You are on page 1of 1

SINOPSIS PERSEMBAHAN TARIAN TRADISIONAL 2015

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SEBAT

JURULATIH : SAEDA BT. SAI’IE

NO. TEL : 014-6848852

RAMPAIAN TARIAN TRADISIONAL

1. Tari Rampai Si Dara Manis

Tarian Rampaian ini adalah tarian yang mengandungi 3 jenis tarian iaitu tarian inang,
zapin dan joget. Tarian inang mengisahkan kelembutan gadis-gadis Melayu. Walaupun
dalam bentuk tarian, kesopanan dan kesantunan masih lagi dijaga. Tarian zapin juga
selalu dipersembahkan dalam acara atau majlis yang ceria namun masih lagi
mengekalkan adat budaya setempat. Manakala tarian joget ditarikan untuk majlis
perkahwinan atau acara untuk menyambut tetamu dalam majlis-majlis tertentu.

TARIAN ETNIK / RAKYAT

2. Tarian Sewang Gamok

Tarian sewang mempunyai pelbagai bentuk tarian. Ianya ditarikan dalam pelbagai
acara, antaranya adalah tarian sewang untuk proses penyembuhan, acara menyambut
tetamu, semangat hutan, roh dan sebagainya. Tarian Sewang Gamok ini adalah tarian
yang bertujuan untuk penyembuhan. Ia selalunya diketuai oleh seorang pawang atau
bomoh dan diikuti oleh penari-penari. Tarian ini diakukan untuk menyembuhkan
penyakit, sampukan atau terkena racun.

You might also like