You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN MENJALARA

BANDAR MENJALARA,KEPONG
KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2016
10 – 27 OKTOBER 2016
SK MENJALARA,BANDAR MENJALARA
KUALA LUMPUR
KERTAS KERJA BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2015
1. TAJUK PROGRAM : BULAN BAHASA KEBANGSAAN

2. PENDAHULUAN : Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta
Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras semua sekolah
rendah dan menengah. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa
bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat,
juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air
yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan.

Bagi merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan


untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis juga selaras dengan
matlamat kurikulum Bahasa Melayu untuk melengkapkan murid dengan
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri
dalam urusan harian maka Panitia Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan
Menjalara menganjurkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2016.

3. RASIONAL : Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasa Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lantaran itu, pelbagai aktiviti mampu
dijalankan bagi menarik penyertaan warga sekolah khasnya murid-murid agar
lebih mahir berkomunikasi dan seterusnya melahirkan semangat cinta akan
bahasa kebangsaan.

4. MATLAMAT : Melahirkan murid yang mencintai Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan
dan berpengetahuan tentang pelbagai cabang ilmu Bahasa Malaysia.
5. OBJEKTIF :5.1 Mendedahkan keunikan Bahasa Melayu dari pelbagai aspek.
:5.2 Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik
kewujudan Bahasa Melayu.
:5.3 Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap
positif dan semangat patriotik bertunjangkan Bahasa Melayu
6. TARIKH : 10 Oktober hingga 27 Oktober 2016
7. TEMPAT : SK Menjalara,Bandar Menjalara,Kepong,Kuala Lumpur.
8. SASARAN : Semua murid SK Menjalara
9. AKTIVITI : 9.1. Aktiviti Minggu Bahasa Malaysia
9.1.1 Aktiviti membaca buku Bahasa Malaysia ( Tahap 1 dan 2 )
9.1.2 Pemuisi Jalanan (Tahap 2)
9.1.3 Teka Silangkata. ( Tahap 1 dan 2 )
9.1.4 Kuiz spontan(Tahap 1 dan Tahap 2)
9.1.5 Pertandingan Melengkapkan Peribahasa ( spontan )
9.1.6 Mencari Benda Tersembuyi ( Benda Maujud ) ( Tahap 1 dan 2 )
9.1.7 Kuiz Bahasa. ( Tahap 1 & 2 )
9.1.8 Lakonan / Sketsa
10.ATURCARA PERASMIAN MAJLIS:
7.30 pagi - Murid Mengambil Tempat di Foyer
- Taklimat ( KP Panitia Bahasa Malaysia)
- Ucapan Guru Besar dan Perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan
- Gimik Pelancaran
- Majlis Bersurai
11. JAWATAN KUASA :
Pengerusi : Pn. Noor Asmah Binti Shariff Guru Besar
Naib Pengerusi : Pn.Hanita Binti Yaakob GPK Tadbir Kurikulum
Naib Pengerusi bersama : Pn. Rosnani Binti Shariff GPK Hal Ehwal Murid
Pn. Nur Asfarina Binti Anuar GPK Kokurikulum
Setiausaha : En.Mohd.Rizal Bin Ithnain Ketua Panitia
Aktiviti & Pertandingan : Semua guru Bahasa Malaysia mengikut Kelas
PA Sistem : En.Mohd.Rizal bin Ithnain
J/K Backdrop : En. Abd Hadi Bin Ibrahim
Pn. Saufeea Angela Rengon Binti Abdullah
Buku Program : Pn.Ezwany Bt Azmi
J/K Dokumentasi : Pn.Saufeea Abdullah
J/K Hadiah : Pn.Aliza bt Boh
Pengacara Majlis : En. Muhammad Zaki Bin Jasni.
12. ANGGARAN PERBELANJAAN : RM 236.00
13. SUMBER KEWANGAN : Peruntukan Panitia Bahasa Malaysia .
14. PENUTUP : Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Semoga segala kerjasama yang diberi oleh semua pihak akan
melancarkan lagi perjalanan segala aktiviti yang telah dirancang.

15. HURAIAN AKTIVITI SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN.


Hari/ Tarikh Aktiviti Huraian Aktiviti

Isnin Majlis Pelancaran Bulan Bahasa 1.KP Panitia BM memberi taklimat tentang Bulan
Kebangsaan.
10.10.2016 Bahasa Kebangsaan.
A) Taklimat KP Panitia Bahasa 2. Persembahan lakonan murid tahun 5
Malaysia dan acara perasmian oleh
Guru Besar. 3. Guru Besar merasmikan Minggu Bagasa Melayu.
B) Gimik Pelancaran:
- - Lakonan

Selasa Aktiviti Membaca Buku BM . 1. Aktiviti dijalankan pada waktu pagi ( 7.00-7.30 )
11.10.2016 Tindakan : Pn Sofea & Pn Ezwany 2. Guru Bahasa Malaysia dan guru bertugas memantau
Hingga aktiviti bacaan murid-murid.
: Guru Bertugas
Khamis 3. Murid mencatat maklumat buku yang dibaca di dalam
26.10.2015 buku NILAM.
Kuiz Spontan ( Tahap 1 dan 2 )
4. Guru memilih beberapa orang murid untuk menceritakan
Tindakan : Pn Sofea:
secara ringkas tentang buku yang dibaca.

