You are on page 1of 4

SK SEGAMBUT MAKMUR Kod Sekolah: WBA0091

JALAN 2/60A TAMAN DESA SEGAMBUT Tel: 03-62572795


51200 KUALA LUMPUR Faks:
WP KUALA LUMPUR

LAPORAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN RASUAH


DI PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SEGAMBUT MAKMUR
BIL PERKARA MAKLUMAT

1 Pendidikan Pencehahan Rasuah Asal-usul, definisi dan nama-nama lain rasuah

2 Tarikh aktiviti 5 23 September 2022

3 Masa aktiviti 10.00 pagi

4 Tempat aktiviti Dewan Terbuka SK Segambut Makmur

5 Objektif Menyatakan definisi rasuah , mengenal pasti nama lain bagi rasuah
dan mengenal pasti bentuk-bentuk rasuah
6 Maklumat Program / Aktiviti

i) Penceramah NAMA : MUHAMMAD HAFIZ RIZA BIN MOHD ASRI


KELAS : 6 Violet
ii) Sasaran Semua murid tahap 1 dan tahap 2 SK Segambut Makmur
iii) Bilangan Kehadiran L- 120 P - 105
iv) Ulasan & Pencapaian Murid mendapat maklumat tentang rasuah dengan memberi respon
ketika sesi ceramah dijalankan.

7 Penilaian Program

i) Kekuatan Murid yang menyampaikan ceramah berkeyakinan dan mampu


menyampaikan ceramah dengan nada dan intonasi yang jelas.

ii) Kelemahan/Isu / Kekangan Masa aktiviti terhad dan murid tahap satu kurang faham terhadap
info yang diberikan ( bahasa / istilah yang tinggi )

iii) Cadangan Penambahbaikan Mengadakan sesi lakonan untuk menunjukkan situasi yang
digambarkan.

Rumusan Program Pendidikan Rasuah dapat memberi kesedaran kepada


murid-murid tentang bahaya rasuah.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

________________________
( MOHD RIZAL BIN ITHNAIN )
1
Penyelaras Program Pendidikan Rasuah
SK Segambut Makmur.
PENDIDIKAN PENCEGAHAN RASUAH DI SEKOLAH
AKTIVITI 5
NAMA : MUHAMMAD HAFIZ RIZA BIN MOHD ASRI
KELAS : 6 VIOLET
TARIKH : 23 SEPTEMBER 2022
BAB 2 : APA YANG PERLU ANDA TAHU ?
TAJUK : Asal-usul, definisi dan nama-nama lain rasuah.
OBJEKTIF : Menyatakan definisi rasuah , mengenal pasti nama lain bagi rasuah dan mengenal pasti
bentuk-bentuk rasuah.

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Yang dihormati guru –guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Sempena dengan Program Pendidikan Pencegahan Rasuah di sekolah, saya akan menyampaikan maklumat
tentang Pendidikan Pencegahan Rasuah mengenai :
i. Asal usul nama rasuah
ii. Definisi rasuah
iii. Nama-nama lain rasuah

1.Asal-usul nama rasuah


Perkataan RASUAH berasal daripada bahasa Arab ‘risywah’ iaitu kata terbitan daripada kata dasar perkataan
‘rasya’, ‘yarsyu’ dan ‘rasywan’ yang membawa maksud sogokan atau pujukan.

Perkataan CORRUPTION pula berasal daripada bahasa Latin ‘curroptio’ iaitu daripada kata kerja
‘corrumpere’ yang membawa maksud merosakkan dan berkecai.

2. DEFINISI RASUAH

i. Penerimaan atau pemberian suapan sebagai dorongan untuk seseorang itu melakukan atau tidak
melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasminya.

ii. Menyalah guna kedudukan awam untuk mendapat keuntungan peribadi.

iii. Menyalah guna kuasa atau kedudukan awam untuk mendapat faedah peribadi - melalui suapan, peras
ugut, menggunakan pengaruh (influence- peddling), nepotisme, penipuan,
duit pelincir (speed money) atau penyelewengan.

iv. Kuasa yang diamanahkan disalah guna untuk mendapat faedah peribadi. Perbuatan itu memberi
kemudaratan kepada rakyat yang bergantung kepada integriti orang yang diamanahkan kedudukan
atau kuasa tersebut.
2
3. NAMA-NAMA LAIN RASUAH

-Tangentopoli (Itali) Perbuatan rasuah dalam sistem politik Itali yang terbongkar sekitar tahun
90-an.

-Black Mist (Jepun) Merujuk kepada skandal mengatur perlawanan dalam liga profesional besbol Jepun yang
berlaku antara tahun 1969 dan 1971.

-Sleaze (UK) Perbuatan tidak jujur dan tidak bermoral terutama oleh penjawat awam.

-Les Affaires (Perancis) Transaksi haram dalam perniagaan.

-Kopi Lui (Hokkien) Duit minum kopi.

-Air Supply (Uganda) Pembayaran yang dibuat walaupun barang tidak dibekalkan atau perkhidmatan tidak
diberikan.

-Than Wu (China) ‘Than’ bererti haloba dan ‘Wu’ bererti kekotoran.

-Char Chien (Mandarin) Duit minum teh.

-Zowai, Wairo atau Suwai (Jepun) Pemberian wang bertujuan untuk melakukan perkara yang terlarang.

-Pungli (Indonesia) Gabungan perkataan ‘pungutan’ dan ‘liar’.

-Di MALAYSIA,rasuah juga dikenali sebagai...

Under counter money


Makan suap
Duit kopi
Bunga emas
Tumbuk rusuk
Speed money
Pelincir
Kawtim

Demikianlah sahaja penerangan daripada saya tentang asal usul nama rasuah, definisi rasuah dan nama-nama lain
rasuah. Semoga rakan-rakan mendapat info dan maklumat tentang rasuah untuk dijadikan panduan dan
pedoman.Sekian terima kasih.
3
LAPORAN BERGAMBAR :
AKTIVITI 5
NAMA :
KELAS :
TARIKH : 23 SEPTEMBER 2022
MASA : 10.30 PAGI – 10.40 PAGI
TEMPAT : DEWAN SKSM

You might also like