You are on page 1of 2

关丹士满慕国民型华文学校

SJK ( C ) SEMAMBU, 25350


KUANTAN
No. Telefon : 09-5739610
No. Faks : 09-5736198
Email : cbc4040@moe.edu.my

MINIT CURAI
Tajuk Mesyuarat /Taklimat/Kursus/Bengkel : Program Seminar Great Teacher Organization
(GTO) Negeri Pahang Tahun 2023
Tarikh : 21 September 2023
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Kompleks KDN Bandar Indera Mahkota, Kuantan
Anjuran : Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pahang
Nama Peserta : Looi Su Jian
Bil Perkara Tindakan
1 Satu ceramah yang bertajuk “Cabaran Ancaman Dadah Negara” telah
disampaikan oleh Encik Mohd Hadith bin Kamaruddin. Beliau telah memberi
pengetahuan kepada guru mengenai senario dadah semasa di negara ini.
Beliau berharap agar semua guru boleh memainkan peranan masing-masing
untuk membendung kes pengambilan dadah di sekolah.

2 Satu ceramah yang bertajuk “Farmakologi Dadah dan Kesannya Terhadap


Tingkah Laku Pelajar Menelusuri Senario di Pahang” telah disampaikan oleh
Dr. lena Elina binti Dato’ Paduka Ridzwan. Beliau berkongsi tentang Program-
Program Antidadah yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah untuk
mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat dan selamat.

3 Satu ceramah yang bertajuk “Peranan Warga Pendidikan Dalam Menangani


Isu Dadah dan Sosial” telah disampaikan oleh Encik Rosli bin Yahya. Beliau
telah memberi kemahiran kepada guru dalam menyampaikan maklumat
antidadah kepada pelajar.

4 Pelbagai aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) boleh dilaksanakan di


peringkat sekolah seperti mesej 5 minit PPDa, ceramah, pameran,
pertandingan kuiz dalam talian, pertandingan mewarna, pertandingan
melukis poster dan pameran hasil kerja murid-murid di sudut PPDa.

5 Semua informasi mengenai PPDa yang meliputi input-input bahaya dadah,


substans dan pelencongan social akan disampaikan kepada warga sekolah
secara menyeluruh.

Ulasan : Saya telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan yang bermanfaat tentang aktiviti-
aktiviti PPDa boleh dilaksanakan di peringkat sekolah.
Tandatangan Peserta:________________ Pengesahan GB / GPK :____________________

Lampiran:

You might also like