Pemuisi Jalanan : 1. Guru menyediakan teks /murid mencari bahan


Rabu Tindakan: En Mohd Rizal sendiri.
12.10.2016 2. Murid berpuisi ketika waktu senggang ( di mana-
Hingga mana lokasi yang sesuai )
Rabu 3. Individu atau kumpulan.
26.10.15
Rabu Teka silangkata Tahap 1 dan 2 1. Dijalankan di dalam kelas ketika P d P
12.10.2016 Tindakan : Pn Ezwany Binti Azmi 2. Guru Bahasa Malaysia akan mengendalikan aktiviti
Hingga tersebut.
Jumaat 3. Dua orang pemenang dipilih bagi setiap kelas
14.10.2016

Khamis Pertandingan Penjodoh Bilangan 1. Setiap kelas akan menyatakan 2 penjodoh bilangan
15.10.2015 Paling Istimewa ( Tahap 1 & 2 ) bagi tumbuh-tumbuhan/benda yang ada di kawasan
Hingga Tindakan:Guru Bahasa Malaysia sekolah dan bina ayat daripada PB.
Jumaat setiap kelas 2. Tulis pada kertas A4 dan perlu liminit kertas tersebut
16.10.2015 Hakim Utama:Pn.Yusliza Bt Yusof 3. Gantung / pacak pada tumbuhan /benda.
4. Guru perlu gantung PB sebelum 20 Okt.
Isnin
26.10.2015 Mencari Benda Tersembunyi. 1. Dijalankan ketika PdP.
Hingga ( Tahap 1 dan 2 ) 2. Bergerak dari stesen ke stesen
Rabu Tindakan : En Zaki Bin Jasni 3. Guru memberi teka-teki
28.10.2015 4. Murid mencari benda tersembunyi di setiap stesen
5. 1 pemenang dipilih bagi setiap kelas (1 x 4 soalan )

Selasa Pertandingan Forum Perdana. 1. Aktiviti dijalankan selepas waktu rehat.


27.10.2015 ( Tahap 2 ) 2. 4 Guru BM menyediakan kumpulan yang terdiri
Tindakan: Guru Bahasa Malaysia daripada murid tahun 4,5 dan 6 pelbagai kebolehan .
( En Mohd Rizal Ithnain ) 2. Guru pilih isu semasa dan latih peserta tersebut.
3. Perlu ada 4 kumpulan.
Rabu 1. Pertandingan antara kumpulan ( 8 kumpulan )
28.10.15 Pertandingan Kuiz BM Tahap 1 & 2 2. Peserta setiap kumpulan terdiri daripada murid
& Tindakan : En. Zaki bin Jasni tahun 1,2 dan 3 pelbagai kebolehan )
Khamis : Pn Riza Rahayu. 3. Guru pilih ahli kumpulan.
29.10.2015

Jumaat Acara Kemuncak Bulan Bahasa 1. Persembahan lakonan


30.10.2014 Kebangsaan. 2. Penyampaian hadiah
Tindakan : Semua Guru Bahasa 3. Ucapan penutup oleh KP Bahasa Malaysia
Malaysia.

16. JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI BULAN BAHASA KEBANGSAAN PADA BULAN OKTOBER.

TARIKH HARI AKTIVITI MASA

12 OKTOBER ISNIN Majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 7.50-8.15

Aktiviti membaca buku BM & Kuiz Spontan 7.00-7.30 & 10.30


13 SELASA
PAT : Bahasa Arab & Jawi

14 RABU Pemuisi Jalanan & Teka silang kata !0.15 , PdP

15 KHAMIS Penjodoh Bilangan Paling Istimewa PdP

16 JUMAAT Penjodoh Bilangan Paling Istimewa PdP

17 SABTU

18 AHAD

19 ISNIN

20 SELASA

21 RABU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

22 KHAMIS

23 JUMAAT

24 SABTU

25 AHAD

26 ISNIN Mencari Benda Tersembunyi PdP

27 SELASA Pertandingan Forum Perdana Tahap 2 10.30-11.30

28 RABU Kuiz Bahasa Tahap 1 10.30-11.30

29 KHAMIS Kuiz Bahasa Tahap 2 10.30-11.30

30 JUMAAT Acara Kemuncak Bulan Bahasa Kebangsaan 7.40 - 9.00


17. HURAIAN ANGGARAN PERBELANJAAN HADIAH

Bil Aktiviti Perbelanjaan

1. Pemuisi Jalanan RM 5 x 3 pemenang RM15.00

2. Pertandingan Teka silangkata RM2 x 24 pemenang RM 48.00

3. Pertandingan Kuiz spontan RM 1 x 40 pemenang RM 40.00

4. Mencari Benda Tersembunyi RM 1 x 48 pemenang RM 48.00

5 Pertandingan P.Bilangan RM5 x 6 kelas RM 30.00

6 Pertandingan Forum Perdana RM 10 x 2 kumpulan RM 20.00

7 Kuiz Bahasa Tahap 1 & 2 RM 10 x 6 kumpulan RM 40.00

10 Murid Paling Aktif RM 5 x 2 pemenang RM 10.00

JUMLAH RM 236.00

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(MOHD.RIZAL BIN ITHNAIN) (ZAIFUDDIN BIN BAHARUM)


Ketua Panitia Bahasa Malaysia , Guru Besar,
SK Menjalara,Kepong,KL SK Menjalara,Kepong,KL

You might also like