You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN LEKIR

32020 SITIAWAN, PERAK

PROGRAM
PELANCARAN DUTA SAHSIAH
PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023

PENDAHULUAN

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia dengan


kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menganjurkan Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin
Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.

Pelancaran ini akan mengangkat murid sebagai duta di peringkat sekolah. Program kerjasama ini
dulunya di kenali sebagai Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM : Jom Ke Sekolah, seterusnya
Pelancaran “Sekolahku SEJAHTERA” dan kini dijenamakan semula sejajar dengan aspek karamah
insaniah melalui pembentukan adab, akhlah dan integriti.

Kerjasama antara KPM dan PDRM dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku
murid. Penglibatan pihak PDRM dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah
(PPS) di semua sekolah

OBJEKTIF
1. Memantapkan kerjasama antara pihak PDRM dengan KPM dan pihak sekolah dengan PPS.
2. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah
dan perlakuan yang menyalahi undang-undang, tidak bermoral.
3. Mengagaskan optik lebih jelas mengenai hala tuju sahsiah di peringkat sekolah dengan melantik
murid sebagai Duta Sahsiah dalam menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku Seksual dan Buli di
Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

TARIKH PELANCARAN
 Tarikh : 31 Oktober 2023
 Hari : Selasa
 Masa : 7.00 pagi hingga 9. 00 pagi
 Tempat : Dataran Ar Rayyan
 Kod Pakaian : Guru dan Tetamu : Baju kerja rasmi / korporat
 Tema warna : Hijau

ATURCARA MAJLIS
7.00 pagi - Menyambut murid hadir ke sekolah

Juriah / Duta Sahsiah 2023/skl 1


- Ketibaan Pegawai Perhubungan Sekolah
7.30 pagi - Ucapan Aluan Pengacara Majlis
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Nyanyian Lagu Negeri Perak
- Nyanyian Lagu Sekolah
- Bacaan Ikrar Rukun Negara
- Bacaan Doa
- Ucapan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)
- Ucapan Guru Besar SK Lekir
- Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah
Peringkat Sekolah 2023
- Pelantikan Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah
Peringkat Sekolah 2023
- Penyampaian Mesej Duta Sahsiah
- Sesi Bergambar
9.00 pagi - Bersurai
JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : En. Akashah bin Abdullah (Guru Besar SK Lekir)
Naib Pengerusi : Pn. Rahane binti Saari (PK HEM)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Syaharaini Binti Said (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Dalina binti Zainal Abidin (PK Ko-Kurikulum)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Roshanini binti Azali (PK Pendidikan Khas)
Penyelaras : Pn Juriah binti Adris (Guru Disiplin)
Setiausaha : Pn. Nor Riza binti Remeli @ Rameli

AJK PELAKSANAAN
Pengacara Majlis
Pn. Nurul Sakinah Binti Ahmad (Guru Bertugas)

Bacaan Doa
En. Nor Affandi Bin Khiruddin

Buku Program
Pn. Juriah binti Adris

Persiapan Pentas & Tempat


Pn. Nor Riza Binti Remeli @ Rameli
Pn. Dayang Rozifairuz Binti Kiflee
Pn. Noorain Binti Ghazali
Pn. Nor Shahida Binti Umran
Pn. Norhayati Binti Zakaria
Pn. Juhaida Binti Ishak

Sijil & Cenderahati


Pn. Nor Fadzilah Binti Zainuddin
Pn. Rafidah Binti Chuang

Gimik/acara Pelancaran
Pn. Noor Azimah binti Abas
Pn. Sutha Sri A/P Sivarao

Juriah / Duta Sahsiah 2023/skl 2


Teks Bacaan Duta Sahsiah
Pn. Norliza Binti Ibrahim

Rukun Negara
Pn. Masariah Binti Zakaria

Pemilihan Duta Sahsiah


Pn. Juriah binti Adris
Pn. Juhaida Binti Ishak
Pn. Dayang Rozifairuz Binti Kiflee
Pn. Nor ‘Azaliah Binti Ali Hassan
Pn. Nuurul Ezzah Binti Mohd Sobli

PA Sistem
Pn. Norasiah Binti Mohd Arshad @ Arshad
Nor Zalilah Binti Kamaruzzaman

Jurugambar
Pn. Azira Binti Salleh
Pn. Herda Binti Ahmad Sukri

Dokumentasi / Laporan
Pn. Nuurul Ezzah Binti Mohd Sobli

Guru Bertugas Di pagar (Hari Selasa : 7.00 pagi)


