You are on page 1of 5

SK SEGAMBUT MAKMUR Kod Sekolah: WBA0091

JALAN 2/60A TAMAN DESA SEGAMBUT Tel: 03-62572795


51200 KUALA LUMPUR Faks:
WP KUALA LUMPUR

LAPORAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN RASUAH


DI PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SEGAMBUT MAKMUR

BIL PERKARA MAKLUMAT


1 Pendidikan Pencehahan Rasuah Aktiviti ceramah Pendidikan Pencegahan Rasuah untuk
memberi maklumat kepada murid-murid tentang rasuah.
2 Tarikh aktiviti 2 23 JUN 2022
3 Masa aktiviti 10.00 pagi
4 Tempat aktiviti Dewan Terbuka SK Segambut Makmur
5 Objektif Mengenal pasti jenis-jenis rasuah dan ciri-ciri rasuah di
Malaysia
6 Maklumat Program / Aktiviti
i) Penceramah SHARIFAH MAHMUDAH BINTI SYED ABDUL HAFIZ
6 Violet
ii) Sasaran Semua murid tahap 1 dan tahap 2 SK Segambut Makmur
iii) Bilangan Kehadiran L- 120 P - 105
iv) Ulasan & Pencapaian Murid mendapat maklumat tentang rasuah dengan memberi
respon ketika sesi ceramah dijalankan.
7 Penilaian Program
i) Kekuatan Murid yang menyampaikan ceramah berkeyakinan dan
mampu menyampaikan ceramah dengan nada dan intonasi
yang jelas.
ii) Kelemahan/Isu / Kekangan Masa aktiviti terhad dan murid tahap satu kurang faham
terhadap info yang diberikan ( bahasa / istilah yang tinggi )
iii) Cadangan Penambahbaikan Mengadakan sesi lakonan untuk menunjukkan situasi yang
digambarkan.
Rumusan Program Pendidikan Rasuah dapat memberi kesedaran
kepada murid-murid tentang bahaya rasuah.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

________________________
( MOHD RIZAL BIN ITHNAIN )
Penyelaras Program Pendidikan Rasuah
SK Segambut Makmur.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN RASUAH DI SEKOLAH


AKTIVITI 2
NAMA : SHARIFAH MAHMUDAH BINTI SYED ABDUL HAFIZ
KELAS : 6 VIOLET
TARIKH : 23 JUN 2022
BAB 1 : PENGENALAN KEPADA RASUAH
TAJUK : JENIS-JENIS DAN CIRI-CIRI RASUAH
OBJEKTIF : Mengenal pasti jenis-jenis rasuah dan ciri-ciri rasuah di Malaysia.

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Yang dihormati guru –guru dan rakan-rakan yang dikasihi
sekalian. Sempena dengan Program Pendidikan Pencegahan Rasuah di sekolah, saya akan
menyampaikan maklumat tentang rasuah yang bertajuk “ Jenis-jenis Rasuah dan Ciri-Ciri Rasuah “

JENIS - JENIS RASUAH

1.RASUAH BERSIFAT TRANSAKSI


Transactive corruption

Perbuatan yang dilakukan secara bersama-sama (timbal-balik) antara pemberi dan


penerima rasuah demi keuntungan kedua-dua pihak.

2. RASUAH BERSIFAT PEMERASAN


Extortive corruption
Apabila seseorang itu secara paksa diminta atau dikehendaki memberi rasuah kepada
satu pihak lain bagi mengelakkan sebarang kerugian yang bakal menimpa dirinya
atau menyebabkan kepentingannya tergugat.

3. RASUAH BERSIFAT PELABURAN


Investive corruption

Pemberian wang, hadiah atau barangan kepada seseorang demi keuntungan atau
kepentingan si pemberi rasuah pada masa akan datang.

4. RASUAH BERSIFAT MEMPERTAHANKAN DIRI


Defensive corruption

Rasuah dilakukan oleh seseorang yang berada dalam keadaan terdesak. Contohnya,
rasuah diberi bagi mengelakkan sebarang tindakan, tuduhan atau hukuman yang
akan dikenakan.

5. RASUAH BERSIFAT NEPOTISME


Nepotistic corruption

Perbuatan pilih kasih melibatkan rakan, keluarga atau saudara mara untuk
memegang sesuatu jawatan dalam organisasi. Seterusnya, individu terbabit bertindak
meluluskan sesuatu projek yang akan menguntungkan diri sendiri, rakan, keluarga
dan saudara mara, walaupun perkara itu bertentangan dengan peraturan dalam
sesebuah organisasi.

6. RASUAH BERSIFAT SOKONGAN


Supportive corruption

Perlakuan subahat dengan tidak mengambil tindakan, tidak ambil kisah atau
tidak peduli terhadap kesalahan rasuah atau penyelewengan yang dilakukan oleh
pegawai atau kakitangan terlibat. Malah, kumpulan yang terlibat menindas pegawai
atau kakitangan yang tidak mahu terlibat dalam perbuatan rasuah.

CIRI-CIRI RASUAH

1. MELIBATKAN DUA PIHAK (PEMBERI DAN PENERIMA)

Pemberi - individu yang memberi suapan berbentuk wang, hadiah, ganjaran atau
barangan berharga untuk tujuan tertentu.

Penerima - individu yang meminta dan menerima suapan untuk melakukan sesuatu
perkara.

2. MELIBATKAN PENYALAHGUNAAN JAWATAN

Jawatan, kuasa atau kedudukan disalah guna untuk kepentingan peribadi, saudara
mara dan kenalan.

3. MEMBAWA KEUNTUNGAN
Perbuatan rasuah dilakukan untuk mendapat keuntungan peribadi secara salah
kepada pihak terlibat. Rasuah menguntungkan kedua-dua belah pihak sama ada si
pemberi atau penerima.

4. KEWUJUDAN PELUANG

Peluang wujud apabila terdapat kelemahan sistem dan prosedur dalam sesuatu
urusan atau pentadbiran.
Kelemahan tersebut digunakan oleh individu terlibat untuk melakukan rasuah dan
salah guna kuasa.

5. SUKA SAMA SUKA

Pemberi dan penerima rasuah mempunyai


kata sepakat dalam mencapai matlamat masing- masing. Tiada pihak yang rugi
dalam transaksi rasuah.
Perbuatan rasuah dilakukan untuk mendapat keuntungan peribadi secara salah
kepada pihak terlibat. Rasuah menguntungkan kedua-dua belah pihak sama ada si
pemberi atau penerima namun, perbuatan tersebut adalah salah di sisi agama dan
undang-undang.

Demikianlah sahaja penerangan daripada saya tentang jenis-jenis rasuah dan ciri-ciri
rasuah. Semoga rakan-rakan mendapat info dan maklumat tentang jenis-jenis dan
ciri-ciri rasuah untuk dijadikan panduan dan pedoman.Sekian terima kasih.

LAPORAN BERGAMBAR :
AKTIVITI 2
NAMA : SHARIFAH MAHMUDAH BINTI SYED ABDUL HAFIZ
KELAS : 6 VIOLET
TARIKH : 23 JUN 2022
MASA : 10.30 PAGI – 10.40 PAGI
TEMPAT : DEWAN SKSM

You might also like