You are on page 1of 4

SKRIP BICARA BERIRAMA

SK SUNGAI SEPIRING
BUDAYA JIWA BANGSA

SEGMEN 1
SR Cak!!!
SRL Malaysia……Malaysia…..Malaysia…
SR Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia
SRP Kawan-kawan….Mari dekat.. Mari dekat…
SR Dengarlah bicara berirama Budaya menunjukkan Bangsa…Budaya Jiwa Bangsa..
SR Kami persembahkan dari Sekolah Kebangsaan Sungai Sepiring
SR Jangan toleh kiri…..Jangan toleh kanan…..
SR Syyyhhhhh…..
SR Tuan-tuan dan puan-puan, dengarlah bicara berirama kami. Betulkan kerusi anda dan
duduk dengan selesa

SEGMEN 2
SP1 Lembut bicara susunan Bahasa
SP1 Indah bermakna mencuit jiwa
SL1 Daripada kami anak jati Malaysia
SL1 Dalam Budaya Jadikan amalan
SR Budaya Jiwa Bangsa
SL1 Oooooo aku tergoda…aku tergoda
SL1 Bukan tergoda dengan perempuan….
SR Tapi tergoda dengan budaya Malaysia….
SL1 Unikkan!!!
SRL Lain daripada yang lain..
SRP Ada kaum Melayu,
SRL Ada kaum Cina
SRP Kaum India pun ada
SRL Suku Kadazan pon ada
SRL Tapi ada di Sarawaklah.
SL1 Eh..eh jangan lupa…Sabah Bah…

SEGMEN 3
SL1 Hai sumandak, boleh berkenalan?
SP1 Boleh bah kalua kau..
SL1 Jujurnya aku suka masih pada dirinya, walau pernah berbeza langit dan utara. (lagu)
SR Cumi,cumi,cumi,cumi,cumi…
SR Berbilang kaum cintakan satu negara
SL1 Tinggi-tinggi gunung kinabalu (lagu)
SP1 Tinggi lagi sayang sama kamu (lagu)
SL1 Biru-biru gunung kinabalu (lagu)
SP1 Tengok dari jauh hati saya rindu (lagu)
SEGMEN 4
SP1 Patriotisme
SP1 Di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung
SR Di Malaysia macam-macam makanan ada
SL1 Makanan masyarakat India
SP1 Makanan masyarakat Melayu dan Masyarakat cina juga
SL1 Hey Raju….awak suka makan apa?
SL1 Car Key Thew x2….Sate juga x2
SP1 Mei Lin…Awak suka makan apa?
SP1 Nasi Lemak…Capati..Teh Tarik..
SP1 Siti…siti….siti…Awak pula?
SP1 Maruku dan Steamboat
SR Mmmm…sedap…sedap…sedap
SR Gendang gendut tali kecapi
SR Kenyang perut suka hati……

SL1 Belum lagi la…


SR1 Pergi Johor kita boleh makan mee telur
SRP Di Sarawak Mee Bandung
SL1 Errrrkkkkk……. Kenyangnya….
SL1 Aney, teh Tarik ikat tepi satu!
SP1 Eh…….eh….jangan panggil begitu..kan Bahasa budaya kita
SL1 Maaf, cik the Tarik kosong satu!
SL1 Oppps terlebih sudah….
SR Tapi ingat? Berhenti sebelum kenyang
SR Mencegah lebih baik daripada mengubati

SEGMEN 5
SRP Eee….Bom…..Eee….Bom
SL1 Ho….ho…ho….balik kampung
SRP Wah!!! Meriahnya…..Seronokkan beraya…
SRL Setiap kali perayaan, semua kaum bercuti
SR Bukan itu saja….. ada kuih raya, ada angpau
SP1 Mari Raju, Mei Lin…kita makan ketupat rending dan sate..
SP1 Seronoknya perayaan kamu siti!!!
SL1 Pewit….cantiknya
SP1 Raju segak berbaju cekak musang
SL1 Mei Lin manis berkebaya
SL1 Siti cantik memakai chongsam
SR Kongsi…kongsi kong sini….x2
SL1 Mari datang rumah saya
SL1 Ada banyak kuih….angpau pun ada
SP1 Sapa mahu….sapa mau……
SR Waaa….seronoknyaaaa…
SR Hari ini hari Deepavali
SL1 Jom kita ke rumah Raju
SP1 Mesti ada meruku….mmm….sedapnya…
SR Inilah seronoknya Malaysia….
SR Ada banyak rumah terbuka
SR Kenali budaya kita
SR Beramah mesra
SR Saling bermaafan
SR Ibu bapa dan kaum keluarga
SR Saudara terdekat, jiran tertangga
SR Sayang menyayangi, bertegur sapa
SR Ketulusan ikatan sepangang usia

SEGMEN 7
SR Uniknya budaya Malaysia dapat dilihat pada pelbagai Bahasa dan dialek
SRL Ada Bahasa Malaysia
SRP Ada Bahasa Cina
SRL Ada Bahasa Tamil
SRP Bahasa Iban jangan lupa
SR Pelbagai dialek ada di Malaysia
SL1 Hampa nak tau dak? Tadi aku pi ghumah jiran sebelah. Nak pi caghi mak aku, pi pi mak
tak dak.
SR Apa? Pi pi mak hang tak dak?
SP1 Buke la. Dio gi ghumoh jire sebelah umoh dio.Caghi mok dio.Gigi mak dio tak dok.
SR Apa? Gigi mak tak ada?
SL1 Aduh….dia kata dia pergi cari mak dia kat rumah jiran..tetapi mak dia tak ada.
SR Oh…nyak baru aku nemu.

SEGMEN 8
SL1 Jika kau fikirkan kau boleh
SL1 Kau pasti boleh melakukan
SP1 Jika kau fikirkan kemenangan
SP1 Kau hampiri kejayaan
SR Kita…..Bila lagi?
SR Yakin boleh
SP1 Genggan bara api biar sampai menjadi arang
SL1 Yang bulat tidak datang bergolek
SR Yang pipih tidak datang melayang
SP1 Yang kurik itu kendi
SP1 Yang merah itu saga
SL1 baik itu budi
SL1 indahnya bahasa o..o…
SL1 Pantun lama tinggi kiasannya..
SR Kekalkanlah.. Budaya kita.
SEGMEN 9
SR Malaysia juga terkenal dengan tarian yang pelbagai
SP1 Saya tahu…saya tahu…
SR Tahu apa?
SP1 Tarian yang macam ni…(gaya Tarian Bharata Nayam)
SR Apa tu?
SP1 Tarian Bharata Nayamlah kawan-kawan. Tarian klasik India.
SR Oh, tarian Bharata Nayam.
SR Selain tarian Bharata Nayam, ada juga tarian naga, sumazau, ngajat, zapin, kuda
kepang dan macam-macam lagi.
SRL Ada tarian untuk perkahwinan
SRP Ada tarian untuk persembahan
SRL Ada tarian untuk perayaan
SP1 Saya suka…saya suka.
SL1 Saya suka budaya Malaysia

SEGMEN 10
SR Kami anak-anak Malaysia
SR Berbilang kaum berbilang bangsa
SR Berganding bahu memupuk perpaduan
SR Mengeratkan hubungan demi negara
SR Biarpun jauh kaki melangkah
SR Biarpun tinggi terbang di awan
SR Biarkan indah nama di julang
SR Kelangsungan kemerdekaan Negara kita pikul
SL1 Kita satu bangsa…bangsa…Malaysia
SR1 Kita satu matlamat…
SR 1 Malaysia
SR Sekian…. Sei Sei….. Nanre…..Terima Kasih

You might also like