Pn. Norasiah Binti Mohd Arshad @ Arshad (Guru Bertugas)
Nor Zalilah Binti Kamaruzzaman (Guru Bertugas)
En. Nor Affandi Bin Khiruddin (Guru Bertugas)
Pn. Nurul Sakinah Binti Ahmad (Guru Bertugas)
Pn. Juriah binti Adris (Guru Disiplin & Pengawas)
Pn. Pn. Nor Riza Binti Remeli @ Rameli (Guru Disiplin)
Pn. Dayang Rozifairuz Binti Kiflee (Guru Pengawas)
Pn. Ummi Idayu Binti Khadri (Pengawas PSS)
Pn. Nuurul Ezzah Binti Mohd Sobli (Guru Bimbingan Kaunseling & PRS)

Kawalan Murid
Pn. Nor Azizah Binti Ayat
Pn. Hazatul Fauziah Binti Hamzah
Pn. An’warsaida Binti Ismail
Pn. Rosnani Binti Mohamed Yunos
Pn. Zunaidah Binti Ishak
Pn. Zuraini Binti Ismail
Pn. Nooratika Binti Maskor
Pn. Siti Salma binti Abd Majid
Pn. Fazilah Binti Zainal Abidin
Pn. Masariah Binti Zakaria
En. Mohd Husaini Bin Mohdtakir @ Dakir
En. Mohd Zaidi Bin Mohd Rashid
Pn. Nor Aznita Binti Mohammed Hasbi

Disediakan oleh :

Juriah / Duta Sahsiah 2023/skl 3


……………………………………
(PN. JURIAH BINTI ADRIS)
Penyelaras,
Program Duta Sahsiah
Pemangkin Pembentukan Karakter karamah Insaniah,
SK Lekir,
Sitiawan, Perak

Disemak oleh :

……………………………………
(PN. RAHANE BINTI SAARI)
Penolonh Kanan HEM,
SK Lekir,
Sitiawan, Perak

Disahkan oleh :

…………………………………
En. Akashah bin Abdullah
Guru Besar,
SK Lekir

Juriah / Duta Sahsiah 2023/skl 4


MASEJ DUTA MURID

Pesanan Khidmat Masyarakat Berkaitan BULI

1. Adakah anda tahu bahawa buli adalah masalah yang serius dalam masyarakat kita? Buli tidak
hanya merosakkan individu yang terlibat, tetapi juga memberi impak yang negatif kepada
masyarakat secara keseluruhan. Setiap tindakan buli meninggalkan kesan mendalam kepada
mangsa, meningkatkan risiko masalah kesihatan mental dan boleh mengakibatkan peningkatan
kadar ketidakhadiran ke sekolah.

2. Kita semua bertanggungjawab untuk menghentikan buli. Mari kita bersama-sama membentuk
masyarakat yang menggalakkan kebaikan, menghormati perbezaan dan memberi sokongan sesama
insan.

3. Jika anda menyaksikan atau mengetahui tentang sebarang kejadian buli di sekolah atau asrama,
jangan berdiam diri. Laporkan kepada guru untuk tindakan awal atau membantu mangsa dengan
memberi sokongan moral.

Juriah / Duta Sahsiah 2023/skl 5


4. Oleh itu, marilah kita bersatu hati bertindak sebagai masyarakat yang prihatin supaya kita bebas
daripada buli. Sekecil-kecil tindakan kita boleh menghalang buli daripada terus berleluasa.
Katakan tidak kepada buli!

MASEJ DUTA MURID

Pesanan Khidmat Masyarakat Berkaitan GANGGUAN SEKSUAL

1. Dalam masyarakat kita, gangguan seksual adalah satu realiti yang tidak boleh diabaikan. Setiap
individu berhak merasa selamat dan dihormati, tanpa menghadapi ancaman atau perlakuan seksual
yang tidak diingini. Gangguan seksual boleh merosakkan kepercayaan diri, menjejaskan kesihatan
mental dan boleh membawa kepada trauma seumur hidup.

2. Kita perlu bersama-sama membentuk masyarakat yang mengutamakan keadilan dan keselamatan.
Oleh itu, mari kita tingkatkan kesedaran tentang isu gangguan seksual dan berikan sokongan
kepada mangsa untuk melaporkan kes tersebut. Hal ini menjadi tanggungjawab kita bersama-sama
untuk menjauhkan diri daripada budaya yang membenarkan gangguan seksual.

3. Sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali menjadi mangsa gangguan seksual, jangan
berdiam diri. Minta bantuan daripada guru dan keluarga untuk membuat laporan kepada pihak
berkuasa, terutama Polis DiRaja Malaysia. Kita semua boleh berperanan untuk menghentikan
gangguan seksual dan membina masyarakat yang selamat dan adil. Sehubungan dengan itu, mari
bersama-sama melindungi hak asasi setiap individu. Hentikan gangguan seksual!

Juriah / Duta Sahsiah 2023/skl 6

You might also like