You are on page 1of 4

BAHAGIAN C : RUMUSAN

[ 30 markah ]
Soalan 9 : Rumusan
Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1
Mengapakah belia terlibat dengan rasuah? Hal ini demikian kerana kedua-dua pihak sama ada
penerima atau pemberi rasuah mempunyai kepentingan. Punca gejala rasuah yang melibatkan
golongan belia antaranya mereka mempunyai kepentingan yang tersendiri terhadap pemberi
rasuah tersebut. Penerima rasuah pula boleh mendapatkan atau memudahkan sesuatu perkara
yang diingini pemberi rasuah. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali mendedahkan
sejumlah 275 orang belia berusia antara 18 hingga 30 tahun ditangkap atas kesalahan
membabitkan rasuah sejak 2020 sehingga Jun 2022. Daripada jumlah itu, seramai 21 orang
berusia antara 18 hingga 23 tahun, manakala 254 orang lagi berusia antara 24 hingga 30 tahun.
Selain itu, rasuah diterima oleh golongan belia juga berpunca daripada gaji yang rendah
mengakibatkan mereka tidak mampu untuk menampung kos sara diri di samping keinginan
untuk menjalani gaya hidup mewah. Apabila kurang kemampuan dari segi kewangan, maka
segelintir golongan tersebut terpaksa mencari jalan lain yang lebih mudah iaitu rasuah untuk
mencari duit lebih bagi menampung perbelanjaan. Hendak mencari pekerjaan kedua mungkin
sukar dalam keadaan sekarang. Maka mereka mencari alternatif yang mudah iaitu dengan
menerima rasuah untuk mendapatkan duit.
Mengulas mengenai bentuk rasuah yang diterima, Tan Sri Dzulkifli Ahmad
mengatakan daripada pengalaman beliau semasa menerajui SPRM, kebanyakkan mereka hanya
menerima wang untuk mendapatkan apa-apa yang diidamkan. Bentuk rasuah yang diambil
mejoritinya hanyalah berbentuk duit. Jarang yang melibatkan salah guna kuasa kerana mereka
hanya mahu duit untuk kehidupan mewah.
Penerapan ilmu rasuah bagi orang muda masih kurang dan ramai yang tidak sedar
bahawa rasuah boleh menyebabkan mereka kehilangan kerja dan sekali gus menghancurkan
masa depan. Kerajaan perlu memikirkan alternatif yang lebih efektif bagi menerapkan dalam diri
anak muda berkenaan pendidikan antirasuah melalui pembelajaran di sekolah mahupun
universiti. Tambahan pula, pembelajaran berkaitan dengan rasuah sudah pun terdapat di sekolah-
sekolah sejak beberapa tahun yang lalu, cuma sekarang ini perlu diberikan penekanan yang lebih
mendalam.
Dipetik dan diubah suai daripada “Gaji Rendah Punca Ramai Belia Terjebak Rasuah”, oleh
Nazrin Nazrin Zulkafli, Sinar Harian, 7 Jun 2022
Bahan 2

Wang

Hadiah Bonus

Upah Suapan Jawatan

Undi Diskaun

Perkhidmatan

Bahan 3

JAUHI RASUAH!
 Hukuman penjara
 Maruah keluarga terjejas
 Menjejaskan pentadbiran negara
SKEMA JAWAPAN

Pendahuluan [2 markah]

P1. Rumusan membincangkan punca-punca dan bentuk-bentuk serta kesan-kesan rasuah. 2


P2. Rumusan membincangkan punca-punca dan bentuk-bentuk rasuah 1
P3. Rumusan membincangkan bentuk-bentuk dan kesan-kesan rasuah 1
P4. Rumusan membincangkan punca-punca rasuah 0
P5. Rumusan membincangkan bentuk-bentuk rasuah 0
P6. Rumusan membincangkan kesan-kesan rasuah 0

Isi [16 markah] – tidak boleh gugur apa-apa. Kena salin bulat-bulat.
Fokus 1 : punca-punca rasuah
Bahan 1
A1 Kedua-dua pihak sama ada penerima atau pemberi rasuah mempunyai kepentingan.
A2 Penerima rasuah boleh mendapatkan atau memudahkan sesuatu perkara yang
diingini pemberi rasuah.
A3 Berpunca daripada gaji yang rendah mengakibatkan mereka tidak mampu untuk
menampung kos sara hidup.
A4 Di samping keinginan untuk menjalani gaya hidup mewah
A5 Mereka hanya menerima wang sahaja untuk mendapatkan apa-apa yang diidamkan.

Fokus 2 : bentuk-bentuk rasuah


Bahan 2
B1 Wang, bonus, upah.
B2 Perkhidmatan
B3 Jawatan
B4 Undi
B5 Hadiah
B6 Diskaun

Fokus 3 : kesan-kesan rasuah


Bahan 3
C1 Pemberi dan penerima rasuah yang didapati bersalah akan menjalani hukuman
penjara.
C2 Maruah keluarga pemberi dan penerima rasuah akan terjejas.
C3 Menjejaskan sistem pentadbiran negara.

Kesimpulannya, rasuah hendaklah dibanteras agar kesejahteraan negara dapat


direalisasikan . 2

(Kesimpulan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)


* kesimpulan – mesti isu/tema – kata kerja
* Ada pihak – 0m

You might also like