aliran

5. ANGGARAN BELANJAWAN
BIL. PERKARA ANGGARAN JUMLAH
1. MAKANAN
Makanan (berbungkus)
1. Nasi goreng telur mata RM 7.00 x 50 orang RM 350.00
2. Kuih
3. Air Mineral
2. HADIAH
1. Beg galas RM 20.00 x 50 orang RM 1000.00

JUMLAH BESAR RM 1350.00

6. SUMBER KOS
a) Peruntukan Prasekolah - Bantuan Makanan Prasekolah (Makan)
- Bantuan Kewangan Kokurikulum Prasekolah (Hadiah)

PENUTUP
Diharap dengan majlis yang akan diadakan ini, ianya sedikit sebanyak dapat memberi
pengalaman yang berguna kepada murid. Selain itu, dengan adanya majlis ini, diharapkan ia
dapat memberi peluang dan pendedahan kepada murid tentang adab dan tatacara majlis
konvokesyen dan nilai-nilai murni yang berguna kepada mereka pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………………. ……………………………………..
(ZETTY AQSHA BINTI SABIRIN) (AB RAZAK BIN SULAIMAN)
Guru Penolong Kanan Tadbir dan
Guru Penyelaras Prasekolah
Kurikulum
SK Jalan Raja Muda
SK Jalan Raja Muda

Disahkan oleh:

………………………………………….
(NORAISHAH BINTI ZULKIFLI)

Guru Besar
SK Jalan Raja Muda
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN RAJA MUDA
KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA MAJLIS ANUGERAH


KECEMERLANGAN PRASEKOLAH SKJRM
2023

Tempat : Dewan Nilam Sari, SK Jalan Raja Muda


Tarikh : 11 Februari 2023 (Sabtu)
Masa :
7.30 pagi –
12.00 tengahari

You might also like